Tuesday, August 31, 2010

Pengalaman Menyambut Kemerdekaan ke-53

Kali ini aku ingin menceritakan secara terperinci tentang pengalaman aku berada di Stadium Tertutup di Bukit Jalil untuk meraikan sambutan hari kemerdekaan negara yang ke-53.

Aku bertolak dari rumah aku sesudah subuh lebih kurang jam 6.15 pagi dari kediaman aku dan sampai disana lebih kurang jam 6.40 pagi.Ketika aku sampai hanya ada sebilangan kecil sahaja orang ramai yang berada disitu.

Ketika itu juga para kontijen atau peserta yang terlibat dalam persembahan kemerdekaan kali ini telah membuat latihan untuk kali terakhir.Aku sempat melihat latihan terakhir mereka sebelum sambutan bermula jam 8.00 pagi.

Kebanyakkan peserta yang terlibat berpakaian PLKN ini membuktikan bahawa mereka sedang berada di dalam Program Latihan Khidmat Negara.Jumlah peserta yang sebenarnya aku tidak tahu tapi ia mungkin lebih ribuan orang.

Jam 7.15 kelihatan para petugas seperti RELA dan Polis sudah berhimpun untuk mengawal lalu lintas bagi memudahkan orang ramai melihat dengan mata sendiri sambutan hari kemerdekaan pada kali ini.

Seterusnya lebih kurang pukul 7.30 cuaca pun semakin terang, kelihatan banyak kereta rasmi pegawai askar telah memasuki bangunan parlimen.Begitu juga dengan ketua-ketua polis sampai awal ke Stadium tertutup Bukit Jalil.

Seperti kebiasaannya , duta,diplomat,kaunselor,atache dan juga wakil Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu juga hadir pada sambutan kali ini seperti tahun-tahun sebelumnya.Aku lihat banyak juga kereta berplat merah dan akhirnya 'DC'.

Timbalan Perdana Menteri, Y.A.B Tan Sri Muhyiddin Yassin telah sampai awal sebelum Y.A.B Dato'Seri Najib Tun Razak sampai.Seterusnya Agong, Sultan Mizan Zainal Abidin sampai menandakan bermulanya sambutan kemerdekaan.

Lintas hormat telah dilakukan oleh Sultan Mizan Zainal Abidin kepada rejimen askar yang telah berbaris di hadapan itu sambil membawa panji-panji kebesaran diraja.

Seterusnya lagu Negaraku berkumandang dan bendera Jalur Gemilang pun dinaikkan sambil diiringgi 14 das tembakan meriam yang setiap satunya melambangkan sebuah negeri oleh pihak askar.

Kemudiannya berlangsunglah acara ikrar dan diteruskan oleh persembahan dari kontijen-kontijen yang menyertainya.Antaranya adalah tentang Bidang Utama Keberhasilan Negara ( NKRA ).

Tidak lupa juga persembahan seni mempertahankan diri oleh pihak Angkatan Tentera Malaysia yang telah mengambil bahagian begitu juga dengan pasukan elit negara yang bersiap sedia sentiasa untuk mengawal keamanan negara.

Oleh kerana tidak tahan dihimpit memandangkan badan aku ini kecil, aku pun bengang dengan segelintir manusia-manusia yang tak berapa nak betul jadi aku mengambil keputusan untuk keluar dari dewan tertutup terbabit.

Jadi aku pun turun bawah dan ke parking lot dimana kesemua kereta-kereta rasmi para Diplomat terletak.Apa lagi aku pun jelajah tengok satu persatu kereta duta yang mengandungi plat berwarna merah dan berakhir dengan DC.

Kereta diplomat ini mempunyai kelebihan dimana tidak akan ditahan oleh pihak polis dimana sahaja tidak kira di Malaysia mahupun di Amerika kerana diplomat ini diberi penghormatan yang tinggi oleh setiap negara.Dan kereta ini pun tak makan saman dan mendapat diskaun cukai.

Selepas itu aku selesai mengambil gambar kereta-kereta diplomat aku pun masuk balik ke dewan dan masuk ke tempat VIP walaupun aku nampak polis dihadapan aku menjaga.Polis itu hanya tersenyum sambil membuka pintu untuk aku.

Aku ingatkan tempat itu tempat dimana Perdana Menteri,Agong,KPN,KSN,PAT dan jemaah menteri yang lain duduk.Rupanya-rupanya ia berada di tempat lain jadi aku pun keluar balik dari bilik itu.

Ketika aku keluar pula, kelihatan pihak media membawa kamera untuk menunggu para VIP keluar.Namun tak keluar jadi mereka pun tanya dekat salah seorang petugas yang menjaga dan aku terdengar perbualan diorang dimana para VIP keluar ikut bawah tanah terus ke parking lot.

Aku dengan para petugas media bergegas turun bawah dan cukup-cukup aku mengambil tempat sahaja D.Y.M.M Sultan Mizan keluar bersama YB Rais Yatim.Begitu juga dengan Najib Tun Razak dan Muhyiddin Yassin.

Hanya sebuah gambar yang aku sempat ambil iaitu gambar yang menjadi gambar depan post aku yang bawah ini.Selepas itu datanglah para menteri-menteri yang lain keluar dari tempat duduk.

Aku pun apa lagi teruslah mengambil gambar menteri-menteri yang hadir.Dan seperti kebiasaannya aku seoranglah budak yang mengambil gambar yang lainnya semua mempunyai pass media.
Paling banyak mendapat liputan adalah Tun Dr.Mahathir Mohammad dimana berkali-kali ditemuramah oleh media dari berbagai negara.Mungkin disebabkan pengalaman Tun Mahathir yang telah memerintah negara selama lebih dua dekad telah membuatkan beliau disanjung tinggi.

Dato'Seri Anifah Aman merangkap Menteri Luar juga banyak mendapat liputan dan aku hanya dengar yang media banyak bertanyakan tentang demonstrasi segelintir rakyat Indonesia di depan kedutaan Malaysia.

Juga hadir yang aku nampak adalah menteri dalam negeri, Dato'Seri Hishamuddin Tun Hussein Onn mendapat perhatian dari media mungkinkah bertanya tentang dua orang rakyat Malaysia membakar bendera Indonesia di kedutaan Malaysia disini.

Kelihatan juga presiden Malaysian Indian Congress ( MIC ), Dato'Seri S Samy Vellu keluar dari tempat duduk VIP.Dato'Seri Shabery Cheek yang juga menteri belia dan sukan keluar bersama Dato'Seri Shafie Apdal merangkap menteri kemajuan luar bandar dan wilayah.

Banyak lagi jemaah menteri yang hadir pada sambutan kali ini antaranya menteri kesihatan, Dato'Sri Liow Tiong Lai, Dato'Seri Shahrizat Jalil, Dato'Dr Maximus Ongkili dan ramai lagi yang hadir.

Media juga menemu ramah duta dari negara barat ( aku tak tahu dari mana ) untuk meminta pandangan mereka.Kebanyakkan mereka mengucapkan tahniah kepada Malaysia yang menyambut kemerdekaan kali ke-53.

Selepas kesemua mereka sudah balik, aku pun tunggu di pintu utama ketibaan dimana banyak pegawai tentera,pegawai polis dan juga atache, diplomat dan lain-lain dihadapan menunggu driver mereka mengambil mereka.

Aku pun ada nampak seorang atache berbangsa Afrika jadi aku mendekati atache ini dan mengambil gambar.Selepas itu aku ingin mengetahui dengan lebih dekat lagi aku pun tanyalah dia dari negara mana.Dia pun jawab dari Afrika Selatan.

Ulasan terakhir aku adalah aku melihat slogan ''1Malaysia Menjana Transformasi" adalah tidak kena oleh kerana ia meminjamkan perkataan Inggeris.Transformasi terbabit mungkin boleh ditukar dengan pembaharuan.

No comments:

Post a Comment

Dipersilakan Komen