Wednesday, August 11, 2010

Jika Lebih... ( 2 )

Seorang sahabat Rasulullah telah meninggal dunia jadi baginda mengirimkan jenazah sahabatnya itu bersama-sama orang lain.Kemudian Rasulullah mengunjung ke rumah ahli keluarga jenazah untuk memberikan kekuatan kepada ahli keluarganya terhadap apa yang berlaku.

Rasulullah bertanyakan kepada isteri jenazah samaada suaminya ada meninggalkan apa-apa wasiat dan isterinya menyatakan bahawa sebelum meninggal, suaminya ada berkata sesuatu kepadanya.

Isterinya menceritakan kepada Rasulullah apa yang didengarinya itu."Jika lebih panjang lagi ...Jika yang baru ...Jika semuanya ...".Isterinya tidak pasti adakah ucapan suaminya itu dalam keadaan tidak sedar ataupun ada maksud disebaliknya.

Rasulullah tersenyum akan cerita yang didengarinya dan memberi tahu maksud sebenarnya yang mengandungi peristiwa disebaliknya.Rasulullah pun memberitahu wanita terbabit.

Pada suatu hari, suaminya hendak ke masjid.Dalam perjalanan ke masjid itu ia bertembung dengan seorang lelaki buta yang berjalan dalam keadaan sukar yang juga mempunyai tujuan yang sama untuk ke masjid. Suaminya memimpin tangan lelaki terbabit hingga ke masjid.

"Jika lebih panjang lagi..." bermaksud sekiranya dia berjalan lebih jauh lagi ke arah masjid tentulah dia mendapat pahala yang lebih banyak.Dan ketika itulah dia amat kesal tentang perbuatannya.

Wanita terbabit yang juga isteri kepada jenazah terbabit bertanya lagi tentang kata-kata "Jika yang baru... " dari suaminya itu.Adakah ia juga mempunyai maksud yang tersembunyi?

Rasulullah membuka mulut dan berkata ketika suaminya hendak ke masjid dengan lebih awal, udaranya amat sejuk.Ketika berjalan dia bertemu dengan seorang lelaki tua yang duduk menggeletar kesejukan.

Ketika suaminya memakai sehelai baju sejuk yang lama, dia memberikan baju sejuk yang dipakainya kepada lelaki tua itu oleh kerana dia membawa sehelai lagi baju sejuk yang baru.Jadi dia memakai baju sejuk yang barunya.

Semasa di saat nazak, ucapan " Jika yang baru ... " bermaksud jika ia memberikan baju yang baru itu sudah semestinya pahala yang diraihnya lebih besar.

Isteri jenazah bertanya lagi tentang ucapan terakhirnya yang berbunyi " Jika semuanya ... ".

Baginda terus menceritakan peristiwa dimana suaminya pulang ke rumah dalam keadaan lapar dan meminta disediakan sedikit makanan.Suaminya dihidangkan sepotong roti yang telah bercampur daging dan juga mentega.

Tiba-tiba datang seorang musafir meminta makanan di pintu rumahnya.Suaminya membelah dua roti terbabit dan memberikan separuh dari roti terbabit kepada musafir terbabit.Ucapan ketika nazak terbabit menyatakan jika diberikan semuanya sudah semestinya pahala yang diperolehi lebih besar.

Isterinya gembira kerana Allah telah memperlihatkan kebaikan suaminya sebelum mati dan dapat membayangkan tentang kedudukan suaminya di akhirat kelak.

No comments:

Post a Comment

Dipersilakan Komen