Thursday, May 27, 2010

Sambutan Ulangtahun ke-10 Pemerintahan Raja Perlis

Dah masuk 10 hari aku tak update blog aku ini disebabkan oleh sekolah aku ada exam jadi belajarlah sikit, selain itu aku tak berapa sihat kebelakangan ini mungkin disebabkan berjalan jauh yang teramat sangat tanpa rehat.

Baiklah, pada hari Jumaat yang lepas di Shah Alam, lebih kurang jam 7.30 pagi kesemua pemilik-pemilik kereta antik yang dijemput hadir ke sana untuk breakfast sambil dihadiri menteri besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim.

Lepas itu lebih kurang jam 8.30 mereka bertolak dari Shah Alam menuju ke utara iaitu ke Perlis oleh kerana jemputan Raja Perlis ke-10 dimana umurnya kini sudah mencecah 67.Walaubagaimanapun aktiviti selepas itu tidak aku tahu oleh kerana aku masih berada di rumah nyenyak tidur.

Sebenarnya aku nak pergi juga namun disebabkan sekolah aku ada exam jadi aku terpaksa tinggalkan hasrat aku itu.Namun bak kata Nan Sempit " Dimana Ada kemahuan, disitu ada highway" niat aku tidak terhenti disitu, aku terus booking tiket Firefly ke Kedah pada hari tersebut jam 8.30 malam

Jadi berderingnya loceng sekolah jam 6:45 aku terus bergegas pulang ke rumah, aku pun pack pakaian dan kelengkap aku seterusnya mandi.Lepas mandi itu, abang aku hantarkan aku ke Terminal Skypark di Subang Airport.

Kira-kira aku sampai jam 7.45 disana terus ambil tiket dan masuk terus ke tempat menunggu.Disana aku keseorangan tapi aku terlupa satu benda, siapa nak ambil aku setelah aku sampai di Airport di Kedah.

Belum habis berfikir, handphone aku berdering menandakan seseorang call aku, rupanya mak aku jadi aku tanyalah siapa yang nak ambil aku setelah sampai di Kedah.Dia pun cakap semua sepupu aku tak boleh ambil jadi alternatifnya adalah...

Aku terpaksa tumpang Puan Sri Hamidah iaitu isteri kepada Allahyarham Tan Sri Basir Ismail iaitu manusia yang bertanggungjawab membawa peta perlumbaan F1 ke Malaysia selain menjawat jawatan bekas Pengerusi Sepang International Circuit, Fima, Malaysia Airport Holding Bhd ( Airport Subang/KLIA ) dan banyak lagi.

Sebenarnya bukan aku tumpang dia tapi dia pelawa aku ikut dia oleh kerana flight aku dengan dia sama dan destinasi yang dituju selepas berada di sana juga sama.Jadi apa salahnya tumpangkan aku sekali.

Sebab mengapa dia pun nak ke Perlis adalah kerana anaknya iatu Rozilawati yang juga CEO Nationwide Express membuat perancangan ke Perlis ini, ini kerana dia pun minat juga akan kereta-kereta klasik ini.

Setelah sampai disana, aku pun tumpanglah kereta Puan Sri menuju ke Kuala Perlis, Perlis dimana hotel kami menginap.Sejurus sampai disana, tiada apa berlaku cuma ada sedikit makan malam saja di tepi pantai.

Malam yang tiada apa-apa pun bagi aku namun tidak bagi mereka kerana perlu menempuh perjalanan 10 jam di dalam kereta dari Shah Alam Ke Perlis.Aku sejam saja ambil masa untuk ke destinasi yang sama.

Keesokan paginya, aku bangun seawal jam 7.30 pagi dan bersiap turun ke bawah hotel aku untuk breakfast.Sudah ramai peserta-peserta Royal Classic Car Rally aku tak tahu dalam Melayu nak tulis macam mana.

Disitulah nampaknya muka-muka hebat seperti adik kepada Sultan Selangor, Tengku Indera Setia Selangor Tengku Abdul Samad Shah dan disertai juga Presiden Kelab Kereta Vintaj Diraja Malaysia, Tunku Adnan.

Pada pagi itu, dijadualkan kesemua peserta RCCR ini akan ke rumah Seri Kenangan di Jejawi, Perlis dimana menempatkan orang-orang tua yang tiada waris atau dibuang ahli keluarga sendiri atau lebih senang dipanggil rumah kebajikan masyarakat.

Kesemua peserta mengikutinya sambil diiringi polis Perlis ke Jejawi yang mengambil masa 30 minit oleh kerana mereka menggunakan jalan jauh mungkin kerana untuk bersiar-siar.Kalau ikut jalan sebenar ambil masa singkat sahaja maklumlah, balik kampung halaman sendiri.

Setelah sampai disana, kami disambut oleh penjaga rumah Kebajikan Seri Kenangan.Aku lupa nama dia namun aku tahu dia itu ada gelaran "Tuan".Tuan ini boleh dikatakan pengusaha rumah kebajikan inilah.

Disana kami semua dijemput minum teh yang diusahakan oleh penduduk rumah itu yang terdiri dari orang-orang tua yang umurnya boleh dikira atas 50-anlah.Dan majoritinya penghuninya Melayu.Aku harap anda faham apa maksud aku.

Selepas minum teh, Puan Rozi telah dengan sukacitanya dengan penuh ikhlas telah memberikan cek berisi wang ringgit tak tahu berapa dan beberapa barang keperluan kepada rumah kebajikan tersebut.Kelihatan semua begitu gembira oleh kerana ada juga manusia yang mahu menjenguk rumah-rumah orang tua ini.

Selepas memberikan hadiah tersebut, kesemua peserta dijemput untuk ke asrama atau tempat tidur para penghuni rumah tersebut dan beramah mesra dengan penghuni rumah orang tua ini.Ada juga peserta yang tak nak pergi kerana sedih melihat keadaan mereka yang uzur ini.

Aku juga tersentuh perasaan namun oleh kerana blog aku ini, aku merelakan diri mengambil gambar-gambar untuk anda semua.Keadaannya bersih dan teratur namun keadaan diri seseorang amat menyedihkan.

Sambil berjalan disana, Puan Sri,anaknya dan Tunku diberikan taklimat oleh penjaga rumah tersebut tentang keadaan disitu dan segala pertanyaan yang dikemukan akan dijawabnya.

Ketika disitu jugalah para wartawan dari media massa seperti Sinar Harian, Berita Nasional Malaysia ( BERNAMA ) dan banyak lagi telah menemu bual Puan Rozilawati selaku CEO Nationwide Express.

Lebih kurang jam 10.30 aktiviti melawat rumah orang tua itu habis.Selepas itu ke Putra Putri Lodge iaitu rumah sewa yang dimiliki oleh Istana Perlis yang bertujuan mempromosikannya kepada kami yang dimeriahkan oleh adik Raja Perlis.

Disana, ada makan-makan disediakan untuk para pengunjung.Sebenarnya Putra Putri Lodge itu berada di hujung kampung aku.Ramai juga orang yang aku kenal ketika melalui jalan itu.Dan habis makan lebih kurang jam 12.00.

Benda yang mengejutkan aku ketika berada di sana adalah apabila pihak polis menutup jalan dan menghalang laluan kenderaan oleh kerana kami.Jadi jalan disitu tiada siapa boleh masuk dan polis meletakkan cone disitu.

Habis makan di Putra Putri Lodge itu, kesemua peserta diiringi polis balik ke Kuala Perlis tempat kami menginap dimana jam 1.30 nanti Raja Perlis bakal hadir untuk makan tengah hari bersama kami iaitu salah satu acara Sambutan Ulangtahun ke-10 Pemerintahan Raja Perlis selain meraikan 25 tahun penubuhan Nationwide Express Courier.

Di Berasmana Hotel, tempat aku kami menginap kelihatan orang-orang istana hadir melakukan tugas menghampar karpet merah di laluan yang bakal dilalui orang nombor satu Perlis itu.Sementara yang lain masuk bilik tukar pakaian.

Satu masalah menimpa aku, "All jeans not allowed'' kata pengurus kepada program ini, aku pun kelam kabutlah oleh kerana aku tak bawa seluar lain yang dimaksudkan oleh pengurus terbabit.Namun disebabkan aku pegang kamera dan blog aku punya pasal, aku fikir nak terus masuk saja.

Tepat jam 1.30 petang, kelihatan sebuah Mercedes Hitam diiringi polis dan berplat " D.Y.T.M Raja Muda Perlis " sampai iaitu anak kepada Raja, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalulail merangkap Raja Muda Perlis bersama isterinya.

Tuanku Raja Muda sempat berbual dengan adik Sultan Selangor, CEO Nationwide Express, Presiden RMVCC di ruang lobi hotel Berasmana di Kuala Perlis.Aku tengok lama sangat mereka bersembang jadi aku masuklah dalam.

Di dalam sana aku tak keluar jadi aku tak tahulah yang Raja Perlis, Duli Yang Teramat Mulia Tuanku Syed Sirajuddin Syed Putra Jamalulail yang juga bekas AGONG negara Malaysia ini.Tiba-tiba mereka masuk sahaja sambil diiringi cahaya dari flash kamera.

Acara di dalam sana hanya aku dedahkan secara umum adalah pembukaan akaun TAHA ( Tabung Haji ) dan santapan diraja oleh kami.Yang lain-lain itu rahsia oleh kerana aku tidak dibenarkan ambil gambar.

Tapi aku bagi sedikit liputanlah, salah satu acara ketika berada di dalam itu adalah pemberian sijil kepada kesemua peserta-peserta Royal Rally ini oleh D.Y.T.M Raja Perempuan Perlis selain kerjasama Nationwide Express dan Tabung Haji.

Setelah selesai acara dimana jam menunjukkan jarum diantara tiga dan empat Tuanku pun berangkat mahu pulang ke istana.Aku pun apalagi cepat-cepat belah keluarlah ikut pintu belakanglah.

Ketika berjalan ke hadapan, WOWW!!! Bentley Continental warna Silver berplat jata negeri Perlis menunggu Tuanku Syed Sirajuddin berangkat pulang ke istana.Tapi aku tengok Bentley dia perh...Tapi Paris Hilton punya warna pink...Hehehe

Dan jam 3.30 pun baginda beredar dari situ dan diikuti oleh anaknya Tuanku Faizuddin yang menaiki Mercedes dan cucu kepada Raja Perlis merangkap anak Raja Muda menaiki kereta SUV... Cun siot cucu dia ( dah rr umur sebaya aku jaa )...Gambar ada tapi tak mau tunjuk.

Aktiviti seterusnya adalah bebas jadi aku ambil kesempatan terbabit pulang ke kampung aku.

Pada keesokannya hari Ahad, sebelum kami bertolak balik, Raja telah membalas budi baik kami semua, pada pukul 9.00 pagi kami semua diperkenankan untuk melawat galeri Istana Arau pada waktu itu.

Disana, Raja mungkin sibuk jadi beliau tidak bersama kami namun Tuanku mengirimkan seorang lelaki berumur lebih kurang 50-an iaitu bernama Tuan Ariff yang aku nak katakan one of the best ever penjaga galeri yang menafsirkan sesuatu benda dengan jelas membuatkan aku terpegun walaupun bertutur dalam bahasa Inggeris. ( Bahasa Inggeris aku faham itu hebat ).

Di galeri ini, terdapat berbagai barang-barang menarik yang disimpan antaranya yang paling aku terpegun adalah kain penutup kaabah bewarna hitam.Mengikut kata Tuan Ariff, selalunya kain penutup kaabah ini akan ditukar setiap tahun dan pada satu tahun dimana Raja Perlis pergi, kain penutup kaabah terbabit diberikan kepada Raja Perlis kesemuanya sekali walhal selalunya kain terbabit akan dipotong-potong dan diberikan kepada ramai orang.

Juga ada disitu aku tengok adalah penyapu lantai kaabah.Tak salah aku, raja Arab akan membersihkan kawasan sekeliling kaabah setiap tahun.Jadi penyapu itu diberikan kepada Raja Perlis.

Di galeri terbabit juga, apa yang aku ingat adalah Raja terdahulu suka menyimpan kotak mancis.Dahulu katanya tiada lighter, jadi pergi mana-mana pun kotak mancis lain-lain.That's mean Raja hisap rokok...bukan rokok, Curut.

Selain itu, Apa yang aku nampak di dalam galeri itu adalah sebuah senapang buatan Rusia yang dicipta oleh Mikhail Kalashnikov iaitu AK-47 yang diperbuat daripada Perak ataupun silver.Boleh guna atau tak boleh aku tak tanya pula.

Hampir sejam kami menghabiskan masa di galeri di Istana Arau ini.Berbagai alat-alat lama yang jarang dijumpai tersimpan rapi disana.Destinasi seterusnya di Alor Star, Kedah namun aku balik ke Kuala Perlis oleh kerana nak lepak disana dahulu.

Selepas itu, lebih kurang jam 1.30 petang pula, di Balai Seni depan masjid Zahir dimana tempat di Kedah yang membuatkan aku terkenang nostalgia lama oleh kerana pelbagai benda antaranya tempat aku bergambar dengan mantan perdana menteri.

Disana pula, Sultan Kedah malas nak datang jadi Sultan Kedah mengirimkan puterinya untuk melihatkan kereta-kereta yang rakyatnya persembahkan.Puteri Sultan Kedah ini aku pernah jumpa dulu masa jubli emas pemerintahan Sultan Kedah yang ke-50.Tapi aku lupa namanya tapi selepas ditanya ayah aku, ayah aku telah ingatkan kembali namanya iaitu Tunku Intan Shafinaz.

Selepas aku pun bertolak balik ke Kuala Lumpur...

Aku dengan senang hatinya mungkin akan membuka satu lagi page berisi gambar-gambar ketika berada di galeri di Istana Arau dan koleksi-koleksi kereta-kereta vintaj yang mengikuti rally terbabit.

Lagi satu benda aku nak cakap dalam rally ini, benda paling best sekali bagi aku adalah ketika berada di rumah kebajikan Kenangan, walaupun banyak lagi acara pada rally ini seperti santapan diraja, tapi aku cukup suka ketika berada disana.Mungkin sebab aku suka acara di sana adalah aku tak pernah pergi kot...Sebab santapan diraja dan lain-lain aku dah selalu pergi dah...

No comments:

Post a Comment

Dipersilakan Komen