Wednesday, June 2, 2010

Aminul Rashid : Siapa Salah, Siapa Betul

Pada 26 April 2010 sebuah kejadian tidak diingini berlaku dan telah menggemparkan negara Malaysia apabila seorang pelajar berumur 15 tahun telah ditembak mati oleh polis pada jam 2.00 pagi malam Selasa terbabit.

Mengikut laporan yang dikeluarkan media cetak, mangsa Aminul Rashid Hamzah telah pergi ke seksyen 7, Shah Alam apabila ingin berjumpa dengan rakannya di sebuah restoran apabila rakannya itu mengalami kerosakan motosikal.

Seterusnya, ketika pulang mungkin arwah Aminul Rahsid yang memandu Proton Iswara Aeroback telah tergesel keretanya dengan sebuah kereta mewah.Mungkin disebabkan itu, rakan-rakan kereta yang digeselnya itu menaiki motosikal mengejar arwah.

Motosikal yang mengejarnya itu telah melanggar kenderaan pada bahagian belakang kenderaan menyebabkan penunggang motosikal terbabit terbababas.Oleh kerana panik, arwah terus menekan pedal minyak dan memecut laju kereta yang dipandunya.

Ketika memecut laju dalam keadaan panik, dengan tidak sengajanya arwah telah memintas sebuah kereta peronda polis menyebabkan polis mengesyaki ada yang tidak kena dengan kereta itu lalu membunyikan sirennya dan mengejar kereta terbabit.

Oleh kerana itu, di seksyen 11 kereta yang dipandu Aminul Rashid telah terbabas apabila polis yang mengejarnya itu melepaskan tembakan ke arah arwah dan seterusnya arwah rebah di atas riba rakannya.

Itulah kisah yang dilaporkan oleh media massa yang dipetik dari banyak sumber dan dijamin cerita diatas adalah tidak ditokok tambah oleh media massa.

Kesilapan Aminul Rashid :

Bagi aku kesalahan yang dilakukan Aminulrashid adalah kesalahan dimana permulaan insiden ini.Ini kerana pada umur 15 tahun arwah telah memandu kereta tanpa lesen dan memandu kereta di bawah umur.Ini adalah satu kesalahan yang boleh dikatakan penyebab kepada insiden ini dimana arwah tidak berfikir panjang tentang kemungkinan yang akan berlaku.

Kedua adalah kakaknya menyatakan bahawa adiknya itu tidak pandai memandu kereta.Malahan kata ibunya juga mengenali anaknya dengan begitu rapat dan tahu perangai anaknya itu.Persoalan yang timbul adalah benarkah mereka mengenalinya? Atau hanya rekaan semata-mata? Ini kerana jika mereka benar-benar mengenali arwah semestinya mereka mengetahui yang arwah pandai membawa kereta.

Seterusnya jika mereka mengetahui bahawa anaknya itu pandai membawa kereta.Mengapa tidak menasihati anaknya itu dan itu adalah tanggungjawab ibubapa untuk memastikan anak-anak mereka berada di bawah pengawasan mereka dan berada dalam keadaan selamat.

Persoalan ketiga aku adalah kesalahan arwah dimana telah melanggar sebuah kereta mewah dan tidak memberhentikan kereta yang dipandunya.Ini bermaksud arwah tidak bertanggungjawab langsung terhadap risiko yang diambilnya yang menyebabkan kemalangan.

Jika arwah berhenti di lokasi terbabit dan berbincang baik-baik dengan tuan kereta itu mungkin ia boleh mengelakkan kejadian malang yang menimpanya.Tapi bagi aku keretanya tak mungkin bergesel, ini kerana jika bergesel rasanya bunyinya tak kuat dan aku fikir arwah merempuh kereta terbabit dan reverse balik dan lari.Tapi aku rasa kejadian ini mungkin boleh dimaafkan dimana arwah panik dengan situasinya dimana tiada lesen memandu.

Insiden memotong kereta peronda terbabit adalah satu tindakan yang mengundang masalah ini oleh kerana panik yang menimpa Aminul Rashid.Tindakan ini menyebabkan arwah telah dikejar polis apabila menimbulkan keraguan pihak polis.

Dan kesalahan tidak memberhentikan kereta juga antara faktor mengapa kejadian tidak diingini berlaku.Aku tidak menyalahkan polis kerana polis telah mengejar kereta arwah agak lama ini kerana dikhabarkan kereta peronda yang mengejar ini telah meminta bantuan sebuah lagi kereta peronda.

( Setahu aku satu kereta peronda 2 anggota polis dan insiden terbabit menyatakan 4 anggota polis.Ini bermaksud dua kereta yang mengejar arwah dan mengapa aku kata lama ini kerana tak salah aku,sesebuah kereta peronda bantuan akan mengambil masa lebih kurang 5 minit untuk sampai.Ini bermaksud bahawa polis mengejar lebih 5 km )

Disebabkan mungkin tidak larat mengejar kereta terbabit polis telah menembak kereta terbabit menyebabkan kereta itu terbabas apabila pemandu iaitu arwah telah terkena tembakan di tengkuk dengar cerita.

Aku tak rasa polis terus tembak kereta terbabit, setidaknya pun mereka akan melepaskan tembakan amaran ke udara untuk memberi amaran supaya berhenti.Jadi kesilapan yang dilakukan seterusnya ialah tidak menghiraukan amaran.

Sampai disitu sahajalah faktor-faktor yang melanda pemikiran aku dan munkin juga pemikiran anda semua tentang masalah Aminul Rahsid ini.Namun aku tak nak salahkan arwah seorang sahaja jadi aku nak hentam polis pula...

Kesilapan Polis terbabit :

Benda pertama persoalan yang aku ingin ajukan adalah tindakan polis mengejar mereka.Tak salah aku, aku tak tahu samaada Malaysia mengamalkannya atau tidak dimana polis hendaklah melanggar belakang kereta suspek dan memusingkan ke arah kiri atau kanan dan ini menyebabkan sesebuah kereta ini berpusing dan seterusnya polis akan keluar dan tangkap.

Dan tidak silap aku lagi, kesemua pemandu kereta peronda polis akan diberi latihan khas memandu jadi jangan bagi alasan tak boleh buat begitu.Dan kalau nak bagi alasan kereta perlahan pun aku rasa kereta peronda terbabit kemungkinan besar adalah kereta peronda Proton Waja.

Selain itu, aku juga ingin bertanyakan kepada pihak polis adakah dibenarkan mengeluarkan pistol dari casingnya walaupun seseorang itu melarikan diri.Aku rasa tak boleh menembak sesuka hati sahaja.

Satu lagi benda tentang pistol adalah mengikut prosedur yang ditetapkan pihak berkuasa mungkin juga polis sedunia, mereka tidak boleh sesekali menembak suspek jika suspek tidak mempunyai senjata yang membahayakan diri pihak polis.

Ini kerana polis hanya boleh menembak sekiranya suspek atau lawan mereka mempunyai senjata yang boleh mengancam ataupun suspek mungkin bertindak memukul anggota polis itupun dalam jarak dekat.

Jadi kepada sesiapa yang tengok Gerak Khas ker? CSI ka? Jangan kata polis tu bodoh tak tembak penjenayah dan hanya mengejar penjenayah.Ini kerana mereka tidak mengancam polis terbabit.

Sekiranya polis dibenarkan menembak, polis perlu dibenarkan menembak ke arah tayar kenderaan sahaja.Kalau tak terhenti juga kereta itu terpaksalah tunggu sampai kereta suspek terbabas.

Penipuan pihak polis bagi aku yang pertama menyatakan bahawa arwah bertindak mereverse kereta yang dipandunya menyebabkan diri polis terancam menyebabkan mereka menembak.Percanggahan berlaku apabila rakan arwah, telah menyatakan bahawa kereta terbabas apabila Aminul Rashid telah ditembak lalu jatuh ke ribanya.

Takkanlah mayat boleh tukar gear D ke R dan takkanlah mayat boleh tekan pedal minyak untuk terus melarikan diri.

Lagi satu penipuan yang mungkin satu kebenaran namun aku rasa satu penipuan adalah jumpanya sebilah parang di dalam boot kereta yang dipandu arwah.Aku rasa itu hanya satu bukti yang direka-reka.

Kalau ada, mai tunjuk untuk membuktikan kebenaran tapi kemungkinan juga yang mereka sendiri letakkan parang di dalam kereta terbabit.Ntah-ntah tiap-tiap kereta peronda polis disediakan parang di boot kereta mereka...Hehehe...

Itulah bagi aku kesalahan kedua-dua pihak yang mungkin akan ditanya di mahkamah nanti dan faktor-faktor penyebab kemalangan terbabit berlaku.

Kesimpulannya disini adalah bagi aku kedua-dua pihak bersalah dan sebagai rakyat Malaysia yang prihatin.Tidak wajar pihak polis seorang sahaja disalahkan manakala kesilapan arwah tidak ditelitikan.

Dan persoalan aku terbesar adalah mengapa setelah ditembak dengan peluru dan diberikan macam-macam amaran arwah tidak memberhentikan keretanya dan aku dengar bahawa lebih 20 kelongsong peluru sepanjang jalan.Satu lagi benda aku nak cakap kalau kau dengar bunyi pistol mungkin kau akan ingat mati sahaja.



Jadi pemikiran janganlah melakukan sesuatu benda yang mungkin menyusahkan diri sendiri walaupun tahu risiko yang bakal menimpa.Lagi satu benda akhir aku nak komen adalah keterukan si saksi utama kejadian yang juga rakan arwah yang membuat sidang media menyatakan insiden terbabit amatlah teruk bagi aku.

Aku nak tengok nanti di mahkamah sama ada saksi itu akan bercakap seperti apa yang dikatakan ketika di sidang media ataupun bercanggah pula jawapannya disana.Sama-sama tunggu.

1 comment:

  1. Bagi saya, jikalau si saksi utama dilabelkan sebagai teruk, mengapa kenyataan beliau "arwah rebah di riba saya" boleh digunapakai? dan mengapa pula polis dituduh menipu dengam meletakkan parang di dalam kereta? saya bukanlah samseng, tetapi atas sebab-sebab keselamatan,saya ada menyimpan senjata di dalam kereta saya. terima kasih.

    ReplyDelete

Dipersilakan Komen