Saturday, June 26, 2010

Perlaksanaan Hukuman Mati

Hukuman mati boleh dikatakan hukuman paling berat dijatuhkan kepada seseorang itu.Hukuman mati sudah dilaksanakan di seluruh dunia pada suatu ketika dahulu kepada pesalah yang melakukan kesalahan berat.

Di Malaysia khususnya, hukuman mati dijatuhkan atas beberapa kesalahan iaitu membunuh, mengedar dadah,penculikan dan penyalahgunaan senjata api adalah antara kesalahan yang boleh dikenakan hukuman mati.

Kaedah menghukum pesalah di Malaysia hanya dengan cara gantung sampai mati.Perlaksanaan hukuman gantung sampai mati ini adalah kerana ia tidak melibatkan kos yang banyak selain seseorang itu boleh mati dengan cepat dan kesakitan yang minimum.

Hanya dua cara sahaja cara untuk melepaskan diri dari tali gantung di Malaysia iaitu membuat rayuan ke mahkamah tinggi dan jika tidak berjaya bolehlah mengemukan rayuan ke mahkamah rayuan dan jika tidak berjaya juga hanya mahkamah persekutuan boleh mengelak seseorang ke tali gantung.

Rayuan seterusnya adalah rayuan pengampunan yang dihantar kepada yang dipertuan agong,DYMM sultan/raja dan yang Dipertua negeri.Jika tidak diberi pengampunan pesalah terpaksa ke tali gantung.

Air Mendidih

Jika kita kembali 2000 hingga 3000 tahun dahulu cara seseorang itu dihukum adalah dengan cara mendidihkan air di dalam kawah seterusnya memasukkan orang ke dalam kawah yang berisi air.

Kawah terbabit pula disertakan dengan beberapa bahan seperti tar dan minyak dan beberapa bahan lain yang menyebabkan seseorang itu tenggelam ke dalam kawah menyebabkan seseorang itu mati.

Cara ini diguna lebih 2000 tahun yang lepas di negara-negara eropah dan Asia secara meluas untuk menghukum seseorang yang melakukan kesalahan-kesalahan yang besar.

Bakar Hidup-Hidup

Pada abad ke-18, salah satu cara mereka untuk menghukum penjenayah adalah dengan membakar penjenayah ataupun lebih senang dibakar hidup-hidup menyebabkan penjenayah itu mati.

Mengikut sejarah, cara melakukan hukuman ini adalah mengikat seseorang itu ke kayu untuk mengelakkan seseorang itu bergerak.Seterusnya dibakar pula api di sekeliling kayu tersebut menyebabkan ia terbakar dan seterusnya mati.

Namun dikatakan juga yang seseorang itu mati bukan disebabkan terbakar tetapi disebabkan penjenayah itu menghidu asap hitam yang mengandungi karbon monoksida dan tidak mendapat udara ( oksigen ) yang cukup.

Walaubagaimanapun, kaedah ini bukanlah untuk membunuh tetapi lebih kepada penyeksaan.Ini kerana masa untuk seseorang itu mati mengambil masa lebih 30 minit dan adakalanya mengambil masa dua jam.

Tetapi untuk mempercepatkan seseorang itu mati, seseorang itu mungkin dilumur dengan resin seperti tar hitam yang membuatkan api itu marak ke badan seseorang itu dengan lebih cepat.Hukuman bakar hidup-hidup ini banyak dilaksanakan di Eropah.

Penyaliban

Hukuman paling terkenal iaitu penyaliban adalah salah satu cara membunuh tetapi kaedah ini selalu dikaitkan dengan agama.Dikatakan hukuman ini bermula 600 tahun sebelum masihi dan 400 tahun selepas masihi dimana kaedah ini digunapakai lebih kurang 1000 tahun.

Cara hukuman ini dijalankan adalah dengan memaku seseorang ke kayu salib dan dibiarkan sehingga orang itu mati.Namun cara ini dikatakan mengambil masa yang lama untuk seseorang itu mati.

Dan teknik memaku orang ke kayu salib bukanlah cara untuk membuatkan orang itu mati oleh kerana hukuman hanya membuat seseorang itu merasakan kesakitan ini kerana seseorang itu mati mengambil masa yang lama hingga mengambil masa berhari-hari mengikut badan manusia.

Tambahan lagi mengikut kajian seseorang itu mati bukannya disebabkan mati disalib tetapi kehilangan darah dan dehidrasi ataupun lebih senang dipanggil kehilangan air oleh kerana tak diberi minum air menyebabkan seseorang mati.

Kaedah hukuman menyalib ini dihapuskan oleh Maharaja Rom, Maharaja Constastine I pada abad ke-4 bagi menghormati Nabi Isa atau Jesus Christ yang mengikut kepercayaan mereka mati disalib.

Pancung Kepala

Pancung juga adalah salah satu hukuman paling terkenal sehingga kini.Dan pada masa ini juga masih ada manusia yang mengamalkan hukuman pancung kepala menyebabkan kepala berpisah dengan badan.

Kaedah ini selalunya dilaksanakan menggunakan kapak,pedang ataupun menggunakan sejenis alat memenggal kepala orang yang dipanggil Guillotine dimana manusia yang dipenggal dipanggil headsman.

Masa untuk seseorang itu mati aku tak berapa tahu oleh kerana orang nak tahu orang itu mati mengikut badan ataupun kepala.Tetapi mengikut kajian, selepas kepala berpisah dengan badan, kepala kita masih lagi hidup dan boleh lagi senyum :) sehingga 20 saat.

Seseorang itu mati disebabkan tiada sokongan daripada badan selain tidak dapat mengepam oleh kerana tiada laluan untuk mengambil oksigen oleh kerana kepala dan badan berpisah.Oleh kerana tiada otak ataupun Center badan kita tiada, kesemua anggota badan kita pun tidak berfungsi.

Sejak bila kaedah ini diamalkan aku tak dapat pastikan tetapi ramalan aku mengatakan ia bermula pada abad ke-15 oleh kerana ada lukisan yang menggambarkan hukuman pancung ini.Dan ia mungkin diamalkan secara meluas pada abad ke-16 ke kurun ke-17 oleh kerana penciptaan Guillotine yang digunakan di Perancis.

Aku tak boleh katakan yang ini sebuah cara menghukum mati pada zaman dahulu kerana ia masih digunakan lagi sehingga kini dan cara ini adalah cara paling suka digunakan oleh pemerintah dan rantau Asia salah satu tempat penggunaan sistem ini.

Antara Yang Kejam

Ada juga cara penyeksaan orang-orang dahulu dengan mengikat orang bersama batu dan menggulingkan batu itu dari atas bukit menyebabkan seseorang mati oleh kerana batu itu menghempapnya ataupun oleh kerana bergolek.

Di Perancis atau Portugal tak salah saya ada cara orang zaman dahulu untuk membunuh orang dengan membawa manusia untuk dibunuh ke sebuah pulau yang kering kontang yang tiada apa disekelilingnya.

Dan ditinggalkan pula minyak tanah, secawan air bersih dan mancis dan revolver beserta sebutir peluru bersama orang terbabit.Dan ditinggalkan orang itu keseorangan di pulau terbabit.Pilihannya adalah untuk membakar diri sendiri ataupun menembak kepala dengan revolver.Manakala air terbabit diberikan adalah untuk orang terbabit mengambil masa berfikir mana nak pilih.

Selain itu, cara orang-orang dahulu membunuh orang juga dengan mengikat orang yang bersalah di kaki kuda dan dan membawa kuda itu berlari menyebabkan orang itu terseret sehingga kuda itu berhenti berlari.

Cukup sahaja cara orang zaman-zaman dahulu yang boleh dikatakan menyeksakan membunuh orang-orang bersalah.Dan dibawah ini pula adalah cara-cara moden manusia untuk menegakkan keadilan.

Gantung

Hukuman gantung bermula 800 tahun yang lalu dan sehingga kini, banyak negara di seluruh dunia mengamalkan cara ini untuk menghukum seseorang yang didapati bersalah.

Di Malaysia, penjenayah yang didapati bersalah akan diletakkan di sebuah bilik berdekatan dengan tempat dimana hukuman gantung dijalankan.Selalunya hukuman ini akan dijalankan sesudah subuh.

Algojo akan masuk selepas subuh dan menggari penjenayah terbabit seterusnya menyarungkan kain hitam ke kepala penjenayah terbabit dan terus dibawa ke bilik dimana hukuman gantung dijalankan.

Seterusnya dimasukkan pula tali yang dikhaskan untuk menggantung orang ke leher seseorang yang didapati bersalah terbabit.Hanya beberapa orang berada dalam bilik terbabit dan antaranya Algojo dan doktor.

Berdiri tegak diatas platform sambil tali berada di leher.Algojo terbabit akan terus menarik gear dimana platform akan terbuka dan orang itu akan terjatuh bersama tali dan orang terbabit pun mati.

Mengikut apa yang aku baca beberapa tahun dulu di surat khabar Utusan Malaysia, seseorang yang hendak dihukum gantung diambil butir berat badannya dimana tali tersebut diikat mengikut berat seseorang.

Tembak

Hukuman tembak masih lagi diamalkan pada masa kini disesetengah negara seperti negara jiran kita, Indonesia.Banyak lagi negara-negara di dunia sudah menghapuskan hukuman ini kerana ia membazir duit untuk membeli peluru.

Di China, cara mereka menjalankan hukuman tembak adalah dengan berdiri dibelakang orang yang hendak ditembak itu.Sambil itu dihalakan lubang peluru ke tengkuk ataupun belakang kepada seseorang itu dan terus menembak menggunakan raifal.

Manakala di Indonesia, cara mereka melaksanakan kaedah ini adalah dengan mengikat seseorang itu di sesebuah objek itu mengelakkan mereka bergerak dan 5 orang penembak akan melepaskan tembakan serentak ke dada seseorangg itu tetapi hanya seorang sahaja yang mempunyai peluru hidup dan yang lain peluru kosong untuk melindungi penembak yang menembak penjenayah terbabit.

Di Taiwan juga begitu namun jika banduan terbabit ingin menderma organ hati mereka, banduan terbabit tidak akan ditembak oleh kerana ia merosakkan dada tetapi disuntik dengan sejenis cecair yang boleh membawa maut.

Gas Beracun

Sejak zaman pemerintahan Adolf Hitler lagi cara ini digunakan untuk membunuh orang Yahudi secara beramai-ramai semasa peristiwa Holocaust yang dikatakan tidak wujud oleh presiden Iran.

Di Amerika, teknik gas beracun masih lagi diamalkan untuk membunuh banduan yang didapati bersalah.Caranya adalah menyuruh tertuduh duduk diatas kerusi dan tangan dan kaki dikunci di sebuah bilik kedap udara.

Seterusnya mereka akan membawa gas-gas beracun ke dalam bilik terbabit menyebabkan orang yang berada di dalam itu mati apabila gas-gas terbabit masuk ke dalam badan manusia menyebabkan kematian.

Suntikan Beracun

Suntikan beracun digunakan lagi di Amerika dimana yang didakwa akan masuk ke sebuah bilik dan perlu baring bilik terbabit sambil badan diikat dengan katil terbabit menyebabkan seseorang itu tidak dapat bergerak.

Kemudian dimasukkan pula ke dalam badannya racun Sodium Thiopentol menyebabkan
seseorang itu tidur.Selepas itu cecair yang diberi nama Pavulon dimasukkan ke dalam badan yang akan menghentikan pernafasan menyebabkan seseorang itu mungkin pengsan.

Tindakan terakhir untuk menamatkan riwayat seseorang adalah memasukkan pula cecair bernama Potassium Chloride yang akan merosakkan jantung menyebabkan kematian kepada orang terbabit.

Rejam Sampai mati

Merejam adalah salah satu kaedah yang diamalkan namun hanya beberapa negara Islam sahaja yang mengamalkan kaedah rejam sampai mati ini kepada perogol-perogol yang ditangkap.

Dan caranya mengikut Islam adalah dengan cara menanam separuh badan seseorang itu ke dalam tanah dan biarkan separuh badan dan kepala sahaja.Kemudian orang-orang yang datang perlu melemparkan batu ke orang terbabit.

Tetapi dengan syarat yang batu terbabit bukanlah batu besar seperti di dalam gambar terbabit cuma seperti batu untuk main batu seremban sahaja dan tak perlu baling sekuat hati.

Pendapat aku ingin mengatakan bahawa hukuman mati tidak wajar dilaksanakan walau apa cara sekalipun sebagai seorang manusia yang mempunyai belas kasihan.Pendapat aku mengatakan bahawa jika seseorang itu melakukan kesalahan terbesar sekalipun, perlu dipenjarakan dan biarlah tuhan mengambilnya sendiri.

Tetapi apa boleh buat, Allah sendiri mengalakkan hukuman ini jadi kita ikut saja.
Pendapat aku ini hanya kerana ada rasa simpati terhadap mereka yang kena hukuman ini.

Dan jika aku dikenakan hukuman mati, aku rasa aku nak pilih hukuman gantung sampai mati oleh kerana hukuman ini lebih terhormat cara kematiannya.Dan tidak meninggalkan kesan fizikal tapi ada sikit calar ataupun parut hasil dari tali gantung.Dan kesemua anggota badan cukup lengkap jadi nak tanam pun senanglah sikit tak payah pergi cari kepala yang hilang.

Friday, June 25, 2010

Kejutan Kedua : Piala Dunia 2010

Aku baru sahaja tamat menonton perlawanan terakhir Itali menentang Slovakia dimana Itali telah tewas kepada Slovakia 3-2 di Ellis Park Stadium di Jahannesburg, Afrika Selatan.

Perlawanan bermula baik namun pada minit ke-25 Slovakia telah dihadapan oleh kerana jaringan Robert Vittek dimana penjaga gol, Federico Marchetti tidak terdaya untuk menepis bola terbabit.

Keputusan 1-0 kekal hingga tamat separuh masa pertama dan pada separuh masa kedua, kesilapan pertahanan Itali telah menyebabkan sekali lagi Vittek mencatat nama sebagai penjaring sekaligus menjarakkan gol.

Namun pada minit yang ke-81, peyerang Udinese iaitu Antonio Di Natale telah membuka kembali peluang Itali apabila berjaya menjaringkan selepas menerima hantaran dari rakan sepasukan.

Kamil Kopunek berjaya meninggalkan Itali 3-1 apabila menjaringkan gol hasil lontaran ke dalam ( throw in ) rakan sepasukannya dan terus menjaringkan gol dimana kecuaian pertahanan Itali dapat dilihat apabila tiada pemain menjaga Kamil Kopunek.

Namun semangat Itali tidak padam apabila sepakan dari luar kotak penalti penyerang Napoli, Fabio Quagliarella menyebabkan keputusan 3-2 pada masa kecederaan.

Namun masa sudah terlalu singkat dimana Itali tidak dapat menyamakan kedudukan untuk mara ke pusingan kalah mati.Namun segala gol yang Itali jaringkan dilihat Marcello Lippi masih tidak berpuas hati dan muka seriusnya menampakkan perasaan hatinya.

Apabila wisel dari mulut pengadil berbunyi, jika kebiasaannya pengurus akan bersalaman dengan pengurus lawan Lippi tidak, beliau terus masuk ke dalam bilik persalinan meninggalkan anak buahnya sementara pemain Slovakia meraikan kejayaan mereka.

Pemain bernombor 18, Fabio Quagliarella dilihat menangis akan kekalahan Itali sambil dipujuk oleh rakan sepasukannya yang juga kapten Itali, Fabio Cannavaro.Kesemua penyokong Itali kelihatan hampa dengan keputusan terbabit.

Pandangan aku tentang kegagalan Itali untuk masuk ke carta 16 terbaik mungkin kerana masalah-masalah pemain Azzuri dimana Trofi Piala Dunia terpaksa dilepaskan untuk tahun 2010 dan hanya mengharap Piala Dunia 2014 di Brazil.

Masalah skuad Azzuri ini berlaku selepas Piala Dunia 2006 di Jerman dimana Itali muncul sebagai juara Piala Dunia dimana pengurusnya ketika itu Marcello Lippi meletak jawatan sebagai pengurus Itali selepas kemenangan itu.

Perletakkan jawatan Marcello Lippi itu diambil alih oleh Roberto Donadoni dan ketika itulah masalah berlaku ketika Piala Eropah dimana kekuatan Itali tidak sehebat ketika beraksi di Jerman.

Kekalahan teruk 3-0 keatas Belanda dan kekalahan terhadap Sepanyol hasil sepakan penalti telah menyebabkan Donadoni dikecam hebat penyokong Itali menyebabkan Donadoni melepaskan jawatannya.

Jawatan pengurus Itali itu dikembalikan kepada Marcello Lippi selepas Piala Eropah pada 2008 di Austria.Di dalam dua tahun itulah Lippi mencari pemain-pemain muda untuk menggantikan pemain yang bakal bersara.

Walaubagaimanapun, usaha Lippi untuk mencari tidak berjaya tambahan lagi dibahagian serangan untuk menggantikan kapten Juventus dan kapten Roma iaitu Alesandro Del Piero dan Francesco Totti yang bersara dari bidang antarabangsa.

Oleh kerana Itali tidak mempunyai pemain-pemain muda untuk saingan Piala Dunia kali ini, skuad Azzuri telah diejek sebagai skuad tua apabila 9 pemain dari kesebelasan utama berumur lebih 30 tahun.

Kapten Itali, Fabio Cannavaro menjadi pemain paling tua untuk pasukan Itali apabila menjadi kapten Itali ketika ini dimana umurnya sudah 37 tahun.

Dan ketika perlawanan persahabatan Itali, bala menimpa apabila ayam tambatan ataupun arkitek kepada jaringan telah cedera menyebabkan Itali kehilangan salah seorang pengambil set piece tercekap pasukan Itali.

Pemain yang dimaksudkan adalah Andrea Pirlo dari AC Milan dimana mengalami cedera ringan menyebabkan beliau terlepas dua perlawanan.

Pertemua menentang Paraguay pula sekali lagi Itali dirudum malang apabila penjaga golnya yang juga penjaga gol Juventus dan penjaga gol terbaik dunia untuk masa ini cedera pada tulang belakang menyebabkan diganti Federico Marchetti yang melepaskan empat gol dalam dua perlawanan.

Kehilangan Gianluigi Buffon sebagai penjaga gol terbaik dunia amatlah mendukacitakan Itali ini kerana rekod Buffon begitu elok sekali buat masa ini dan pada Piala Dunia yang lepas, Buffon menjadi penjaga gol terbaik Piala Dunia 2006 apabila hanya melepaskan 2 gol dalam kesemua perlawanan Piala Dunia tersebut dimana satu hasil gol sendiri ketika menentang Amerika dan satu lagi penalti yang diambil Zidane ketika perlawanan akhir.

Persaraan Del Piero yang terkenal ketika membawa bola dan Francesco Totti yang dapat membuat sepakan begitu deras dan tepat mungkin salah satu faktor kekalahan Itali pada kali ini.Dan diharap skuad Azzuri supaya menyasarkan kejuaraan Piala Eropah pada 2012 ini.

Itali menjadi pasukan kedua gergasi yang gagal layak ke pusingan kalah mati selepas Perancis dimana Nicholas Anelka telah dibuang dari skuad Les Blues oleh kerana bertengkar dengan pengurusnya, Raymon Domenech.

Disebabkan itu, ramai pemain Perancis tidak berlatih untuk meluahkan rasa protes mereka terhadap tindakan Domenech dimana pada perlawanan diantara Afrika Selatan, mereka kalah 2-1 terhadap Afrika.

Monday, June 21, 2010

Perang Bakal Meletus

Pada 31 Mei yang lepas, kapal Mavi Marmara dari Turki telah diserang sekaligus menyekat mereka dari meneruskan perjalanan ke Gaza oleh tentera Israel dimana ramai terkorban akan serangan tersebut dan tidak lupa juga ada yang cedera.

Apa yang melegakan adalah kesemua rakyat Malaysia yang mengikutinya dikhabarkan selamat dari sebarang kecederaan.Dan kesemua mereka itu dihantar ke Ashdod iaitu pelabuhan di Israel lalu kesemua sukarelawan dihantar pulang ke tanahair.

Kapal Rachel Corrie juga mengalami nasib yang serupa tetapi bernasib baik sedikit kerana tiada seorang pun cedera ataupun mati oleh kerana ditembak oleh komando Israel yang menyekat kapal tersebut untuk meneruskan perjalanan ke Gaza.

Mengapa Israel menyerang kapal itu adalah oleh kerana pihak Zionis telah mendakwa bahawa misi bantuan kapal bantuan terbabit membawa senjata api untuk diberikan kepada pihak Hamas di Gaza.

Namun dakwaan itu senang disangkal oleh aktivis-aktivis oleh kerana ketika berlabuh di Ireland, kesemua barangan-barangan di dalam kapal telah di periksa dengan begitu teliti oleh kerajaan Ireland.

Dan ketika diperiksa, tiada sebarang senjata pun dijumpai ketika melakukan pemeriksaan di atas kapal terbabit.Ini menyebabkan tuduhan yang dilemparkan Israel adalah satu penipuan dan mereka seharusnya dihukum oleh dunia oleh kerana membunuh orang awam dengan alasan palsu.

Tentang barangan yang berada di dalam kapal pula dikhabarkan berpuluh-puluh trak dari Israel memasuki Gaza untuk menghantar segala barangan dari kapal yang ditahan di Ashdod ke Gaza untuk diberikan kepada rakyat Gaza.

Aku rasa barangan bantuan yang dihantar itu bukan disalurkan terus kepada rakyat Gaza.Kemungkinan besar mereka memberikan barangan mereka kepada penjual-penjual Yahudi di Gaza untuk dijual di sana.

Manakala segala makanan dan ubatan yang dibawa pula aku tak berapa yakin akan sampai.Dan ada juga kemungkinan yang Israel akan meracun makanan itu yang akan diberikan kepada rakyat Gaza.

Ada juga dakwaan yang menyatakan bahawa ada barangan yang tidak dihantar ke Gaza sekaligus mereka menuduh bahawa Israel telah mencuri barangan terbabit.

Namun itu tak berapa ada kena mengena dengan tajuk diatas...

Ini sebenarnya ingin aku sampaikan dimana selepas peristiwa itu terjadi dimana banyak negara-negara Islam ingin menghantar kapal ke Gaza untuk membantu rakyat Gaza antaranya Turki,Iran malahan Malaysia dikatakan ingin menghantar kapal juga.

Bagi aku kesemua negara yang ingin menghantar kapal itu sebenarnya bagi aku ada sesuatu perkara yang mereka harapkan.Apa yang mereka harapkan adalah Israel sekali lagi menyerang kapal yang menghantar bantuan.

Sekali lagi mereka menyerang kapal dan sekali lagi ada aktivis terbunuh walaupun seorang adalah kejayaan bagi negara-negara arab terbabit untuk mengutuk Israel dan melancarkan apa saja proses anti-Israel.

Bagi aku itu tujuan utama tambahan Iran yang cukup tidak berpuas hati dengan Israel dan Amerika Syarikat oleh kerana program nuklear Iran yang menyebabkan sekatan ekonomi yang digubal PBB.

Bagi aku itu adalah petanda bahawa Amerika dan Israel membantah sekeras-kerasnya program nuklear Iran terbabit dan aku yakin yang Iran tidak akan memberhentikan program nuklear terbabit.

Dan jika Iran tidak menghentikan program mereka, anda boleh berfikir mengapa Amerika menyerang Iraq.Amerika mendakwa Iraq telah mempunyai senjata atom dan disebabkan itulah mereka menyerangnya kerana dikatakan boleh menggugat rantau Asia Barat.

Begini juga apa yang dilakukan oleh Amerika dan Israel dimana ingin menyerang Iran oleh kerana menggugat negara jirannya ataupun lebih senang adalah menggugat Israel yang berada tidak jauh dari situ.

Umum mengetahui Israel ini boleh dikatakan kebal dari sebarang tindakan jadi kepala peledak-peledak nuklear yang berada di Israel tidak dikenakan tindakan walaupun mereka sudah ada nuklear sedangkan Iran hendak membangunkan nuklear.

Amnesty International menyatakan bahawa Israel telah melanggar ratusan resolusi-resolusi yang dilakukan oleh PBB namun tiada tindakan diambil oleh dunia dan Israel tidak perlu takut akan dunia oleh kerana mereka tidak perlu dikenakan hukuman.

Bagi aku hukuman yang patut dikenakan terhadap Yahudi adalah memecat Israel dari PBB dan juga melarang Israel mempunyai pasukan tentera dan hanya perlu pasukan pertahanan seperti yang dikenakan Jepun dimana Jepun tiada pasukan tentera namun mempunyai pasukan pertahanan.

Bagi aku dunia akhir-akhir ini tidak berapa stabil dengan krisis ekonomi yang teruk dan pertelagahan diantara Israel dan arab dimana arab kini sudah bangun dari tidur yang lena dimana ingin menentang Israel dimana Turki yang juga member baik Israel telah ingin mengkaji kembali hubungan mereka dengan Israel.

Mungkinkah pergolakan diantara Korea Utara dan Korea Selatan bakal mewujudkan perang dunia ke-3 dimana mungkin China sebagai negara kuasa besar akan masuk campur oleh kerana kepentingan mereka di negara tersebut.

Walaubagaimanapun aku ingin mengutuk pendirian kerajaan Malaysia yang agak boleh dikatakan pengecut oleh kerana membenarkan kapal dagang Israel berlabuh di Pulau Pinang tidak salah aku walaupun diprotes oleh pekerja pelabuhan terbabit.

Apa yang aku nak katakan Malaysia hanya boleh berkata namun tiada tindakan.Anda boleh kutuk seseorang dan kutuk namun apa yang anda dapat.Aku boleh kutuk dan kutuk dan aku tak boleh lakukan sesuatu kerana aku seorang penulis bukannya perdana menteri.

Wednesday, June 2, 2010

Aminul Rashid : Siapa Salah, Siapa Betul

Pada 26 April 2010 sebuah kejadian tidak diingini berlaku dan telah menggemparkan negara Malaysia apabila seorang pelajar berumur 15 tahun telah ditembak mati oleh polis pada jam 2.00 pagi malam Selasa terbabit.

Mengikut laporan yang dikeluarkan media cetak, mangsa Aminul Rashid Hamzah telah pergi ke seksyen 7, Shah Alam apabila ingin berjumpa dengan rakannya di sebuah restoran apabila rakannya itu mengalami kerosakan motosikal.

Seterusnya, ketika pulang mungkin arwah Aminul Rahsid yang memandu Proton Iswara Aeroback telah tergesel keretanya dengan sebuah kereta mewah.Mungkin disebabkan itu, rakan-rakan kereta yang digeselnya itu menaiki motosikal mengejar arwah.

Motosikal yang mengejarnya itu telah melanggar kenderaan pada bahagian belakang kenderaan menyebabkan penunggang motosikal terbabit terbababas.Oleh kerana panik, arwah terus menekan pedal minyak dan memecut laju kereta yang dipandunya.

Ketika memecut laju dalam keadaan panik, dengan tidak sengajanya arwah telah memintas sebuah kereta peronda polis menyebabkan polis mengesyaki ada yang tidak kena dengan kereta itu lalu membunyikan sirennya dan mengejar kereta terbabit.

Oleh kerana itu, di seksyen 11 kereta yang dipandu Aminul Rashid telah terbabas apabila polis yang mengejarnya itu melepaskan tembakan ke arah arwah dan seterusnya arwah rebah di atas riba rakannya.

Itulah kisah yang dilaporkan oleh media massa yang dipetik dari banyak sumber dan dijamin cerita diatas adalah tidak ditokok tambah oleh media massa.

Kesilapan Aminul Rashid :

Bagi aku kesalahan yang dilakukan Aminulrashid adalah kesalahan dimana permulaan insiden ini.Ini kerana pada umur 15 tahun arwah telah memandu kereta tanpa lesen dan memandu kereta di bawah umur.Ini adalah satu kesalahan yang boleh dikatakan penyebab kepada insiden ini dimana arwah tidak berfikir panjang tentang kemungkinan yang akan berlaku.

Kedua adalah kakaknya menyatakan bahawa adiknya itu tidak pandai memandu kereta.Malahan kata ibunya juga mengenali anaknya dengan begitu rapat dan tahu perangai anaknya itu.Persoalan yang timbul adalah benarkah mereka mengenalinya? Atau hanya rekaan semata-mata? Ini kerana jika mereka benar-benar mengenali arwah semestinya mereka mengetahui yang arwah pandai membawa kereta.

Seterusnya jika mereka mengetahui bahawa anaknya itu pandai membawa kereta.Mengapa tidak menasihati anaknya itu dan itu adalah tanggungjawab ibubapa untuk memastikan anak-anak mereka berada di bawah pengawasan mereka dan berada dalam keadaan selamat.

Persoalan ketiga aku adalah kesalahan arwah dimana telah melanggar sebuah kereta mewah dan tidak memberhentikan kereta yang dipandunya.Ini bermaksud arwah tidak bertanggungjawab langsung terhadap risiko yang diambilnya yang menyebabkan kemalangan.

Jika arwah berhenti di lokasi terbabit dan berbincang baik-baik dengan tuan kereta itu mungkin ia boleh mengelakkan kejadian malang yang menimpanya.Tapi bagi aku keretanya tak mungkin bergesel, ini kerana jika bergesel rasanya bunyinya tak kuat dan aku fikir arwah merempuh kereta terbabit dan reverse balik dan lari.Tapi aku rasa kejadian ini mungkin boleh dimaafkan dimana arwah panik dengan situasinya dimana tiada lesen memandu.

Insiden memotong kereta peronda terbabit adalah satu tindakan yang mengundang masalah ini oleh kerana panik yang menimpa Aminul Rashid.Tindakan ini menyebabkan arwah telah dikejar polis apabila menimbulkan keraguan pihak polis.

Dan kesalahan tidak memberhentikan kereta juga antara faktor mengapa kejadian tidak diingini berlaku.Aku tidak menyalahkan polis kerana polis telah mengejar kereta arwah agak lama ini kerana dikhabarkan kereta peronda yang mengejar ini telah meminta bantuan sebuah lagi kereta peronda.

( Setahu aku satu kereta peronda 2 anggota polis dan insiden terbabit menyatakan 4 anggota polis.Ini bermaksud dua kereta yang mengejar arwah dan mengapa aku kata lama ini kerana tak salah aku,sesebuah kereta peronda bantuan akan mengambil masa lebih kurang 5 minit untuk sampai.Ini bermaksud bahawa polis mengejar lebih 5 km )

Disebabkan mungkin tidak larat mengejar kereta terbabit polis telah menembak kereta terbabit menyebabkan kereta itu terbabas apabila pemandu iaitu arwah telah terkena tembakan di tengkuk dengar cerita.

Aku tak rasa polis terus tembak kereta terbabit, setidaknya pun mereka akan melepaskan tembakan amaran ke udara untuk memberi amaran supaya berhenti.Jadi kesilapan yang dilakukan seterusnya ialah tidak menghiraukan amaran.

Sampai disitu sahajalah faktor-faktor yang melanda pemikiran aku dan munkin juga pemikiran anda semua tentang masalah Aminul Rahsid ini.Namun aku tak nak salahkan arwah seorang sahaja jadi aku nak hentam polis pula...

Kesilapan Polis terbabit :

Benda pertama persoalan yang aku ingin ajukan adalah tindakan polis mengejar mereka.Tak salah aku, aku tak tahu samaada Malaysia mengamalkannya atau tidak dimana polis hendaklah melanggar belakang kereta suspek dan memusingkan ke arah kiri atau kanan dan ini menyebabkan sesebuah kereta ini berpusing dan seterusnya polis akan keluar dan tangkap.

Dan tidak silap aku lagi, kesemua pemandu kereta peronda polis akan diberi latihan khas memandu jadi jangan bagi alasan tak boleh buat begitu.Dan kalau nak bagi alasan kereta perlahan pun aku rasa kereta peronda terbabit kemungkinan besar adalah kereta peronda Proton Waja.

Selain itu, aku juga ingin bertanyakan kepada pihak polis adakah dibenarkan mengeluarkan pistol dari casingnya walaupun seseorang itu melarikan diri.Aku rasa tak boleh menembak sesuka hati sahaja.

Satu lagi benda tentang pistol adalah mengikut prosedur yang ditetapkan pihak berkuasa mungkin juga polis sedunia, mereka tidak boleh sesekali menembak suspek jika suspek tidak mempunyai senjata yang membahayakan diri pihak polis.

Ini kerana polis hanya boleh menembak sekiranya suspek atau lawan mereka mempunyai senjata yang boleh mengancam ataupun suspek mungkin bertindak memukul anggota polis itupun dalam jarak dekat.

Jadi kepada sesiapa yang tengok Gerak Khas ker? CSI ka? Jangan kata polis tu bodoh tak tembak penjenayah dan hanya mengejar penjenayah.Ini kerana mereka tidak mengancam polis terbabit.

Sekiranya polis dibenarkan menembak, polis perlu dibenarkan menembak ke arah tayar kenderaan sahaja.Kalau tak terhenti juga kereta itu terpaksalah tunggu sampai kereta suspek terbabas.

Penipuan pihak polis bagi aku yang pertama menyatakan bahawa arwah bertindak mereverse kereta yang dipandunya menyebabkan diri polis terancam menyebabkan mereka menembak.Percanggahan berlaku apabila rakan arwah, telah menyatakan bahawa kereta terbabas apabila Aminul Rashid telah ditembak lalu jatuh ke ribanya.

Takkanlah mayat boleh tukar gear D ke R dan takkanlah mayat boleh tekan pedal minyak untuk terus melarikan diri.

Lagi satu penipuan yang mungkin satu kebenaran namun aku rasa satu penipuan adalah jumpanya sebilah parang di dalam boot kereta yang dipandu arwah.Aku rasa itu hanya satu bukti yang direka-reka.

Kalau ada, mai tunjuk untuk membuktikan kebenaran tapi kemungkinan juga yang mereka sendiri letakkan parang di dalam kereta terbabit.Ntah-ntah tiap-tiap kereta peronda polis disediakan parang di boot kereta mereka...Hehehe...

Itulah bagi aku kesalahan kedua-dua pihak yang mungkin akan ditanya di mahkamah nanti dan faktor-faktor penyebab kemalangan terbabit berlaku.

Kesimpulannya disini adalah bagi aku kedua-dua pihak bersalah dan sebagai rakyat Malaysia yang prihatin.Tidak wajar pihak polis seorang sahaja disalahkan manakala kesilapan arwah tidak ditelitikan.

Dan persoalan aku terbesar adalah mengapa setelah ditembak dengan peluru dan diberikan macam-macam amaran arwah tidak memberhentikan keretanya dan aku dengar bahawa lebih 20 kelongsong peluru sepanjang jalan.Satu lagi benda aku nak cakap kalau kau dengar bunyi pistol mungkin kau akan ingat mati sahaja.



Jadi pemikiran janganlah melakukan sesuatu benda yang mungkin menyusahkan diri sendiri walaupun tahu risiko yang bakal menimpa.Lagi satu benda akhir aku nak komen adalah keterukan si saksi utama kejadian yang juga rakan arwah yang membuat sidang media menyatakan insiden terbabit amatlah teruk bagi aku.

Aku nak tengok nanti di mahkamah sama ada saksi itu akan bercakap seperti apa yang dikatakan ketika di sidang media ataupun bercanggah pula jawapannya disana.Sama-sama tunggu.

Tuesday, June 1, 2010

Lifeline Gaza - Mission Failed

Nampaknya pada hari Isnin, 31 Mei laporan media massa telah memaklumkan bahawa kesemua lapan kapal yang menyertai konvoi talian hayat ke Gaza telah menemui jalan buntu apabila tentera Israel telah merampas kesemua kapal terbabit.

Lapan kapal yang menyertai konvoi misi talian hayat ini kini dikatakan berada di Haifa oleh kerana dirampas oleh tentera Israel yang telah menyerang kapal-kapal bantuan dimana sebanyak 17 laporan tidak rasmi menyatakan aktivis mati akibat serangan yang dilakukan komando Israel.

Manakala laporan menyatakan sebanyak lebih 30 orang aktivis yang menyertai konvoi cedera hasil serangan Israel yang menurunkan komandonya terus ke atas kapal.

Tindakan seterusnya tentera Israel yang merampas kapal terbabit telah menyebabkan mereka ditunda ke pelabuhan di Israel sekaligus telah meranapkan impian mereka untuk menghantar bekalan makanan,ubatan,simen dan barang-barang keperluan yang lain ke Gaza.

Selain itu, tindakan Israel menghentikan terus segala sistem perhubungan seperti internet dan telefon telah menyebabkan kesemua 600 - 700 aktivis yang berada di atas kapal telah terputus hubungan luar menyebabkan mereka tidak boleh menghantar sebarang berita.

Israel menyatakan bahawa tindakan mereka menembak di atas kapal adalah bertepatan oleh kerana aktivis-aktivis yang berada di dalam kapal telah memukul mereka dengan barangan yang berada di atas kapal itu.

Bagi aku itu adalah alasan ''bodoh'' yang dikemukan oleh Israel oleh kerana tentera Israel yang datang dengan membawa senapang, ini bermaksud tentera Israel mempunyai niat dan satu lagi benda bodoh adalah mereka yang datang menyerang, jadi terpaksalah puak-puak aktivis ini membalas mereka balik.

Menurut apa yang aku dengar melalui media massa iaitu wartawan Astro Awani, Ashwad Ismail dan jurukamera antara beberapa wartawan Malaysia berada di atas kapal Mavi Marmara.Mereka ini telah terputus hubungan angkara puak Israel yang telah memutuskan segala kemudahan termasuk telefon satelit.

Kata wartawan Astro Awani, beliau menyatakan bahawa Israel telah menggertak mereka dengan memsabotaj sebuah kapal konvoi menyebabkan sebuah kapal konvoi telah terpaksa menghentikan pelayaran mereka di sebuah pelabuhan.

Manakala tentera Israel telah menggemparkan kapal sekali lagi apabila mereka telah melegar-legarkan kapal perang mereka di sekitar laluan yang akan dilalui kapal konvoi.Ini mungkin salah satu tindakan Israel untuk memberi amaran supaya pulang berpatah balik.

Tindakan pihak Israel untuk menakutkan aktivis-aktivis keamanan ini adalah membuat sebuah khemah besar dimana kata mereka untuk manahan kesemua aktivis-aktivis ini dimana mereka perlu membuat perjanjian untuk dibawa balik melalui jalan udara.Jika enggan, mereka akan dihantarkan ke pusat tahanan dibawah seliaan penjara Israel.

Selepas itulah baru serangan helikopter diadakan dimana tentera Israel telah merampas kesemua kapal konvoi terbabit menyebabkan 17 terbunuh dan berpuluh-puluh cedera akibat serangan terbabit yang berlaku pada awal pagi.

Insiden terbabit telah menyebabkan penduduk-penduduk Turki melakukan domonstrasi bantahan terhadap tindakan Israel itu dihadapan konsulat Israel di Ankara.Manakala sebuah negara lagi dikatakan memanggil balik dutanya di Jerusalem dan memohon duta Israel di negaranya supaya menghadap pihak pentadbiran.

Jadi disini aku ingin katakan bahawa tindakan Israel ini telah berjaya mematahkan cubaan aktivis-aktivis keamanan ini untuk menyalurkan bantuan ke Gaza sekaligus menghampakan rakyat Palestin dan aktivis ini pula dengan freenya akan masuk Israel walaupun dalam pasport Israel diharamkan oleh kerana Malaysia tidak mengiktiraf Israel.

Aku disini ingin berkongsi pengetahuan di mana Raja Abdullah, tak salah aku adik Sultan Pahang adalah dikatakan rakyat Malaysia yang pertama pergi ke Israel atas urusan kerjat tak salah aku lah...Aku tak berapa pasti...

Sebenarnya aku tahu apa yang ingin dilakukan oleh pihak Israel ini terhadap Gaza, bagi aku mereka sebenarnya ingin menghalau terus rakyat Palestin keluar dari Gaza, jadi dari situ mereka telah mengadakan sekatan.

Sekatan itu juga telah didalangi oleh negara Mesir dimana mereka telah menutup pintu sempadan menyebabkan segala bahan makanan dan barang keperluan yang lain tidak boleh masuk oleh kerana Israel membayar US$ 30 billion terhadap Mesir.

Tindakan Israel lagi untuk menghalau penduduk Palestin adalah membuat penempatan haram di bumi Palestin sekaligus mereka mendeclare bahawa tanah itu didiami orang Yahudi sekaligus menjadi tanah negara Israel.

Ini telah menyebabkan tanah-tanah Palestin menjadi kurang dan Israel terus merampas tanah orang-orang Palestin ini.Palestin pula makin lama makin terhimpit dek tekanan Israel yang membuatkan hidup mereka bagai berada di dalam penjara.

Misi mereka untuk menghapuskan terus umat Islam Palestin tidak berhenti disitu sahaja, setiap hari tanpa liputan media massa Israel melalui jetnya mengebom Gaza menyebabkan ada lagi umat Islam Palestin mati.

Mengapa tiada tekanan dari negara-negara lain seperti Amerika Syarikat,Britain,China dan Perancis walaupun mereka mempunyai kuasa Veto sekaligus dapat membuat sekatan terhadap Israel.

Seperti yang aku sebutkan selalu, Israel memerintah dunia melalui proksi.Dimana setiap negara tunduk akan mereka oleh kerana umat Yahudi telah diberi anugerah oleh Allah menjadi umat terbijak di dunia.

Oleh kerana kebijaksanaan umat Yahudi ini, Malaysia juga telah menggunakan khidmat puak Yahudi ( bukan APCO Worldwide ).Antara buktinya pada 28 & 29 Disember tahun 1955 di Baling, Kedah iaitu pertemuan delegasi Tunku Abdul Rahman dan geng ketua Komunis, Chin Peng dimana Tunku telah membawa seorang manusia Yahudi untuk bersama-sama menyertai proses rundingan iaitu ketua menteri Singapura, David Soul Marshall yang juga seorang Yahudi.

Terbuktilah kepandaian Yahudi di mata Malaysia dimana PM pertama negara pun meminta nasihat daripada David Marshall.

Berbalik kepada topik talian hayat Gaza di mana Israel menyerang kapal konvoi, bagi aku adalah tindakan terbabit amatlah kejam dan tidak dapat diterima masyarakat antarabangsa dimana menyaksikan ramai mati akibat serangan terbabit.

Jadi aku disini menggesa supaya United Nation atau lebih dikenali Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu ( PBB ) atau Amnesty International atau Konvesyen Geneva ataupun pemimpin dunia membawakan kes serangan aktivis terbabit ke ICJ.

Namun bagi aku, International Court of Justice boleh direject oleh kerana ia memerlukan persetujuan kedua-dua pihak dimana Israel terlibat sama dan semestinya tidak akan mahu bekerjasama untuk membawa kes ini ke ICJ.

Amnesty International pula langsung tiada kedaulatan tersendiri dan ia juga aktivis jadi disini Amnesty boleh direject juga oleh kerana kuasanya hanya mengkritik sesuatu perkara.

Jalan penyelesaianya adalah United Nation ataupun UN sajalah ataupun pilihan seterusnya boleh membawakan kes ini ke Konvesyen Jenayah Perang di Geneva di Switzerland untuk membicarakan jenayah perang Israel ini.

Jadi harapan terakhir kita adalah mendoakan semoga kesemua aktivis yang menyertai konvoi terbabit selamat pulang ke tanah air termasuk 12 aktivis Malaysia yang diikuti juga oleh AP Malaysia.