Tuesday, August 24, 2010

Kedutaan Malaysia Dilontar Najis

( Update 7 )

JAKARTA 26 Ogos — Penunjuk perasaan di hadapan kedutaan Besar Malaysia di sini terus bersikap liar dengan membakar dan meludah Jalur Gemilang serta bergaduh dengan pasukan polis Indonesia yang mengawal di situ hari ini.

Seramai 600 orang menyertai demonstrasi itu berteriak “ganyang Malaysia" bagi membantah apa yang mereka dakwa pencerobohan pihak berkuasa Malaysia di perairan perbatasan kedua-dua negara, berhampiran Bintan, Kepulauan Riau 13 Ogos lepas.

Ketika emosi memuncak, penunjuk perasaan bergaduh dengan pasukan Polis Indonesia yang menghalang mereka daripada menghampiri pintu pagar untuk masuk ke dalam kawasan kedutaan.

Mereka membaling batu dan selipar ke arah polis. Seorang daripada mereka ditahan polis kerana membaling sebatang buluh, yang sebelum itu digunakan untuk mengibarkan bendera Indonesia, ke arah pasukan keselamatan.

Insiden pada 13 Ogos itu membabitkan penahanan tiga pegawai penguatkuasa laut Indonesia oleh Polis Marin Malaysia ekoran penahanan tujuh nelayan Malaysia oleh bahagian penguatkuasa Kementerian Kelautan dan Perikanan Indonesia kerana didakwa meneroboh.

Malaysia mempertahankan bahawa nelayan tersebut berada di perairan sendiri apabila ditahan oleh pihak penguatkuasa Indonesia itu. Kesemua tahanan itu telah dibebaskan pada 17 Ogos. Kumpulan penunjuk perasaan hari ini menuntut Malaysia memohon maaf serta meminta kerajaan Indonesia memanggil balik Duta Besar Indonesia di Malaysia.

Keadaan reda apabila anggota kumpulan yang beremosi dapat ditenangkan oleh beberapa orang pemimpin kumpulan tersebut.

Sejak insiden 13 Ogos itu, beberapa demonstrasi dilakukan oleh kumpulan-kumpulan kecil antara 20 dan 40 orang sahaja namun ia tetap ganas sehingga ada yang bertindak merosakkan plak nama Kedutaan Besar itu, memanjat pintu pagar dan tembok pintu pagar dan berdiri di atasnya.

Kerosakan pada harta benda kedutaan besar itu telah dilakukan oleh penunjuk perasaan dari kumpulan Laskar Merah Putih.

Penghinaan paling buruk dilakukan terhadap Malaysia ialah perbuatan melempar najis manusia ke dalam kawasan Kedutaan Besar Malaysia di sini oleh penunjuk perasaan dari kumpulan Benteng Demokrasi Rakyat (Bendera) pada Isnin lepas. - Bernama


( Update 6 )

JAKARTA 25 Ogos - Semua lokasi berkepentingan Malaysia di Jakarta dikawal polis berikutan terdapat maklumat Benteng Demokrasi Rakyat Indonesia (Bendera) akan melancarkan gerakan mengusir rakyat Malaysia atau Sweeping Malaysian hari ini.

Antara langkah diambil oleh pihak berkuasa Indonesia ialah menempatkan sebanyak 200 anggota polis mengawal kediaman rasmi Duta Besar Malaysia ke Indonesia di sini, sejak pukul 9.30 pagi.

Selain itu, polis juga ditempatkan bagi mengawal keselamatan di Kedutaan Besar Malaysia, Pejabat Petronas dan Bank CIMB Niaga.

Petronas turut mengarahkan kakitangannya supaya pulang awal iaitu pada pukul 1 petang setelah menerima ancaman tersebut.

Polis memberitahu demonstrasi itu akan dilakukan oleh Gerakan Pemuda Pemudi Anti Malaysia iaitu salah satu cabang di dalam Bendera.

Seorang pegawai polis yang berkawal di kediaman duta besar turut mengingatkan wartawan supaya berhati-hati kerana ada maklumat menyebut kumpulan itu nekad untuk menahan rakyat Malaysia.

Berikutan itu, semua pelajar Malaysia di Jakarta telah dinasihatkan tidak melalui kawasan Jalan Diponegoro, Menteng, Jakarta Pusat untuk mengelakkan daripada tindakan 'sweeping' oleh anggota Bendera.

Pengarah Jabatan Penuntut Malaysia di Indonesia, Datuk Dr Junaidy Abu Bakar mengingatkan pelajar supaya keluar rumah dalam berkumpulan dan segera menghubungi beliau atau pemimpin pelajar jika diancam oleh mana-mana pihak.

"Saya minta seluruh mahasiswa Malaysia agar menghindari kawasan Menteng, khususnya Jalan Diponegoro. ia dikenal pasti antara kawasan yang akan dilakukan 'sweeping' rakyat Malaysia oleh kumpulan Bendera," katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Bagaimanapun sehingga pukul 6 petang ini, iaitu had waktu dibenarkan oleh polis untuk mengadakan demonstrasi, hanya satu demonstrasi kecil dilakukan kira-kira 15 minit di hadapan Kedutaan Besar Malaysia.

Daripada maklumat polis, dijangka satu demonstrasi besar-besaran membabitkan pelbagai badan bukan kerajaan akan diadakan di hadapan Kedutaan Besar Malaysia esok yang disertai kira-kira 1,000 orang.

Utusan Malaysia difahamkan demonstrasi itu akan disertai ramai penunjuk perasaan kerana mereka mahu mengambil kesempatan untuk mendapatkan 'duit raya' kerana semakin hampirnya sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Petang Isnin lalu, 37 anggota Bendera berdemonstrasi di hadapan Kedutaan Besar Malaysia dan membawa bersama lima bungkus najis manusia kerana membantah penahanan tiga anggota penguat kuasa marin Indonesia oleh Polis Marin Malaysia pada 13 Ogos lalu.

Salah seorang daripada mereka sempat melempar bungkusan najis itu masuk ke dalam pintu pagar kedutaan besar, manakala yang lainnya meletakkan kotoran itu ke atas bendera Malaysia di jalan dan memijaknya. - UTUSAN



( Update 5 )

Wisma Putra hari ini memanggil pegawai Kedutaan Besar Indonesia bagi memberi penjelasan berhubung tindakan sekumpulan rakyat negara itu melemparkan najis manusia dan memijak Jalur Gemilang ketika berdemonstrasi di depan kedutaan Malaysia di Jakarta, Isnin lalu.

Berikutan itu, kedutaan tersebut yang diwakili Timbalan Dutanya, Tatang B. Razak telah menemui Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman di Wisma Putra hari ini.

Ketika ini, Duta Besar Indonesia, Tan Sri Da’i Bachtiar berada di Jakarta setelah dipanggil pulang bagi memberi penjelasan mengenai isu demonstrasi tersebut yang kini dibincangkan dalam sidang Parlimen republik itu.

Dalam pada itu, Anifah berkata, dalam pertemuan dengan Tatang, Malaysia melahirkan rasa kesal dan mengecam sekeras-kerasnya perbuatan tersebut yang dianggap satu penghinaan kepada seluruh rakyat dan mencabar kedaulatan negara.

Katanya, tindakan sesetengah pihak di republik itu sengaja ingin merosakkan perhubungan dua hala yang begitu baik para pemimpin dan rakyat kedua-dua negara secara keseluruhannya.

“Apa yang dilakukan itu tidak mencerminkan budaya, kesopanan dan tatasusila.

“Demonstrasi yang turut diadakan di depan Konsulat Malaysia di Medan dan Pekan Baru telah mengguris hati dan perasaan rakyat Malaysia,” katanya pada sidang akhbar selepas pertemuan dengan Tatang.

Isnin lalu, demonstrasi yang disertai anggota Benteng Demokrasi Rakyat Malaysia (Bendera) bagi membantah penahanan tiga anggota penguat kuasa Indonesia oleh Pasukan Gerakan Marin Malaysia yang diadakan di depan Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta menjadi kecoh.

Ini berlaku apabila segelintir penunjuk perasaan melemparkan najis manusia ke dalam bangunan kedutaan Malaysia selain memijak Jalur Gemilang.

Beberapa hari sebelum itu, demonstrasi juga diadakan oleh kumpulan dari Lumbung Informasi Rakyat (LIRA) dan Laskar Merah Putih (LMP).

LMP bertindak merosakkan plak nama kedutaan itu selain peserta memanjat pintu pagar dan bumbung pondok pengawal keselamatan di itu.

Perbuatan kumpulan LSM itu memaksa Kedutaan Besar Malaysia menghantar nota protes kepada Kementerian Luar Negeri Indonesia dan Polis Republik Indonesia kerana pihak polis gagal melindungi harta benda kedutaan itu daripada dirosakkan, selaras dengan perlindungan yang dinyatakan di bawah Konvensyen Vienna.

Menurut Anifah, tindakan kumpulan Bendera yang membuat ugutan mengusir rakyat Malaysia menimbulkan rasa kemarahan dan keresahan rakyat negara ini di republik itu.

Justeru, beliau menggesa republik tersebut mengambil tindakan terhadap mereka yang melakukan tindakan mengancam rakyat negara ini.

“Tindakan itu bukan sahaja mencemarkan nama baik Malaysia malah mencemar nama baik Indonesia hasil perbuatan yang begitu keji oleh segelintir golongan,” katanya.

Dalam pada itu Anifah berkata, Kuala Lumpur juga telah meminta Jakarta agar dapat memastikan keselamatan rakyat Malaysia yang berada di republik itu demi memelihara hubungan dua hala.

“Saya telah berhubung dengan Menteri Luar Indonesia, Marty Natalegawa untuk memastikan demonstrasi menghina rakyat negara ini dihentikan.

“Setakat laporan yang diterima daripada kedutaan Malaysia di Jakarta, tiada sebarang demonstrasi diadakan sehingga tengah hari ini,” katanya

( Update 4 )

Wisma Putra digesa mengadakan kerjasama dengan pihak berkuasa Indonesia bagi menyiasat dalang di belakang tindakan segelintir warga Indonesia yang terlibat dalam demonstrasi menghina Malaysia.

Dalam pada itu, Benteng Demokrasi Rakyat Indonesia (Bendera) yang berdemonstrasi dan melontar najis ke dalam Kedutaan Besar Malaysia di Indonesia kelmarin, turut mengugut akan melancarkan gerakan mengusir rakyat Malaysia.

Presiden Susilo Bambang Yudhoyono meminta rakyatnya bertenang dan mengingatkan supaya hubungan baik Malaysia-Indonesia dijaga.

Rata-rata rakyat Indonesia yang mencari rezeki di Malaysia mencemuh perbuatan Bendera yang memijak Jalur Gemilang dan melempar najis ke kawasan Kedutaan Besar Malaysia.

JAKARTA 24 Ogos – Benteng Demokrasi Rakyat Indonesia (Bendera) yang mengadakan demonstrasi dan melontar najis ke dalam Kedutaan Besar Malaysia di Indonesia semalam, dipercayai didalangi oleh pihak ketiga.

Kumpulan itu turut mengugut akan melancarkan gerakan mengusir rakyat Malaysia dengan mengadakan sekatan jalan raya di hadapan ibu pejabatnya di Jalan Deponegoro, Jakarta Pusat.

Ugutan itu dibuat menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) dan kenyataan media di Internet.

Bendera turut mengecam kepimpinan Susilo yang disifatkan terlalu berlembut dengan Malaysia dan lambat menangani isu penangkapan tiga anggota penguat kuasa Jabatan Kelautan dan Perikanan Indonesia pada 13 Ogos lalu.

Tahun lalu, beberapa orang aktivis Bendera ditangkap kerana melakukan operasi pengusiran rakyat Malaysia di hadapan ibu pejabat mereka di Jalan Deponegoro, Jakarta Pusat dengan menggunakan senjata buluh runcing.

Bagaimanapun, polis membebaskan mereka dengan alasan tidak ada senjata buluh runcing digunakan semasa tindakan Sweeping Malaysia itu.

Pada sidang Dewan Perwakilan Rakyat (DPR) Indonesia hari ini, seorang anggota pembangkang dari parti Golkar, Tantowi Yahya meminta pemerintah Indonesia mengambil tindakan keras terhadap Malaysia.

Tantowi turut menyelar pemerintah Indonesia kerana merendah-rendahkan martabat negara itu apabila melakukan pertukaran pembebasan tujuh nelayan yang ditahan pihak berkuasa Indonesia dengan tiga anggota penguat kuasa terbabit.

Dalam pada itu, jurucakap Polis Metro Jaya, Asisten Komisioner Daniel Bolly Tafaona berkata, empat aktivis Bendera yang ditahan dalam demonstrasi melontar najis semalam dibebaskan malam tadi kerana didapati tidak melanggar sebarang undang-undang.

“Kerana sasaran yang akan mereka lempar tidak sempat dilemparkan, kita bebaskan mereka,” jelasnya di sini hari ini.

Bagaimanapun difahamkan salah satu daripada lima bungkus najis yang dilempar telah masuk ke dalam premis kedutaan. – utusan.


( Update 3 )

JAKARTA 24 Ogos - Selepas beberapa insiden melampau penunjuk perasaan termasuk cuba menceroboh dan membaling najis ke dalam bangunan Kedutaan Besar Malaysia di Indonesia, Presiden Susilo Bambang Yudhoyono akhirnya meminta rakyatnya bertenang.

Beliau juga mengingatkan supaya hubungan baik di antara Malaysia dengan Indonesia harus dijaga.

"Kita tidak seharusnya mempunyai budaya merosakkan hubungan diplomatik setiap kali ada insiden... prinsip paling utama adalah menjaga hubungan yang baik," katanya pada mesyuarat Kabinet, semalam.

Kenyataan beliau itu dibuat setelah media massa di Indonesia yang memainkan isu berkenaan setiap hari berikutan tiga anggota penguat kuasa mereka ditangkap oleh Polis Marin Malaysia di perairan Riau awal bulan ini, ketika menangkap tujuh nelayan Malaysia yang dikatakan menceroboh perairan negara berkenaan.

Mereka terbabit dibebaskan selepas perbincangan secara diplomatik, tetapi pihak media dan pertubuhan bukan kerajaan di Indonesia tidak berpuas hati kerana isu itu diselesaikan secara baik.

Berikutan itu, beberapa tunjuk perasaan telah diadakan di hadapan Kedutaan Besar Malaysia di Indonesia termasuk yang terbaru sekumpulan anggota Benteng Demokrasi Rakyat Indonesia (Bendera) yang bertindak membaling najis ke dalam kedutaan berkenaan yang terletak di Kuningan, Jakarta Selatan.

Berikutan itu juga tiga penunjuk perasaan ditangkap, tetapi kemudiannya dibebaskan tidak sampai tempoh 24 jam.

Susilo juga menjelaskan kepada rakyatnya supaya tidak salah faham di antara kepentingan hubungan yang baik dengan menjaga kedaulatan negara.

Beliau juga berkata, insiden itu berlaku kerana kedua-dua buah negara mempunyai tuntutan bertindih ke atas sempadan di perairan tersebut.

Sehubungan itu beliau memberi jaminan akan berusaha menyelesaikan isu persempadanan itu melalui perbincangan dengan Malaysia dan Singapura, termasuk di perairan Ambalat.

Bagaimanapun Indonesia harus menunggu keputusan Mahkamah Antarabangsa berhubungan sempadan perairan Malaysia dengan Singapura terlebih dahulu sebelum meneruskan perbincangan, katanya. - UTUSAN


( Update 2 )

JAKARTA - Setelah melempar najis manusia ke dalam kawasan Kedutaan Besar Malaysia di sini Isnin lalu, kumpulan penunjuk perasaan yang sama mengugut untuk berbuat demikian di kediaman Duta Besar Malaysia pula.

Kali ini, penunjuk perasaan dari kumpulan Benteng Demokrasi Rakyat (Bendera) itu dilaporkan akan disertai kumpulan gabungannya yang menamakan diri sebagai Pemuda Pemudi Anti Malaysia.

Sementara itu, 25 penunjuk perasaan Bendera merancang berdemonstrasi di hadapan Bank CIMB Niaga petang ini dan mengulangi aksi sama di pejabat Petronas kemudian.

Polis Indonesia yang mendapat maklumat mengenai rancangan demonstrasi haram di hadapan kediaman Duta Besar Malaysia di Patra Kuningan, bertindak mengetatkan kawalan dengan menempatkan lebih 200 anggota di sekeliling rumah tersebut sejak 9.30 pagi tadi.

Sejak malam tadi, Polis Indonesia telah menempatkan anggotanya bagi menjaga keselamatan di kawasan kediaman Duta Besar Malaysia itu.- Bernama


( Update )

Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman hari ini memanggil Kedutaan Besar Indonesia di Kuala Lumpur bagi mendapatkan penjelasan berhubung demonstrasi oleh sekumpulan rakyat republik itu di pejabat kedutaan Malaysia di Jakarta.

Menurutnya, perbuatan para penunjuk perasaan melempar najis manusia ke dalam bangunan Kedutaan Besar Malaysia dan membakar Jalur Gemilang adalah satu tindakan yang tidak bertanggungjawab serta mencabar kedaulatan negara.

“Kita kesal dan mengecam sekeras-kerasnya tindakan segelintir pihak yang sengaja merosakkan hubungan baik kedua-dua belah pihak.

“Ia tidak mencerminkan budaya dan tatasusila serta kesopanan kita,” katanya kepada sidang akhbar selepas mengadakan pertemuan dengan Timbalan Duta Indonesia, Tatang B. Razak di Wisma Putra di sini hari ini. – Utusan


Tatkala seminggu lagi rakyat Malaysia bakal menyambut hari kemerdekaan yang ke-53 pada 31 Ogos ini, kedutaan kita di Jakarta telah dibaling oleh najis manusia oleh Benteng Demokrasi Rakyat Indonesia ( Bendera ) oleh kerana tidak berpuas hati dengan tindakan Malaysia.

Ini berikutan apabila Kementerian Kelautan dan Perikanan Indonesia telah menangkap tujuh orang nelayan dari Malaysia.Selepas itu, dikatakan pula Pasukan Marin Malaysia pula menangkap 3 penguatkuasa Indonesia.

Tunjuk perasaan bermula apabila anggota Bendera berhimpun beramai-ramai di luar kedutaan Malaysia di Jakarta.Mereka telah membawa bendera Malaysia dan memijak beramai-ramai bendera Jalur Gemilang.

Selepas itu, anggota Bendera didakwa telah membawa lima bungkusan polistrin yang dikatakan hadiah dari mereka oleh kerana layanan buruk mereka dari Malaysia.Seterusnya mereka melontarkan najis manusia itu ke dalam kawasan kedutaan Malaysia.

Beberapa polis telah menangkap anggota Bendera yang berhimpun di hadapan kedutaan itu.Walaubagaimanapun ahli-ahli yang lain telah meminta tiga rakan mereka dibebaskan.Malahan mereka mengugut akan melakukan gerakan mengusir rakyat Malaysia jika tidak dibebaskan rakan mereka itu.

Tidak aku ketahui sama ada polis Indonesia terbabit melepaskan rakan mereka ataupun menahan penunjuk perasaan itu.

Dengar kata-kata orang, sebenarnya Malaysia sebenarnya sengaja menangkap tiga pegawai penguatkuasa terbabit.Ini kerana tindakan hasil tangkapan yang dibuat oleh pihak Indonesia.

Aku tidak tahu sama ada rakyat Malaysia yang ditahan itu benar masuk ke laut Indonesia ataupun tidak.Tetapi jika benar sekalipun, tindakan Malaysia menangkap penguatkuasa Indonesia adalah untuk melakukan pertukaran.

Sudah semestinya sesebuah negara menjaga rakyat mereka.Jadi disebabkan itu, Malaysia menangkap tiga penguatkuasa terbabit dan meminta tujuh nelayan Malaysia yang ditahan Indonesia dipulangkan.

Aku yakin oleh kerana orang Indonesia juga ditahan di Malaysia, mereka mestilah ingin menebus kembali orang kita dengan orang mereka.Ini mungkin cara Malaysia menyelesaikan masalah terbabit.

Tetapi aku benar-benar mengutuk tindakan anggota Benteng Demokrasi Rakyat ( Bendera ) yang telah melontar najis ke dalam kawasan kedutaan Malaysia.Selain itu, sebelum kejadian ini berlaku dikatakan plak kedutaan kita disana juga telah dipecahkan.

Sebagai rakyat Malaysia, memang amat sedih oleh kerana bendera Jalur Gemilang telah dipijak-pijak oleh rakyat Indonesia yang mempunyai mentaliti anti-Malaysia dari dahulu lagi.Sedangkan rakyat Malaysia masih menerima pekerja Indonesia untuk mencari rezeki.

Jika dilihat balik sejarah, pada tahun 1962 Indonesia telah melancarkan Konfrontasi Indonesia-Malaysia dimana mereka menentang pembentukan Persekutuan Tanah Melayu menjadi Malaysia.

Ini kerana cita-cita Presiden Indonesia yang pertama itu iaitu Sukarno ingin membentuk Indonesia Raya dimana menggabungkan keseluruhan Tanah Melayu.Walaubagaimanapun, British telah membantu Malaysia menggabungkan Sabah/Sarawak dengan Semenanjung.

Filiphina juga bermain peranan dimana telah menuntut Sabah untuk menjadikannya sebagai sebahagian dari negara mereka dengan mendakwa Sabah mempunyai hubungan dengan kesultanan Sulu.Walaubagaimanapun tuntutan itu tidak dipenuhi oleh kerana pungutan suara oleh PBB telah menyatakan bahawa mereka ingin bersama Malaysia.

Disebabkan tidak berpuas hati, presiden Sukarno telah melancarkan kempen "Ganyang Malaysia" pada lewat 1963 dimana telah menyebabkan perang fizikal dimana gerila Indonesia telah melancarkan serangan.

Malaysia mengambil langkah mengerahkan anggota tenteranya di sempadan untuk mencegah serangan dari pihak gerila Indonesia.Ini adalah untuk mengelakkan kawasan Malaysia dimasuki gerila Indonesia.Ia bukan bertujuan menyerang Indonesia.

Namun ketika rampasan kuasa dimana Presiden Sukarno digulingkan, presiden baru bernama Soharto pula menjawat presiden Indonesia dimana beliau tidak berminat akan Malaysia seterusnya mengurangkan tekanan terhadap Malaysia.

Pada 28 Mei 1966 di Bangkok, Thailand telah berlakunya pertemuan diantara pemimpin Indonesia yang telah menghantar Adam Malik sebagai wakilnya bertemu Tunku untuk berunding dengan Malaysia.

Jadi dilihat dari sudut sejarah dimana Indonesia tidak henti-henti melakukan satu tindakan yang ingin mencabar Malaysia.Dan sudah banyak kali Bendera telah menggugut dimana ingin menyerang Malaysia namun tidak ada apa-apa.

Satu perkara yang paling aku kutuki adalah polis Indonesia yang aku kategorikan tahap sampah. Ataupun boleh dipanggil polis yang teruk di dunia dimana tidak menghalau penunjuk perasaan terbabit.

Bagi aku itu adalah satu tindakan Indonesia yang sengaja membiarkan penunjuk perasaan berhimpun yang sudah semestinya keadaan akan menjadi huru hara oleh kerana terlalu banyak manusia berhimpun.

Mengikut kajian yang dilakukan, kajian telah menyatakan jika orang ramai berhimpun di sesuatu tempat.Suatu fenomena kekecohan selalu berlaku terutamanya jika mereka mempunyai sesuatu niat.Contohnya seperti tunjuk perasaan terbabit dimana mereka telah melontar najis di kedutaan Malaysia.

Dan kajian juga menyatakan lagi ramai manusia, lagi kuatlah semangat seseorang itu melakukan sesuatu.Dan jika mereka melakukan sesuatu yang diluar jangkaan sekalipun.Mereka yakin bahawa ada orang menyokong mereka jadi rasa takut itu akan hilang.

Jika di Malaysia sudah semestinya para penunjuk perasaan itu akan dilibas menggunakan belantan jika melakukan tunjuk perasaan.Jika ramai lagi semestinya meriam air akan ditembak kepada penunjuk perasaan untuk menyuraikan mereka.

Aku menyokong penuh tindakan membelasah penunjuk perasaan dan menembak dengan meriam air ataupun dibaling gas pemedih mata kerana boleh mengelakkan suasana huru hara yang bakal menjejaskan benda awam.

Tetapi di Indonesia pula lain ceritanya, pihak polis mereka membiarkan sahaja mereka berhimpun di luar kedutaan Malaysia.Walaupun polis tahu yang penduduk Indonesia ini mempunyai sikap anti-Malaysia.

Soal ugutan melakukan gerakan mengusir rakyat Malaysia jika rakan mereka tidak dilepaskan bagi aku, polis jangan sesekali melayan ugutan mereka itu.Dan jika mereka melepaskan juga penunjuk perasaan terbabit aku memang meletakkan polis Indonesia di tahap paling hina.

Ini kerana mereka takut akan ugutan sebuah organisasi yang tidak mempunyai apa-apa kelebihan dari polis yang mempunyai senjata yang cukup untuk menghadapi masalah mengusir rakyat Malaysia.

Kalau operasi menyingkirkan rakyat Malaysia berjaya dilakukan ini mungkin sekali lagi menjatuhkan maruah Indonesia yang gagal mengawasi perkara seperti ini.

Kesimpulannya adalah rakyat Indonesia mempunyai sikap buruk yang perlu dicegahi dengan tabiat tidak berterima kasih mereka terhadap Malaysia yang telah mengalirkan sejumlah Rm 3 bilion kepada mereka setiap tahun.

Maksud aku golongan manusia yang tak ada standard.Malaysia selalunya tak ambil endah tentang hal kita yang berlaku disana oleh kerana rakyat Malaysia mempunyai pemikiran yang jauh lebih baik berbanding mereka.

Satu hal lagi aku nak sentuh adalah Filiphina tidak pernah mengugurkan permintaannya untuk mengambil Sabah untuk menjadi sebahagian dari mereka.

No comments:

Post a Comment

Dipersilakan Komen