Saturday, July 10, 2010

Ramalan Final Piala Dunia 2010

Paul, sotong dari Oberhausen, Jerman memilih pasukan Sepanyol untuk menjunam Belanda sekaligus merangkul piala bola sepak paling berprestij di dunia.Manakala burung dari Singapura pula memilih Belanda memenangi perlawanan terakhir piala dunia 2010.

Di bawah ini, lihat bagaimana Sepanyol sampai ke final ;

Berada di dalam kumpulan H bersama Chile,Honduras dan Switzerland, perlawanan pertama Sepanyol telah tumpas ke Switzerland 2-1 dan kedua-dua baki perlawanan Sepanyol memenanginya dengan keputusan 2-0 ke atas Honduras dan 2-1 ke atas Chile sekaligus menjadi juara kumpulah H.

Skuad La Roja itu kemudiannya bertemu dengan naib juara kumpulan G iaitu Portugal dan menang ke atas Portugal hasil jaringan David Villa sekaligus layak ke suku akhir menentang Paraguay.

Sepanyol meneruskan rentak cemerlangnya dengan dengan membenam Paraguay 1-0 juga hasil jaringan penyerang Velencia, David Villa pada minit ke-83 membawa mereka hampir ke kejuaraan berprestij ini.

Lawan Sepanyol pada separuh akhir pula adalah pasukan bimbingan Joachim Loew dimana
mara selepas menumpaskan England dan Argentina dengan mudah.

Ternyata ramalan sotong Paul tepat apabila tandukan dari pemain pertahanan Barcelona, Carlos Puyol cukup melayakkan Sepanyol ke final selepas menumpaskan juara dunia tiga kali itu.

Manakala Holland,Netherland atau Belanda pula telah mengumpul mata penuh kumpulan E dengan kesemua kemenangan menentang Denmark ( 2-0 ), Jepun ( 1-0 ) dan Cameroon ( 2-1 ) sekaligus menjadi juara kumpulan E.

Slovakia menjadi lawan Belanda selepas Slovakia berjaya menumpaskan Itali sekaligus menjadi naib johan kumpulan F.Walaubagaimanapun, Arjen Robben dan Wesley Sneijder telah menjaringkan satu gol namun Sketelenburg bolos jaringan Robert Vittek menjadi Belanda menang 2-1.

Seterusnya juara 5 kali piala dunia, Brazil senang ditundukkan Belanda apabila menang Belanda menang 2-1 hasil dua jaringan pemain sayap Bayern Munchen, Arjen Robben.Brazil pula mendahului awal melalui hantaran Felipe Melo ke Robinho sekaligus menjaringkan gol.

Belanda meneruskan rentak cemerlangnya apabila menang ke atas Uruguay 3-2 dimana kapten pasukan, Van Bronckhost,Wesley Sneijder dan Arjen Robben masing-masing menjaringkan satu gol dan Pereira dan Forlan juga menjaringkan satu gol untuk Uruguay.

Dari situlah Belanda dan juga Sepanyol layak ke final piala dunia hasil kemenangan demi kemenangan dan pada jam 2.30 pagi hari Isnin ini bakal berlakunya pertarungan dua pasukan Eropah untuk merebut gelaran juara.

Dan aku menyatakan bahawa Sepanyol bakal memenangi perlawanan akhir piala dunia yang pertama kali berlangsung di benua Afrika dimana kedua-dua kelab Eropah bertarung sesama sendiri.

Walaupun Belanda menjaringkan 12 gol dalam 6 perlawanan manakala Sepanyol pula hanya menjaringkan 7 gol tetapi Belanda telah bolos 5 gol namun Iker Casillas iaitu penjaga gol terbaik dunia setaraf Buffon, hanya bolos 2 gol.

Selain itu, Sepanyol begitu baik dalam sistem pengawalan bola apabila perlawanan menentang Portugal mereka memperolehi 61-39 % dan Paraguay pula 59-41 % dan terakhir pertarungan bersama Jerman mereka mendapat 51-49 %.

Belanda pula mendapat 52-48% menentang Slovakia manakala ketika menentang Brazil ialah 51-49 % dan terakhir bersama Uruguay adalah 53-47 %. Disini boleh dilihat perbezaan diantara pengawalan bola oleh pemain Sepanyol.

Dan jika hendak dibandingkan tentang gol jaringan pula tiada beza apabila pasukan Belanda dan juga Sepanyol berkonsi kedudukan teratas dengan 5 gol oleh David Villa dan Wesley Sneijder.

Dan mengikut jumlah serangan keseluruhan oleh pihak Sepanyol, mereka memang mempamerkan corak permainan serangan dimana 97 serangan dilakukan dalam 6 perlawanan oleh pasukan Sepanyol.

Manakala Belanda pula hanya melakukan 60 serangan dalam kesemua perlawanan mungkin kerana mereka lebih cenderung mengatur strategi pertahanan oleh kerana pertahanan menyelamatkan 53 serangan manakala Sepanyol 38.

Manakala mengikut penyerang-penyerang tumpuan final diantara Belanda dan Sepanyol, Villa dan Sneijder bermain 6 perlawanan dan menjaringkan 5 gol.Walaubagaimanapun, jumlah sepakan mengenai sasaran oleh Villa adalah 16 berbanding Sneijder 10.

Dan jika mengikut sejarah silam Wesley Sneijder dimana beraksi 272 perlawanan termasuk bersama skuad kebangsaan dan kelab hanya menjaringkan 72 gol iaitu bersamaan 0.286 gol setiap perlawanan.

Penyerang Velencia pula menjaringkan sebanyak 245 gol dalam 448 perlawanan bersamaan juga dengan 0.538 gol dalam setiap perlawanan yang dimainkan oleh David Villa.

Mengikut kedudukan FIFA, Sepanyol berada di tempat ke-2 dengan 1565 mata manakala Belanda menduduki tempat ke-4 dengan 1231 mata.

Jadi akhir kata, jika diikutkan diatas kertas, Sepanyol bakal memenangi perlawanan pada kali ini namun Belanda tiada masalah membuat kejutan seperti menentang Brazil dimana menang 2-1.

No comments:

Post a Comment

Dipersilakan Komen