Tuesday, August 10, 2010

Beli Pangkat

Sebelum memulakan artikel ini saya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadan dan selamat berpuasa kepada semua pembaca yang beragama Islam.

Dakwaan sudah banyak dilemparkan bukan sahaja di Negeri Sembilan namun di negeri-negeri lain juga.Tapi aku rasa yang paling terkenal dengan sindiket membeli gelaran atau pingat dari sultan-sultan ataupun pemerintah tertinggi adalah Negeri Sembilan.

Sebelum aku meneruskan ayat aku, aku ingin menyatakan bahawa tulisan di bawah ini adalah pendapat peribadi aku dan hanya sebuah teori yang tidak mempunyai kesahihannya.Jadi aku minta maaf awal-awal jika artikel ini hanya satu rekaan.

Selalunya waktu hari keputeraan D.Y.M.M sultan-sultan adalah hari dimana sultan akan memberi pingat penghargaan kepada individu-individu tertentu.Yang Di-Pertua Negeri dan Yang Di-Pertuan Besar juga tidak terkecuali memberi pingat kepada rakyat.

Tapi tahukah anda bagaimana sesetengah orang itu mendapat pingat?

Tidak perlu berpakaian kemas memakai jam tangan Chopard dengan bingkai cermin mata bersalut emas ataupun membawa sebuah kereta sukan Lamborghini atau Bentley berangka '1' untuk berjumpa Tuanku.

Untuk mendapat pingat sebenarnya senang saja, jika anda baik dengan orang istana tiada masalah anda untuk mendapat pingat.Jika ada S/U sultan yang anda kenal hanya bisik dekat S/U terbabit supaya recommendkan nama dia dekat Sultan.

Dan selalunya sultan akan bagi sahaja tanpa banyak bicara walaupun kadang-kadang dia tidak kenal siapa gerangan orang yang hendak dikurniakan pingat terbabit.Tapi ini hanya untuk yang rendah-rendah sajalah.

Kalau dah ada Rolls Royce ataupun Maserati lagi senang cerita.Maklumlah dah poket tebal ( dengan kad kredit bukannya duit ) jadi kira standard Tuanku pun tak jatuhlah untuk bersembang dengan anda.

Tapi ada juga sesetengah golongan yang poket tebal tapi tak tahu banyak mana nak berkomunikasi dengan Tuanku ataupun kekok depan Tuanku.Jadi susahlah nak dapat pingat dari Tuanku.

Penyelesaiannya adalah yang paling senang adalah Negeri Sembilan.Kenapa?

Baiklah, satu-satunya sistem pentadbiran kerajaan yang pelik di Malaysia adalah Negeri Sembilan yang menggunakan adat perpatih sebagai tradisi.Jadi ia tak sama dengan negeri-negeri lain.

Caranya senang sahaja, ungkapan ''Money is Everything'' adalah benar.Disebabkan Negeri Sembilan menggunakan adat perpatih jadi ada satu pentadbir yang dipanggil Undang dimana bos disesuatu daerah.

Undang ini salah satu tugasnya adalah melantik Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan seperti yang berlaku baru-baru ini dimana Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan mangkat digantikan dengan Tuanku Mukhriz Munawwir.

Empat Undang di Negeri Sembilan ini berhak melantik Yang Di-Pertuan Besar untuk Negeri Sembilan jadi disini boleh dinyatakan bahawa Undang ini mempunyai satu kuasa khas dimana Yang Di-Pertuan Besar pun tak boleh lawan.

Jadi anda yang duit tengah tebal ni boleh cari Undang-Undang ini semua di Negeri Sembilan ini kerana kebanyakkan Undang ini memang orang asal Negeri Sembilan dan nak jadi Undang pun tak salah aku kena menetap dekat sana ( Negeri Sembilan ).

Dah jumpa dengan salah satu dari 4 Undang ini bolehlah sua sedikit wang kepada mereka dan cakap "Derr...Mintak lu tolong hantar nama gua dekat lu punya bos''. Confirm dia tak hantar punya nama anda.

Lepas itu dah Yang Di-Pertuan Besar tengok dia pun tak banyak cakap terus setuju saja dengan senarai nama pengkurniaan darjah kebesaran yang dikemukan oleh Undang terbabit dan saya yakin Yang Di-Pertuan Besar setuju.

Ini kerana semestinya Yang Di-Pertuan Besar terhutang budi kepada 4 Undang ini kerana tolong bagi Tuanku jadi Yang Di-Pertuan Besar ketika Yang Di-Pertuan Besar yang dahulunya mangkat.

Agak kurang sopan jika Tuanku menolak senarai nama yang diberi oleh Undang.Tuanku sudah tentulah menjaga hati kesemua 4 Undang ini untuk mengelakkan insiden tidak diingini berlaku seperti Yang Di-Pertuan Besar dirampas kuasa.

Apa yang aku nak cakap ini adalah tentang pembelian pangkat oleh orang-orang kaya ini untuk nampak dihormati dan disegani sudah tentunya pangkat Dato' dan keatas.

Kalau nak mintak Tan Sri ataupun Tun harap maaflah, kalau tak pakai cermin mata jangah harap nak dapat pangkat terbabit kerana pangkat terbabit hanya boleh diberikan oleh D.Y.M.M Yang Di-Pertuan Agong sahaja.

***Pingat yang dibeli maksud aku adalah pingat yang membawa gelaran Dato'

** Mulai hari ini aku akan siarkan artikel-artikel cerita zaman rasulullah yang aku baca.Inshaallah setiap hari aku akan tulis artikel baru

No comments:

Post a Comment

Dipersilakan Komen