Monday, August 23, 2010

Mencari Ilmu ( 8 )

Imam Malik adalah seorang ulama' yang terkenal ketika zaman pemerintahan Khalifah Harun Al-Rasyid yang sangat menghormati para ulama' dan rajin menuntut ilmu.

Imam Malik pula baru sahaja selesai mengarang sebuah kitab yang diberi nama Al-Mubarak.Khalifah Harun Al-Rasyid yang rajin menuntut ilmu ingin mengetahui isi kandungan kitab itu.Oleh disebabkan itu, beliau telah mengarahkan orangnya untuk bertemu dengan Imam Malik.

Utusan Khalifah Harun Al-Rasyid pergilah berjumpa dengan Imam Malik.Dia menyatakan tujuannya dimana Khalifah ingin mempelajari ilmu kitab tersebut daripadanya.Jadi beliau memohon supaya Imam Malik datang ke Istana untuk mengajar Khalifah.

Namun Imam Malik menolak pelawaan itu dan berkata " Tolong beritahu kepada Amirul Mukminin bahawa seseorang itu hendaklah mencari ilmu pengetahuan yang ingin dipelajarinya, bukan ilmu pengetahuan mencari orang yang akan mempelajarinya ".

Walaupun Imam Malik tahu bahawa Khalifah Harun Al-Rasyid seorang pemerintah, namun dia ketika itu tetap berani menyampaikan tegurannya itu.Kemudiannya, utusan Khalifah kembali ke Istana dan menyatakan kata-kata Imam Malik tersebut.

Khalifah tidak berasa marah terhadap Imam Malik.Keinginannya untuk mempelajari kitab tersebut menyebabkan dia sanggup hadir ke kelas pengajian Imam Malik itu.

Ketika di dalam kelas itu pula, Khalifah duduk di atas kerusi empuk berbeza dengan pelajar-pelajar yang berada di dalam kelas itu.Imam Malik menegur perbuatan Khalifah itu dan meyatakan supaya memuliakan ilmu pengetahuan dan merendah diri.

Walaupun ditegur, Khalifah tidak sesekali naik angin dan menurut nasihat yang diberikan oleh Imam Malik terbabit.Khalifah pun turun dari kerusinya dan duduk berdekatan dengan Imam Malik seperti pelajar yang lain.

Itulah kisah seorang pemerintah yang ingin mempelajari ilmu dimana menghormati gurunya ketika menuntut ilmu.Dan tidak menggunakan kuasanya untuk kepentingan dirinya seorang.

No comments:

Post a Comment

Dipersilakan Komen