Sunday, July 4, 2010

Rm 1 punyai lambang Illuminati


Hari ini tulisan aku ringkas sahaja dimana aku telah menjumpai sesuatu yang menarik hasil kajian kawan aku yang lebih dikenali sebagai "Abe'' yang telah menceritakannya kepada aku dan terus aku balik ke rumah dan mengkajinya.

Apa yang kawan aku bagi tahu kepada aku bukanlah omong kosong sahaja namun setelah penelitian yang aku buat telah menampakkan hasil yang positif dan pada hari ini kesemua hasilnya telah siap untuk post.

Kajian ini aku buat sendiri dan telah mendapat keputusannya...

Jika di wang kertas US$ 1 mempunyai beberapa simbol-simbol rahsia antaranya hurufnya.Piramid dan mata satunya juga lambangnya.Wang kertas ringgit Malaysia juga tidak terkecuali daripada terkena tempias Illuminati.

Dalam not US$ 1 lambang mata satu yang diagung-agungkan puak Illuminati yang banyak dipelopori oleh Yahudi lambang mata satunya terletak di atas piramid sambil diikuti oleh perkataan di atasnya.

Wang Rm1 pula lain pula ceritanya...

Jika dilihat pada not kertas Rm 1 tiada apa yang cacat celanya namun jika diperhatikan betul-betul pun tiada apa yang anda akan perasan dengan wang kertas yang dikeluarkan pada tahun 2000 ini.

Sekarang aku nak tunjukkan rahsianya...








Yang disebelah kiri ini adalah gambar keseluruhan wang Rm 1 dan tema belakangnya adalah tentang tempat di Malaysia dimana gambar Gunung Kinabalu dan Gunung Mulu dibelakanya sambil itu didepannya mempunyai gambar wau bulan.

Manakala di sebelah kanan pula adalah sesuatu yang aku jumpa yang amat menarik dimana ada sebuah segetiga diantara tempat gunung mula dan kayu dimana membentuk tiga segi sementara dibawahnya itu laut.

Jika dilihat ada satu segitiga tidak berapa sama disana.Kalau besarkan ada mungkin akan nampak dengan lebih jelas gambar tiga segi terbabit jadi tekan untuk besarkannya.Segitiga tidak sama yang anda akan jumpa.

Apa rahsia yang ada dekat segitiga tak berapa sama itu...











Sebelum aku nak dedahkan rahsianya aku tunjuk gambar mata satu di not US$1...

Baiklah gambar ini diambil dari wang US$1 dimana diatas piramid ataupun boleh dikatakan segitiga mempunyai sebuah mata.Dan diatasnya juga tertulis perkataan "ANNUIT COEPTIS" dan dibawahnya "NOVUS ORDO SECLONUM''.










Baiklah sekarang masa yang aku akan bagitahu apa yang hendak aku bagitahu iaitu tiga segi dibelakang not Rm1 dan mata yang dipertuan agong dibahagian hadapan.Jika anda perasan, ketika not Rm1 dihadapkan ke cahaya anda akan nampak mata di segitiga belakang not Rm1.

Mata terbabit adalah mata yang dilukis gambar yang dipertuan agong disebelah hadapan dan jika tak nampak anda boleh cucuk mata kiri yang dipertuan agong dengan pen dan lihat dimana mata pen itu keluar.

Mata pen terbabit akan keluar betul-betul seperti gambar piramid di not US$1 tapi Rm1 bawah sedikit.

Aku tak tahu sama ada lambang ini dirancang atau hanya kebetulan sahaja.Jika hendak katakan kebetulan bendera Malaysia pun hampir serupa dengan bendera US.

Adakah simbol mata satu ataupun mereka senang panggil dajjal mata satu ini telah masuk ke ekonomi Malaysia ataupun negara Malaysia telah menjadi proksi kepada Yahudi memandangkan kedengaran tauke Goldman Sach yang dimiliki orang kaya Yahudi telah masuk Malaysia.

Sebelum itu jangan kaitkan ini dengan APCO ataupun apa-apa sahaja yang sama waktu dengannya dan ini hanya sesuatu benda yang aku jumpa sahaja.

Akhir kata, minta maaf kepada keluarga diraja kerana ayat-ayat ''cucuk mata kiri yang dipertuan agong'' terbabit.Hanya ingin menyenangkan pembaca untuk melihat sendiri hasilnya dan jangan masukkan aku ke dalam ISA.

22 comments:

  1. kebetulan je kot,...

    ReplyDelete
    Replies
    1. nmpak sngat membongak...klaw aq lukis tiangle untuk ujian exam pon dikira aq ni ahli illuminati kew...udah2 ler nk bersangka buruk...berdosa besar jawabnya tuuuu...

      Delete
  2. x berapa kuat sgt fakta utk dipercayai

    ReplyDelete
  3. nak kata kebetulan 100% tak boleh juga. Sebab memang beginilah cara yahudi memasukkan jarum mereka dikalangan negara islam. Nampak kecil tapi satu kejayaan besar bagi mereka

    ReplyDelete
  4. cuba tengok ni.. dari bawah mata raja hingga ke dahi iaitu pangkal tengkolok.. terbalikan gambar..??

    ReplyDelete
  5. kebetulan??...ya..mmg itu la tujuan diorang nk masyarakat kita rasa KEBETULAN..smakin masyrkat rasa kebetulan,semakin mudah diorang nk spread benda ni...benda kbtulan xkn ada org tfkir nk buka cerita melainkn dah dketahui ianya drancang..

    ReplyDelete
  6. ok... style.... pihal yg brsalah dlm hal ni Bank Negara dan kerajaan... mereka tidak mengambil tndakan dlm hal ni....

    ReplyDelete
  7. Hanya orang yang berfikiran bengong sahaja yg berpendapat begini...selagi ada ruang untuk menghentam kerajaan, selagi tu rekaan akan di cipta.....

    Lihat kes 2 kes paling jelas dan nyata :

    1. Kes Melayu cuba di murtadkan oleh kristian di
    Selangor, disebabkan Selangor berada di bawah
    puak PR, maka apa yang JAIS buat salah.
    Bermulalah wayang gambar, walaupun kita tahu
    isu ini amat serius, disebabkan politik
    ianya jadi mainan puak2 yg berkepentingan.
    Kalau Selangor di bawah BN, isu ini timbul?
    Bagai nak rak dijaja....kenyataanya...????

    2. Laungan Azan dan bacaan Al Quran di semua
    Masjid di Pulai Pinang, lagi lah dayusnya
    Puak PR, lebih2 lagi PAS, golongan yg beria2
    mendabik dada menyatakan perjuangan islam?
    Disokong lah pulak celaka keparat DAP disebab
    kan politik semata2, bukanberdasarkan agama
    islam itu sendiri, hanya disebabkan DAP adalah
    satu gabungan, maka terpaksa ditelan.
    Hakikatnya kalau jatuh pada Parti Gerakan yg
    megarahkan laungan dan bacaan alquran disemua
    masjid tidak menggunakan pembesar suara, puak
    JUMUD inilah yang akan memekik melolong, hatta
    sanggup terjun jambatan disebabkan perkara itu

    Rumusannya : Puak ni puak SESAT lagi
    menyesatkan...Takutkan DUNIA
    semata-mata, Akhirat dijadikan
    mainan dan sandiwara mereka.....

    ReplyDelete
  8. ade bnyak lagi lmbang iluminati kat MALAYSIA ni.search jer kat google .. iluminati at malaysia .iluminati at putrajaya .

    ReplyDelete
  9. dulik ape aku duit rm1 tu ade kaitan freemason ke ape ker yg penting rm1 tu leh wat bli makanan.. ko xsuke gune duit tu, bak bg aku.. xyh nk heboh2 pasal bnda2 konspirasi tuh.

    ReplyDelete
  10. Thanks sebab ambik berat tentang unsur luar yg cuba merosakkan akidah umat islam kita. Tapi saya rasa ianya perlu lebih ditekankan lg terus kepada umat kita dan bukan terlalu remeh temeh terhadap subject2 seperti ini. Senang kata jgn IC saja tulis islam tapi tak tau apa itu Islam. Tulah penyakit yg lebih serius skarang.

    ReplyDelete
  11. mata lebam anwar kot.

    ReplyDelete
  12. aku ase kebetulan je tu sbb byk ngara gna pix pemimpin dorg utk dimasukkan lamwang kertas. knpe xpersoalkan berkaitan bendera Parti Keadilan Rakyat sbb logo bendera tu lg terang berbentuk mata n korg comparekan dgn pix mata ubt sakit mata yg dikeluarkan kerajaan....

    ReplyDelete
  13. PARANOID... NO KOMEN..

    ReplyDelete
  14. macam mana korang boleh perasan benda ni??

    ReplyDelete
  15. Perkaitan anwar gunakan lambang mata satu terang2an dlm pkr adalah lebih dipercayai. Ini disokong pula oleh bbrp fakta lain yg soheh spt perkaitan beliau dgn tokoh2 dan persatuan yg terlibat secara langsung dgn pertubuhan zionis n yahudi, beliau sendiri bersahabat baik dgn yahudi..menyokong negara israel..memecahbelahkan org islam dan mengajar islam liberal. "sumbangan" terbesar beliau setakat ini ialah menyokong idea menggunakan klimah allah dlm bible. Allah dlm quran bermakna satu..tpi bible vermaksud jesus tuhan 2 dlm 1. Bayangkan dik. Petanda2 itu tlh jelas tpi ramai mata hatinya masih tak mampu melihat. Amal2kanlah surah al kahfi mohon perlindungan dajjal. Yg terang2an pkai mata satu dlm bendera mereka ialah siapa? Renung2kan

    ReplyDelete
  16. kekadang sikap x peduli kita terhadap sesuatu akan memberikan kesan yang amat buruk kepada diri kita ... fikirlah dengan akal fikiran yang waras dan bukan berlandaskan nafsu semata

    ReplyDelete
  17. Dari zaman sblm merdeka lagi illuminti ni dh masuk Malaysia..kita dh terbiasa dh lali dgn smua bnda y ade unsur2 freemason sbb kita x sedar atau x tau pon ape perancangan dan motif dorng..kita lahir2 je kita follow smua apa y dh dihadapkan depan mata..tp ketahuilah bahawa yahudi dan nasrani tak akan tunduk pada agama islam dan akan berlaku perpecahan sblm kiamat..perpecahan inilah yang dilakukan satu persatu oleh merka baik dari segi pemrintahan sehinggalah apa jua yang kita buat hari2..

    ReplyDelete
  18. Mencari Kebenaran:

    saya pun dulu agak sukar nk percaya...tapi bila diri dah start mencari...mmg ada kebenaran....pergilah baca dan fahami Al Quran.....mmg ada kisah2 ni.....

    ReplyDelete

Dipersilakan Komen