Saturday, May 15, 2010

Lesen Judi Piala Dunia : Wajar atau Tidak Wajar

Baru-baru ini kedengaran dari ucapan menteri kewangan kedua negara, Datuk Awang Adek Hussein menyatakan ingin mempertimbangkan permohonan pihak yang ingin menganjurkan pertaruhan untuk Piala Dunia yang akan bermula lebih kurang 4 minggu lagi.

Katanya, jika pihaknya mengeluarkan lesen ini maka jumlah wang yang dibelanjakan untuk itu dapat diketahui.Katanya lagi jika tidak mengeluarkan lesen pun aktiviti pertaruhan ( haram ) tetap akan berjalan.

Namun selepas beberapa hari kenyataan itu dikeluarkan, orang ramai mula memberikan respon negatif terhadap kenyataan itu dengan mengatakan bahawa ia boleh merosakkan akidah selain aktiviti itu membazir wang.

Jadi selepas itu cerita untuk memberikan lesen piala dunia terkubur dengan tiada maklum balas dari pihak kementerian Kewangan.Adakah wajar pemberian lesen judi piala dunia???

Bagi pendapat peribadi aku adalah lesen pertaruhan piala dunia lebih baik diberikan daripada aktiviti pertaruhan ini berjalan secara haram di negara kita.Setiap kali acara-acara sukan besar berjalan selalunya tersiar dikaca TV apabila polis menangkap sindiket pertaruhan piala dunia.

Contohnya adalah pada tahun 2008 apabila berlangsungnya Piala Eropah dimana polis berjaya memberkas sindiket judi bolasepak terbabit.Dikatakan jumlah pertaruhan dianggarkan bernilai jutaan ringgit.

Apa yang ingin aku katakan jika lesen diberikan atau tidak diberikan aktiviti kurang sihat ini tetap akan berjalan dan jumlah pertaruhan sebenar masih tidak diketahui.Jadi jika lesen dikeluarkan maka kesemua perbelanjaan untuk judi piala dunia akan diketahui kerajaan.

Selain itu, jika lesen diberikan bermaksud kesemua sindiket-sindiket pertaruhan piala dunia yang halal terpaksa membayar cukai kepada kerajaan.Disitu kerajaan boleh mendapat duit lebih untuk kegunaan lain.

Rasanya tak salah kerana ayah aku pernah menceritakan kepada aku dimana suatu ketika dahulu, seorang pemimpin Islam meminta cukai di negerinya dan dia pergi berjumpa dengan orang bukan Islam.

Ketika itu pemimpin itu meminta cukai dan orang kafir tersebut memberikan arak atau babi kepada pemimpin tersebut.Namun pemimpin tersebut tidak mahu dan pemimpin tersebut menyuruh supaya menjualnya dan hasilnya ( wang ) diberikan kepadanya.

Lebih kurang macam itulah ceritanya, dan bercakap kepada orang awam yang mengatakan tindakan itu menggalakkan aktiviti ini kepada orang awam untuk turut serta berjudi terutamanya masyarakat Melayu yang menjadi majoriti di negara ini.

Untuk aku, kalau orang itu ( Melayu-Islam ) nak pergi membuat pertaruhan, Dia tak kisah sah ke haram ke dah ada niat dia akan buat juga.Seperti minuman keras yang dilarang dijual di kawasan majoriti penduduk Islam, kalau dah nak minum arak dekat ke jauh ke dia pergi beli juga.

Bagi aku itu tidak boleh diberikan alasan kerana kalau dah tahu haram tak payahlah pergi main.Bukan alasan kerajaan mengalakkan aktiviti perjudian berleluasa dengan secara sah namun hasil daripadanya boleh dibuat pembangunan yang memberi faedah kepada kita.

Itulah pendapat aku tapi aku tak tahu pendapat anda semua, jangan kata aku ini nak lawan Islam tapi untuk kepentingan bersama.Mungkin wang itu boleh tingkatkan mutu sukan negara seperti Badminton dimana kita kalah 3-0 di tangan China...

No comments:

Post a Comment

Dipersilakan Komen