Friday, June 25, 2010

Kejutan Kedua : Piala Dunia 2010

Aku baru sahaja tamat menonton perlawanan terakhir Itali menentang Slovakia dimana Itali telah tewas kepada Slovakia 3-2 di Ellis Park Stadium di Jahannesburg, Afrika Selatan.

Perlawanan bermula baik namun pada minit ke-25 Slovakia telah dihadapan oleh kerana jaringan Robert Vittek dimana penjaga gol, Federico Marchetti tidak terdaya untuk menepis bola terbabit.

Keputusan 1-0 kekal hingga tamat separuh masa pertama dan pada separuh masa kedua, kesilapan pertahanan Itali telah menyebabkan sekali lagi Vittek mencatat nama sebagai penjaring sekaligus menjarakkan gol.

Namun pada minit yang ke-81, peyerang Udinese iaitu Antonio Di Natale telah membuka kembali peluang Itali apabila berjaya menjaringkan selepas menerima hantaran dari rakan sepasukan.

Kamil Kopunek berjaya meninggalkan Itali 3-1 apabila menjaringkan gol hasil lontaran ke dalam ( throw in ) rakan sepasukannya dan terus menjaringkan gol dimana kecuaian pertahanan Itali dapat dilihat apabila tiada pemain menjaga Kamil Kopunek.

Namun semangat Itali tidak padam apabila sepakan dari luar kotak penalti penyerang Napoli, Fabio Quagliarella menyebabkan keputusan 3-2 pada masa kecederaan.

Namun masa sudah terlalu singkat dimana Itali tidak dapat menyamakan kedudukan untuk mara ke pusingan kalah mati.Namun segala gol yang Itali jaringkan dilihat Marcello Lippi masih tidak berpuas hati dan muka seriusnya menampakkan perasaan hatinya.

Apabila wisel dari mulut pengadil berbunyi, jika kebiasaannya pengurus akan bersalaman dengan pengurus lawan Lippi tidak, beliau terus masuk ke dalam bilik persalinan meninggalkan anak buahnya sementara pemain Slovakia meraikan kejayaan mereka.

Pemain bernombor 18, Fabio Quagliarella dilihat menangis akan kekalahan Itali sambil dipujuk oleh rakan sepasukannya yang juga kapten Itali, Fabio Cannavaro.Kesemua penyokong Itali kelihatan hampa dengan keputusan terbabit.

Pandangan aku tentang kegagalan Itali untuk masuk ke carta 16 terbaik mungkin kerana masalah-masalah pemain Azzuri dimana Trofi Piala Dunia terpaksa dilepaskan untuk tahun 2010 dan hanya mengharap Piala Dunia 2014 di Brazil.

Masalah skuad Azzuri ini berlaku selepas Piala Dunia 2006 di Jerman dimana Itali muncul sebagai juara Piala Dunia dimana pengurusnya ketika itu Marcello Lippi meletak jawatan sebagai pengurus Itali selepas kemenangan itu.

Perletakkan jawatan Marcello Lippi itu diambil alih oleh Roberto Donadoni dan ketika itulah masalah berlaku ketika Piala Eropah dimana kekuatan Itali tidak sehebat ketika beraksi di Jerman.

Kekalahan teruk 3-0 keatas Belanda dan kekalahan terhadap Sepanyol hasil sepakan penalti telah menyebabkan Donadoni dikecam hebat penyokong Itali menyebabkan Donadoni melepaskan jawatannya.

Jawatan pengurus Itali itu dikembalikan kepada Marcello Lippi selepas Piala Eropah pada 2008 di Austria.Di dalam dua tahun itulah Lippi mencari pemain-pemain muda untuk menggantikan pemain yang bakal bersara.

Walaubagaimanapun, usaha Lippi untuk mencari tidak berjaya tambahan lagi dibahagian serangan untuk menggantikan kapten Juventus dan kapten Roma iaitu Alesandro Del Piero dan Francesco Totti yang bersara dari bidang antarabangsa.

Oleh kerana Itali tidak mempunyai pemain-pemain muda untuk saingan Piala Dunia kali ini, skuad Azzuri telah diejek sebagai skuad tua apabila 9 pemain dari kesebelasan utama berumur lebih 30 tahun.

Kapten Itali, Fabio Cannavaro menjadi pemain paling tua untuk pasukan Itali apabila menjadi kapten Itali ketika ini dimana umurnya sudah 37 tahun.

Dan ketika perlawanan persahabatan Itali, bala menimpa apabila ayam tambatan ataupun arkitek kepada jaringan telah cedera menyebabkan Itali kehilangan salah seorang pengambil set piece tercekap pasukan Itali.

Pemain yang dimaksudkan adalah Andrea Pirlo dari AC Milan dimana mengalami cedera ringan menyebabkan beliau terlepas dua perlawanan.

Pertemua menentang Paraguay pula sekali lagi Itali dirudum malang apabila penjaga golnya yang juga penjaga gol Juventus dan penjaga gol terbaik dunia untuk masa ini cedera pada tulang belakang menyebabkan diganti Federico Marchetti yang melepaskan empat gol dalam dua perlawanan.

Kehilangan Gianluigi Buffon sebagai penjaga gol terbaik dunia amatlah mendukacitakan Itali ini kerana rekod Buffon begitu elok sekali buat masa ini dan pada Piala Dunia yang lepas, Buffon menjadi penjaga gol terbaik Piala Dunia 2006 apabila hanya melepaskan 2 gol dalam kesemua perlawanan Piala Dunia tersebut dimana satu hasil gol sendiri ketika menentang Amerika dan satu lagi penalti yang diambil Zidane ketika perlawanan akhir.

Persaraan Del Piero yang terkenal ketika membawa bola dan Francesco Totti yang dapat membuat sepakan begitu deras dan tepat mungkin salah satu faktor kekalahan Itali pada kali ini.Dan diharap skuad Azzuri supaya menyasarkan kejuaraan Piala Eropah pada 2012 ini.

Itali menjadi pasukan kedua gergasi yang gagal layak ke pusingan kalah mati selepas Perancis dimana Nicholas Anelka telah dibuang dari skuad Les Blues oleh kerana bertengkar dengan pengurusnya, Raymon Domenech.

Disebabkan itu, ramai pemain Perancis tidak berlatih untuk meluahkan rasa protes mereka terhadap tindakan Domenech dimana pada perlawanan diantara Afrika Selatan, mereka kalah 2-1 terhadap Afrika.

No comments:

Post a Comment

Dipersilakan Komen