Monday, August 16, 2010

Halal Setelah Haram ( 6 )

Seorang pemuda yang telah menyesal akan perbuatan jahatnya telah memasuki sebuah masjid.Ketika pemuda itu berada di masjid Rasulullah sedang solat berjemaah.Selesai Rasulullah bersolat, Rasulullah telah memberikan sedikit kuliah kepada jemaah yang hadir.

Di dalam kuliah terbabit, baginda ada bersabda " Barangsiapa meninggalkan sesuatu yang haram, maka ia akan memperolehi yang halal "

Apabila matahari terbenam, syaitan telah menghasut pemuda terbabit untuk membuat kejahatan lagi.Dia pun telah pergi ke sebuah rumah milik wanita yang telah kematian suaminya.Wanita terbabit tinggal berseorangan di rumahnya.

Setelah berjaya memasuki rumah wanita terbabit, pemuda itu telah ternampak makanan yang terhidang yang telah menimbulkan keinginan untuk merasai makanann tersebut.Namun ketika hendak mengambil makanan tersebut dia teringat akan sabda Rasululullah.Oleh itu, dia melupakan hasratnya untuk memakan makanan tersebut.

Kemudiannya niatnya untuk membuat kejahatan tidak terhenti di situ, dia pun menggeledah bilik wanita tersebut dan telah menjumpai barang-barang permata dan wang yaang berharga.Apabila ingin mengambil barangan tersebut dia sekali lagi teringat sabda Rasulullah yang menyatakan sesiapa yang meninggalkan yang haram bakal mendapat yang halal.Niatnya itu pun terhenti disitu.

Seterusnya dia pun ke bilik tidur wanita terbabit dan disitu kelihatan wanita itu sedang tidur bersendirian.Dia teringat kembali kata-kata Rasulullah menyebabkan dia tak jadi menyentuh wanita terbabit.

Akhirnya dia keluar dari rumah terbabit dengan penuh rasa gembira kerana telah berjaya melawan godaan syaitan.

Setelah itu, dia pun pergi ke masjid untuk menunaikan solat Subuh.Kemudian dia duduk di satu sudut mengenangkan nasib dirinya.

Apabila hari semakin siang, datanglah seorang wanita ke masjid untuk bertemu dengan Rasulullah dan mengadu kejadian yang dialaminya dimana rumahnya telah dimasuki pencuri tetapi tiada barang yang hilang.

Dia khuatir jika pencuri itu datang lagi ke rumahnya untuk merompak dan mengapa-apakannya kerana dia tinggal sendirian.Wanita itu juga menyatakan bahawa dia telah baru sahaja kehilangan suaminya setelah ditanya Rasulullah.

Rasulullah pun melihat sekitar masjid terbabit dan terlihat seorang lelaki yang sedang berbaring di suatu sudut.Rasulullah pergi menyoal pemuda itu dan bertanya tentang hal berkaitan dengan dirinya.

Pemuda itu pun memberitahu Rasulullah bahawa dia hidup seorang oleh kerana isterinya sudah pun meninggal dunia.Rasulullah kemudiannya meminta kedua orang terbabit untuk bernikah.Tetapi mereka tidak berdiam diri oleh kerana berasa malu.

Walaubagaimanapun, akhirnya wanita telah dikahwinkah dengan pemuda itu dan ketika itulah pemuda ini menangis dan menceritakan kisahnya yang sebenar kepada Rasulullah.

Kemudian pasangan suami isteri ini pun keluar dari masjid menuju ke rumah wanita itu.Lelaki itu telah memperolehi kesemua harta benda yang diharamkan malam tadi dan kini ia menjadi halal.

Makan yang telah haram semalam telah menjadi halal.Wang dan permata yang ingin dicurinya juga sudah menjadi milik mereka dan wanita itu pula tidak haram disentuh oleh kerana mereka berdua suami isteri.

Benarlah sabda Rasulullah yang berbunyi " Barangsiapa meninggalkan sesuatu yang haram, maka ia akan memperolehi yang halal ".

No comments:

Post a Comment

Dipersilakan Komen