Thursday, August 12, 2010

Keberkatan Bulan Ramadhan ( 3 )

Terdapat seorang lelaki Majusi yang harinya dihabiskan dengan menyembah api yang dianggapnya sebagai tuhan.Lelaki ini mempunyai seorang anak lelaki berusia 6 tahun dan dia amat menghormati jiran-jirannya yang beragama Islam.

Pada suatu hari di bulan Ramadhan, Lelaki Majusi ini pergi ke pasar.Tiba-tiba disana dia ternampak anak lelakinya itu sedang memakan buah epal.

Lelaki itupun mendekati anaknya itu lalu bertanya dengan nada yang marah dimana dia mendapat epal terbabit.Anaknya menyatakan bahawa epal itu diberi oleh kawannya dalam keadaan takut.

Lelaki itu terus memukul anaknya dan bertanya lagi "Mengapa engkau makan di jalan? Bukankah ini bulan Ramadhan dan orang-orang Islam sedang berpuasa?".

Anaknya itu menjawab pertanyaan ayahnya itu dengan berkata " Tapi kita bukan orang Islam, mengapa saya tidak boleh makan?".

"Kita berjiran dengan orang Islam dan kita mesti menghormati mereka" kata lelaki Majusi menjawab pertanyaan anaknya itu.

"Tapi saya lapar" kata anaknya.

Lelaki Majusi menjawab " Kalau begitu, makanlah di tempat yang tersorok supaya tidak dilihat oleh orang lain ".

Setelah dimarahi oleh bapanya, anak terbabit tidak lagi makan di hadapan orang ramai pada bulan Ramadhan.

Kemudian lelaki Majusi itu meninggal dunia. Seorang alim dan warak bermimpi melihatnya berada di singgahsana di dalam syurga dan orang alim terbabit bertanya kepada lelaki Majusi terbabit dengan berkata " Bukankah engkau seorang Majusi? Bagaimana kau boleh berada di dalam syurga ini?" dalam kehairanan.

Majusi itu menjawab " Benar, aku adalah seorang Majusi yang telah menyembah api ketika hidup di dunia. Tetapi aku mati dalam keadaan beriman".

"Apakah yang telah kau lakukan sehingga dikurniakan keistimewaan ini?" tanya lelaki alim itu kepada Majusi terbabit.

Majusi terbabit pun menjawab " Ketika hampir akan mati, aku terdengar suatu suara berkata : Hai para malaikatKu, jangan engkau tinggalkan dia sebagai seorang Majusi, tetapi muliakan dia sebagai seorang Islam.Kerana dia telah menghormati bulan Ramadhan".

"Tahniah buatmu" kata lelaki alim terbabit.

" Terima kasih, sampaikan salamku kepada anakku", jawab lelaki Majusi.

Lelaki alim itu pun berkata '' Inshaallah ".

Setelah terjaga dari tidurnya, lelaki alim itu bergegas ke rumah anak lelaki Majusi terbabit dan menceritakan apa yang dimimpikannya.

"Begitu baik tuhan kamu. Ayahku hanya membuat sedikit kebaikan tetapi telah diberikan kenikmatan yang sebegitu" kata anak lelaki Majusi terbabit dengan rasa terharu.

Kemudian dia mengatakan kepada lelaki alim itu " Kalau begitu kebaikan Islam, saya juga mahu memeluk agama kamu".

Lalu lelaki alim itupun mengajarnya mengucap dua kalimah syahadah kepada saudara baru itu.Oleh kerana hanya menghormati bulan Ramadan bapanya telah meninggal dalam keadaan beriman.

No comments:

Post a Comment

Dipersilakan Komen