Monday, July 26, 2010

Gila!!! Usia 2 tahun hisap rokok 40 batang



Di atas itu adalah video dimana seorang kanak-kanak bernama Ardi Rizal telah menghisap rokok

Ia berlaku apabila ketika berusia 18 bulan, bapanya telah memberikannya rokok dan menyebabkan dia ketagih rokok.Dan jika tidak diberikan rokok kata ibunya, dia akan mengamuk dan menghantuk kepala di dinding.

Kanak-kanak ini dikatakan menghisap rokok lebih 40 batang sehari akibat terlalu ketagih akan rokok terbabit.Ayahnya berkata '' dia kelihatan cukup sihat pada saya, saya tidak risau akan kesihatannya '' yang boleh dikategorikan sebagai kurang waras ataupun gila.

Pemerhatian aku katakan bahawa budak ini cara hisap rokoknya amat hebat.Cara memegang rokoknya bagai manusia yang sudah bergelumang dengan rokok berpuluh tahun lamanya.Hembusan asap dari mulutnya juga memang gila stylo la.

Dan kenapa aku kata bapa dia gila, sebab badannya boleh dikategorikan sebagai gemuk dan aku menjangkakan bahawa lebih kurang 10 tahun lagi inshaallah dengan izin Allah dia akan arwah oleh kelakuannya itu.

Sunday, July 18, 2010

Bukti Malaysia hampir bankrap

Tatkala harga minyak RON 95 telah meningkat dari Rm1.80 ke Rm1.85 dan harga gula naik ke Rm1.90 dari Rm1.65 menunjukkan peningkatan Rm0.25 .Harga minyak diesel juga naik sebanyak Rm0.05 dari Rm1.70 ke Rm1.75 kurang Rm0.10 dari harga minyak petrol.

Harga gas petroleum cecair atau lebih mudah tong gas bawah dapur anda pula meningkat naik Rm1.85 dari Rm1.75 iaitu peningkatan Rm0.10.Kesemua kenaikan harga barangan itu adalah untuk mengurangkan subsidi yang diperuntukkan.

( Dalam bahasa media cetak mereka tulis pengurangan subsidi bukannya kenaikan )

Pemotongan subsidi yang menyebabkan harga minyak naik itu telah menjimatkan kerajaan Rm 750 juta iaitu lebih kurang 1% dari jumlah subsidi yang diberikan yang dikatakan berjumlah lebih Rm 75 billion.

Salah satu syarikat rakyat, Sime Darby juga telah mengalami kerugian sebanyak Rm1.63 billion sudah semestinya membuatkan kerajaan mengalami kerugian oleh kerana krisis syarikat Sime Darby.

Satu lagi kesalahan kerajaan adalah menurunkan harga minyak RON 95 terlalu rendah ketika Najib baru memerintah iaitu Rm1.80 .Bagi aku, harga minyak RON 95 yang beharga Rm1.97 itu patut diletakkan harga Rm1.90 .

Mengapa ? Sepatutnya penukaran RON 97 kepada RON 95 sebagai minyak premium adalah untuk mengurangkan subsidi kerajaan kepada rakyat.Tapi ingin menunjukkan kerajaan BN-Najib lebih baik dari BN-Abdullah, kerajaan telah menurunkan harga minyak ke Rm1.80.

Bagi aku, Najib sepatutnya meletakkan harga RON 95 sebanyak Rm1.90 kurang 2 sen dari Rm1.92 harga RON 97.Ini kerana tindakan terbabit boleh mengurangkan subsidi kerajaan lebih Rm 521 juta.

Aku kata rakyat takkan marah jika menurunkan harga minyak sambil menurunkan gred minyak.Tapi bila letak rendah dari harga sepatutnya bila situasi meruncing, berlakulah perkara kenaikan harga minyak.

Yang lain aku tak mahu komen tapi harga gula aku rasa kerajaan boleh naikkan lagi Rm0.10 iaitu boleh mengurangkan harga lebih kurang Rm200 juta berbanding Rm 144 juta selepas 0.25 subsidi ditarik balik.

Lagi satu benda yang aku rasa kita boleh buat adalah kita perlulah ''pow'' lebih sikit kepada rakyat-rakyat asing yang datang Malaysia mengisi minyak.boleh dapat bonus sikit...hehehe

Dalam masa yang sama, salah satu tunjang utama ekonomi negara, Malaysia iaitu syarikat pengeluar minyak negara, Petroliam Nasional atau Petronas pada hari ini telah mengalami kemerosotan kewangan.

Mengikut statistik, keuntungan Petronas pada akhir-akhir ini amatlah merudum iaitu penurunan Rm6.4 billion pada 2009 dan masuk 2010 pula penurunan keuntungan Petronas adalah Rm21.8 billion.

Mengapa ini terjadi? Ini kerana Petronas telah banyak berjasa kepada negara kita untuk membantu Malaysia menyelesaikan krisis ekonomi yang berlaku yang memerlukan kewangan lebih.


2005 2006 2007 2008 2009 2010
Bayaran PETRONAS kepada kerajaan(RM bilion) 31.2 41.7 52.3 67.6 74.0 57.6
Keuntungan sebelum cukai (RM bilion) 58.0 70.2 76.3 95.5 89.1 67.3
Peratus sumbangan PETRONAS berbanding keuntungan (%) 53.4 59.4 68.5 70.8 83.1 85.6

Berikut adalah bukti dimana kerajaan telah belasah Petronas sampai nyawa-nyawa ikan dimana semenja 2005 hingga 2009 keuntungan Petronas naik tapi pada 2010 keuntungan Petronas merosot.

Ini kerana pengambilan keuntungan Petronas yang teramat banyak oleh kerajaan untuk mengurangkan defisit negara.Lihatlah lebih 50% keuntungan Petronas diambil kerajaan untuk mengurangkan defisit negara.


2005 2006 2007 2008 2009
Nota 1 Dengan hasil minyak 3.6 3.3 3.2 4.8 7.4
Nota 2 Tanpa hasil minyak 6.8 8.6 8.8 11.7 15.1



Lihatlah bertapa teruknya pengorbananan Petronas terhadap negara untujk mengurangkan defisit negara.Defisit negara kebelakangan ini makin tinggi, aku tak tahu apa kerajaan buat dengan duit hingga lebih.

Apa yang aku hendak sampaikan adalah Malaysia berada di dalam keadaan kritikal dimana kerajaan telah terpaksa berbelanja lebih untuk mengelakkan kenaikan harga barangan dengan mengambil sejumlah cukai jalan.

Aku tak fikir kalau Malaysia mempunyai ekonomi yang baik kerajaan sanggup menge''pow'' Petronas sehingga 85 % keuntungan mereka.Ini menunjukkan Malaysia berada di dalam keadaan teruk sekali.

*** Bab Petronas diambil dari blog Anwar Ibrahim
Dia bayar aku suruh post artikel ini...Hehehe

Bila Sejarah menipu kita

Sudah tamat demam piala dunia dan ramalan kedua-dua perlawanan yang aku ramalkan adalah benar.Dan disini aku ingin memaparkan sebuah artikel yang dipetik dari sebuah blog yang pernah aku kunjungi.

Sekali lagi sejarah digelapkan. Gelap dan semakin malap dek kerana ramai antara kita yang malas mengkaji dan menggali asal-usul sejarah tamadun kita. Kita hanya menerima bulat-bulat apa yang diajar dalam buku teks sejarah di sekolah, universiti dan lain-lain pusat pengajian tinggi.

Saya percaya banyak sebenarnya yang kita tidak tahu tentang kekuatan sebenar bangsa kita dahulukala dan memang ada pihak berkepentingan yang tidak mahu kita tahu. Pihak yang mana? Banyak... Paling utama adalah penjajah Barat pro Zionis, disokong para pemikir Orientalis. Bersama, mereka amat berkuasa menentukan arah hala-tuju sosio-politik dunia di samping mengawal kurikulum pelajaran sejagat lalu menulis sejarah termasuk tentang tanah-air kita mengikut kaca-mata dan kepentingan mereka sahaja.

Dan saya juga percaya, rangkaian Zionis serta sekutu mereka yang bergerak di balik tabir sambil memakai pelbagai topeng seperti persatuan membela hak asasi manusia dan gerakan politik pembaharuan amat arif akan ilmu jiwa dan sosiologi yang diperlukan untuk meneruskan agenda penggelapan ini kerana memang mahukan umat Islam sentiasa rasa kerdil dan celaru jatidiri akibat kurang faham hakikat asal-usul kita yang sebenar.

Kita sering disogokkan dengan sejarah "rasmi" bahawa keSultanan Melaka yang merupakan simbol kegemilangan bangsa Melayu dahulukala jatuh ke tangan Portugis kerana ia bersifat kuno berbanding kuasa Barat. Kita diajar, budaya ilmu kita tidak sehebat Barat maka itu kita tidak mampu menepis kedatangan mereka. Kita diberitahu berulang-kali, kita kalah kerana pejuang kita cuma mengharapkan keris, tombak dan pedang sedangkan Portugis dan bangsa-bangsa Barat lain memiliki pistol, senapang dan meriam yang mampu membunuh daripada jauh. Maka itu, kita pun digambarkan seperti orang hutan yang duduk atas pokok lalu "sudah patutlah" kita dikalahkan dengan senang. Betulkah semua ini? Pernahkah kita fikirkan apakah kebenarannya secara mendalam?

Pernahkah anda bertanya secara jujur, mengapa Kota Melaka yang digelar Barat sebagai “Venice of the East” boleh kalah dengan mudah? Bukankah ia diakui ramai sebagai kota paling makmur di rantau ini pada zaman itu? Dan untuk mempertahankannya, bukankah Melaka memiliki angkatan perang hebat termasuk kelengkapan laut yang amat besar dan paling canggih di bumi Melayu? Lalu bagaimana ia boleh jatuh ke tangan Portugis yang menurut ceritanya cuma membawa beberapa buah kapal sahaja? Apakah kelengkapan Melaka begitu lemah?

Sejarah rasmi sering menyebut Melaka jatuh kerana kelengkapan moden angkatan Portugis mengatasi kelengkapan kuno orang Melayu. Mereka memiliki meriam-meriam berkuasa tinggi, istinggar (pistol lama), baju dan perisai besi sedangkan orang Melayu kononnya cuma mengharapkan tombak, lembing, pedang dan keris. Pakai pula baju Melayu yang senang dirobek senjata. Orang Portugis pakai baju besi yang tidak lut dek keris. Mana tak kalah Melayu ni? Kuno dan mundur ketinggalan zaman.

Mana tak kalah Melayu ni? Kuno dan mundur ketinggalan zaman.

Tetapi tanyalah diri anda secara jujur. Apakah orang Melaka yang ketika itu telah lama menerima para pengunjung dan pedagang dari peradaban-peradaban besar seperti empayar Islam di Timur Tengah, China dan India begitu daif dan mundur? Kita telah lama menjalinkan hubungan diplomatik dengan negara-negara yang jauh lebih maju daripada Barat zaman itu. Apakah orang Melayu tidak mengerti keperluan pertahanan untuk menjaga sebuah kota yang menjadi nadi perdagangan Nusantara malah seluruh dunia? Apakah bangsa kita begitu kolot dan bodoh?

Jawapannya tidak sama sekali. Malah, ada kajian yang dijalankan menunjukkan kerajaan-kerajaan melayu di nusantara adalah pembuat dan pengeluar senjata-senjata api terbaik di dunia menewaskan Belanda, Portugis serta Sepanyol. Catatan-catatan pengembara dan pedagang awal Eropah, India dan Cina juga menunjukkan kerajaan-kerajaan nusantara yang mengelilingi kerajaan melayu Melaka ketika itu adalah pengeluar utama meriam-meriam hebat dan berkuasa di dunia seperti Kesultanan Brunei, Kesultanan Pattani, Kesultanan Sulu dan beberapa kerajaan melayu lain di Asia Tenggara.

Malahan, Kerajaan Islam Turki Uthmaniah juga pernah membeli meriam-meriam yang berkualiti daripada kerajaan-kerajaan kesultanan melayu di nusantara. Apakah Sultan-sultan Melaka yang memiliki pelabuhan paling kaya di timur menjadi buta dan tuli tidak mendapatkan senjata-senjata ini daripada kerajaan-kerajaan yang berjiran sedangkan kerajaan-kerajaan Eropah, Timur Tengah, India dan Cina mahupun Jepun berebut -rebut ingin mendapatkan senjata-senjata ini daripada nusantara ini ???

Catatan ketua panglima Portugis, Alfonso di Alburqueque sendiri menyebut, setelah Kota Melaka dikalahkan, Portugis telah merampas 3,000 pucuk meriam dan katanya itu baru separuh daripada meriam milik Melaka. Maknanya kota itu sudah ada 6,000 pucuk meriam ketika itu dan ini adalah cerita 500 tahun dahulu! Ada cerita menyebut, orang Portugis terjumpa sebuah benda ajaib di istana Melaka. Bila dipandang objek tersebut, muncullah muka manusia di dalamnya. Apabila diteliti balik, muka manusia itu adalah muka orang yang memandang. Rupa-rupanya objek itu adalah cermin tetapi orang Portugis baru kali pertama melihatnya! Jadi siapakah yang kuno dan siapakah yang lebih bertamadun? Kalau orang Melaka sudah bertamadun lebih tinggi daripada Portugis, kenapa pula ia boleh jatuh ke tangan Barat?

Kerajaan yang begini hebat di nusantara hanya boleh ditewaskan oleh gabungan tentera-tentera Portugis,Kerajaan-kerajaan kecil di Sumatera dan Jawa,askar-askar upahan dari Goa,Jawa dan Siam ditambah dengan pembelot dan pengkhianat dalam daripada para pedagang asing dan orang-orang melayu sendiri.

Melaka jatuh bukan kerana orang Melayu kuno. Dari dahulu lagi Melaka sudah memiliki meriam-meriam besar, pemuras, istinggar dan lain-lain senjata api. Melayu juga sudah mengenal apa itu baju besi dan sudah mahir menempa baju besi untuk kegunaan ketenteraan. Mereka yang memilih untuk berlawan dengan keris, tombak dan lembing pula bukan calang-calang orang. Bukan tidak pernah melihat senjata moden atau berfikiran kuno. Percaya atau tidak, mereka memiliki kebolehan tertentu untuk mengatasi alatan canggih.

Angkatan laut Melaka yang sering meronda sepanjang Selat Melaka, laluan dagang tersibuk di dunia sampai sekarang pula diakui kecekapannya. Di bawah kepimpinan tokoh-tokoh berwibawa seperti Bendahara Tun Perak dan Laksamana Hang Tuah, ia telah berjaya memukul mundur armada laut Siam, juga ancaman mana-mana pihak. Bukankah ia cukup besar dan kuat untuk menjamin keselamatan penduduk, pendatang dan pedagang sepanjang Selat Melaka?

Mampu meronda dari utara Semenanjung sehingga selatan ke Pulau Jawa, memantau dan menghidu pergerakan musuh sebelum mereka dapat menghampiri pusat pemerintahan di Kota Melaka. Lalu bagaimana Kota Melaka boleh jatuh? Lebih pelik lagi, di manakah angkatan laut Melaka ketika ia diserang?

Bacalah mana-mana buku cerita atau sejarah mengenai kejatuhan Melaka termasuk tulisan Barat yang berat sebelah. Tiada satu pun yang menyebut tentang angkatan tentera laut Melaka yang ikut mempertahankan kota Melaka. Angkatan laut ini langsung tidak terlibat sehingga Melaka dengan senangnya boleh dibedil Portugis dari laut. Tidak ada satu pun kapal Melaka menghalang, tidak ada apa-apa sekatan. Tidakkah ini aneh?

Memang perlu diakui bahawa Sultan yang memerintah Melaka ketika itu telah melakukan kesilapan besar antaranya melantik pembesar-pembesar yang gilakan kuasa serta korup. Sultan Melaka ketika itu juga dikatakan sering berfoya-foya dengan penzinaan dan arak.Wallahualam.

Mereka yang benar-benar berkebolehan dipinggirkan sedangkan pembesar berwibawa yang masih ada menjadi tawar hati. Bagaimana jentera pertahanan hendak digerakkan dengan cekap? Mungkin penduduk Melaka sendiri serta para pedangang luar sudah siap sedia membelot, membuka laluan untuk Portugis menawan Melaka? Atau memang sudah lama wujud gunting dalam lipatan yang inginkan Melaka jatuh sehingga angkatan laut Melaka tidak berfungsi sama sekali?

Ada cerita lama orang tua-tua Melayu menyebut kebanyakan kapal yang menyerang Kota Melaka sebenarnya bukan milik Portugis tetapi Melayu, kapal angkatan laut Melaka juga! Sebuah laporan Portugis pula menyebut mereka ada ternampak sebuah angkatan laut yang dikenalpasti milik orang Melayu sedang disediakan untuk menyerang dari satu tempat di perairan Melaka. Mungkin benar Tun Mutahir sedang bersiap-sedia untuk merampas takhta atau ada pihak lain bertanggungjawab tetapi menuduh Bendahara pula yang ingin berlaku khianat? Yang pasti, ada pihak yang membelot. Si Kitol dan Raja Mendeliar sudah pasti. Namun, masih ada pembelot yang lain yang terlepas daripada catatan sejarah.

Apapun, nasi sudah menjadi bubur. Melaka jatuh dan terus dijajah selama lebih 400 tahun. Sultan Mahmud pula menjadi orang pelarian dan menurut ceritanya, terpaksa meninggalkan Kota Melaka lari selatan ke Muar. Itupun terus dikejar Portugis, tidak boleh duduk aman lama di satu lokasi, terpaksalah hidup merempat dari satu tempat ke satu tempat. Apakah baginda menyesal atas segala perbuatannya dahulu?
“Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna!”

Semua rakyat Malaysia perlu mengambil pengajaran daripada peristiwa kejatuhan kerajaan Kesultanan Melayu Melaka ini. Pemimpin yang korup serta tidak amanah, menjual kedaulatan negara haruslah diganti dengan pemimpin yang amanah dan jujur dalam menjalankan tanggungjawab kepada agama, bangsa dan negara serta yang paling penting mengamalkan perintah Allah dan rasulnya. Pemimpin yang adil diturut, pemimpin yang zalim disanggah !!!

Ikhsan : Hijabul Crewz
www.hijabulcrewz.blogspot.com

Terima kasih aku ucapkan kepada Hijabul Crewz kerana membenarkan aku menulis artikel dari blognya.Aku menulis ini kerana mendapat ilham dari cikgu Bahasa Inggeris aku apabila beliau mengatakan bahawa ada penipuan sejarah.

Diatas ini adalah sebuah artikel yang aku petik, dimana menyatakan bahawa Sejarah boleh direka-reka sendiri oleh golongan bijak pandai untuk kepentingan mereka untuk masa-masa hadapan.

Aku bersetuju dengan cikgu aku ini kerana sejarah boleh digunakan untuk kepentingan sendiri untuk masa hadapan.Contohnya yang boleh aku berikan adalah jika anda diajar dari kecil bahawa Komunis itu jahat, sampai mati Komunis jahat.

Namun jika anda diajar dari kecil bahawa Komunis adalah baik, susah untuk anda menukar fahaman terutamanya manusia-manusia yang radikal yang menyokong sesuatu tanpa memikirkannya.

Aku boleh berikan contoh lagi diantaranya adalah seperti dilakukan Israel, dimana masjid Al-Aqsa ditunjukkan di dalam media-media bahawa masjid Kubah batu bukannya masjidil Aqsa yang berkubah hijau.

Kepentingannya adalah jika suatu hari masjidil aqsa dirobohkan atau apa-apa berlaku, orang masih menganggap bahawa kiblat umat Islam yang pertama itu masih utuh oleh kerana melihat Dome of the rock.

Jadi kemungkinan besar juga Sejarah yang kita belajar selama ini hanya sebuah sejarah yang direka-reka untuk memenuhi kehendak golongan tertentu yang mempunyai kepentingan dalam sesuatu bidang.

Kemungkinan juga Israel adalah pelopor dalam proses untuk membuat suatu rekaan ini kerana aku pernah terbaca suatu ayat seperti ini '' Untuk menyesatkan sesuatu kaum, mulalah dengan menyesatkan asal usulnya dahulu ( sejarah )''.

Namun kadang-kadang Sejarah ini penting untuk kita untuk membina sebuah bangsa yang berjaya hasil dari kesilapan masa lampau ataupun sejarah untuk tidak mengulanginya sekali lagi.

Terima Kasih kepada Hijabul Crewz oleh artikel ini...

Saturday, July 10, 2010

Ramalan Final Piala Dunia 2010

Paul, sotong dari Oberhausen, Jerman memilih pasukan Sepanyol untuk menjunam Belanda sekaligus merangkul piala bola sepak paling berprestij di dunia.Manakala burung dari Singapura pula memilih Belanda memenangi perlawanan terakhir piala dunia 2010.

Di bawah ini, lihat bagaimana Sepanyol sampai ke final ;

Berada di dalam kumpulan H bersama Chile,Honduras dan Switzerland, perlawanan pertama Sepanyol telah tumpas ke Switzerland 2-1 dan kedua-dua baki perlawanan Sepanyol memenanginya dengan keputusan 2-0 ke atas Honduras dan 2-1 ke atas Chile sekaligus menjadi juara kumpulah H.

Skuad La Roja itu kemudiannya bertemu dengan naib juara kumpulan G iaitu Portugal dan menang ke atas Portugal hasil jaringan David Villa sekaligus layak ke suku akhir menentang Paraguay.

Sepanyol meneruskan rentak cemerlangnya dengan dengan membenam Paraguay 1-0 juga hasil jaringan penyerang Velencia, David Villa pada minit ke-83 membawa mereka hampir ke kejuaraan berprestij ini.

Lawan Sepanyol pada separuh akhir pula adalah pasukan bimbingan Joachim Loew dimana
mara selepas menumpaskan England dan Argentina dengan mudah.

Ternyata ramalan sotong Paul tepat apabila tandukan dari pemain pertahanan Barcelona, Carlos Puyol cukup melayakkan Sepanyol ke final selepas menumpaskan juara dunia tiga kali itu.

Manakala Holland,Netherland atau Belanda pula telah mengumpul mata penuh kumpulan E dengan kesemua kemenangan menentang Denmark ( 2-0 ), Jepun ( 1-0 ) dan Cameroon ( 2-1 ) sekaligus menjadi juara kumpulan E.

Slovakia menjadi lawan Belanda selepas Slovakia berjaya menumpaskan Itali sekaligus menjadi naib johan kumpulan F.Walaubagaimanapun, Arjen Robben dan Wesley Sneijder telah menjaringkan satu gol namun Sketelenburg bolos jaringan Robert Vittek menjadi Belanda menang 2-1.

Seterusnya juara 5 kali piala dunia, Brazil senang ditundukkan Belanda apabila menang Belanda menang 2-1 hasil dua jaringan pemain sayap Bayern Munchen, Arjen Robben.Brazil pula mendahului awal melalui hantaran Felipe Melo ke Robinho sekaligus menjaringkan gol.

Belanda meneruskan rentak cemerlangnya apabila menang ke atas Uruguay 3-2 dimana kapten pasukan, Van Bronckhost,Wesley Sneijder dan Arjen Robben masing-masing menjaringkan satu gol dan Pereira dan Forlan juga menjaringkan satu gol untuk Uruguay.

Dari situlah Belanda dan juga Sepanyol layak ke final piala dunia hasil kemenangan demi kemenangan dan pada jam 2.30 pagi hari Isnin ini bakal berlakunya pertarungan dua pasukan Eropah untuk merebut gelaran juara.

Dan aku menyatakan bahawa Sepanyol bakal memenangi perlawanan akhir piala dunia yang pertama kali berlangsung di benua Afrika dimana kedua-dua kelab Eropah bertarung sesama sendiri.

Walaupun Belanda menjaringkan 12 gol dalam 6 perlawanan manakala Sepanyol pula hanya menjaringkan 7 gol tetapi Belanda telah bolos 5 gol namun Iker Casillas iaitu penjaga gol terbaik dunia setaraf Buffon, hanya bolos 2 gol.

Selain itu, Sepanyol begitu baik dalam sistem pengawalan bola apabila perlawanan menentang Portugal mereka memperolehi 61-39 % dan Paraguay pula 59-41 % dan terakhir pertarungan bersama Jerman mereka mendapat 51-49 %.

Belanda pula mendapat 52-48% menentang Slovakia manakala ketika menentang Brazil ialah 51-49 % dan terakhir bersama Uruguay adalah 53-47 %. Disini boleh dilihat perbezaan diantara pengawalan bola oleh pemain Sepanyol.

Dan jika hendak dibandingkan tentang gol jaringan pula tiada beza apabila pasukan Belanda dan juga Sepanyol berkonsi kedudukan teratas dengan 5 gol oleh David Villa dan Wesley Sneijder.

Dan mengikut jumlah serangan keseluruhan oleh pihak Sepanyol, mereka memang mempamerkan corak permainan serangan dimana 97 serangan dilakukan dalam 6 perlawanan oleh pasukan Sepanyol.

Manakala Belanda pula hanya melakukan 60 serangan dalam kesemua perlawanan mungkin kerana mereka lebih cenderung mengatur strategi pertahanan oleh kerana pertahanan menyelamatkan 53 serangan manakala Sepanyol 38.

Manakala mengikut penyerang-penyerang tumpuan final diantara Belanda dan Sepanyol, Villa dan Sneijder bermain 6 perlawanan dan menjaringkan 5 gol.Walaubagaimanapun, jumlah sepakan mengenai sasaran oleh Villa adalah 16 berbanding Sneijder 10.

Dan jika mengikut sejarah silam Wesley Sneijder dimana beraksi 272 perlawanan termasuk bersama skuad kebangsaan dan kelab hanya menjaringkan 72 gol iaitu bersamaan 0.286 gol setiap perlawanan.

Penyerang Velencia pula menjaringkan sebanyak 245 gol dalam 448 perlawanan bersamaan juga dengan 0.538 gol dalam setiap perlawanan yang dimainkan oleh David Villa.

Mengikut kedudukan FIFA, Sepanyol berada di tempat ke-2 dengan 1565 mata manakala Belanda menduduki tempat ke-4 dengan 1231 mata.

Jadi akhir kata, jika diikutkan diatas kertas, Sepanyol bakal memenangi perlawanan pada kali ini namun Belanda tiada masalah membuat kejutan seperti menentang Brazil dimana menang 2-1.

Thursday, July 8, 2010

Ramalan Tempat ke-3 Piala Dunia 2010

Kita mulakan dengan perlawanan tempat ke-3 dimana juara dunia 3 kali, Jerman bakal berdepan dengan juara dunia 2 kali, Uruguay yang tumpas ke tangan Belanda 2-3 pada perlawanan separuh akhir.

Uruguay yang berada di dalam kumpulan A telah menjadi juara kumpulan tersebut apabila berjaya membenam Afrika Selatan 3-0 dan juga Mexico 1-0.Sementara ketika menentang Perancis mereka hanya berkongsi mata apabila seri tanpa jaringan.

Lawan mereka seterusnya ialah Korea Selatan dimana mereka menang 2-1 menyebabkan mereka layak ke suku akhir.Ghana pula menjadi lawan Uruguay namun keputusan seri 1-1 menyebabkan perlawanan ditentukan oleh sepakan penalti.

Walaubagaimanapun, perlawanan ini berlaku sedikit kontroversi apabila penyerang Uruguay, Luis Suarez telah menghalang bola dari menerjah jaring menggunakan tangannya yang dipanggil ''hand of god''.

Seterusnya perlawanan menentang Belanda di separuh akhir dimana mereka tumpas 3-2 keatas Belanda oleh kerana jaringan kapten pasukan,V.Bronckhorst, W.Sneijder dan A.Robben manakala Uruguay dijaringkan oleh Diego Forlan dan Maximiliano Pereira.

Lawan Uruguay ditempat ke-3 dan ke-4 adalah Jerman dimana tewas kepada Sepanyol 1-0 hasil tandukan kuat pertahanan Sepanyol, Carlos Puyol.

Tetapi pada peringkat kumpulan, Jerman telah memenangi peringkat kumpulan D dengan 6 mata dimana berjaya mengalahkan Australia 4-0 dan Ghana 1-0 manakala kalah dengan Serbia 1-0.

Lawan Jerman agak sukar apabila terpaksa menentang England, namun begitu, mereka berjaya mengalahkan England 4-1 hasil dua jaringal Thomas Mueller, satu jaringan dari M.Klose dan L.Podolski manakala bolos ditendang Upson.

Argentina menjadi mangsa Jerman di suku akhir apabila dibelasah Jerman 4-0 hasil dua jaringan M.Klose manakala Muller dan Friedrich masing-masing satu gol.

Namun di suku akhir, mereka tumpas hasil tandukan Carlos Puyol sekaligus menghampakan harapan berjuta penyokong Jerman untuk menjulang trofi piala dunia buat kali ke-4.

Jadi tempat ke-3 bakal direbut oleh Uruguay dan Jerman yang bakal beraksi pada 2.30 pagi pada 11 Julai di stadium Nelson Mandela Bay di Port Elizabeth, Afrika Selatan.

Ramalan aku ingin menyatakan bahawa Jerman bakal memenangi perlawanan tempat ke-3 ini berdasarkan prestasinya sebelum tewas di tangan Sepanyol 1-0.

Joachim Loew pasti meletakkan penyerangnya, Thomas Mueller yang digantung satu perlawanan ketika menentang Sepanyol.Thomas Mueller menjadi terkenal hasil prestasinya dimana menjaringkan 4 gol sepanjang piala dunia berlangsung.

Selain itu, penyerang veteran Bayern, Miroslave Klose juga menjadi sandaran skuad Jerman oleh kerana berjaya menjaringkan 4 gol.Bastian Schweinsteiger juga mungkin menjadi arkitek kepada Jerman oleh kerana sepakannya yang tepat.

Jaringan gol yang dihasilkan Jerman juga amat tinggi dimana sepanjang 6 perlawanan berlangsung, Jerman telah menjaringkan 13 gol ini bermaksud lebih 2 gol dalam setiap perlawanan.

Pasukan Uruguay pula menjaringkan sejumlah 9 gol sepanjang bertanding di dalam Piala Dunia ini dalam 6 perlawanan bersamaan 1.3 gol setiap perlawanan.

Manakala pasukan Jerman hanya bolos sebanyak 3 gol sepanjang piala dunia ini dan skuad Uruguay telah bolos 5 gol dari 6 perlawanan.

Berdasarkan rangking FIFA, Jerman kini menduduki tempat ke-6 di belakang Itali dengan 1082 mata manakala Uruguay ketika ini menduduki tempat ke-16 dengan 899 mata.Ini menunjukkan diatas kertas Jerman bakal memenangi perlawanan pada kali ini.

Aku meramalkan bahawa pasukan Jerman akan menang 2-1 ke atas Uruguay pada perlawanan awal pagi Ahad.

Selain aku, sotong kurita bernama Paul di Jerman juga bakal meramalkan keputusan perlawanan bola pada perlawanan ini.Sotong bernama Paul ini boleh dikatakan pakar ramal tentang perlawanan yang melibatkan Jerman.Sepanjang pasukan ini berlangsung, sotong kurita bernama Paul belum pernah salah membuat ramalan.

Walaubagaimanapun, keputusan perlawanan bola sepak tidak bersandarkan tentang favourite dan underdog ini boleh dilihat diantara perlawanan Brazil menentang Belanda.

Sunday, July 4, 2010

Rm 1 punyai lambang Illuminati


Hari ini tulisan aku ringkas sahaja dimana aku telah menjumpai sesuatu yang menarik hasil kajian kawan aku yang lebih dikenali sebagai "Abe'' yang telah menceritakannya kepada aku dan terus aku balik ke rumah dan mengkajinya.

Apa yang kawan aku bagi tahu kepada aku bukanlah omong kosong sahaja namun setelah penelitian yang aku buat telah menampakkan hasil yang positif dan pada hari ini kesemua hasilnya telah siap untuk post.

Kajian ini aku buat sendiri dan telah mendapat keputusannya...

Jika di wang kertas US$ 1 mempunyai beberapa simbol-simbol rahsia antaranya hurufnya.Piramid dan mata satunya juga lambangnya.Wang kertas ringgit Malaysia juga tidak terkecuali daripada terkena tempias Illuminati.

Dalam not US$ 1 lambang mata satu yang diagung-agungkan puak Illuminati yang banyak dipelopori oleh Yahudi lambang mata satunya terletak di atas piramid sambil diikuti oleh perkataan di atasnya.

Wang Rm1 pula lain pula ceritanya...

Jika dilihat pada not kertas Rm 1 tiada apa yang cacat celanya namun jika diperhatikan betul-betul pun tiada apa yang anda akan perasan dengan wang kertas yang dikeluarkan pada tahun 2000 ini.

Sekarang aku nak tunjukkan rahsianya...








Yang disebelah kiri ini adalah gambar keseluruhan wang Rm 1 dan tema belakangnya adalah tentang tempat di Malaysia dimana gambar Gunung Kinabalu dan Gunung Mulu dibelakanya sambil itu didepannya mempunyai gambar wau bulan.

Manakala di sebelah kanan pula adalah sesuatu yang aku jumpa yang amat menarik dimana ada sebuah segetiga diantara tempat gunung mula dan kayu dimana membentuk tiga segi sementara dibawahnya itu laut.

Jika dilihat ada satu segitiga tidak berapa sama disana.Kalau besarkan ada mungkin akan nampak dengan lebih jelas gambar tiga segi terbabit jadi tekan untuk besarkannya.Segitiga tidak sama yang anda akan jumpa.

Apa rahsia yang ada dekat segitiga tak berapa sama itu...











Sebelum aku nak dedahkan rahsianya aku tunjuk gambar mata satu di not US$1...

Baiklah gambar ini diambil dari wang US$1 dimana diatas piramid ataupun boleh dikatakan segitiga mempunyai sebuah mata.Dan diatasnya juga tertulis perkataan "ANNUIT COEPTIS" dan dibawahnya "NOVUS ORDO SECLONUM''.










Baiklah sekarang masa yang aku akan bagitahu apa yang hendak aku bagitahu iaitu tiga segi dibelakang not Rm1 dan mata yang dipertuan agong dibahagian hadapan.Jika anda perasan, ketika not Rm1 dihadapkan ke cahaya anda akan nampak mata di segitiga belakang not Rm1.

Mata terbabit adalah mata yang dilukis gambar yang dipertuan agong disebelah hadapan dan jika tak nampak anda boleh cucuk mata kiri yang dipertuan agong dengan pen dan lihat dimana mata pen itu keluar.

Mata pen terbabit akan keluar betul-betul seperti gambar piramid di not US$1 tapi Rm1 bawah sedikit.

Aku tak tahu sama ada lambang ini dirancang atau hanya kebetulan sahaja.Jika hendak katakan kebetulan bendera Malaysia pun hampir serupa dengan bendera US.

Adakah simbol mata satu ataupun mereka senang panggil dajjal mata satu ini telah masuk ke ekonomi Malaysia ataupun negara Malaysia telah menjadi proksi kepada Yahudi memandangkan kedengaran tauke Goldman Sach yang dimiliki orang kaya Yahudi telah masuk Malaysia.

Sebelum itu jangan kaitkan ini dengan APCO ataupun apa-apa sahaja yang sama waktu dengannya dan ini hanya sesuatu benda yang aku jumpa sahaja.

Akhir kata, minta maaf kepada keluarga diraja kerana ayat-ayat ''cucuk mata kiri yang dipertuan agong'' terbabit.Hanya ingin menyenangkan pembaca untuk melihat sendiri hasilnya dan jangan masukkan aku ke dalam ISA.