Saturday, June 26, 2010

Perlaksanaan Hukuman Mati

Hukuman mati boleh dikatakan hukuman paling berat dijatuhkan kepada seseorang itu.Hukuman mati sudah dilaksanakan di seluruh dunia pada suatu ketika dahulu kepada pesalah yang melakukan kesalahan berat.

Di Malaysia khususnya, hukuman mati dijatuhkan atas beberapa kesalahan iaitu membunuh, mengedar dadah,penculikan dan penyalahgunaan senjata api adalah antara kesalahan yang boleh dikenakan hukuman mati.

Kaedah menghukum pesalah di Malaysia hanya dengan cara gantung sampai mati.Perlaksanaan hukuman gantung sampai mati ini adalah kerana ia tidak melibatkan kos yang banyak selain seseorang itu boleh mati dengan cepat dan kesakitan yang minimum.

Hanya dua cara sahaja cara untuk melepaskan diri dari tali gantung di Malaysia iaitu membuat rayuan ke mahkamah tinggi dan jika tidak berjaya bolehlah mengemukan rayuan ke mahkamah rayuan dan jika tidak berjaya juga hanya mahkamah persekutuan boleh mengelak seseorang ke tali gantung.

Rayuan seterusnya adalah rayuan pengampunan yang dihantar kepada yang dipertuan agong,DYMM sultan/raja dan yang Dipertua negeri.Jika tidak diberi pengampunan pesalah terpaksa ke tali gantung.

Air Mendidih

Jika kita kembali 2000 hingga 3000 tahun dahulu cara seseorang itu dihukum adalah dengan cara mendidihkan air di dalam kawah seterusnya memasukkan orang ke dalam kawah yang berisi air.

Kawah terbabit pula disertakan dengan beberapa bahan seperti tar dan minyak dan beberapa bahan lain yang menyebabkan seseorang itu tenggelam ke dalam kawah menyebabkan seseorang itu mati.

Cara ini diguna lebih 2000 tahun yang lepas di negara-negara eropah dan Asia secara meluas untuk menghukum seseorang yang melakukan kesalahan-kesalahan yang besar.

Bakar Hidup-Hidup

Pada abad ke-18, salah satu cara mereka untuk menghukum penjenayah adalah dengan membakar penjenayah ataupun lebih senang dibakar hidup-hidup menyebabkan penjenayah itu mati.

Mengikut sejarah, cara melakukan hukuman ini adalah mengikat seseorang itu ke kayu untuk mengelakkan seseorang itu bergerak.Seterusnya dibakar pula api di sekeliling kayu tersebut menyebabkan ia terbakar dan seterusnya mati.

Namun dikatakan juga yang seseorang itu mati bukan disebabkan terbakar tetapi disebabkan penjenayah itu menghidu asap hitam yang mengandungi karbon monoksida dan tidak mendapat udara ( oksigen ) yang cukup.

Walaubagaimanapun, kaedah ini bukanlah untuk membunuh tetapi lebih kepada penyeksaan.Ini kerana masa untuk seseorang itu mati mengambil masa lebih 30 minit dan adakalanya mengambil masa dua jam.

Tetapi untuk mempercepatkan seseorang itu mati, seseorang itu mungkin dilumur dengan resin seperti tar hitam yang membuatkan api itu marak ke badan seseorang itu dengan lebih cepat.Hukuman bakar hidup-hidup ini banyak dilaksanakan di Eropah.

Penyaliban

Hukuman paling terkenal iaitu penyaliban adalah salah satu cara membunuh tetapi kaedah ini selalu dikaitkan dengan agama.Dikatakan hukuman ini bermula 600 tahun sebelum masihi dan 400 tahun selepas masihi dimana kaedah ini digunapakai lebih kurang 1000 tahun.

Cara hukuman ini dijalankan adalah dengan memaku seseorang ke kayu salib dan dibiarkan sehingga orang itu mati.Namun cara ini dikatakan mengambil masa yang lama untuk seseorang itu mati.

Dan teknik memaku orang ke kayu salib bukanlah cara untuk membuatkan orang itu mati oleh kerana hukuman hanya membuat seseorang itu merasakan kesakitan ini kerana seseorang itu mati mengambil masa yang lama hingga mengambil masa berhari-hari mengikut badan manusia.

Tambahan lagi mengikut kajian seseorang itu mati bukannya disebabkan mati disalib tetapi kehilangan darah dan dehidrasi ataupun lebih senang dipanggil kehilangan air oleh kerana tak diberi minum air menyebabkan seseorang mati.

Kaedah hukuman menyalib ini dihapuskan oleh Maharaja Rom, Maharaja Constastine I pada abad ke-4 bagi menghormati Nabi Isa atau Jesus Christ yang mengikut kepercayaan mereka mati disalib.

Pancung Kepala

Pancung juga adalah salah satu hukuman paling terkenal sehingga kini.Dan pada masa ini juga masih ada manusia yang mengamalkan hukuman pancung kepala menyebabkan kepala berpisah dengan badan.

Kaedah ini selalunya dilaksanakan menggunakan kapak,pedang ataupun menggunakan sejenis alat memenggal kepala orang yang dipanggil Guillotine dimana manusia yang dipenggal dipanggil headsman.

Masa untuk seseorang itu mati aku tak berapa tahu oleh kerana orang nak tahu orang itu mati mengikut badan ataupun kepala.Tetapi mengikut kajian, selepas kepala berpisah dengan badan, kepala kita masih lagi hidup dan boleh lagi senyum :) sehingga 20 saat.

Seseorang itu mati disebabkan tiada sokongan daripada badan selain tidak dapat mengepam oleh kerana tiada laluan untuk mengambil oksigen oleh kerana kepala dan badan berpisah.Oleh kerana tiada otak ataupun Center badan kita tiada, kesemua anggota badan kita pun tidak berfungsi.

Sejak bila kaedah ini diamalkan aku tak dapat pastikan tetapi ramalan aku mengatakan ia bermula pada abad ke-15 oleh kerana ada lukisan yang menggambarkan hukuman pancung ini.Dan ia mungkin diamalkan secara meluas pada abad ke-16 ke kurun ke-17 oleh kerana penciptaan Guillotine yang digunakan di Perancis.

Aku tak boleh katakan yang ini sebuah cara menghukum mati pada zaman dahulu kerana ia masih digunakan lagi sehingga kini dan cara ini adalah cara paling suka digunakan oleh pemerintah dan rantau Asia salah satu tempat penggunaan sistem ini.

Antara Yang Kejam

Ada juga cara penyeksaan orang-orang dahulu dengan mengikat orang bersama batu dan menggulingkan batu itu dari atas bukit menyebabkan seseorang mati oleh kerana batu itu menghempapnya ataupun oleh kerana bergolek.

Di Perancis atau Portugal tak salah saya ada cara orang zaman dahulu untuk membunuh orang dengan membawa manusia untuk dibunuh ke sebuah pulau yang kering kontang yang tiada apa disekelilingnya.

Dan ditinggalkan pula minyak tanah, secawan air bersih dan mancis dan revolver beserta sebutir peluru bersama orang terbabit.Dan ditinggalkan orang itu keseorangan di pulau terbabit.Pilihannya adalah untuk membakar diri sendiri ataupun menembak kepala dengan revolver.Manakala air terbabit diberikan adalah untuk orang terbabit mengambil masa berfikir mana nak pilih.

Selain itu, cara orang-orang dahulu membunuh orang juga dengan mengikat orang yang bersalah di kaki kuda dan dan membawa kuda itu berlari menyebabkan orang itu terseret sehingga kuda itu berhenti berlari.

Cukup sahaja cara orang zaman-zaman dahulu yang boleh dikatakan menyeksakan membunuh orang-orang bersalah.Dan dibawah ini pula adalah cara-cara moden manusia untuk menegakkan keadilan.

Gantung

Hukuman gantung bermula 800 tahun yang lalu dan sehingga kini, banyak negara di seluruh dunia mengamalkan cara ini untuk menghukum seseorang yang didapati bersalah.

Di Malaysia, penjenayah yang didapati bersalah akan diletakkan di sebuah bilik berdekatan dengan tempat dimana hukuman gantung dijalankan.Selalunya hukuman ini akan dijalankan sesudah subuh.

Algojo akan masuk selepas subuh dan menggari penjenayah terbabit seterusnya menyarungkan kain hitam ke kepala penjenayah terbabit dan terus dibawa ke bilik dimana hukuman gantung dijalankan.

Seterusnya dimasukkan pula tali yang dikhaskan untuk menggantung orang ke leher seseorang yang didapati bersalah terbabit.Hanya beberapa orang berada dalam bilik terbabit dan antaranya Algojo dan doktor.

Berdiri tegak diatas platform sambil tali berada di leher.Algojo terbabit akan terus menarik gear dimana platform akan terbuka dan orang itu akan terjatuh bersama tali dan orang terbabit pun mati.

Mengikut apa yang aku baca beberapa tahun dulu di surat khabar Utusan Malaysia, seseorang yang hendak dihukum gantung diambil butir berat badannya dimana tali tersebut diikat mengikut berat seseorang.

Tembak

Hukuman tembak masih lagi diamalkan pada masa kini disesetengah negara seperti negara jiran kita, Indonesia.Banyak lagi negara-negara di dunia sudah menghapuskan hukuman ini kerana ia membazir duit untuk membeli peluru.

Di China, cara mereka menjalankan hukuman tembak adalah dengan berdiri dibelakang orang yang hendak ditembak itu.Sambil itu dihalakan lubang peluru ke tengkuk ataupun belakang kepada seseorang itu dan terus menembak menggunakan raifal.

Manakala di Indonesia, cara mereka melaksanakan kaedah ini adalah dengan mengikat seseorang itu di sesebuah objek itu mengelakkan mereka bergerak dan 5 orang penembak akan melepaskan tembakan serentak ke dada seseorangg itu tetapi hanya seorang sahaja yang mempunyai peluru hidup dan yang lain peluru kosong untuk melindungi penembak yang menembak penjenayah terbabit.

Di Taiwan juga begitu namun jika banduan terbabit ingin menderma organ hati mereka, banduan terbabit tidak akan ditembak oleh kerana ia merosakkan dada tetapi disuntik dengan sejenis cecair yang boleh membawa maut.

Gas Beracun

Sejak zaman pemerintahan Adolf Hitler lagi cara ini digunakan untuk membunuh orang Yahudi secara beramai-ramai semasa peristiwa Holocaust yang dikatakan tidak wujud oleh presiden Iran.

Di Amerika, teknik gas beracun masih lagi diamalkan untuk membunuh banduan yang didapati bersalah.Caranya adalah menyuruh tertuduh duduk diatas kerusi dan tangan dan kaki dikunci di sebuah bilik kedap udara.

Seterusnya mereka akan membawa gas-gas beracun ke dalam bilik terbabit menyebabkan orang yang berada di dalam itu mati apabila gas-gas terbabit masuk ke dalam badan manusia menyebabkan kematian.

Suntikan Beracun

Suntikan beracun digunakan lagi di Amerika dimana yang didakwa akan masuk ke sebuah bilik dan perlu baring bilik terbabit sambil badan diikat dengan katil terbabit menyebabkan seseorang itu tidak dapat bergerak.

Kemudian dimasukkan pula ke dalam badannya racun Sodium Thiopentol menyebabkan
seseorang itu tidur.Selepas itu cecair yang diberi nama Pavulon dimasukkan ke dalam badan yang akan menghentikan pernafasan menyebabkan seseorang itu mungkin pengsan.

Tindakan terakhir untuk menamatkan riwayat seseorang adalah memasukkan pula cecair bernama Potassium Chloride yang akan merosakkan jantung menyebabkan kematian kepada orang terbabit.

Rejam Sampai mati

Merejam adalah salah satu kaedah yang diamalkan namun hanya beberapa negara Islam sahaja yang mengamalkan kaedah rejam sampai mati ini kepada perogol-perogol yang ditangkap.

Dan caranya mengikut Islam adalah dengan cara menanam separuh badan seseorang itu ke dalam tanah dan biarkan separuh badan dan kepala sahaja.Kemudian orang-orang yang datang perlu melemparkan batu ke orang terbabit.

Tetapi dengan syarat yang batu terbabit bukanlah batu besar seperti di dalam gambar terbabit cuma seperti batu untuk main batu seremban sahaja dan tak perlu baling sekuat hati.

Pendapat aku ingin mengatakan bahawa hukuman mati tidak wajar dilaksanakan walau apa cara sekalipun sebagai seorang manusia yang mempunyai belas kasihan.Pendapat aku mengatakan bahawa jika seseorang itu melakukan kesalahan terbesar sekalipun, perlu dipenjarakan dan biarlah tuhan mengambilnya sendiri.

Tetapi apa boleh buat, Allah sendiri mengalakkan hukuman ini jadi kita ikut saja.
Pendapat aku ini hanya kerana ada rasa simpati terhadap mereka yang kena hukuman ini.

Dan jika aku dikenakan hukuman mati, aku rasa aku nak pilih hukuman gantung sampai mati oleh kerana hukuman ini lebih terhormat cara kematiannya.Dan tidak meninggalkan kesan fizikal tapi ada sikit calar ataupun parut hasil dari tali gantung.Dan kesemua anggota badan cukup lengkap jadi nak tanam pun senanglah sikit tak payah pergi cari kepala yang hilang.

3 comments:

  1. xtau nk pilih ane 1 yg terbest...:P

    ReplyDelete
  2. Pilih disuntik..gantung?takut woiii...hhiihihih

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete

Dipersilakan Komen