Tuesday, August 31, 2010

Pengalaman Menyambut Kemerdekaan ke-53

Kali ini aku ingin menceritakan secara terperinci tentang pengalaman aku berada di Stadium Tertutup di Bukit Jalil untuk meraikan sambutan hari kemerdekaan negara yang ke-53.

Aku bertolak dari rumah aku sesudah subuh lebih kurang jam 6.15 pagi dari kediaman aku dan sampai disana lebih kurang jam 6.40 pagi.Ketika aku sampai hanya ada sebilangan kecil sahaja orang ramai yang berada disitu.

Ketika itu juga para kontijen atau peserta yang terlibat dalam persembahan kemerdekaan kali ini telah membuat latihan untuk kali terakhir.Aku sempat melihat latihan terakhir mereka sebelum sambutan bermula jam 8.00 pagi.

Kebanyakkan peserta yang terlibat berpakaian PLKN ini membuktikan bahawa mereka sedang berada di dalam Program Latihan Khidmat Negara.Jumlah peserta yang sebenarnya aku tidak tahu tapi ia mungkin lebih ribuan orang.

Jam 7.15 kelihatan para petugas seperti RELA dan Polis sudah berhimpun untuk mengawal lalu lintas bagi memudahkan orang ramai melihat dengan mata sendiri sambutan hari kemerdekaan pada kali ini.

Seterusnya lebih kurang pukul 7.30 cuaca pun semakin terang, kelihatan banyak kereta rasmi pegawai askar telah memasuki bangunan parlimen.Begitu juga dengan ketua-ketua polis sampai awal ke Stadium tertutup Bukit Jalil.

Seperti kebiasaannya , duta,diplomat,kaunselor,atache dan juga wakil Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu juga hadir pada sambutan kali ini seperti tahun-tahun sebelumnya.Aku lihat banyak juga kereta berplat merah dan akhirnya 'DC'.

Timbalan Perdana Menteri, Y.A.B Tan Sri Muhyiddin Yassin telah sampai awal sebelum Y.A.B Dato'Seri Najib Tun Razak sampai.Seterusnya Agong, Sultan Mizan Zainal Abidin sampai menandakan bermulanya sambutan kemerdekaan.

Lintas hormat telah dilakukan oleh Sultan Mizan Zainal Abidin kepada rejimen askar yang telah berbaris di hadapan itu sambil membawa panji-panji kebesaran diraja.

Seterusnya lagu Negaraku berkumandang dan bendera Jalur Gemilang pun dinaikkan sambil diiringgi 14 das tembakan meriam yang setiap satunya melambangkan sebuah negeri oleh pihak askar.

Kemudiannya berlangsunglah acara ikrar dan diteruskan oleh persembahan dari kontijen-kontijen yang menyertainya.Antaranya adalah tentang Bidang Utama Keberhasilan Negara ( NKRA ).

Tidak lupa juga persembahan seni mempertahankan diri oleh pihak Angkatan Tentera Malaysia yang telah mengambil bahagian begitu juga dengan pasukan elit negara yang bersiap sedia sentiasa untuk mengawal keamanan negara.

Oleh kerana tidak tahan dihimpit memandangkan badan aku ini kecil, aku pun bengang dengan segelintir manusia-manusia yang tak berapa nak betul jadi aku mengambil keputusan untuk keluar dari dewan tertutup terbabit.

Jadi aku pun turun bawah dan ke parking lot dimana kesemua kereta-kereta rasmi para Diplomat terletak.Apa lagi aku pun jelajah tengok satu persatu kereta duta yang mengandungi plat berwarna merah dan berakhir dengan DC.

Kereta diplomat ini mempunyai kelebihan dimana tidak akan ditahan oleh pihak polis dimana sahaja tidak kira di Malaysia mahupun di Amerika kerana diplomat ini diberi penghormatan yang tinggi oleh setiap negara.Dan kereta ini pun tak makan saman dan mendapat diskaun cukai.

Selepas itu aku selesai mengambil gambar kereta-kereta diplomat aku pun masuk balik ke dewan dan masuk ke tempat VIP walaupun aku nampak polis dihadapan aku menjaga.Polis itu hanya tersenyum sambil membuka pintu untuk aku.

Aku ingatkan tempat itu tempat dimana Perdana Menteri,Agong,KPN,KSN,PAT dan jemaah menteri yang lain duduk.Rupanya-rupanya ia berada di tempat lain jadi aku pun keluar balik dari bilik itu.

Ketika aku keluar pula, kelihatan pihak media membawa kamera untuk menunggu para VIP keluar.Namun tak keluar jadi mereka pun tanya dekat salah seorang petugas yang menjaga dan aku terdengar perbualan diorang dimana para VIP keluar ikut bawah tanah terus ke parking lot.

Aku dengan para petugas media bergegas turun bawah dan cukup-cukup aku mengambil tempat sahaja D.Y.M.M Sultan Mizan keluar bersama YB Rais Yatim.Begitu juga dengan Najib Tun Razak dan Muhyiddin Yassin.

Hanya sebuah gambar yang aku sempat ambil iaitu gambar yang menjadi gambar depan post aku yang bawah ini.Selepas itu datanglah para menteri-menteri yang lain keluar dari tempat duduk.

Aku pun apa lagi teruslah mengambil gambar menteri-menteri yang hadir.Dan seperti kebiasaannya aku seoranglah budak yang mengambil gambar yang lainnya semua mempunyai pass media.
Paling banyak mendapat liputan adalah Tun Dr.Mahathir Mohammad dimana berkali-kali ditemuramah oleh media dari berbagai negara.Mungkin disebabkan pengalaman Tun Mahathir yang telah memerintah negara selama lebih dua dekad telah membuatkan beliau disanjung tinggi.

Dato'Seri Anifah Aman merangkap Menteri Luar juga banyak mendapat liputan dan aku hanya dengar yang media banyak bertanyakan tentang demonstrasi segelintir rakyat Indonesia di depan kedutaan Malaysia.

Juga hadir yang aku nampak adalah menteri dalam negeri, Dato'Seri Hishamuddin Tun Hussein Onn mendapat perhatian dari media mungkinkah bertanya tentang dua orang rakyat Malaysia membakar bendera Indonesia di kedutaan Malaysia disini.

Kelihatan juga presiden Malaysian Indian Congress ( MIC ), Dato'Seri S Samy Vellu keluar dari tempat duduk VIP.Dato'Seri Shabery Cheek yang juga menteri belia dan sukan keluar bersama Dato'Seri Shafie Apdal merangkap menteri kemajuan luar bandar dan wilayah.

Banyak lagi jemaah menteri yang hadir pada sambutan kali ini antaranya menteri kesihatan, Dato'Sri Liow Tiong Lai, Dato'Seri Shahrizat Jalil, Dato'Dr Maximus Ongkili dan ramai lagi yang hadir.

Media juga menemu ramah duta dari negara barat ( aku tak tahu dari mana ) untuk meminta pandangan mereka.Kebanyakkan mereka mengucapkan tahniah kepada Malaysia yang menyambut kemerdekaan kali ke-53.

Selepas kesemua mereka sudah balik, aku pun tunggu di pintu utama ketibaan dimana banyak pegawai tentera,pegawai polis dan juga atache, diplomat dan lain-lain dihadapan menunggu driver mereka mengambil mereka.

Aku pun ada nampak seorang atache berbangsa Afrika jadi aku mendekati atache ini dan mengambil gambar.Selepas itu aku ingin mengetahui dengan lebih dekat lagi aku pun tanyalah dia dari negara mana.Dia pun jawab dari Afrika Selatan.

Ulasan terakhir aku adalah aku melihat slogan ''1Malaysia Menjana Transformasi" adalah tidak kena oleh kerana ia meminjamkan perkataan Inggeris.Transformasi terbabit mungkin boleh ditukar dengan pembaharuan.

Sambutan Kemerdekaan ke-53

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN YANG KE-53 KEPADA SEMUA RAKYAT MALAYSIA.1MALAYSIA MENJANA TRANSFORMASI ( RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN )

Aku baru sahaja balik dari Bukit Jalil selepas selesai melihat sambutan hari kemerdekaan yang ke-53 yang berlangsung di Stadium Putra Bukit Jalil.Stadium yang berlangsungnya sambutan kali ini adalah di stadium tertutup dimana pernah dijadikan gelanggang badminton untuk piala Thomas.

Kesemua para pemimpin Malaysia termasuk jemaah menteri, ketua setiausaha, para ketua jabatan.Para diplomat,kauselor,atache dari luar negara juga hadir untuk meraikan sambutan kemerdekaan mewakili negara mereka.

Turut hadir pada majlis kali ini adalah mantan perdana menteri Malaysia iaitu Tun Dr.Mahathir Mohammad namun tidak kelihatan Tun Abdullah Badawi pada majlis kali ini selepas tahun lalu pun beliau tidak hadir ke dataran parlimen menyaksikan sambutan kemerdekaan ini.

Walaubagaimanapun aku tidak berpuas hati sambutan kali ini kerana stadium yang berlangsungnya sambutan amat kecil dan tidak boleh menampung orang ramai yang hadir meraikan kemerdekaan.

Lagi Gambar [ klik sini ]

*** Gambar ini semua aku ambil sendiri bukannya dari google ataupun mana-mana laman web yang lain.

Friday, August 27, 2010

Teknik-teknik CIA

Ketika melayari internet, aku telah terbaca sebuah artikel yang menarik untuk dikongsi bersama-sama pembaca tentang bagaimana agen Agensi Perisikan Pusat ( CIA ) melakukan teknik-teknik ketika bertugas.





Wednesday, August 25, 2010

Angkara Tamak ( 9 )

Terdapat tiga orang lelaki bersahabat baik pergi memburu ke dalam hutan.Mereka bertiga ini hidup pada zaman Nabi Isa.

Mereka telah berada di dalam hutan selama tiga hari namun belum seekor binatang pun yang berjaya ditangkap.Tiba-tiba lintaslah seekor pelanduk dan mereka bertiga berusaha menangkapnya tetapi nasib tidak menyebelahi mereka.

Tiga sekawan ini tidak berputus asa dan terus masuk ke dalam hutan walaupun bekalan mereka hampir habis.Mereka tidak gusar akan bahaya yang tak dijangka di dalam hutan seperti serangan binatang buas.

Tetapi mereka sentiasa berzikir dan berdoa kepada Allah supaya memberi perlindungan kepada mereka.

Ketika hendak meneruskan perjalanan, seorang dari tiga lelaki itu ternampak suatu benda yang berkilau akibat disinari cahaya.Mereka pun dengan pantas ke objek tersebut dan melihat peti besi dimana separuh darinya tertanam di dalam.

Seorang dari mereka mengambil keputusan untuk menggali peti besi terbabit untuk melihat isi di dalamnya.Selepas siap digali, mereka pun mengeluarkan peti besi itu dan di dalamnya merupakan berisi harta karun.

Timbullah perasaan tamak terhadap ketiga-tiga orang lelaki ini dan mengakui peti besi itu milik mereka.

Lelaki pertama berkata " Akulah yang lebih berhak, kerana aku yang menggalinya tadi".

Lelaki kedua pula berkata " Tapi akulah yang ternampak cahaya berkilau itu.Kalau tidak, kita akan terus berjalan saja ".

"Dan akulah yang telah menunjukkan jalan ke mari! '' kata lelaki yang ketiga mengatakan bahawa harta karun itu miliknya.

Akhirnya mereka bertiga sepakat untuk membahagikan harta itu sama banyak kepada semua mereka.

Seorang sahabat dari tiga orang itu berkata bahawa dia lapar dan dahaga dan meminta supaya mereka membeli makanan dahulu.Mungkin ada penempatan disini jelasnya lagi untuk membeli makanan.

Seorang sahabat mereka telah menawarkan diri untuk pergi membeli makanan itu.Dia pun berjalan-jalan mencari makanan terlebih dahulu sehinggalah dia menjumpai sebuah pekan kecil di situ.

Syaitan pula berbsik kepadanya, syaitan menggoda lelaki itu supaya meletakkan racun ke dalam makanan itu supaya nanti harta karun itu dimilikinya sepenuhnya.

Sementara di dalam hutan pula, mereka berdua telah setuju untuk membahagikan harta itu untuk mereka berdua dan bercadang membunuh lelaki yang sedang membeli makanan di pekan itu.

Sebaik sahaja makanan sampai, pemuda itu meletakkan raun ke dalam makanan lelaki terbabit sementara mereka berdua sedang makan makanan yang beraccun menyebabkan mereka berasa sakit yang akhirnya membawa maut.

Ketiga-tiga sahabat itu yaang telah bermusuhan telah mati akibat harta.Jika di dalam kesusahan mereka boleh meminta pertolongan kepada Allah tetapi kelabu mata apabila melihat kekayaan hingga sanggup membunuh rakan.

Tuesday, August 24, 2010

Kedutaan Malaysia Dilontar Najis

( Update 7 )

JAKARTA 26 Ogos — Penunjuk perasaan di hadapan kedutaan Besar Malaysia di sini terus bersikap liar dengan membakar dan meludah Jalur Gemilang serta bergaduh dengan pasukan polis Indonesia yang mengawal di situ hari ini.

Seramai 600 orang menyertai demonstrasi itu berteriak “ganyang Malaysia" bagi membantah apa yang mereka dakwa pencerobohan pihak berkuasa Malaysia di perairan perbatasan kedua-dua negara, berhampiran Bintan, Kepulauan Riau 13 Ogos lepas.

Ketika emosi memuncak, penunjuk perasaan bergaduh dengan pasukan Polis Indonesia yang menghalang mereka daripada menghampiri pintu pagar untuk masuk ke dalam kawasan kedutaan.

Mereka membaling batu dan selipar ke arah polis. Seorang daripada mereka ditahan polis kerana membaling sebatang buluh, yang sebelum itu digunakan untuk mengibarkan bendera Indonesia, ke arah pasukan keselamatan.

Insiden pada 13 Ogos itu membabitkan penahanan tiga pegawai penguatkuasa laut Indonesia oleh Polis Marin Malaysia ekoran penahanan tujuh nelayan Malaysia oleh bahagian penguatkuasa Kementerian Kelautan dan Perikanan Indonesia kerana didakwa meneroboh.

Malaysia mempertahankan bahawa nelayan tersebut berada di perairan sendiri apabila ditahan oleh pihak penguatkuasa Indonesia itu. Kesemua tahanan itu telah dibebaskan pada 17 Ogos. Kumpulan penunjuk perasaan hari ini menuntut Malaysia memohon maaf serta meminta kerajaan Indonesia memanggil balik Duta Besar Indonesia di Malaysia.

Keadaan reda apabila anggota kumpulan yang beremosi dapat ditenangkan oleh beberapa orang pemimpin kumpulan tersebut.

Sejak insiden 13 Ogos itu, beberapa demonstrasi dilakukan oleh kumpulan-kumpulan kecil antara 20 dan 40 orang sahaja namun ia tetap ganas sehingga ada yang bertindak merosakkan plak nama Kedutaan Besar itu, memanjat pintu pagar dan tembok pintu pagar dan berdiri di atasnya.

Kerosakan pada harta benda kedutaan besar itu telah dilakukan oleh penunjuk perasaan dari kumpulan Laskar Merah Putih.

Penghinaan paling buruk dilakukan terhadap Malaysia ialah perbuatan melempar najis manusia ke dalam kawasan Kedutaan Besar Malaysia di sini oleh penunjuk perasaan dari kumpulan Benteng Demokrasi Rakyat (Bendera) pada Isnin lepas. - Bernama


( Update 6 )

JAKARTA 25 Ogos - Semua lokasi berkepentingan Malaysia di Jakarta dikawal polis berikutan terdapat maklumat Benteng Demokrasi Rakyat Indonesia (Bendera) akan melancarkan gerakan mengusir rakyat Malaysia atau Sweeping Malaysian hari ini.

Antara langkah diambil oleh pihak berkuasa Indonesia ialah menempatkan sebanyak 200 anggota polis mengawal kediaman rasmi Duta Besar Malaysia ke Indonesia di sini, sejak pukul 9.30 pagi.

Selain itu, polis juga ditempatkan bagi mengawal keselamatan di Kedutaan Besar Malaysia, Pejabat Petronas dan Bank CIMB Niaga.

Petronas turut mengarahkan kakitangannya supaya pulang awal iaitu pada pukul 1 petang setelah menerima ancaman tersebut.

Polis memberitahu demonstrasi itu akan dilakukan oleh Gerakan Pemuda Pemudi Anti Malaysia iaitu salah satu cabang di dalam Bendera.

Seorang pegawai polis yang berkawal di kediaman duta besar turut mengingatkan wartawan supaya berhati-hati kerana ada maklumat menyebut kumpulan itu nekad untuk menahan rakyat Malaysia.

Berikutan itu, semua pelajar Malaysia di Jakarta telah dinasihatkan tidak melalui kawasan Jalan Diponegoro, Menteng, Jakarta Pusat untuk mengelakkan daripada tindakan 'sweeping' oleh anggota Bendera.

Pengarah Jabatan Penuntut Malaysia di Indonesia, Datuk Dr Junaidy Abu Bakar mengingatkan pelajar supaya keluar rumah dalam berkumpulan dan segera menghubungi beliau atau pemimpin pelajar jika diancam oleh mana-mana pihak.

"Saya minta seluruh mahasiswa Malaysia agar menghindari kawasan Menteng, khususnya Jalan Diponegoro. ia dikenal pasti antara kawasan yang akan dilakukan 'sweeping' rakyat Malaysia oleh kumpulan Bendera," katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Bagaimanapun sehingga pukul 6 petang ini, iaitu had waktu dibenarkan oleh polis untuk mengadakan demonstrasi, hanya satu demonstrasi kecil dilakukan kira-kira 15 minit di hadapan Kedutaan Besar Malaysia.

Daripada maklumat polis, dijangka satu demonstrasi besar-besaran membabitkan pelbagai badan bukan kerajaan akan diadakan di hadapan Kedutaan Besar Malaysia esok yang disertai kira-kira 1,000 orang.

Utusan Malaysia difahamkan demonstrasi itu akan disertai ramai penunjuk perasaan kerana mereka mahu mengambil kesempatan untuk mendapatkan 'duit raya' kerana semakin hampirnya sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Petang Isnin lalu, 37 anggota Bendera berdemonstrasi di hadapan Kedutaan Besar Malaysia dan membawa bersama lima bungkus najis manusia kerana membantah penahanan tiga anggota penguat kuasa marin Indonesia oleh Polis Marin Malaysia pada 13 Ogos lalu.

Salah seorang daripada mereka sempat melempar bungkusan najis itu masuk ke dalam pintu pagar kedutaan besar, manakala yang lainnya meletakkan kotoran itu ke atas bendera Malaysia di jalan dan memijaknya. - UTUSAN



( Update 5 )

Wisma Putra hari ini memanggil pegawai Kedutaan Besar Indonesia bagi memberi penjelasan berhubung tindakan sekumpulan rakyat negara itu melemparkan najis manusia dan memijak Jalur Gemilang ketika berdemonstrasi di depan kedutaan Malaysia di Jakarta, Isnin lalu.

Berikutan itu, kedutaan tersebut yang diwakili Timbalan Dutanya, Tatang B. Razak telah menemui Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman di Wisma Putra hari ini.

Ketika ini, Duta Besar Indonesia, Tan Sri Da’i Bachtiar berada di Jakarta setelah dipanggil pulang bagi memberi penjelasan mengenai isu demonstrasi tersebut yang kini dibincangkan dalam sidang Parlimen republik itu.

Dalam pada itu, Anifah berkata, dalam pertemuan dengan Tatang, Malaysia melahirkan rasa kesal dan mengecam sekeras-kerasnya perbuatan tersebut yang dianggap satu penghinaan kepada seluruh rakyat dan mencabar kedaulatan negara.

Katanya, tindakan sesetengah pihak di republik itu sengaja ingin merosakkan perhubungan dua hala yang begitu baik para pemimpin dan rakyat kedua-dua negara secara keseluruhannya.

“Apa yang dilakukan itu tidak mencerminkan budaya, kesopanan dan tatasusila.

“Demonstrasi yang turut diadakan di depan Konsulat Malaysia di Medan dan Pekan Baru telah mengguris hati dan perasaan rakyat Malaysia,” katanya pada sidang akhbar selepas pertemuan dengan Tatang.

Isnin lalu, demonstrasi yang disertai anggota Benteng Demokrasi Rakyat Malaysia (Bendera) bagi membantah penahanan tiga anggota penguat kuasa Indonesia oleh Pasukan Gerakan Marin Malaysia yang diadakan di depan Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta menjadi kecoh.

Ini berlaku apabila segelintir penunjuk perasaan melemparkan najis manusia ke dalam bangunan kedutaan Malaysia selain memijak Jalur Gemilang.

Beberapa hari sebelum itu, demonstrasi juga diadakan oleh kumpulan dari Lumbung Informasi Rakyat (LIRA) dan Laskar Merah Putih (LMP).

LMP bertindak merosakkan plak nama kedutaan itu selain peserta memanjat pintu pagar dan bumbung pondok pengawal keselamatan di itu.

Perbuatan kumpulan LSM itu memaksa Kedutaan Besar Malaysia menghantar nota protes kepada Kementerian Luar Negeri Indonesia dan Polis Republik Indonesia kerana pihak polis gagal melindungi harta benda kedutaan itu daripada dirosakkan, selaras dengan perlindungan yang dinyatakan di bawah Konvensyen Vienna.

Menurut Anifah, tindakan kumpulan Bendera yang membuat ugutan mengusir rakyat Malaysia menimbulkan rasa kemarahan dan keresahan rakyat negara ini di republik itu.

Justeru, beliau menggesa republik tersebut mengambil tindakan terhadap mereka yang melakukan tindakan mengancam rakyat negara ini.

“Tindakan itu bukan sahaja mencemarkan nama baik Malaysia malah mencemar nama baik Indonesia hasil perbuatan yang begitu keji oleh segelintir golongan,” katanya.

Dalam pada itu Anifah berkata, Kuala Lumpur juga telah meminta Jakarta agar dapat memastikan keselamatan rakyat Malaysia yang berada di republik itu demi memelihara hubungan dua hala.

“Saya telah berhubung dengan Menteri Luar Indonesia, Marty Natalegawa untuk memastikan demonstrasi menghina rakyat negara ini dihentikan.

“Setakat laporan yang diterima daripada kedutaan Malaysia di Jakarta, tiada sebarang demonstrasi diadakan sehingga tengah hari ini,” katanya

( Update 4 )

Wisma Putra digesa mengadakan kerjasama dengan pihak berkuasa Indonesia bagi menyiasat dalang di belakang tindakan segelintir warga Indonesia yang terlibat dalam demonstrasi menghina Malaysia.

Dalam pada itu, Benteng Demokrasi Rakyat Indonesia (Bendera) yang berdemonstrasi dan melontar najis ke dalam Kedutaan Besar Malaysia di Indonesia kelmarin, turut mengugut akan melancarkan gerakan mengusir rakyat Malaysia.

Presiden Susilo Bambang Yudhoyono meminta rakyatnya bertenang dan mengingatkan supaya hubungan baik Malaysia-Indonesia dijaga.

Rata-rata rakyat Indonesia yang mencari rezeki di Malaysia mencemuh perbuatan Bendera yang memijak Jalur Gemilang dan melempar najis ke kawasan Kedutaan Besar Malaysia.

JAKARTA 24 Ogos – Benteng Demokrasi Rakyat Indonesia (Bendera) yang mengadakan demonstrasi dan melontar najis ke dalam Kedutaan Besar Malaysia di Indonesia semalam, dipercayai didalangi oleh pihak ketiga.

Kumpulan itu turut mengugut akan melancarkan gerakan mengusir rakyat Malaysia dengan mengadakan sekatan jalan raya di hadapan ibu pejabatnya di Jalan Deponegoro, Jakarta Pusat.

Ugutan itu dibuat menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) dan kenyataan media di Internet.

Bendera turut mengecam kepimpinan Susilo yang disifatkan terlalu berlembut dengan Malaysia dan lambat menangani isu penangkapan tiga anggota penguat kuasa Jabatan Kelautan dan Perikanan Indonesia pada 13 Ogos lalu.

Tahun lalu, beberapa orang aktivis Bendera ditangkap kerana melakukan operasi pengusiran rakyat Malaysia di hadapan ibu pejabat mereka di Jalan Deponegoro, Jakarta Pusat dengan menggunakan senjata buluh runcing.

Bagaimanapun, polis membebaskan mereka dengan alasan tidak ada senjata buluh runcing digunakan semasa tindakan Sweeping Malaysia itu.

Pada sidang Dewan Perwakilan Rakyat (DPR) Indonesia hari ini, seorang anggota pembangkang dari parti Golkar, Tantowi Yahya meminta pemerintah Indonesia mengambil tindakan keras terhadap Malaysia.

Tantowi turut menyelar pemerintah Indonesia kerana merendah-rendahkan martabat negara itu apabila melakukan pertukaran pembebasan tujuh nelayan yang ditahan pihak berkuasa Indonesia dengan tiga anggota penguat kuasa terbabit.

Dalam pada itu, jurucakap Polis Metro Jaya, Asisten Komisioner Daniel Bolly Tafaona berkata, empat aktivis Bendera yang ditahan dalam demonstrasi melontar najis semalam dibebaskan malam tadi kerana didapati tidak melanggar sebarang undang-undang.

“Kerana sasaran yang akan mereka lempar tidak sempat dilemparkan, kita bebaskan mereka,” jelasnya di sini hari ini.

Bagaimanapun difahamkan salah satu daripada lima bungkus najis yang dilempar telah masuk ke dalam premis kedutaan. – utusan.


( Update 3 )

JAKARTA 24 Ogos - Selepas beberapa insiden melampau penunjuk perasaan termasuk cuba menceroboh dan membaling najis ke dalam bangunan Kedutaan Besar Malaysia di Indonesia, Presiden Susilo Bambang Yudhoyono akhirnya meminta rakyatnya bertenang.

Beliau juga mengingatkan supaya hubungan baik di antara Malaysia dengan Indonesia harus dijaga.

"Kita tidak seharusnya mempunyai budaya merosakkan hubungan diplomatik setiap kali ada insiden... prinsip paling utama adalah menjaga hubungan yang baik," katanya pada mesyuarat Kabinet, semalam.

Kenyataan beliau itu dibuat setelah media massa di Indonesia yang memainkan isu berkenaan setiap hari berikutan tiga anggota penguat kuasa mereka ditangkap oleh Polis Marin Malaysia di perairan Riau awal bulan ini, ketika menangkap tujuh nelayan Malaysia yang dikatakan menceroboh perairan negara berkenaan.

Mereka terbabit dibebaskan selepas perbincangan secara diplomatik, tetapi pihak media dan pertubuhan bukan kerajaan di Indonesia tidak berpuas hati kerana isu itu diselesaikan secara baik.

Berikutan itu, beberapa tunjuk perasaan telah diadakan di hadapan Kedutaan Besar Malaysia di Indonesia termasuk yang terbaru sekumpulan anggota Benteng Demokrasi Rakyat Indonesia (Bendera) yang bertindak membaling najis ke dalam kedutaan berkenaan yang terletak di Kuningan, Jakarta Selatan.

Berikutan itu juga tiga penunjuk perasaan ditangkap, tetapi kemudiannya dibebaskan tidak sampai tempoh 24 jam.

Susilo juga menjelaskan kepada rakyatnya supaya tidak salah faham di antara kepentingan hubungan yang baik dengan menjaga kedaulatan negara.

Beliau juga berkata, insiden itu berlaku kerana kedua-dua buah negara mempunyai tuntutan bertindih ke atas sempadan di perairan tersebut.

Sehubungan itu beliau memberi jaminan akan berusaha menyelesaikan isu persempadanan itu melalui perbincangan dengan Malaysia dan Singapura, termasuk di perairan Ambalat.

Bagaimanapun Indonesia harus menunggu keputusan Mahkamah Antarabangsa berhubungan sempadan perairan Malaysia dengan Singapura terlebih dahulu sebelum meneruskan perbincangan, katanya. - UTUSAN


( Update 2 )

JAKARTA - Setelah melempar najis manusia ke dalam kawasan Kedutaan Besar Malaysia di sini Isnin lalu, kumpulan penunjuk perasaan yang sama mengugut untuk berbuat demikian di kediaman Duta Besar Malaysia pula.

Kali ini, penunjuk perasaan dari kumpulan Benteng Demokrasi Rakyat (Bendera) itu dilaporkan akan disertai kumpulan gabungannya yang menamakan diri sebagai Pemuda Pemudi Anti Malaysia.

Sementara itu, 25 penunjuk perasaan Bendera merancang berdemonstrasi di hadapan Bank CIMB Niaga petang ini dan mengulangi aksi sama di pejabat Petronas kemudian.

Polis Indonesia yang mendapat maklumat mengenai rancangan demonstrasi haram di hadapan kediaman Duta Besar Malaysia di Patra Kuningan, bertindak mengetatkan kawalan dengan menempatkan lebih 200 anggota di sekeliling rumah tersebut sejak 9.30 pagi tadi.

Sejak malam tadi, Polis Indonesia telah menempatkan anggotanya bagi menjaga keselamatan di kawasan kediaman Duta Besar Malaysia itu.- Bernama


( Update )

Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman hari ini memanggil Kedutaan Besar Indonesia di Kuala Lumpur bagi mendapatkan penjelasan berhubung demonstrasi oleh sekumpulan rakyat republik itu di pejabat kedutaan Malaysia di Jakarta.

Menurutnya, perbuatan para penunjuk perasaan melempar najis manusia ke dalam bangunan Kedutaan Besar Malaysia dan membakar Jalur Gemilang adalah satu tindakan yang tidak bertanggungjawab serta mencabar kedaulatan negara.

“Kita kesal dan mengecam sekeras-kerasnya tindakan segelintir pihak yang sengaja merosakkan hubungan baik kedua-dua belah pihak.

“Ia tidak mencerminkan budaya dan tatasusila serta kesopanan kita,” katanya kepada sidang akhbar selepas mengadakan pertemuan dengan Timbalan Duta Indonesia, Tatang B. Razak di Wisma Putra di sini hari ini. – Utusan


Tatkala seminggu lagi rakyat Malaysia bakal menyambut hari kemerdekaan yang ke-53 pada 31 Ogos ini, kedutaan kita di Jakarta telah dibaling oleh najis manusia oleh Benteng Demokrasi Rakyat Indonesia ( Bendera ) oleh kerana tidak berpuas hati dengan tindakan Malaysia.

Ini berikutan apabila Kementerian Kelautan dan Perikanan Indonesia telah menangkap tujuh orang nelayan dari Malaysia.Selepas itu, dikatakan pula Pasukan Marin Malaysia pula menangkap 3 penguatkuasa Indonesia.

Tunjuk perasaan bermula apabila anggota Bendera berhimpun beramai-ramai di luar kedutaan Malaysia di Jakarta.Mereka telah membawa bendera Malaysia dan memijak beramai-ramai bendera Jalur Gemilang.

Selepas itu, anggota Bendera didakwa telah membawa lima bungkusan polistrin yang dikatakan hadiah dari mereka oleh kerana layanan buruk mereka dari Malaysia.Seterusnya mereka melontarkan najis manusia itu ke dalam kawasan kedutaan Malaysia.

Beberapa polis telah menangkap anggota Bendera yang berhimpun di hadapan kedutaan itu.Walaubagaimanapun ahli-ahli yang lain telah meminta tiga rakan mereka dibebaskan.Malahan mereka mengugut akan melakukan gerakan mengusir rakyat Malaysia jika tidak dibebaskan rakan mereka itu.

Tidak aku ketahui sama ada polis Indonesia terbabit melepaskan rakan mereka ataupun menahan penunjuk perasaan itu.

Dengar kata-kata orang, sebenarnya Malaysia sebenarnya sengaja menangkap tiga pegawai penguatkuasa terbabit.Ini kerana tindakan hasil tangkapan yang dibuat oleh pihak Indonesia.

Aku tidak tahu sama ada rakyat Malaysia yang ditahan itu benar masuk ke laut Indonesia ataupun tidak.Tetapi jika benar sekalipun, tindakan Malaysia menangkap penguatkuasa Indonesia adalah untuk melakukan pertukaran.

Sudah semestinya sesebuah negara menjaga rakyat mereka.Jadi disebabkan itu, Malaysia menangkap tiga penguatkuasa terbabit dan meminta tujuh nelayan Malaysia yang ditahan Indonesia dipulangkan.

Aku yakin oleh kerana orang Indonesia juga ditahan di Malaysia, mereka mestilah ingin menebus kembali orang kita dengan orang mereka.Ini mungkin cara Malaysia menyelesaikan masalah terbabit.

Tetapi aku benar-benar mengutuk tindakan anggota Benteng Demokrasi Rakyat ( Bendera ) yang telah melontar najis ke dalam kawasan kedutaan Malaysia.Selain itu, sebelum kejadian ini berlaku dikatakan plak kedutaan kita disana juga telah dipecahkan.

Sebagai rakyat Malaysia, memang amat sedih oleh kerana bendera Jalur Gemilang telah dipijak-pijak oleh rakyat Indonesia yang mempunyai mentaliti anti-Malaysia dari dahulu lagi.Sedangkan rakyat Malaysia masih menerima pekerja Indonesia untuk mencari rezeki.

Jika dilihat balik sejarah, pada tahun 1962 Indonesia telah melancarkan Konfrontasi Indonesia-Malaysia dimana mereka menentang pembentukan Persekutuan Tanah Melayu menjadi Malaysia.

Ini kerana cita-cita Presiden Indonesia yang pertama itu iaitu Sukarno ingin membentuk Indonesia Raya dimana menggabungkan keseluruhan Tanah Melayu.Walaubagaimanapun, British telah membantu Malaysia menggabungkan Sabah/Sarawak dengan Semenanjung.

Filiphina juga bermain peranan dimana telah menuntut Sabah untuk menjadikannya sebagai sebahagian dari negara mereka dengan mendakwa Sabah mempunyai hubungan dengan kesultanan Sulu.Walaubagaimanapun tuntutan itu tidak dipenuhi oleh kerana pungutan suara oleh PBB telah menyatakan bahawa mereka ingin bersama Malaysia.

Disebabkan tidak berpuas hati, presiden Sukarno telah melancarkan kempen "Ganyang Malaysia" pada lewat 1963 dimana telah menyebabkan perang fizikal dimana gerila Indonesia telah melancarkan serangan.

Malaysia mengambil langkah mengerahkan anggota tenteranya di sempadan untuk mencegah serangan dari pihak gerila Indonesia.Ini adalah untuk mengelakkan kawasan Malaysia dimasuki gerila Indonesia.Ia bukan bertujuan menyerang Indonesia.

Namun ketika rampasan kuasa dimana Presiden Sukarno digulingkan, presiden baru bernama Soharto pula menjawat presiden Indonesia dimana beliau tidak berminat akan Malaysia seterusnya mengurangkan tekanan terhadap Malaysia.

Pada 28 Mei 1966 di Bangkok, Thailand telah berlakunya pertemuan diantara pemimpin Indonesia yang telah menghantar Adam Malik sebagai wakilnya bertemu Tunku untuk berunding dengan Malaysia.

Jadi dilihat dari sudut sejarah dimana Indonesia tidak henti-henti melakukan satu tindakan yang ingin mencabar Malaysia.Dan sudah banyak kali Bendera telah menggugut dimana ingin menyerang Malaysia namun tidak ada apa-apa.

Satu perkara yang paling aku kutuki adalah polis Indonesia yang aku kategorikan tahap sampah. Ataupun boleh dipanggil polis yang teruk di dunia dimana tidak menghalau penunjuk perasaan terbabit.

Bagi aku itu adalah satu tindakan Indonesia yang sengaja membiarkan penunjuk perasaan berhimpun yang sudah semestinya keadaan akan menjadi huru hara oleh kerana terlalu banyak manusia berhimpun.

Mengikut kajian yang dilakukan, kajian telah menyatakan jika orang ramai berhimpun di sesuatu tempat.Suatu fenomena kekecohan selalu berlaku terutamanya jika mereka mempunyai sesuatu niat.Contohnya seperti tunjuk perasaan terbabit dimana mereka telah melontar najis di kedutaan Malaysia.

Dan kajian juga menyatakan lagi ramai manusia, lagi kuatlah semangat seseorang itu melakukan sesuatu.Dan jika mereka melakukan sesuatu yang diluar jangkaan sekalipun.Mereka yakin bahawa ada orang menyokong mereka jadi rasa takut itu akan hilang.

Jika di Malaysia sudah semestinya para penunjuk perasaan itu akan dilibas menggunakan belantan jika melakukan tunjuk perasaan.Jika ramai lagi semestinya meriam air akan ditembak kepada penunjuk perasaan untuk menyuraikan mereka.

Aku menyokong penuh tindakan membelasah penunjuk perasaan dan menembak dengan meriam air ataupun dibaling gas pemedih mata kerana boleh mengelakkan suasana huru hara yang bakal menjejaskan benda awam.

Tetapi di Indonesia pula lain ceritanya, pihak polis mereka membiarkan sahaja mereka berhimpun di luar kedutaan Malaysia.Walaupun polis tahu yang penduduk Indonesia ini mempunyai sikap anti-Malaysia.

Soal ugutan melakukan gerakan mengusir rakyat Malaysia jika rakan mereka tidak dilepaskan bagi aku, polis jangan sesekali melayan ugutan mereka itu.Dan jika mereka melepaskan juga penunjuk perasaan terbabit aku memang meletakkan polis Indonesia di tahap paling hina.

Ini kerana mereka takut akan ugutan sebuah organisasi yang tidak mempunyai apa-apa kelebihan dari polis yang mempunyai senjata yang cukup untuk menghadapi masalah mengusir rakyat Malaysia.

Kalau operasi menyingkirkan rakyat Malaysia berjaya dilakukan ini mungkin sekali lagi menjatuhkan maruah Indonesia yang gagal mengawasi perkara seperti ini.

Kesimpulannya adalah rakyat Indonesia mempunyai sikap buruk yang perlu dicegahi dengan tabiat tidak berterima kasih mereka terhadap Malaysia yang telah mengalirkan sejumlah Rm 3 bilion kepada mereka setiap tahun.

Maksud aku golongan manusia yang tak ada standard.Malaysia selalunya tak ambil endah tentang hal kita yang berlaku disana oleh kerana rakyat Malaysia mempunyai pemikiran yang jauh lebih baik berbanding mereka.

Satu hal lagi aku nak sentuh adalah Filiphina tidak pernah mengugurkan permintaannya untuk mengambil Sabah untuk menjadi sebahagian dari mereka.

Monday, August 23, 2010

Mencari Ilmu ( 8 )

Imam Malik adalah seorang ulama' yang terkenal ketika zaman pemerintahan Khalifah Harun Al-Rasyid yang sangat menghormati para ulama' dan rajin menuntut ilmu.

Imam Malik pula baru sahaja selesai mengarang sebuah kitab yang diberi nama Al-Mubarak.Khalifah Harun Al-Rasyid yang rajin menuntut ilmu ingin mengetahui isi kandungan kitab itu.Oleh disebabkan itu, beliau telah mengarahkan orangnya untuk bertemu dengan Imam Malik.

Utusan Khalifah Harun Al-Rasyid pergilah berjumpa dengan Imam Malik.Dia menyatakan tujuannya dimana Khalifah ingin mempelajari ilmu kitab tersebut daripadanya.Jadi beliau memohon supaya Imam Malik datang ke Istana untuk mengajar Khalifah.

Namun Imam Malik menolak pelawaan itu dan berkata " Tolong beritahu kepada Amirul Mukminin bahawa seseorang itu hendaklah mencari ilmu pengetahuan yang ingin dipelajarinya, bukan ilmu pengetahuan mencari orang yang akan mempelajarinya ".

Walaupun Imam Malik tahu bahawa Khalifah Harun Al-Rasyid seorang pemerintah, namun dia ketika itu tetap berani menyampaikan tegurannya itu.Kemudiannya, utusan Khalifah kembali ke Istana dan menyatakan kata-kata Imam Malik tersebut.

Khalifah tidak berasa marah terhadap Imam Malik.Keinginannya untuk mempelajari kitab tersebut menyebabkan dia sanggup hadir ke kelas pengajian Imam Malik itu.

Ketika di dalam kelas itu pula, Khalifah duduk di atas kerusi empuk berbeza dengan pelajar-pelajar yang berada di dalam kelas itu.Imam Malik menegur perbuatan Khalifah itu dan meyatakan supaya memuliakan ilmu pengetahuan dan merendah diri.

Walaupun ditegur, Khalifah tidak sesekali naik angin dan menurut nasihat yang diberikan oleh Imam Malik terbabit.Khalifah pun turun dari kerusinya dan duduk berdekatan dengan Imam Malik seperti pelajar yang lain.

Itulah kisah seorang pemerintah yang ingin mempelajari ilmu dimana menghormati gurunya ketika menuntut ilmu.Dan tidak menggunakan kuasanya untuk kepentingan dirinya seorang.

Thursday, August 19, 2010

Ular Penipu ( 7 )

Muhammad bin Himyar adalah seorang pemuda yang warak.Dia rajin berpuasa dan beribadah kepada Allah siang dan malam.Segala suruhan Allah dilakukan dan larangannya ditinggalkan olehnya.

Suatu hari, Muhammad bin Himyar pergi memburu di sebuah hutan.Ketika dalam perjalanan, dia tiba-tiba dihalang oleh seekor ular hitam.Dengan rasa penuh ketakutan, ular itu merayu kepada Muhammad dengan berkata " Tolonglah aku! Ada seorang lelaki sedang mengejarku untuk membunuhku.Semoga Allah membantumu ".

Muhammad pun berasa kasihan terhadap ular hitam tersebut lalu dia tanpa berfikir panjang membuka serbannya daan menyuruh ular terbabit supaya bersembunyi di dalamnya.

Namun ular membangkang dan enggan masuk ke dalam serban itu dengan berkata " Nanti musuhku akan dapat lihat ".Lalu Muhammad pun memebuka pula tali pinggangnya dan menyuruh ular itu masuk ke jubah namun ular itu enggan bersembunyi disitu dengan alasan yang sama seperti tadi.

Muhammad pun bingung dan bertanya kepada ular itu dimanakah hendak dia bersembunyi.

Ular itu menjawab " Bukalah mulutmu supaya aku dapat bersembunyi di dalam perutmu.Aku berumpah dengan nama Allah, para malaikat dan nabi-nabi serta seluruh penduduk langit bahawa aku tidak akan membunuhmu ".

Muhammad pun mempercayai kata-kata ular tersebut lalu dibukakannya mulutnya memberi petunjuk supaya ular itu masuk ke dalam perutnya.

Tidak lama selepas itu datang seorang pemuda dengan tangannya terdapat pedang dan bertanya kepada Muhammad sama ada nampak seekor ular hitam yang lalu disini sebentar tadi.Namun Muhammad berpura-pura tidak tahu.

Ini menyebabkan Muhammad berasa bersalah oleh kerana berbohong menyebabkan dia beristighfar sebanyak 100 kali.Pemuda itupun berlalu pergi dengan tanpa syak yang buruk terhadap Muhammad.

Setelah pemuda itu pergi, Muhammad pun mengarahkan supaya ular yang berada di dalam perutnya supaya keluar dari perutnya oleh kerana pemuda yang ingin membunuhnya sudah pergi.

Namun ular itu enggan keluar dan menyuruh Muhammad supaya lihat betul-betul untuk memastikan musuhnya sudah tiada.Setelah Muhammad pasti bahawa pemuda itu tiada lalu disuruhnya sekali lagi kepada ular itu supaya keluar dari perutnya.

Tetapi kali ini ular hitam itu mendiamkan diri.Dia tetap tidak mahu keluar dari mulut Muhammad walaupun sudah disuruh Muhammad berkali-kali supaya keluar dari badannya.

" Aku tidak mahu keluar, pilihlah antara dua, sama ada hatimu akan dirobekkan atau jantungmu akan dilubangkan! " ugut ular hitam itu kepada Muhammad.

Muhammad pun terperanjat dengan kata-kata yang dilontarkan oleh ular hitam tersebut dan mengucap "Subhanallah".Begitu mudah kamu melupakan janji dan sumpahmu tanya Muhammad kepada ular terbabit.

Ular terbabit menjawab " Wahai manusia, tidakkah engkau ingat permusuhanku dengan Adam? Disebabkan olehnya, aku terpaksa keluar dari syurga.Dan mengapa pula engkau berbuat baik terhadap mahkluk yang curang dan tidak mengenang budi? ".

Oleh kerana dirinya tidak dapat berbuat apa-apa oleh kerana ular itu berada di dalam perutnya.Dia pasrah dan berkata kepada ular jika hendak membunuhnya, berikan dia peluang untuk menyiapkan tempat matinya.Ular itu menjawab " Terpulanglah kepadamu ".

Dengan rasa harap kepada Allah, Muhammad pun berjalan ke arah bukit dan menadahkan tangannya sambil berdoa " Ya tuhanku yang Maha Pemurah, tolonglah diriku.Ya Allah, jauhkanlah aku daripada kejahatan ular ini ".

Secara tiba-tiba datanglah seorang lelaki yang kacak.Tubuhnya berbau harum.Pemuda itu mengucapkan salam terhadap Muhammad dan bertanya kepada Muhammad mengapa mukanya pucat.Muhammad pun menceritakan peristiwa ular itu kepadanya.

Lalu pemuda itu memberikan sehelai daun hijau kepada Muhammad dan menyuruh Muhammad mengunyahnya dan telan daun itu.Muhammad mengikut saja kata pemuda itu dan secara tiba-tiba perutnya memulas menyebabkan dia ingin membuang air besar.

Tanpa membuang masa, Muhammad pun mencari lokasi strategik untuk melepaskan hajatnya itu.Muhammad berasa terkejut oleh kerana ular yang berada di dalam badannya juga turut keluar dengan badannya terpotong-potong.

Setelah selesai melepaskan hajatnya dengan rasa penuh kesyukuran.Muhammad pergi mencari pemuda itu dan bertanyakan kepada pemuda itu " Siapakah saudara yang sebenarnya? ".Dan pemuda itu menjawab sambil ketawa " Wahai Muhammad bin Himyar, ketika terjadi peristiwa antara kamu dengan ular itu, bergemuruhlah suara malaikat di langit.Mereka meminta kepada Allah supaya menyelamatkan kamu.Allah telah berfirman dengan kemuliaan dan kebesaranNya mengarahkan aku kesyuga memetik daun itu dan memberikannya kepadamu ".

Sambung pemuda itu lagi " Namaku adalah Al-Makruf, tinggal di langit yang keempat. Wahai Muhammad, teruskanlah sikapmu suka berbuat kebaikan "

Kemudia pemuda itu pun berlalu dari situ.

Wednesday, August 18, 2010

Penyelesaian Masalah Kesesakan

Raya cuma lebih 3 minggu lagi dan sudah semestinya kebanyakan warga kota bakal pulang ke kampung halaman untuk meraikan Aidilfitri bersama keluarga tersayang setelah sebulan berpuasa.

Namun rakyat Malaysia bukanlah kaya, kebanyakan mereka menggunakan kereta sebagai kenderaan untuk balik ke kampung halaman mereka tidak kira di utara, pantai timur ataupun barat semenanjung.

Kalau pulang beraya dua tiga hari belum raya selalunya perjalanan akan ditempuhi dengan kesesakan yang amat teruk.Aku balik ke kampungku, Kedah pun mengambil masa lebih 12 jam masa nak balik raya.

Bagaimana pula yang dari Johor nak balik Perlis? kalau kaya bolehlah balik dengan kapal terbang itupun kalau tempah tiket awal.Sekarang confirm tak dapat punya.

Soalannya ialah bagaimana hendak mengatasi kesesakan lalu lintas ini?

Aku punya pendapat mengatakan bahawa kesesakan lalu lintas berlaku cuma disebabkan dua perkara sahaja.Satu adalah ketika ingin membayar tol dimana kenderaan perlu berbaris panjang untuk melepasi palang tol.

Dan keduanya disebabkan kemalangan jalan raya yang bakal menyebabkan kesesakan lalu lintas yang amat teruk tambah lagi dengan mentaliti keprihatinan rakyat Malaysia yang suka berhenti melihat kemalangan.

Penyelesaian yang pertama iaitu masalah ketika membayar tol adalah sepatutnya dua tiga hari sebelum raya tol tak berfungsi dimana jurutol boleh beraya awal...Melawak jaa...

Sebenarnya kesemua pemandu-pemandu di Malaysia perlulah dibekalkan dengan kad Touch N' Go untuk memudahkan pembayaran ketika melalui tol.Hal ini bagi aku tiada masalah untuk kerajaan menyalurkannys kepada pengguna jalan raya.

Maksud aku secara percuma, oleh itu kesesakan lalu lintas mungkin dapat dikurangkan oleh kerana kebanyakan pemandu yang beratur panjang adalah yang hendak membayar tol dengan tunai.

Ini menyebabkan berlaku dua benda yang melambatkan proses iaitu masa bagi duit dimana selalunya duit mesti lebih dan ketika hendak memberi baki oleh jurutol kepada pengguna dimana mengambil masa 20 saat.

Namun jika kita menggunakan kad Touch N' Go aku rasa hanya memerlukan 5 saat untuk palang itu naik.Ini bakal menjimatkan masa lebih 15 saat dan aku percaya ia boleh mengurangkan kesesakan lalu lintas.

Jika dicerita bagaimana perkara ini hendak dilaksanakan adalah dengan mengurangkan lorong tunai dan menggantikannya dengan lorong Touch N' Go.Ini bakal menyebabkan manusia-manusia yang menggunakan tunai bakal tertekan.

Ini kerana sudah semestinya mereka berasa begitu lambat hendak membayar tol dan ini akan menimbulkan satu bentuk perasaan.Perasaan yang aku maksudkan adalah perasaan cemburu dimana mereka akan cemburu melihat kereta di sebelah mereka membayar tol dengan pantas.

Selain itu, cara untuk mengalakkan pengguna lebuh raya di Malaysia supaya menggunakan khidmat Touch N' Go adalah dengan memberikan diskaun kepada pengguna lebuh raya yang menggunakan khidmat ini.

Ia kerana mereka telah bayar duit awal jadi boleh diberikan diskaun kepada mereka.Ini pun bakal menyebabkan pengguna yang mengunakan tunai untuk membuat transaksi berasa rugi akan tindakannya itu.

Tapi masalahnya adalah jika orang-orang kampung yang hanya ke luar bandar setahun sekali macam mana pula?

Senang sahaja, kurangkan kadar bayaran tambah nilai Touch N' Go contohnya Rm 5 cukuplah untuk orang-orang kampung nak pergi dan balik.

Akhir kata mereka akan menggunakan Touch N' Go untuk membayar tol diseluruh Malaysia.Kalau terlebih kaya bolehlah gunakan Smart Tag untuk ke mana-mana jua tanpa perlu membuka tingkap.

( Ia juga dapat mengurangkan kerosakan oleh kerana kereta Proton terutamanya Waja selalu mengalami kerosakan tingkap )

Masalah kedua yang aku nyatakan adalah tentang kemalangan jalan raya.Sebab apa berlakunya kemalangan? Sebabnya tidak mengikut peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa ini menyebabkan berlakunya kemalangan.

Apa yang aku hendak nyatakan disini adalah kita perlulah menguatkuasakan undang-undang dimana akan membuatkan rakyat takut akan undang-undang.Ini mungkin dapat mengelakkan kemalangan berlaku di lebuh raya dimana raya menjelang tiba.

Setakat kena saman bayar Rm 300 bagi aku takkan menyedarkan rakyat kita supaya patuh kepada undang-undang.Walaupun jika tak bayar saman tidak boleh ambil road tax tapi kerajaan buat baik dengan membenarkan mereka membayar cukai jalan walaupun masih ada saman masih belum dijelaskan.

Bagi aku mereka ini perlu dipenjarakan sebab tak bayar saman.Bila nak pecut kereta meter sampai 160 km tak fikir saman.Jadi cara untuk menyedarkan mereka adalah dengan tarik kereta itupun kena bayar nak masa nak ambil balik.

Tapi aku rasa tindakan diatas adalah tidak terlalu tegas.Bagi aku mereka yang tak bayar saman ini patut dipenjarakan oleh tindakan yang melanggar undang-undang.

Ini mungkin menyedarkan pengguna jalan raya supaya lebih berhati-hati ketika memandu kereta dan tidak memecut laju.Masalah berlakunya kemalangan bagi aku sebab tak ikut undang-undanglah.

Jadi sebelum aku menutup kes aku ini, ada sedikit kata-kata kepada pegawai kerajaan yang telah membaca ataupun terbaca...

Ada dua benda aku nak bagitahu, satu adalah supaya kerajaan mengalakkan orang ramai menggunakan Touch N' Go macam dekat Singapura dan keduanya adalah jangan bagi chance kepada pesalah lalu lintas.

Monday, August 16, 2010

Halal Setelah Haram ( 6 )

Seorang pemuda yang telah menyesal akan perbuatan jahatnya telah memasuki sebuah masjid.Ketika pemuda itu berada di masjid Rasulullah sedang solat berjemaah.Selesai Rasulullah bersolat, Rasulullah telah memberikan sedikit kuliah kepada jemaah yang hadir.

Di dalam kuliah terbabit, baginda ada bersabda " Barangsiapa meninggalkan sesuatu yang haram, maka ia akan memperolehi yang halal "

Apabila matahari terbenam, syaitan telah menghasut pemuda terbabit untuk membuat kejahatan lagi.Dia pun telah pergi ke sebuah rumah milik wanita yang telah kematian suaminya.Wanita terbabit tinggal berseorangan di rumahnya.

Setelah berjaya memasuki rumah wanita terbabit, pemuda itu telah ternampak makanan yang terhidang yang telah menimbulkan keinginan untuk merasai makanann tersebut.Namun ketika hendak mengambil makanan tersebut dia teringat akan sabda Rasululullah.Oleh itu, dia melupakan hasratnya untuk memakan makanan tersebut.

Kemudiannya niatnya untuk membuat kejahatan tidak terhenti di situ, dia pun menggeledah bilik wanita tersebut dan telah menjumpai barang-barang permata dan wang yaang berharga.Apabila ingin mengambil barangan tersebut dia sekali lagi teringat sabda Rasulullah yang menyatakan sesiapa yang meninggalkan yang haram bakal mendapat yang halal.Niatnya itu pun terhenti disitu.

Seterusnya dia pun ke bilik tidur wanita terbabit dan disitu kelihatan wanita itu sedang tidur bersendirian.Dia teringat kembali kata-kata Rasulullah menyebabkan dia tak jadi menyentuh wanita terbabit.

Akhirnya dia keluar dari rumah terbabit dengan penuh rasa gembira kerana telah berjaya melawan godaan syaitan.

Setelah itu, dia pun pergi ke masjid untuk menunaikan solat Subuh.Kemudian dia duduk di satu sudut mengenangkan nasib dirinya.

Apabila hari semakin siang, datanglah seorang wanita ke masjid untuk bertemu dengan Rasulullah dan mengadu kejadian yang dialaminya dimana rumahnya telah dimasuki pencuri tetapi tiada barang yang hilang.

Dia khuatir jika pencuri itu datang lagi ke rumahnya untuk merompak dan mengapa-apakannya kerana dia tinggal sendirian.Wanita itu juga menyatakan bahawa dia telah baru sahaja kehilangan suaminya setelah ditanya Rasulullah.

Rasulullah pun melihat sekitar masjid terbabit dan terlihat seorang lelaki yang sedang berbaring di suatu sudut.Rasulullah pergi menyoal pemuda itu dan bertanya tentang hal berkaitan dengan dirinya.

Pemuda itu pun memberitahu Rasulullah bahawa dia hidup seorang oleh kerana isterinya sudah pun meninggal dunia.Rasulullah kemudiannya meminta kedua orang terbabit untuk bernikah.Tetapi mereka tidak berdiam diri oleh kerana berasa malu.

Walaubagaimanapun, akhirnya wanita telah dikahwinkah dengan pemuda itu dan ketika itulah pemuda ini menangis dan menceritakan kisahnya yang sebenar kepada Rasulullah.

Kemudian pasangan suami isteri ini pun keluar dari masjid menuju ke rumah wanita itu.Lelaki itu telah memperolehi kesemua harta benda yang diharamkan malam tadi dan kini ia menjadi halal.

Makan yang telah haram semalam telah menjadi halal.Wang dan permata yang ingin dicurinya juga sudah menjadi milik mereka dan wanita itu pula tidak haram disentuh oleh kerana mereka berdua suami isteri.

Benarlah sabda Rasulullah yang berbunyi " Barangsiapa meninggalkan sesuatu yang haram, maka ia akan memperolehi yang halal ".

Sunday, August 15, 2010

Rantai Hadiah ( 5 )

Isteri kepada Khalifah Umar Al-Khattab telah dihadiahkan seutas rantai emas oleh seorang pembesar Rom.Namun Khalifah tidak menyenangi isterinya memakai rantai tersebut.

Jadi Khalifah Umar pun bertanya kepada isterinya "Dari manakah engkau mendapat rantai ini?'' dan isterinya menjawab "Ini adalah hadiah dari isteri pembesar Rom.Bukankah semalam dia telah datang ke sini bersama suaminya".

"Kalau begitu, engkau tidak berhak memakainya.Ia adalah milik negara!" katanya Khalifah kepada isterinya dengan tegas.

Isterinya membalas '' Mengapa pula? Bukankah isteri pembesar itu yang menghadiahkan rantai ini untukku, bukan untuk negara!.

Khalifah Umar menjelaskan soalan itu " Sekiranya aku bukan khalifah, adakah engkau pasti akan mendapat hadiah darinya? Tentu tidak! Berapa ramai wanita di Madinah, tidak seorang pun mendapat hadiah darinya.Oleh itu, hadiah ini ada kaitan dengan negara!".

Isteri Khalifah memahami mengapa suaminya bertegas tidak membenarkannya memakai rantai tersebut dan dia terus membuka rantai tersebut dan diberikan kepada suaminya untuk diserahkan kepada Baitulmal.

Saturday, August 14, 2010

Khalifah Umar Abdul Aziz ( 4 )

Khalifah Umar Ibnu Abdul Aziz merupakan seorang khalifah dari bani Umayah yang terkenal oleh kerana keadilan kebijaksanaan mereka.Dia tela menaiki takhta sebagai khalifah pada 99 Hijrah atau 717 Masihi.

Khalifah Umar Abdul Aziz ini naik takhta kerana menggantikan khalifah terdahulu iaitu Khalifah Sulaiman bin Abdul Malik.Dia adalah dari keturunan Sayidina Umar Al-Khattab.

Setelah selesai ucapara perlantikan sebagai khalifah yang baru, dia berasa keletihan dan dan berniat untuk tidur sebentar sementara menunggu waktu Zuhur.Dia pun membaringkan badannya untuk tidur.

Tiba-tiba dia dikejutkan oleh anaknya iaitu Abdul Malik yang datang dan berkata " Ada orang berjumpa, ayah".

"Aku ingin tidur sebentar, selepas solat Zuhir aku akan terima sesiapa saja yang ingin menemuiku " kata Khalifah Umar Abdul Aziz kepada anaknya.

Abdul Malik terus berkata, " Ayah, siapakah yang dapat menjamin bahawa ayah akan dapat hidup sehingga waktu Zuhur " kepada ayahnya.

Khalifah Umar Abdul Aziz tersedar dari kesilapannya dan bingkas bangun dari tempat tidurnya."Aku beruntung kerana mempunyai anak yang selalu membantuku dalam menegakkan ajaran agama" katanya sambil memeluk anaknya itu.

Dia pun kemudiannya pergi ke balai penghadapan untuk berjumpa dengan orang yang ingin menemuinya.

Pada suatu pagi sebelum Subuh, Khalifah Umar masuk ke masjid untuk menunaikan solat berjemaat.Ruang di dalam masjid masih lagi gelap orang kerana lampu belum dinyalakan lagi.Ketika berjalan, tiba-tiba dia terpijak orang yang sedang tidur disitu.Orang itu terus menjerit "Apakah kamu sudah gila?"

Pengawal yang mengiringi Khalifah berasa amat marah dengan perbuatan lelaki terbabit yang dikatakan tidak beradab langsung.Mereka memegang orang itu, namun Khalifah menghalangnya dari menahannya.

Khalifah menarik tangan pengawal itu dan berkata "Mengapa kita mesti marah? Bukankah dia hanya bertanya, apakah kita sudah gila.Jawapannya ialah tidak.Selesai!".

Thursday, August 12, 2010

Keberkatan Bulan Ramadhan ( 3 )

Terdapat seorang lelaki Majusi yang harinya dihabiskan dengan menyembah api yang dianggapnya sebagai tuhan.Lelaki ini mempunyai seorang anak lelaki berusia 6 tahun dan dia amat menghormati jiran-jirannya yang beragama Islam.

Pada suatu hari di bulan Ramadhan, Lelaki Majusi ini pergi ke pasar.Tiba-tiba disana dia ternampak anak lelakinya itu sedang memakan buah epal.

Lelaki itupun mendekati anaknya itu lalu bertanya dengan nada yang marah dimana dia mendapat epal terbabit.Anaknya menyatakan bahawa epal itu diberi oleh kawannya dalam keadaan takut.

Lelaki itu terus memukul anaknya dan bertanya lagi "Mengapa engkau makan di jalan? Bukankah ini bulan Ramadhan dan orang-orang Islam sedang berpuasa?".

Anaknya itu menjawab pertanyaan ayahnya itu dengan berkata " Tapi kita bukan orang Islam, mengapa saya tidak boleh makan?".

"Kita berjiran dengan orang Islam dan kita mesti menghormati mereka" kata lelaki Majusi menjawab pertanyaan anaknya itu.

"Tapi saya lapar" kata anaknya.

Lelaki Majusi menjawab " Kalau begitu, makanlah di tempat yang tersorok supaya tidak dilihat oleh orang lain ".

Setelah dimarahi oleh bapanya, anak terbabit tidak lagi makan di hadapan orang ramai pada bulan Ramadhan.

Kemudian lelaki Majusi itu meninggal dunia. Seorang alim dan warak bermimpi melihatnya berada di singgahsana di dalam syurga dan orang alim terbabit bertanya kepada lelaki Majusi terbabit dengan berkata " Bukankah engkau seorang Majusi? Bagaimana kau boleh berada di dalam syurga ini?" dalam kehairanan.

Majusi itu menjawab " Benar, aku adalah seorang Majusi yang telah menyembah api ketika hidup di dunia. Tetapi aku mati dalam keadaan beriman".

"Apakah yang telah kau lakukan sehingga dikurniakan keistimewaan ini?" tanya lelaki alim itu kepada Majusi terbabit.

Majusi terbabit pun menjawab " Ketika hampir akan mati, aku terdengar suatu suara berkata : Hai para malaikatKu, jangan engkau tinggalkan dia sebagai seorang Majusi, tetapi muliakan dia sebagai seorang Islam.Kerana dia telah menghormati bulan Ramadhan".

"Tahniah buatmu" kata lelaki alim terbabit.

" Terima kasih, sampaikan salamku kepada anakku", jawab lelaki Majusi.

Lelaki alim itu pun berkata '' Inshaallah ".

Setelah terjaga dari tidurnya, lelaki alim itu bergegas ke rumah anak lelaki Majusi terbabit dan menceritakan apa yang dimimpikannya.

"Begitu baik tuhan kamu. Ayahku hanya membuat sedikit kebaikan tetapi telah diberikan kenikmatan yang sebegitu" kata anak lelaki Majusi terbabit dengan rasa terharu.

Kemudian dia mengatakan kepada lelaki alim itu " Kalau begitu kebaikan Islam, saya juga mahu memeluk agama kamu".

Lalu lelaki alim itupun mengajarnya mengucap dua kalimah syahadah kepada saudara baru itu.Oleh kerana hanya menghormati bulan Ramadan bapanya telah meninggal dalam keadaan beriman.

Wednesday, August 11, 2010

Jika Lebih... ( 2 )

Seorang sahabat Rasulullah telah meninggal dunia jadi baginda mengirimkan jenazah sahabatnya itu bersama-sama orang lain.Kemudian Rasulullah mengunjung ke rumah ahli keluarga jenazah untuk memberikan kekuatan kepada ahli keluarganya terhadap apa yang berlaku.

Rasulullah bertanyakan kepada isteri jenazah samaada suaminya ada meninggalkan apa-apa wasiat dan isterinya menyatakan bahawa sebelum meninggal, suaminya ada berkata sesuatu kepadanya.

Isterinya menceritakan kepada Rasulullah apa yang didengarinya itu."Jika lebih panjang lagi ...Jika yang baru ...Jika semuanya ...".Isterinya tidak pasti adakah ucapan suaminya itu dalam keadaan tidak sedar ataupun ada maksud disebaliknya.

Rasulullah tersenyum akan cerita yang didengarinya dan memberi tahu maksud sebenarnya yang mengandungi peristiwa disebaliknya.Rasulullah pun memberitahu wanita terbabit.

Pada suatu hari, suaminya hendak ke masjid.Dalam perjalanan ke masjid itu ia bertembung dengan seorang lelaki buta yang berjalan dalam keadaan sukar yang juga mempunyai tujuan yang sama untuk ke masjid. Suaminya memimpin tangan lelaki terbabit hingga ke masjid.

"Jika lebih panjang lagi..." bermaksud sekiranya dia berjalan lebih jauh lagi ke arah masjid tentulah dia mendapat pahala yang lebih banyak.Dan ketika itulah dia amat kesal tentang perbuatannya.

Wanita terbabit yang juga isteri kepada jenazah terbabit bertanya lagi tentang kata-kata "Jika yang baru... " dari suaminya itu.Adakah ia juga mempunyai maksud yang tersembunyi?

Rasulullah membuka mulut dan berkata ketika suaminya hendak ke masjid dengan lebih awal, udaranya amat sejuk.Ketika berjalan dia bertemu dengan seorang lelaki tua yang duduk menggeletar kesejukan.

Ketika suaminya memakai sehelai baju sejuk yang lama, dia memberikan baju sejuk yang dipakainya kepada lelaki tua itu oleh kerana dia membawa sehelai lagi baju sejuk yang baru.Jadi dia memakai baju sejuk yang barunya.

Semasa di saat nazak, ucapan " Jika yang baru ... " bermaksud jika ia memberikan baju yang baru itu sudah semestinya pahala yang diraihnya lebih besar.

Isteri jenazah bertanya lagi tentang ucapan terakhirnya yang berbunyi " Jika semuanya ... ".

Baginda terus menceritakan peristiwa dimana suaminya pulang ke rumah dalam keadaan lapar dan meminta disediakan sedikit makanan.Suaminya dihidangkan sepotong roti yang telah bercampur daging dan juga mentega.

Tiba-tiba datang seorang musafir meminta makanan di pintu rumahnya.Suaminya membelah dua roti terbabit dan memberikan separuh dari roti terbabit kepada musafir terbabit.Ucapan ketika nazak terbabit menyatakan jika diberikan semuanya sudah semestinya pahala yang diperolehi lebih besar.

Isterinya gembira kerana Allah telah memperlihatkan kebaikan suaminya sebelum mati dan dapat membayangkan tentang kedudukan suaminya di akhirat kelak.

Yahudi Memeluk Islam ( 1 )

Suatu hari Sayidina Umar ke Rasulullah untuk bertemu dengan baginda.Tujuannya adalah membincangkan tentang agama dan juga masyarakat.

Tiba-tiba seorang lelaki Yahudi bernama Saad bin Syaanah datang ke rumah baginda dengan keadaan terburu-buru.Apabila tiba di hadapan rumah Saad berdiri bercekak pinggang dan memandang rasulullah dengan keadaan marah.

"Masuklah dahulu, wahai Saad" kata Rasulullah kepadanya namun Saad bertindak tanpa dugaan apabila meragut kain yang berada di leher Rasulullah secara kasar hingga meninggalkan bekas pada leher baginda.

"Hoi keturunan Abdul Mutalib. Memang engkau daripada keturunan orang-orang yang suka menangguhkan hutang! Cepat, Jelaskan semua hutangmu!" kata Said kepada Rasulullah untuk meminta hutang.

Sayidina Umar yang berada di situ juga naik angin apabila nabi telah dicaci hamun oleh Saad menyebabkan beliau terus menenking lelaki Yahudi dengan berkata ;

"Wahai Saad! Mengapa begitu celupar mulutmu, sekali lagi kau menghina Rasulullah, aku akan pancung lehermu? kata Sayidina Umar.

Tetapi Saad tidak takut akan ugutan yang dilemparkan oleh Sayidina malahan Saad mencabar Sayidina Umar.

Saad berkata kepada Sayidina " Ini adalah urusanku dengan Rasulullah. Pergilah engkau dari sini".

Sambil itu Rasulullah tersenyum melihat mereka berdua namun baginda tahu bahawa Sayidina Umar membelanya adalah kerana amat sayang kepadanya dan terus berkata " Wahau Umar, bersabarlah".

Sayidina Umar membalas " Wahai kekasih Allah, saya tidak sanggup engkau diperlakukan begitu rupa. Kalau engkau benarkan, biarlah saya tamatkan riwayatnya di sini juga, " dengann nada yang marah.

"Aku dan dia sememangnya ada urusn hutang, Usahlah kau mencampurinya. Adalah lebih baik sekiranya engkau meminta aku membayar hutangnya dan menasihatinya agar meminta hutangnya secara baik, bukankah begitu?" kata Rasulullah

Tambahnya lagi " Sebenarnya aku masih mempunyai tiga hari untuk menjelaskan hutangnya. Tetapi tidak mengapalah." berkata lagi " Bayarlah hutangku itu dengan menambahkan lagi 20 gantang gandum.Biar kemarahannya hilang,".

Sayidina tersedar bahawa 20 gantang gandum itu adalah untuk menutup kekasarannya yang dilakukan terhadap Saad tadi.

"Cepatlah Umar, pulanglah ke rumahmu! Lakukan yang sebaiknya kerana ia adalah urusan manusia dan Akhirat.Apakah yang ditunggu lagi?" tanya Rasulullah terhadap Sayidina Umar.

Sayidina Umar pun melangkah pergi namun Saad menghalangnya dari terus berlalu dan berkata " Nanti dahulu, wahai Umar.Semua yang aku lihat ini adalah tanda-tanda kenabian. Aku telah melihat tanda-tanda itu pada wajah Rasulullah,".

Sayidina Umar hairan dan melontarkan soalan kepada Saad " Apakah maksudmu? ".

"Sebenarnya aku ingin menguju adakah baginda orang yang penyantun dan pemaaf sebagaimana yang diceritakan oleh orang.Benarah tanda-tanda kenabian itu telah jelas" dan selepas itu Saad pun mengucap dua kalimah syahadah dengan rasa penuh gembira.

"Syukurlah kepada Allah kerana petunjuk dan hidayah datang daripadaNya.Umar, lihatlah telah bertambah lagi seorang hamba Allah yang memeluk Islam.Semoga ALlah memberkati hidup kita" kata Rasulullah.

Dengan berkat kesabaran Rasulullah dan ketaatan Sayidina Umar keapda baginda telah melembutkan seorang Yahudi untuk memeluk Islam.

Tuesday, August 10, 2010

Beli Pangkat

Sebelum memulakan artikel ini saya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadan dan selamat berpuasa kepada semua pembaca yang beragama Islam.

Dakwaan sudah banyak dilemparkan bukan sahaja di Negeri Sembilan namun di negeri-negeri lain juga.Tapi aku rasa yang paling terkenal dengan sindiket membeli gelaran atau pingat dari sultan-sultan ataupun pemerintah tertinggi adalah Negeri Sembilan.

Sebelum aku meneruskan ayat aku, aku ingin menyatakan bahawa tulisan di bawah ini adalah pendapat peribadi aku dan hanya sebuah teori yang tidak mempunyai kesahihannya.Jadi aku minta maaf awal-awal jika artikel ini hanya satu rekaan.

Selalunya waktu hari keputeraan D.Y.M.M sultan-sultan adalah hari dimana sultan akan memberi pingat penghargaan kepada individu-individu tertentu.Yang Di-Pertua Negeri dan Yang Di-Pertuan Besar juga tidak terkecuali memberi pingat kepada rakyat.

Tapi tahukah anda bagaimana sesetengah orang itu mendapat pingat?

Tidak perlu berpakaian kemas memakai jam tangan Chopard dengan bingkai cermin mata bersalut emas ataupun membawa sebuah kereta sukan Lamborghini atau Bentley berangka '1' untuk berjumpa Tuanku.

Untuk mendapat pingat sebenarnya senang saja, jika anda baik dengan orang istana tiada masalah anda untuk mendapat pingat.Jika ada S/U sultan yang anda kenal hanya bisik dekat S/U terbabit supaya recommendkan nama dia dekat Sultan.

Dan selalunya sultan akan bagi sahaja tanpa banyak bicara walaupun kadang-kadang dia tidak kenal siapa gerangan orang yang hendak dikurniakan pingat terbabit.Tapi ini hanya untuk yang rendah-rendah sajalah.

Kalau dah ada Rolls Royce ataupun Maserati lagi senang cerita.Maklumlah dah poket tebal ( dengan kad kredit bukannya duit ) jadi kira standard Tuanku pun tak jatuhlah untuk bersembang dengan anda.

Tapi ada juga sesetengah golongan yang poket tebal tapi tak tahu banyak mana nak berkomunikasi dengan Tuanku ataupun kekok depan Tuanku.Jadi susahlah nak dapat pingat dari Tuanku.

Penyelesaiannya adalah yang paling senang adalah Negeri Sembilan.Kenapa?

Baiklah, satu-satunya sistem pentadbiran kerajaan yang pelik di Malaysia adalah Negeri Sembilan yang menggunakan adat perpatih sebagai tradisi.Jadi ia tak sama dengan negeri-negeri lain.

Caranya senang sahaja, ungkapan ''Money is Everything'' adalah benar.Disebabkan Negeri Sembilan menggunakan adat perpatih jadi ada satu pentadbir yang dipanggil Undang dimana bos disesuatu daerah.

Undang ini salah satu tugasnya adalah melantik Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan seperti yang berlaku baru-baru ini dimana Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan mangkat digantikan dengan Tuanku Mukhriz Munawwir.

Empat Undang di Negeri Sembilan ini berhak melantik Yang Di-Pertuan Besar untuk Negeri Sembilan jadi disini boleh dinyatakan bahawa Undang ini mempunyai satu kuasa khas dimana Yang Di-Pertuan Besar pun tak boleh lawan.

Jadi anda yang duit tengah tebal ni boleh cari Undang-Undang ini semua di Negeri Sembilan ini kerana kebanyakkan Undang ini memang orang asal Negeri Sembilan dan nak jadi Undang pun tak salah aku kena menetap dekat sana ( Negeri Sembilan ).

Dah jumpa dengan salah satu dari 4 Undang ini bolehlah sua sedikit wang kepada mereka dan cakap "Derr...Mintak lu tolong hantar nama gua dekat lu punya bos''. Confirm dia tak hantar punya nama anda.

Lepas itu dah Yang Di-Pertuan Besar tengok dia pun tak banyak cakap terus setuju saja dengan senarai nama pengkurniaan darjah kebesaran yang dikemukan oleh Undang terbabit dan saya yakin Yang Di-Pertuan Besar setuju.

Ini kerana semestinya Yang Di-Pertuan Besar terhutang budi kepada 4 Undang ini kerana tolong bagi Tuanku jadi Yang Di-Pertuan Besar ketika Yang Di-Pertuan Besar yang dahulunya mangkat.

Agak kurang sopan jika Tuanku menolak senarai nama yang diberi oleh Undang.Tuanku sudah tentulah menjaga hati kesemua 4 Undang ini untuk mengelakkan insiden tidak diingini berlaku seperti Yang Di-Pertuan Besar dirampas kuasa.

Apa yang aku nak cakap ini adalah tentang pembelian pangkat oleh orang-orang kaya ini untuk nampak dihormati dan disegani sudah tentunya pangkat Dato' dan keatas.

Kalau nak mintak Tan Sri ataupun Tun harap maaflah, kalau tak pakai cermin mata jangah harap nak dapat pangkat terbabit kerana pangkat terbabit hanya boleh diberikan oleh D.Y.M.M Yang Di-Pertuan Agong sahaja.

***Pingat yang dibeli maksud aku adalah pingat yang membawa gelaran Dato'

** Mulai hari ini aku akan siarkan artikel-artikel cerita zaman rasulullah yang aku baca.Inshaallah setiap hari aku akan tulis artikel baru

Monday, August 2, 2010

Bagaimana mereka perintah Kerajaan

Baru-baru ini terdengar kes isu pasir di negeri Selangor dan merebak ke beberapa buah negeri yang lain dimana pada mulanya dimulai dengan kes kecurian pasir dan dimasukkan pula dengan kontraktor pasir Melayu tidak mendapat kontrak.

Sebenarnya ini semua benda yang boleh dikatakan tidak ada isu yang untuk diisukan dimana ada benda yang ingin disampaikan di dalam isu ini secara tak langsung dimana agenda utamanya ialah untuk menyatakan bahawa ada orang tak dapat kontrak.

Bagi aku, ini adalah salah satu benda agak lucu dimainkan oleh media massa mahupun media cetak yang kita baca setiap hari.Dimana ia sengaja memperbesarkan isu-isu dimana kerajaannya bukan kerajaan yang dahulu.

Bila pentadbiran bertukar, golongan pun bertukar contohnya aku mengambil alih menjadi MB dinegeri terbabit.Jika dahulu kawan-kawan aku yang juga pengusaha pasir tidak dapat kontrak mengorek pasir, kini mereka akan dapat.

Anda pun begitu juga, jika anda mempunyai kuasa sebegitu semestinya adik beradik,saudara mara, kawan-kawan baik dan orang yang menyokong anda akan anda berikan kontrak.Ini mengkayakan orang-orang anda sekaligus pengaruh bertambah kuat.

Disini orang-orang yang dahulunya mendapat kontrak mengorek pasir kini sudah terpaksa goyang kaki ke masjid berdoa supaya mendapat rezeki.Ini kerana dahulu masa kawannya jadi MB bolehlah dia cari makan tapi bila bukan kawannya, susahlah sikit.

Begitu juga jika anda ingin memilih seseorang yang kuat di dalam negara ini.Contohnya anda menjadi seorang PM yang baru dilantik dimana kerajaan bertukar.Sudah semestinya benda pertama yang anda akan lakukan adalah rombakan besar-besaran.

Antaranya pemilihan ketua polis negara, jika anda terus membiarkannya menjadi KPN sudah semestinya mungkin ada masalah yang timbul ini kerana KPN dipilih ketika kerajaan yang lain dimana sudah pasti KPN dah baik-baik dengan PM yang dulu.

Jika ini diteruskan, kemungkinan kesalahan-kesalahan yang dilakukan pada masa lampau akan dibuka semula dan ini menjejaskan kredibiliti seseorang pemimpin itu untuk terus berada di posisi dengan nama yang bersih.

Panglima Angkatan Tentera pun memainkan peranan penting di dalam negara untuk mengawal keselamatan negara.Ini kerana Jeneral boleh mengerah kesemua angotanya yang dikatakan berjumlah 100,000 tentera melakukan sesuatu untuk merampas kuasa.

Jadi kemestianya anda perlu mengantikan Panglima Angkatan Tentera atau Jeneral ATM yang menyokong anda untuk mengelakkan sesuatu yang tidak diingini berlaku kepada anda dan menyukarkan anda mentadbir negara.

Ketua Setiausaha Negara,Ketua Hakim Negara dan kesemua orang-orang kuat didalam sesebuah pentadbiran itu perlu ditukar ganti jika berubah kerajaan kerana mereka percaya bahawa semua orang yang dipilih memang menyokong penuh kerajaan terdahulu.

Di Amerika pula lain pula jika dibandingkan dengan Malaysia.

Jika di Malaysia, sekalipun pemimpin bertukar namun disebabkan dari golongan yang sama kebanyakkan jawatan-jawatan penting di dalam pentadbirannya tidak akan bertukar parti pemerintah.

Amerika pula lain caranya, walaupun dari Demokrat ataupun Republikan namun cara polisinya selalunya tidak berubah walaupun mereka mengubah kesemua cabang pentadbiran samaada Setiausaha negaranya,Setiausaha pertahanan,Setiausaha dalam negeri ataupun pengarah CIA.

Dasarnya tetap sama dan jika mengubah polisi mereka di dalam pentadbiran, kemungkinan cara mereka mentadbirnya adalah seperti berlaku kepada John.F.Kennedy,William McKinley ataupun Abraham Lincoln.

Lihat saja apa yang berlaku di Afghanistan dimana tentera-tenteranya masih lagi berada di sana walaupun presiden kulit hitam pertama, Barack Obama telah menyatakan ingin mengubah polisi luarnya namun sehingga kini tiada tindakan dilakukan.

Begitu juga dengan krisis penjara Teluk Guantanamo dimana janjinya ingin menutup penjara terbabit hingga kini tidak menjadi kenyataan dimana menempatkan ramai manusia yang dianggap mereka pengganas walaupun tidak yakin.