Thursday, July 8, 2010

Ramalan Tempat ke-3 Piala Dunia 2010

Kita mulakan dengan perlawanan tempat ke-3 dimana juara dunia 3 kali, Jerman bakal berdepan dengan juara dunia 2 kali, Uruguay yang tumpas ke tangan Belanda 2-3 pada perlawanan separuh akhir.

Uruguay yang berada di dalam kumpulan A telah menjadi juara kumpulan tersebut apabila berjaya membenam Afrika Selatan 3-0 dan juga Mexico 1-0.Sementara ketika menentang Perancis mereka hanya berkongsi mata apabila seri tanpa jaringan.

Lawan mereka seterusnya ialah Korea Selatan dimana mereka menang 2-1 menyebabkan mereka layak ke suku akhir.Ghana pula menjadi lawan Uruguay namun keputusan seri 1-1 menyebabkan perlawanan ditentukan oleh sepakan penalti.

Walaubagaimanapun, perlawanan ini berlaku sedikit kontroversi apabila penyerang Uruguay, Luis Suarez telah menghalang bola dari menerjah jaring menggunakan tangannya yang dipanggil ''hand of god''.

Seterusnya perlawanan menentang Belanda di separuh akhir dimana mereka tumpas 3-2 keatas Belanda oleh kerana jaringan kapten pasukan,V.Bronckhorst, W.Sneijder dan A.Robben manakala Uruguay dijaringkan oleh Diego Forlan dan Maximiliano Pereira.

Lawan Uruguay ditempat ke-3 dan ke-4 adalah Jerman dimana tewas kepada Sepanyol 1-0 hasil tandukan kuat pertahanan Sepanyol, Carlos Puyol.

Tetapi pada peringkat kumpulan, Jerman telah memenangi peringkat kumpulan D dengan 6 mata dimana berjaya mengalahkan Australia 4-0 dan Ghana 1-0 manakala kalah dengan Serbia 1-0.

Lawan Jerman agak sukar apabila terpaksa menentang England, namun begitu, mereka berjaya mengalahkan England 4-1 hasil dua jaringal Thomas Mueller, satu jaringan dari M.Klose dan L.Podolski manakala bolos ditendang Upson.

Argentina menjadi mangsa Jerman di suku akhir apabila dibelasah Jerman 4-0 hasil dua jaringan M.Klose manakala Muller dan Friedrich masing-masing satu gol.

Namun di suku akhir, mereka tumpas hasil tandukan Carlos Puyol sekaligus menghampakan harapan berjuta penyokong Jerman untuk menjulang trofi piala dunia buat kali ke-4.

Jadi tempat ke-3 bakal direbut oleh Uruguay dan Jerman yang bakal beraksi pada 2.30 pagi pada 11 Julai di stadium Nelson Mandela Bay di Port Elizabeth, Afrika Selatan.

Ramalan aku ingin menyatakan bahawa Jerman bakal memenangi perlawanan tempat ke-3 ini berdasarkan prestasinya sebelum tewas di tangan Sepanyol 1-0.

Joachim Loew pasti meletakkan penyerangnya, Thomas Mueller yang digantung satu perlawanan ketika menentang Sepanyol.Thomas Mueller menjadi terkenal hasil prestasinya dimana menjaringkan 4 gol sepanjang piala dunia berlangsung.

Selain itu, penyerang veteran Bayern, Miroslave Klose juga menjadi sandaran skuad Jerman oleh kerana berjaya menjaringkan 4 gol.Bastian Schweinsteiger juga mungkin menjadi arkitek kepada Jerman oleh kerana sepakannya yang tepat.

Jaringan gol yang dihasilkan Jerman juga amat tinggi dimana sepanjang 6 perlawanan berlangsung, Jerman telah menjaringkan 13 gol ini bermaksud lebih 2 gol dalam setiap perlawanan.

Pasukan Uruguay pula menjaringkan sejumlah 9 gol sepanjang bertanding di dalam Piala Dunia ini dalam 6 perlawanan bersamaan 1.3 gol setiap perlawanan.

Manakala pasukan Jerman hanya bolos sebanyak 3 gol sepanjang piala dunia ini dan skuad Uruguay telah bolos 5 gol dari 6 perlawanan.

Berdasarkan rangking FIFA, Jerman kini menduduki tempat ke-6 di belakang Itali dengan 1082 mata manakala Uruguay ketika ini menduduki tempat ke-16 dengan 899 mata.Ini menunjukkan diatas kertas Jerman bakal memenangi perlawanan pada kali ini.

Aku meramalkan bahawa pasukan Jerman akan menang 2-1 ke atas Uruguay pada perlawanan awal pagi Ahad.

Selain aku, sotong kurita bernama Paul di Jerman juga bakal meramalkan keputusan perlawanan bola pada perlawanan ini.Sotong bernama Paul ini boleh dikatakan pakar ramal tentang perlawanan yang melibatkan Jerman.Sepanjang pasukan ini berlangsung, sotong kurita bernama Paul belum pernah salah membuat ramalan.

Walaubagaimanapun, keputusan perlawanan bola sepak tidak bersandarkan tentang favourite dan underdog ini boleh dilihat diantara perlawanan Brazil menentang Belanda.

No comments:

Post a Comment

Dipersilakan Komen