Monday, May 3, 2010

Konvoi Kereta Klasik ke Istana

Pada 1 Mei, pemilik-pemilik kereta klasik telah membuat satu acara konvoi ke Ipoh,Perak.Ia disertai lebih kurang 30 orang dengan 15 buah kereta menyertainya yang kesemuanya kereta-kereta klasik.

Ketika lebih kurang jam 9.15 pagi, kesemua aku sudah sampai ke tempat berhimpun iaitu di kedai minyak Esso di sebelah Sunway Pyramid.Ketika itu, cuma ada sebuah Rolls Royce Conrniche yang sudah tiba disana.

Tetapi pada jam 9.45 hampir kesemua tiba dengan membawa kereta-kereta Rolls Royce,Mercedes,Chevrolet,BMW,Ferrari dan bermacam jenis nama tetapi model aku tak berapa tahulah.Tapi antara yang banyak Rolls Roycelah.

Pada mereka yang tidak tambah minyak lagi, mereka mengambil kesempatan menambah minyak mereka di stesen minyak Esso.Kira hampir satu stesen minyak itu penuh dengan kereta-kereta antik.

Setelah selesai mengisi minyak di situ.Tepat jam 10.00 kesemua kereta bergerak yang dipimpin oleh tauke News Straits Time yang dibuang gara-gara ingin lawan kerajaan.Kesemua 12 buah kereta bergerak dengan lancar.

Untuk tujuan berhati-hati, penaja konvoi ini telah menyediakan sebuah lori pengangkut kereta.Ini kerana jika mana-mana kereta rosak, maka lori ini bolehlah mengangkat kereta terbabit ke atas.Biasalah kereta lama, jika kereta F1 pun boleh rosak ini pula kereta lama...

Ketika di jalan raya dari belakang aku tengok sebuah Ferrari merah ( gambar ) memecut laju di jalan raya.Aku tak tahu tuannya nak pergi mana, tetapi selepas diselidik rupanya tuannya ni tayang kereta sahaja masa berhimpun.

Biasalah orang kaya, setakat nak pergi Penang dengan Ferrarinya tak ada masalah walaupun minyak mahal tol pun kena bayar.Poket tebal...Carret gilaa...

Setelah 40 minit kereta berjalan, kesemua kereta-kereta ini berhenti di perhentian R&R Tapah untuk merehatkan kenderaan masing-masing.Kereta lama ini sebenarnya tak boleh bawa lama-lama.Berhenti lebih kurang 25 minit.

Aku nyaris-nyaris ditinggalkan gara-gara aku pergi ke tandas selepas 20 minit berhenti.Ketika aku datang itu cuma tinggal satu kereta yang tunggu aku.Aku pun tumpanglah kereta terbabit dan bagusnya kereta tersebut adalah kereta itu adalah antara paling laju.

Ini kerana aku gila terkejut kereta tahun 60-an boleh mencecah 60 batu dalam masa 7 saat sahaja.Dan top speed yang pemandu itu buat masa aku tengok adalah 110 batu lebih kurang 170 km sejam.Jadi tak ada masalahlah hendak berada di belakang kereta-kereta yang pergi awal.

Selepas 35 minit kereta bergerak akhirnya sampai ke tol terakhir dimana polis sudah menunggu untuk mengiringi kami ke bandar Ipoh.Kira semua pemilik-pemilik kenderaan berhenti di bahu jalan menunggu kereta-kereta yang lain.

Setelah kesemua kereta disahkan ada, mata-mata telah bersiap sedia memakai helmet untuk mengiringi kami ke bandar Ipoh.Aku cukup suka bila polis iringi kereta aku, sebab-sebanya adalah ;

Bila polis sudah escort kenderaan, benda yang bestnya jika lalu dekat highway adalah tak payah bayar tol.Ini pernah terjadi apabila penaja telah memanggil polis untuk escort kami jadi tak payah bayar tol.kosnya lebih kurang Rm 1200 dan jika ada 20 kereta, kalau pergi jauh-jauh memang untung...

Selain itu, bila polis escort kita akan anggap laluan kita punya.Polis akan halau semua kereta-kereta yang ada dilaluan kita supaya ketepi dan kita boleh bergerak dengan sempurna tanpa gangguan.

Aku cukup suka tengok mereka himpit kereta supaya ketepi.Kadang-kadang agak biadap cara mereka menyuruh pemandu kenderaan lain supaya memberi laluan.Maklumlah, polis trafik ini ada latihan special.

Seterusnya adalah bila ada traffic light, kalau lampu bertukar merah tak perlu berhenti pun.Pemandu kenderaan lain kena bagi laluan dekat kita dan polis akan tahan sampai semua pemilik kereta antik pergi.

Tapi paling menakjubkan pernah aku tengok bahawa polis yang tunggang motosikal yang mempunyai 2 tayar boleh berdiri dengan tangan memberi isyarat kepada kereta lain dan kelajuannya agak aku lebih kurang 130 km.

Selepas itu, polis itu terus membawa aku dan pemandu-pemandu kereta lain ke Istana Raja Dihilir, di Ipoh,Perak.Sampai disana tak salah aku jam 1.30 petang.Ketika aku masuk ke Istana Raja Dihilir terbabit, aku nampak banyak kereta mini dan aku juga terpandang Z4.

Disana Duli Yang Amat Mulia ( D.Y.A.M ) Tuanku Raja Jaafar Raja Muda Musa iaitu Raja dihilir negeri Perak telah menunggu ketibaan kami semua yang menaiki kereta klasik masing-masing...*** Tuanku tunggu kami bukan kami tunggu tuanku...Hehehe

Selepas kesemua sampai, pakat-pakat turun kereta dan semua manusia yang menyertai konvoi pergi bersalaman dengan raja.Seperti biasalah, kesemua peserta angkat sembah dahulu kepada raja baru salam.

Selepas itu, Tuanku pun pusing tengok kereta-kereta yang menarik perhatian Tuanku.Agak lama juga tuanku melihat kereta-kereta yang dibawa dari Kuala Lumpur kebanyakkannya.Ada lebih kurang 3 biji kereta yang join dari Ipoh.

Aku pun apa lagi dah nampak Tuanku tengah happy, aku terus mengambil kesempatan terbabit dengan tuanku disitu untuk bergambar.Dengan perkataan relax yang tuanku keluarkan dapat dilihat kegembiraan tuanku.

Kami pun dapat makan setelah Tuanku Raja Jaafar selesai melihat kereta-kereta yang dipamerkan di istananya.Jam 2.00 petang baru kami dapat makan tengah hari kami.Memang balun habis makan disana.Masakan simple tapi sedaplah.

Habis makan nasi di sana ketika jarum jam menunjukkan jam 2.40 tiba-tiba hujan turun.Aku agak bengang kerana tak dapat pusing-pusing istana.Manalah tahu nampak Quattroporte ka...Phantom ka...Boleh ajak tuanku pusing-pusing...Hehehe...

Tepat jam 3.20 pengumuman dibuat supaya pada jam 3.30 kesemua empunya-empunya kereta supaya balik ke kereta untuk meneruskan perjalanan walaupun hujan begitu lebat pada ketika itu.

Perjalanan seterusnya juga diiringi polis untuk bersiar-siar bersama Tuanku ke Lumut,Perak dengan menaiki kereta mini tuanku yang aku lupa nak ambil gambar.Tapi ada juga gambar Tuanku punya kereta aku dapat tangkap.

Hampir 3 daerah kami jajahi sehingga tiga unit polis tukar terpaksa ditukar mengiringi kami ke Lumut,Perak.Aku agak pelik apabila jalan yang kami lalui itu kereta sikit-sikit.Ada motosikal sikit dibahu jalan.

Tapi paling pelik masa ke Lumut ada jalan yang tak ada apa-apa.Kereta tak ada, motosikal tak ada malahan signboard pun tak ada.Bagai jalan itu aku yang punya.

Dari Ipoh hingga ke Lumut mengambil masa lebih kurang 1 jam.Setelah 1 jam berlalu, akhirnya sampai juga ke destinasi yang ingin aku tuju iaitu sebuah hotel di Lumut dimana aku lupa nama hotelnya.

Sampai sana lebih kurang jam 4.30 petang jadi terus beramai-ramai bersama Tuanku Jaafar minum petang ( gambar ) di hotel terbabit.Ada juga yang terus ambil beg dan terus masuk bilik dan tidur kerana kepenatan.

Salah seorang manusia yang tidur adalah aku kerana penat.Maklumlah tidur lewat hingga jam 3.30 pagi bangun awal pagi untuk berhimpun beramai-ramai di Sunway.Memang mengantuk yang amatlah.

Aku tidur dalam bilik hotel sorang-sorang sampai jam 6.00 petang dimana ayah aku ketuk bilik hotel supaya buka pintu dimana ketika itu aku sedang nyenyak tidur.Oleh kerana aku terjaga dari tidur, aku terus tukar pakaian dan turun ke bawah.

Namun niat aku untuk bersiar-siar di tepi pantai yang indah tidak dapat dilakukan akibat hujan yang amat lebat.Jadi aku pun minum petang sekali lagi.Malangnya teh yang aku minum tak ada gula akibat gula yang disediakan dihurungi oleh semut.( betul ka perkataan aku guna ni ).

Selepas Maghrib, ada pula makan malam di rumah OBJ Manjung ( Orang Besar Jajahan ) yang aku tak tahu namanya namun setelah diselidik namanya adalah Toh Muda Orang Kaya-Kaya Laksamana Raja Mahkota Mohd Khairi Bin Ahmad Tazali ( gambar yg memakai baju belang ) dimana tempat kami menginap dan kediaman rasminya jauhnya lebih kurang 200 meter.

Makan malam tersebut juga Tuanku Raja Dihilir hadir untuk makan malam bersama-sama tetamu tuanku.Acara makan malam bermula pada jam 8.15 malam dimana Tuanku Jaafar merasmikannya.

Setelah selesai makan-makan di rumah OBJ Manjung terbabit.Aku tidak berganjak dari kerusi aku walaupun semua sudah selesai makan.Manakala Tuanku Jaafar bersembang dengan tetamu-tetamunya.

Ada liveband pada masa tersebut jadi lebih meriahlah makan malam terbabit.Aku pun dengarlah walaupun hampir kesemua lagu yang didendangkan lagu 50-an dimana aku tak pernah dengar langsung.

Ramai juga tetamu-tetamu kehormat berkaraoke mengeluarkan suara mereka untuk dipersembahkan kepada Tuanku Raja Jaafar.Malahan OBJ Manjung juga sempat berkaraoke dua lagu.

Paling menggemparkanlah apabila Tuanku Raja Jaafar berdiri keluar dari meja makan untuk berkaraoke.Aku tak jangka yang Tuanku menyanyikan lagu kerana ingatkan Tuanku nak ucapkan sesuatu.

Tetapi paling aku terkejut adalah apabila Tuanku Raja Jaafar yang berusia 69 tahun ini menyanyikan lagu Indonesia iaitu lagu Cari Jodoh dari kumpulan Wali.Aku terpegun apabila Tuanku dapat menyanyikan keseluruhan lagu terbabit dengan betul dan dichorusnya Tuanku nyanyi dengan betul dengan irama yang sama.

Aku mula-mula nak gelak tapi disebabkan ramai orang aku hanya tersenyum bagai orang gila.Takkan aku nak gelak depan Tuanku nanti murka mampus aku.Kena buang negeri jawabnya.

Selepas itu, Tuanku menyanyi lagi sebuah lagu Inggeris yang aku tak tahu tajuknya.Aku ada nawaitu nak nyanyi tapi takut nanti aku dah tak boleh sekolah dengan Seafield lagi...Takut kena pindah Ipoh pula...Hehehe...

Aku mempunyai niat ingin membeli gula-gula namun disebabkan Tuanku buat persembahan aku tak mahu keluar lagi la.Aku pun tunggu dan ketika aku keluar ke Seven Eleven terbabit aku terlihat disebuah kedai makan Itali ada 2-3 orang yang sama-sama mengikuti konvoi lepak disana tengok Premier League...

Dah sampai pukul 10.30 pun Tuanku Raja Jaafar tak balik lagi aku pun terus cabut la.Malas nak tunggu lama-lama buang masa saja.Jadi aku pun kembali ke hotel dan terus pack barang dan meneruskan perjalanan aku ke ......

No comments:

Post a Comment

Dipersilakan Komen