Monday, June 21, 2010

Perang Bakal Meletus

Pada 31 Mei yang lepas, kapal Mavi Marmara dari Turki telah diserang sekaligus menyekat mereka dari meneruskan perjalanan ke Gaza oleh tentera Israel dimana ramai terkorban akan serangan tersebut dan tidak lupa juga ada yang cedera.

Apa yang melegakan adalah kesemua rakyat Malaysia yang mengikutinya dikhabarkan selamat dari sebarang kecederaan.Dan kesemua mereka itu dihantar ke Ashdod iaitu pelabuhan di Israel lalu kesemua sukarelawan dihantar pulang ke tanahair.

Kapal Rachel Corrie juga mengalami nasib yang serupa tetapi bernasib baik sedikit kerana tiada seorang pun cedera ataupun mati oleh kerana ditembak oleh komando Israel yang menyekat kapal tersebut untuk meneruskan perjalanan ke Gaza.

Mengapa Israel menyerang kapal itu adalah oleh kerana pihak Zionis telah mendakwa bahawa misi bantuan kapal bantuan terbabit membawa senjata api untuk diberikan kepada pihak Hamas di Gaza.

Namun dakwaan itu senang disangkal oleh aktivis-aktivis oleh kerana ketika berlabuh di Ireland, kesemua barangan-barangan di dalam kapal telah di periksa dengan begitu teliti oleh kerajaan Ireland.

Dan ketika diperiksa, tiada sebarang senjata pun dijumpai ketika melakukan pemeriksaan di atas kapal terbabit.Ini menyebabkan tuduhan yang dilemparkan Israel adalah satu penipuan dan mereka seharusnya dihukum oleh dunia oleh kerana membunuh orang awam dengan alasan palsu.

Tentang barangan yang berada di dalam kapal pula dikhabarkan berpuluh-puluh trak dari Israel memasuki Gaza untuk menghantar segala barangan dari kapal yang ditahan di Ashdod ke Gaza untuk diberikan kepada rakyat Gaza.

Aku rasa barangan bantuan yang dihantar itu bukan disalurkan terus kepada rakyat Gaza.Kemungkinan besar mereka memberikan barangan mereka kepada penjual-penjual Yahudi di Gaza untuk dijual di sana.

Manakala segala makanan dan ubatan yang dibawa pula aku tak berapa yakin akan sampai.Dan ada juga kemungkinan yang Israel akan meracun makanan itu yang akan diberikan kepada rakyat Gaza.

Ada juga dakwaan yang menyatakan bahawa ada barangan yang tidak dihantar ke Gaza sekaligus mereka menuduh bahawa Israel telah mencuri barangan terbabit.

Namun itu tak berapa ada kena mengena dengan tajuk diatas...

Ini sebenarnya ingin aku sampaikan dimana selepas peristiwa itu terjadi dimana banyak negara-negara Islam ingin menghantar kapal ke Gaza untuk membantu rakyat Gaza antaranya Turki,Iran malahan Malaysia dikatakan ingin menghantar kapal juga.

Bagi aku kesemua negara yang ingin menghantar kapal itu sebenarnya bagi aku ada sesuatu perkara yang mereka harapkan.Apa yang mereka harapkan adalah Israel sekali lagi menyerang kapal yang menghantar bantuan.

Sekali lagi mereka menyerang kapal dan sekali lagi ada aktivis terbunuh walaupun seorang adalah kejayaan bagi negara-negara arab terbabit untuk mengutuk Israel dan melancarkan apa saja proses anti-Israel.

Bagi aku itu tujuan utama tambahan Iran yang cukup tidak berpuas hati dengan Israel dan Amerika Syarikat oleh kerana program nuklear Iran yang menyebabkan sekatan ekonomi yang digubal PBB.

Bagi aku itu adalah petanda bahawa Amerika dan Israel membantah sekeras-kerasnya program nuklear Iran terbabit dan aku yakin yang Iran tidak akan memberhentikan program nuklear terbabit.

Dan jika Iran tidak menghentikan program mereka, anda boleh berfikir mengapa Amerika menyerang Iraq.Amerika mendakwa Iraq telah mempunyai senjata atom dan disebabkan itulah mereka menyerangnya kerana dikatakan boleh menggugat rantau Asia Barat.

Begini juga apa yang dilakukan oleh Amerika dan Israel dimana ingin menyerang Iran oleh kerana menggugat negara jirannya ataupun lebih senang adalah menggugat Israel yang berada tidak jauh dari situ.

Umum mengetahui Israel ini boleh dikatakan kebal dari sebarang tindakan jadi kepala peledak-peledak nuklear yang berada di Israel tidak dikenakan tindakan walaupun mereka sudah ada nuklear sedangkan Iran hendak membangunkan nuklear.

Amnesty International menyatakan bahawa Israel telah melanggar ratusan resolusi-resolusi yang dilakukan oleh PBB namun tiada tindakan diambil oleh dunia dan Israel tidak perlu takut akan dunia oleh kerana mereka tidak perlu dikenakan hukuman.

Bagi aku hukuman yang patut dikenakan terhadap Yahudi adalah memecat Israel dari PBB dan juga melarang Israel mempunyai pasukan tentera dan hanya perlu pasukan pertahanan seperti yang dikenakan Jepun dimana Jepun tiada pasukan tentera namun mempunyai pasukan pertahanan.

Bagi aku dunia akhir-akhir ini tidak berapa stabil dengan krisis ekonomi yang teruk dan pertelagahan diantara Israel dan arab dimana arab kini sudah bangun dari tidur yang lena dimana ingin menentang Israel dimana Turki yang juga member baik Israel telah ingin mengkaji kembali hubungan mereka dengan Israel.

Mungkinkah pergolakan diantara Korea Utara dan Korea Selatan bakal mewujudkan perang dunia ke-3 dimana mungkin China sebagai negara kuasa besar akan masuk campur oleh kerana kepentingan mereka di negara tersebut.

Walaubagaimanapun aku ingin mengutuk pendirian kerajaan Malaysia yang agak boleh dikatakan pengecut oleh kerana membenarkan kapal dagang Israel berlabuh di Pulau Pinang tidak salah aku walaupun diprotes oleh pekerja pelabuhan terbabit.

Apa yang aku nak katakan Malaysia hanya boleh berkata namun tiada tindakan.Anda boleh kutuk seseorang dan kutuk namun apa yang anda dapat.Aku boleh kutuk dan kutuk dan aku tak boleh lakukan sesuatu kerana aku seorang penulis bukannya perdana menteri.

1 comment:

  1. Iran, israel, amerika semua satu geng je...

    ReplyDelete

Dipersilakan Komen