Saturday, August 14, 2010

Khalifah Umar Abdul Aziz ( 4 )

Khalifah Umar Ibnu Abdul Aziz merupakan seorang khalifah dari bani Umayah yang terkenal oleh kerana keadilan kebijaksanaan mereka.Dia tela menaiki takhta sebagai khalifah pada 99 Hijrah atau 717 Masihi.

Khalifah Umar Abdul Aziz ini naik takhta kerana menggantikan khalifah terdahulu iaitu Khalifah Sulaiman bin Abdul Malik.Dia adalah dari keturunan Sayidina Umar Al-Khattab.

Setelah selesai ucapara perlantikan sebagai khalifah yang baru, dia berasa keletihan dan dan berniat untuk tidur sebentar sementara menunggu waktu Zuhur.Dia pun membaringkan badannya untuk tidur.

Tiba-tiba dia dikejutkan oleh anaknya iaitu Abdul Malik yang datang dan berkata " Ada orang berjumpa, ayah".

"Aku ingin tidur sebentar, selepas solat Zuhir aku akan terima sesiapa saja yang ingin menemuiku " kata Khalifah Umar Abdul Aziz kepada anaknya.

Abdul Malik terus berkata, " Ayah, siapakah yang dapat menjamin bahawa ayah akan dapat hidup sehingga waktu Zuhur " kepada ayahnya.

Khalifah Umar Abdul Aziz tersedar dari kesilapannya dan bingkas bangun dari tempat tidurnya."Aku beruntung kerana mempunyai anak yang selalu membantuku dalam menegakkan ajaran agama" katanya sambil memeluk anaknya itu.

Dia pun kemudiannya pergi ke balai penghadapan untuk berjumpa dengan orang yang ingin menemuinya.

Pada suatu pagi sebelum Subuh, Khalifah Umar masuk ke masjid untuk menunaikan solat berjemaat.Ruang di dalam masjid masih lagi gelap orang kerana lampu belum dinyalakan lagi.Ketika berjalan, tiba-tiba dia terpijak orang yang sedang tidur disitu.Orang itu terus menjerit "Apakah kamu sudah gila?"

Pengawal yang mengiringi Khalifah berasa amat marah dengan perbuatan lelaki terbabit yang dikatakan tidak beradab langsung.Mereka memegang orang itu, namun Khalifah menghalangnya dari menahannya.

Khalifah menarik tangan pengawal itu dan berkata "Mengapa kita mesti marah? Bukankah dia hanya bertanya, apakah kita sudah gila.Jawapannya ialah tidak.Selesai!".

No comments:

Post a Comment

Dipersilakan Komen