Thursday, May 27, 2010

Sambutan Ulangtahun ke-10 Pemerintahan Raja Perlis

Dah masuk 10 hari aku tak update blog aku ini disebabkan oleh sekolah aku ada exam jadi belajarlah sikit, selain itu aku tak berapa sihat kebelakangan ini mungkin disebabkan berjalan jauh yang teramat sangat tanpa rehat.

Baiklah, pada hari Jumaat yang lepas di Shah Alam, lebih kurang jam 7.30 pagi kesemua pemilik-pemilik kereta antik yang dijemput hadir ke sana untuk breakfast sambil dihadiri menteri besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim.

Lepas itu lebih kurang jam 8.30 mereka bertolak dari Shah Alam menuju ke utara iaitu ke Perlis oleh kerana jemputan Raja Perlis ke-10 dimana umurnya kini sudah mencecah 67.Walaubagaimanapun aktiviti selepas itu tidak aku tahu oleh kerana aku masih berada di rumah nyenyak tidur.

Sebenarnya aku nak pergi juga namun disebabkan sekolah aku ada exam jadi aku terpaksa tinggalkan hasrat aku itu.Namun bak kata Nan Sempit " Dimana Ada kemahuan, disitu ada highway" niat aku tidak terhenti disitu, aku terus booking tiket Firefly ke Kedah pada hari tersebut jam 8.30 malam

Jadi berderingnya loceng sekolah jam 6:45 aku terus bergegas pulang ke rumah, aku pun pack pakaian dan kelengkap aku seterusnya mandi.Lepas mandi itu, abang aku hantarkan aku ke Terminal Skypark di Subang Airport.

Kira-kira aku sampai jam 7.45 disana terus ambil tiket dan masuk terus ke tempat menunggu.Disana aku keseorangan tapi aku terlupa satu benda, siapa nak ambil aku setelah aku sampai di Airport di Kedah.

Belum habis berfikir, handphone aku berdering menandakan seseorang call aku, rupanya mak aku jadi aku tanyalah siapa yang nak ambil aku setelah sampai di Kedah.Dia pun cakap semua sepupu aku tak boleh ambil jadi alternatifnya adalah...

Aku terpaksa tumpang Puan Sri Hamidah iaitu isteri kepada Allahyarham Tan Sri Basir Ismail iaitu manusia yang bertanggungjawab membawa peta perlumbaan F1 ke Malaysia selain menjawat jawatan bekas Pengerusi Sepang International Circuit, Fima, Malaysia Airport Holding Bhd ( Airport Subang/KLIA ) dan banyak lagi.

Sebenarnya bukan aku tumpang dia tapi dia pelawa aku ikut dia oleh kerana flight aku dengan dia sama dan destinasi yang dituju selepas berada di sana juga sama.Jadi apa salahnya tumpangkan aku sekali.

Sebab mengapa dia pun nak ke Perlis adalah kerana anaknya iatu Rozilawati yang juga CEO Nationwide Express membuat perancangan ke Perlis ini, ini kerana dia pun minat juga akan kereta-kereta klasik ini.

Setelah sampai disana, aku pun tumpanglah kereta Puan Sri menuju ke Kuala Perlis, Perlis dimana hotel kami menginap.Sejurus sampai disana, tiada apa berlaku cuma ada sedikit makan malam saja di tepi pantai.

Malam yang tiada apa-apa pun bagi aku namun tidak bagi mereka kerana perlu menempuh perjalanan 10 jam di dalam kereta dari Shah Alam Ke Perlis.Aku sejam saja ambil masa untuk ke destinasi yang sama.

Keesokan paginya, aku bangun seawal jam 7.30 pagi dan bersiap turun ke bawah hotel aku untuk breakfast.Sudah ramai peserta-peserta Royal Classic Car Rally aku tak tahu dalam Melayu nak tulis macam mana.

Disitulah nampaknya muka-muka hebat seperti adik kepada Sultan Selangor, Tengku Indera Setia Selangor Tengku Abdul Samad Shah dan disertai juga Presiden Kelab Kereta Vintaj Diraja Malaysia, Tunku Adnan.

Pada pagi itu, dijadualkan kesemua peserta RCCR ini akan ke rumah Seri Kenangan di Jejawi, Perlis dimana menempatkan orang-orang tua yang tiada waris atau dibuang ahli keluarga sendiri atau lebih senang dipanggil rumah kebajikan masyarakat.

Kesemua peserta mengikutinya sambil diiringi polis Perlis ke Jejawi yang mengambil masa 30 minit oleh kerana mereka menggunakan jalan jauh mungkin kerana untuk bersiar-siar.Kalau ikut jalan sebenar ambil masa singkat sahaja maklumlah, balik kampung halaman sendiri.

Setelah sampai disana, kami disambut oleh penjaga rumah Kebajikan Seri Kenangan.Aku lupa nama dia namun aku tahu dia itu ada gelaran "Tuan".Tuan ini boleh dikatakan pengusaha rumah kebajikan inilah.

Disana kami semua dijemput minum teh yang diusahakan oleh penduduk rumah itu yang terdiri dari orang-orang tua yang umurnya boleh dikira atas 50-anlah.Dan majoritinya penghuninya Melayu.Aku harap anda faham apa maksud aku.

Selepas minum teh, Puan Rozi telah dengan sukacitanya dengan penuh ikhlas telah memberikan cek berisi wang ringgit tak tahu berapa dan beberapa barang keperluan kepada rumah kebajikan tersebut.Kelihatan semua begitu gembira oleh kerana ada juga manusia yang mahu menjenguk rumah-rumah orang tua ini.

Selepas memberikan hadiah tersebut, kesemua peserta dijemput untuk ke asrama atau tempat tidur para penghuni rumah tersebut dan beramah mesra dengan penghuni rumah orang tua ini.Ada juga peserta yang tak nak pergi kerana sedih melihat keadaan mereka yang uzur ini.

Aku juga tersentuh perasaan namun oleh kerana blog aku ini, aku merelakan diri mengambil gambar-gambar untuk anda semua.Keadaannya bersih dan teratur namun keadaan diri seseorang amat menyedihkan.

Sambil berjalan disana, Puan Sri,anaknya dan Tunku diberikan taklimat oleh penjaga rumah tersebut tentang keadaan disitu dan segala pertanyaan yang dikemukan akan dijawabnya.

Ketika disitu jugalah para wartawan dari media massa seperti Sinar Harian, Berita Nasional Malaysia ( BERNAMA ) dan banyak lagi telah menemu bual Puan Rozilawati selaku CEO Nationwide Express.

Lebih kurang jam 10.30 aktiviti melawat rumah orang tua itu habis.Selepas itu ke Putra Putri Lodge iaitu rumah sewa yang dimiliki oleh Istana Perlis yang bertujuan mempromosikannya kepada kami yang dimeriahkan oleh adik Raja Perlis.

Disana, ada makan-makan disediakan untuk para pengunjung.Sebenarnya Putra Putri Lodge itu berada di hujung kampung aku.Ramai juga orang yang aku kenal ketika melalui jalan itu.Dan habis makan lebih kurang jam 12.00.

Benda yang mengejutkan aku ketika berada di sana adalah apabila pihak polis menutup jalan dan menghalang laluan kenderaan oleh kerana kami.Jadi jalan disitu tiada siapa boleh masuk dan polis meletakkan cone disitu.

Habis makan di Putra Putri Lodge itu, kesemua peserta diiringi polis balik ke Kuala Perlis tempat kami menginap dimana jam 1.30 nanti Raja Perlis bakal hadir untuk makan tengah hari bersama kami iaitu salah satu acara Sambutan Ulangtahun ke-10 Pemerintahan Raja Perlis selain meraikan 25 tahun penubuhan Nationwide Express Courier.

Di Berasmana Hotel, tempat aku kami menginap kelihatan orang-orang istana hadir melakukan tugas menghampar karpet merah di laluan yang bakal dilalui orang nombor satu Perlis itu.Sementara yang lain masuk bilik tukar pakaian.

Satu masalah menimpa aku, "All jeans not allowed'' kata pengurus kepada program ini, aku pun kelam kabutlah oleh kerana aku tak bawa seluar lain yang dimaksudkan oleh pengurus terbabit.Namun disebabkan aku pegang kamera dan blog aku punya pasal, aku fikir nak terus masuk saja.

Tepat jam 1.30 petang, kelihatan sebuah Mercedes Hitam diiringi polis dan berplat " D.Y.T.M Raja Muda Perlis " sampai iaitu anak kepada Raja, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalulail merangkap Raja Muda Perlis bersama isterinya.

Tuanku Raja Muda sempat berbual dengan adik Sultan Selangor, CEO Nationwide Express, Presiden RMVCC di ruang lobi hotel Berasmana di Kuala Perlis.Aku tengok lama sangat mereka bersembang jadi aku masuklah dalam.

Di dalam sana aku tak keluar jadi aku tak tahulah yang Raja Perlis, Duli Yang Teramat Mulia Tuanku Syed Sirajuddin Syed Putra Jamalulail yang juga bekas AGONG negara Malaysia ini.Tiba-tiba mereka masuk sahaja sambil diiringi cahaya dari flash kamera.

Acara di dalam sana hanya aku dedahkan secara umum adalah pembukaan akaun TAHA ( Tabung Haji ) dan santapan diraja oleh kami.Yang lain-lain itu rahsia oleh kerana aku tidak dibenarkan ambil gambar.

Tapi aku bagi sedikit liputanlah, salah satu acara ketika berada di dalam itu adalah pemberian sijil kepada kesemua peserta-peserta Royal Rally ini oleh D.Y.T.M Raja Perempuan Perlis selain kerjasama Nationwide Express dan Tabung Haji.

Setelah selesai acara dimana jam menunjukkan jarum diantara tiga dan empat Tuanku pun berangkat mahu pulang ke istana.Aku pun apalagi cepat-cepat belah keluarlah ikut pintu belakanglah.

Ketika berjalan ke hadapan, WOWW!!! Bentley Continental warna Silver berplat jata negeri Perlis menunggu Tuanku Syed Sirajuddin berangkat pulang ke istana.Tapi aku tengok Bentley dia perh...Tapi Paris Hilton punya warna pink...Hehehe

Dan jam 3.30 pun baginda beredar dari situ dan diikuti oleh anaknya Tuanku Faizuddin yang menaiki Mercedes dan cucu kepada Raja Perlis merangkap anak Raja Muda menaiki kereta SUV... Cun siot cucu dia ( dah rr umur sebaya aku jaa )...Gambar ada tapi tak mau tunjuk.

Aktiviti seterusnya adalah bebas jadi aku ambil kesempatan terbabit pulang ke kampung aku.

Pada keesokannya hari Ahad, sebelum kami bertolak balik, Raja telah membalas budi baik kami semua, pada pukul 9.00 pagi kami semua diperkenankan untuk melawat galeri Istana Arau pada waktu itu.

Disana, Raja mungkin sibuk jadi beliau tidak bersama kami namun Tuanku mengirimkan seorang lelaki berumur lebih kurang 50-an iaitu bernama Tuan Ariff yang aku nak katakan one of the best ever penjaga galeri yang menafsirkan sesuatu benda dengan jelas membuatkan aku terpegun walaupun bertutur dalam bahasa Inggeris. ( Bahasa Inggeris aku faham itu hebat ).

Di galeri ini, terdapat berbagai barang-barang menarik yang disimpan antaranya yang paling aku terpegun adalah kain penutup kaabah bewarna hitam.Mengikut kata Tuan Ariff, selalunya kain penutup kaabah ini akan ditukar setiap tahun dan pada satu tahun dimana Raja Perlis pergi, kain penutup kaabah terbabit diberikan kepada Raja Perlis kesemuanya sekali walhal selalunya kain terbabit akan dipotong-potong dan diberikan kepada ramai orang.

Juga ada disitu aku tengok adalah penyapu lantai kaabah.Tak salah aku, raja Arab akan membersihkan kawasan sekeliling kaabah setiap tahun.Jadi penyapu itu diberikan kepada Raja Perlis.

Di galeri terbabit juga, apa yang aku ingat adalah Raja terdahulu suka menyimpan kotak mancis.Dahulu katanya tiada lighter, jadi pergi mana-mana pun kotak mancis lain-lain.That's mean Raja hisap rokok...bukan rokok, Curut.

Selain itu, Apa yang aku nampak di dalam galeri itu adalah sebuah senapang buatan Rusia yang dicipta oleh Mikhail Kalashnikov iaitu AK-47 yang diperbuat daripada Perak ataupun silver.Boleh guna atau tak boleh aku tak tanya pula.

Hampir sejam kami menghabiskan masa di galeri di Istana Arau ini.Berbagai alat-alat lama yang jarang dijumpai tersimpan rapi disana.Destinasi seterusnya di Alor Star, Kedah namun aku balik ke Kuala Perlis oleh kerana nak lepak disana dahulu.

Selepas itu, lebih kurang jam 1.30 petang pula, di Balai Seni depan masjid Zahir dimana tempat di Kedah yang membuatkan aku terkenang nostalgia lama oleh kerana pelbagai benda antaranya tempat aku bergambar dengan mantan perdana menteri.

Disana pula, Sultan Kedah malas nak datang jadi Sultan Kedah mengirimkan puterinya untuk melihatkan kereta-kereta yang rakyatnya persembahkan.Puteri Sultan Kedah ini aku pernah jumpa dulu masa jubli emas pemerintahan Sultan Kedah yang ke-50.Tapi aku lupa namanya tapi selepas ditanya ayah aku, ayah aku telah ingatkan kembali namanya iaitu Tunku Intan Shafinaz.

Selepas aku pun bertolak balik ke Kuala Lumpur...

Aku dengan senang hatinya mungkin akan membuka satu lagi page berisi gambar-gambar ketika berada di galeri di Istana Arau dan koleksi-koleksi kereta-kereta vintaj yang mengikuti rally terbabit.

Lagi satu benda aku nak cakap dalam rally ini, benda paling best sekali bagi aku adalah ketika berada di rumah kebajikan Kenangan, walaupun banyak lagi acara pada rally ini seperti santapan diraja, tapi aku cukup suka ketika berada disana.Mungkin sebab aku suka acara di sana adalah aku tak pernah pergi kot...Sebab santapan diraja dan lain-lain aku dah selalu pergi dah...

Tuesday, May 18, 2010

Piala Thomas...Highlight Malaysia

Walaupun sudah 2 hari berlangsung kejohanan terulung untuk sukan badminton, Piala Thomas di Kuala Lumpur namun bahangnya masih terasa sehingga saat ini.Rasa kecewa menyelubungi rakyat Malaysia kerana skuad piala Thomas dan Uber gagal masuk ke final apatahlagi untuk menjuarainya.

Pada hari ini aku hanya ingin fokus Piala Thomas kerana pertandingan Piala Uber aku tidak berminat oleh kerana skuad piala Uber negara kalah awal ketika menentang Indonesia dimana kekalah 3-0 oleh Malaysia.

Namun skuad piala Thomas kebangsaan lebih menyerlah apabila berjaya ke peringkat separuh akhir menentang China dimana kita kalah 3-0 menerusi Chong Wei, Kien Kiat/Boon Heong dan Wong Choong Han.

Kita imbas kembali perjalanan skuad piala Thomas dari awal hingga tersungkur di tangan China...

Pada perlawanan pertama negara pada hari pertama kejohanan berlangsung, Malaysia sepatutnya menentang Nigeria namun oleh kerana pasukan Nigeria tersekat di Lapangan Terbang atas faktor cuaca, skuad Nigeria tidak sampai hingga masa perlawanan menyebabkan Badminton World Federation ( BWF ) memberikan kemenangan percuma 5-0 kepada Malaysia.

Selepas perlawanan pertama dibatalkan, Malaysia yang berada di kumpulan B perlu bersaing dengan Jepun yang juga berada di kumpulan yang sama.

Menerusi perseorangan pertama, Chong Wei mudah menundukkan lawannya, Kenichi Tago 21-12 dan 21-13.Lawannya dilihat memang mudah mengawal permainan pada kedua-dua set.Selepas itu, Beregu negara, Kean Keat dan Boon Heong menentang dua pemain Jepun, dimana Malaysia sekali lagi memungut mata dengan kemenangan 21-13 dan 21-17.

Jepun mencari mata pertama mereka menerusi Sho Sasaki yang berjaya memenangi perlawanan menetang Wong Choong Han dimana pemain Jepun terbabit memenangi 17-21 dan 18-21.Seterusnya beregu kedua negara, Fairuzizuan Tazali dan Zakry Latif juga kecundang menentang Kenichi Hayakawa dan Kenta Kazuno 15-21 dan 12-21.

Perlawanan akhir dimana seluruh rakyat Malaysia mengharap supaya Malaysia menang kecundang apabila kalah dimana pemain negara, Hafiz Hasyim ditewaskan Shoji Sato 10-21,21-14 dan 18-21.

Walaubagaimanapun, Malaysia tetap berjaya memasuki pusingan suku akhir dimana pada malam mencabut ''draw'' untuk menentukan perlawanan, aku lihat ramai orang gelabah apabila melihat China dan Denmark masih tiada lawan masing-masing dan Malaysia dan Korea masih belum dicabut undi.Kelihatan Rosmah Mansor tersenyum menantikan keputusan, namun keputusan memihak kepada negara apabila perlu menentang Denmark.

Pada malam tersebut, aku pergi ke Bukit Jalil untuk menyaksikan perlawanan diantara Malaysia menentang Denmark oleh kerana kawanku, Harith mempunyai pas.Hampir separuh stadium diduduki oleh penyokong yang majoritinya dibentuk oleh penyokong kebangsaan.

Perlawanan pertama Chong Wei lega apabila senang mengalahkan Peter Gade 17-21 dan 17-21.Beregu negara juga menundukkan dengan mudah Carsten Mogenson dan Mathias Boe 17-21 dan 19-21.

Denmark mula mendapat mata menerusi Jorgenson yang menentang Choong Han dimana pemain Denmark terbabit memenangi perlawanan 22-20, 16-21 dan 21-18.

Rexy Mainaky membuat pertukaran pemain pada beregu kedua negara dimana menggantikan Fairuzizuan dengan Thien How, walaubagaimanapun mereka kalah 24-26,21-12 dan 21-19 dari Laars Paarske dan Jonas Rasmussen.

Hafiz Hasyim muncul wira Malaysia apabila berjaya memenangi perlawanan Joachim Persson dengan persembahan yang konsisten dimana Hafiz menang mudah 12-21 dan 10-21 terhadap pemain Denmark dan terus ke Separuh Akhir menentang China.

Menentang China, pemain yang memenangi sukan Olimpik, Lin Dan beraksi menentang jaguh negara, Lee Chong Wei dimana Lin Dan memecah rekod Chong Wei apabila memenangi perlawanan menentang Chong Wei di tempat sendiri 21-17 dan 21-8.

Komen aku disini ketangkasan Lin Dan memang tidak dapat dinafikan lagi, ''smash''nya ditakuti oleh Chong Wei dimana Chong Wei banyak bermain di jaring kerana takut akan ''smash'' Lin Dan yang begitu tepat dan kuat.

Selain itu, kesilapan yang dilakukan oleh Lee Chong Wei juga banyak menyumbang mata kepada Lin Dan menerusi kesilapan di net dan keluar garisan.Namun paling menyedihkan adalah keluar dari garisan yang begitu banyak kesilapan dilakukan.

Yun Cai dan Haifeng Fu mewakili China untuk menentang beregu negara, dimana dengan mudah mereka menewaskan pemain negara 21-15 dan 21-10.Aku lihat chemistry kedua-dua pasukan bagus dan paling mengkagumkan adalah pukulan ''smash'' Boon Heong yang tak dinafikan lagi diantara yang terkuat di dunia dimana telah dicatatkan rekod dimana pukulan ''smash'' Boon Heong 421 km/s.

Harapan negara makin pudar dimana Chen Jing mudah menundukkan Choong Han 21-16 dan 21-7 sekaligus meranapkan terus harapan negara menjulang trofi yang tidak dibawa balik selama 18 tahun.

Kempunan negara terus berlanjutan ke tahun 2012 ( sempat kerr ) dimana sampai 2 dekad trofi terbabit tidak dijulang dimana kali terakhir dijulang adalah pada tahun 1992.

Saturday, May 15, 2010

Lesen Judi Piala Dunia : Wajar atau Tidak Wajar

Baru-baru ini kedengaran dari ucapan menteri kewangan kedua negara, Datuk Awang Adek Hussein menyatakan ingin mempertimbangkan permohonan pihak yang ingin menganjurkan pertaruhan untuk Piala Dunia yang akan bermula lebih kurang 4 minggu lagi.

Katanya, jika pihaknya mengeluarkan lesen ini maka jumlah wang yang dibelanjakan untuk itu dapat diketahui.Katanya lagi jika tidak mengeluarkan lesen pun aktiviti pertaruhan ( haram ) tetap akan berjalan.

Namun selepas beberapa hari kenyataan itu dikeluarkan, orang ramai mula memberikan respon negatif terhadap kenyataan itu dengan mengatakan bahawa ia boleh merosakkan akidah selain aktiviti itu membazir wang.

Jadi selepas itu cerita untuk memberikan lesen piala dunia terkubur dengan tiada maklum balas dari pihak kementerian Kewangan.Adakah wajar pemberian lesen judi piala dunia???

Bagi pendapat peribadi aku adalah lesen pertaruhan piala dunia lebih baik diberikan daripada aktiviti pertaruhan ini berjalan secara haram di negara kita.Setiap kali acara-acara sukan besar berjalan selalunya tersiar dikaca TV apabila polis menangkap sindiket pertaruhan piala dunia.

Contohnya adalah pada tahun 2008 apabila berlangsungnya Piala Eropah dimana polis berjaya memberkas sindiket judi bolasepak terbabit.Dikatakan jumlah pertaruhan dianggarkan bernilai jutaan ringgit.

Apa yang ingin aku katakan jika lesen diberikan atau tidak diberikan aktiviti kurang sihat ini tetap akan berjalan dan jumlah pertaruhan sebenar masih tidak diketahui.Jadi jika lesen dikeluarkan maka kesemua perbelanjaan untuk judi piala dunia akan diketahui kerajaan.

Selain itu, jika lesen diberikan bermaksud kesemua sindiket-sindiket pertaruhan piala dunia yang halal terpaksa membayar cukai kepada kerajaan.Disitu kerajaan boleh mendapat duit lebih untuk kegunaan lain.

Rasanya tak salah kerana ayah aku pernah menceritakan kepada aku dimana suatu ketika dahulu, seorang pemimpin Islam meminta cukai di negerinya dan dia pergi berjumpa dengan orang bukan Islam.

Ketika itu pemimpin itu meminta cukai dan orang kafir tersebut memberikan arak atau babi kepada pemimpin tersebut.Namun pemimpin tersebut tidak mahu dan pemimpin tersebut menyuruh supaya menjualnya dan hasilnya ( wang ) diberikan kepadanya.

Lebih kurang macam itulah ceritanya, dan bercakap kepada orang awam yang mengatakan tindakan itu menggalakkan aktiviti ini kepada orang awam untuk turut serta berjudi terutamanya masyarakat Melayu yang menjadi majoriti di negara ini.

Untuk aku, kalau orang itu ( Melayu-Islam ) nak pergi membuat pertaruhan, Dia tak kisah sah ke haram ke dah ada niat dia akan buat juga.Seperti minuman keras yang dilarang dijual di kawasan majoriti penduduk Islam, kalau dah nak minum arak dekat ke jauh ke dia pergi beli juga.

Bagi aku itu tidak boleh diberikan alasan kerana kalau dah tahu haram tak payahlah pergi main.Bukan alasan kerajaan mengalakkan aktiviti perjudian berleluasa dengan secara sah namun hasil daripadanya boleh dibuat pembangunan yang memberi faedah kepada kita.

Itulah pendapat aku tapi aku tak tahu pendapat anda semua, jangan kata aku ini nak lawan Islam tapi untuk kepentingan bersama.Mungkin wang itu boleh tingkatkan mutu sukan negara seperti Badminton dimana kita kalah 3-0 di tangan China...

Monday, May 10, 2010

Pameran Keranda di Muzium Negara

Pada hari Sabtu yang lalu, disebabkan aku tak ada program pada hari tersebut aku pun teringat yang ada Pameran Keranda di Muzium Negara apabila terbaca iklan mereka di sebuah akhbar Melayu.

Ketika aku pergi ke sana lebih kurang jam 3.00 dan sampai ke Muzium Negara jam 3.30.Keadaan cuaca di sekitar Kuala Lumpur tidak baik oleh kerana hujan turun dengan lebat.

Sesudah sampai di sana, agak susah untuk mencari tapak meletak kenderaan ini adalah kerana banyak tapak meletak kereta diisi oleh orang-orang yang datang untuk melihat pameran Keranda berkenaan.

Disebabkan hari yang aku pergi melawat pameran terbabit hari minggu, ramai juga orang hadir ke pameran tersebut tidak lupa juga pelajar-pelajar dari sekolah lain.Ini kerana aku lihat banyak bas-bas sekolah diletakkan disana.Pelancong-pelancong dari negara lain juga datang melihat pameran tersebut.

Setelah selesai mendapat tempat kereta, aku terus ke tempat pameran terbabit berlangsung.Pameran Keranda ini hanya berlangsung dari 1 April hingga 20 Jun 2010.Jadi kepada sesiapa yang berminat bolehlah pergi.

Bayaran masuk pula amat murah iaitu Rm 2 kepada semua orang dewasa dan kepada kanak-kanak, PERCUMA...Jadi bolehlah bawa keluarga anak meluangkan masa disitu.Walaubagaimanapun, nasib tak menyebelahi aku apabila aku bawa SLR aku menyebabkan aku kena bayar Rm 3.Jadi bawalah kamera sekecil yang boleh.

Didalam sana ada berbagai-bagai artifak-artifak yang dikutip dari zaman dahulu kala.Banyak maklumat-maklumat yang aku tak tahu dapat diperolehi dari situ.Tetapi perlu adalah sedikit sebanyak asas-asas ilmu Sejarah.

Paling menarik sekali adalah apabila aku berjaya melihat sebuah keranda emas 14 karat yang dipamerkan disana.Memang cantik gila keranda terbabit.Aku dengar cerita keranda terbabit bernilai ratusan ribu ringgit.

( Kalau mati letak dalam keranda emas sekalipun tapi kalau tak buat amal ibadat buat apa...Baik dulu dalam keranda kayu, macamana pun sama juga...Tapi ingat...Harta boleh bawa matiii...Hehehe... )

Macam-macam lagilah benda menarik yang ada disana namun aku tidak mahu tunjuk oleh kerana aku ingin menyuruh kalian supaya ke Muzium Negara melihat sendiri.Kalau aku nak cerita satu persatu boleh sebab semua benda aku ambil gambar.

Untuk mengatakan keseronokan di pameran tersebut, aku telah membuka sebuah lagi page yang mengandungi kurang sebahagian daripada artifak yang dipamerkan terbabit.Jadi bolehlah cuci-cuci mata sedikit.

Page : Pameran Keranda

Selepas sempat lagi aku melawat Pameran ASEAN berdekatan tempat pameran Keranda terbabit.Tak ada apa-apa pun namun aku suka tandatangan yang ditandatangani 5 pemimpin ASEAN.

Monday, May 3, 2010

Konvoi Kereta Klasik ke Istana

Pada 1 Mei, pemilik-pemilik kereta klasik telah membuat satu acara konvoi ke Ipoh,Perak.Ia disertai lebih kurang 30 orang dengan 15 buah kereta menyertainya yang kesemuanya kereta-kereta klasik.

Ketika lebih kurang jam 9.15 pagi, kesemua aku sudah sampai ke tempat berhimpun iaitu di kedai minyak Esso di sebelah Sunway Pyramid.Ketika itu, cuma ada sebuah Rolls Royce Conrniche yang sudah tiba disana.

Tetapi pada jam 9.45 hampir kesemua tiba dengan membawa kereta-kereta Rolls Royce,Mercedes,Chevrolet,BMW,Ferrari dan bermacam jenis nama tetapi model aku tak berapa tahulah.Tapi antara yang banyak Rolls Roycelah.

Pada mereka yang tidak tambah minyak lagi, mereka mengambil kesempatan menambah minyak mereka di stesen minyak Esso.Kira hampir satu stesen minyak itu penuh dengan kereta-kereta antik.

Setelah selesai mengisi minyak di situ.Tepat jam 10.00 kesemua kereta bergerak yang dipimpin oleh tauke News Straits Time yang dibuang gara-gara ingin lawan kerajaan.Kesemua 12 buah kereta bergerak dengan lancar.

Untuk tujuan berhati-hati, penaja konvoi ini telah menyediakan sebuah lori pengangkut kereta.Ini kerana jika mana-mana kereta rosak, maka lori ini bolehlah mengangkat kereta terbabit ke atas.Biasalah kereta lama, jika kereta F1 pun boleh rosak ini pula kereta lama...

Ketika di jalan raya dari belakang aku tengok sebuah Ferrari merah ( gambar ) memecut laju di jalan raya.Aku tak tahu tuannya nak pergi mana, tetapi selepas diselidik rupanya tuannya ni tayang kereta sahaja masa berhimpun.

Biasalah orang kaya, setakat nak pergi Penang dengan Ferrarinya tak ada masalah walaupun minyak mahal tol pun kena bayar.Poket tebal...Carret gilaa...

Setelah 40 minit kereta berjalan, kesemua kereta-kereta ini berhenti di perhentian R&R Tapah untuk merehatkan kenderaan masing-masing.Kereta lama ini sebenarnya tak boleh bawa lama-lama.Berhenti lebih kurang 25 minit.

Aku nyaris-nyaris ditinggalkan gara-gara aku pergi ke tandas selepas 20 minit berhenti.Ketika aku datang itu cuma tinggal satu kereta yang tunggu aku.Aku pun tumpanglah kereta terbabit dan bagusnya kereta tersebut adalah kereta itu adalah antara paling laju.

Ini kerana aku gila terkejut kereta tahun 60-an boleh mencecah 60 batu dalam masa 7 saat sahaja.Dan top speed yang pemandu itu buat masa aku tengok adalah 110 batu lebih kurang 170 km sejam.Jadi tak ada masalahlah hendak berada di belakang kereta-kereta yang pergi awal.

Selepas 35 minit kereta bergerak akhirnya sampai ke tol terakhir dimana polis sudah menunggu untuk mengiringi kami ke bandar Ipoh.Kira semua pemilik-pemilik kenderaan berhenti di bahu jalan menunggu kereta-kereta yang lain.

Setelah kesemua kereta disahkan ada, mata-mata telah bersiap sedia memakai helmet untuk mengiringi kami ke bandar Ipoh.Aku cukup suka bila polis iringi kereta aku, sebab-sebanya adalah ;

Bila polis sudah escort kenderaan, benda yang bestnya jika lalu dekat highway adalah tak payah bayar tol.Ini pernah terjadi apabila penaja telah memanggil polis untuk escort kami jadi tak payah bayar tol.kosnya lebih kurang Rm 1200 dan jika ada 20 kereta, kalau pergi jauh-jauh memang untung...

Selain itu, bila polis escort kita akan anggap laluan kita punya.Polis akan halau semua kereta-kereta yang ada dilaluan kita supaya ketepi dan kita boleh bergerak dengan sempurna tanpa gangguan.

Aku cukup suka tengok mereka himpit kereta supaya ketepi.Kadang-kadang agak biadap cara mereka menyuruh pemandu kenderaan lain supaya memberi laluan.Maklumlah, polis trafik ini ada latihan special.

Seterusnya adalah bila ada traffic light, kalau lampu bertukar merah tak perlu berhenti pun.Pemandu kenderaan lain kena bagi laluan dekat kita dan polis akan tahan sampai semua pemilik kereta antik pergi.

Tapi paling menakjubkan pernah aku tengok bahawa polis yang tunggang motosikal yang mempunyai 2 tayar boleh berdiri dengan tangan memberi isyarat kepada kereta lain dan kelajuannya agak aku lebih kurang 130 km.

Selepas itu, polis itu terus membawa aku dan pemandu-pemandu kereta lain ke Istana Raja Dihilir, di Ipoh,Perak.Sampai disana tak salah aku jam 1.30 petang.Ketika aku masuk ke Istana Raja Dihilir terbabit, aku nampak banyak kereta mini dan aku juga terpandang Z4.

Disana Duli Yang Amat Mulia ( D.Y.A.M ) Tuanku Raja Jaafar Raja Muda Musa iaitu Raja dihilir negeri Perak telah menunggu ketibaan kami semua yang menaiki kereta klasik masing-masing...*** Tuanku tunggu kami bukan kami tunggu tuanku...Hehehe

Selepas kesemua sampai, pakat-pakat turun kereta dan semua manusia yang menyertai konvoi pergi bersalaman dengan raja.Seperti biasalah, kesemua peserta angkat sembah dahulu kepada raja baru salam.

Selepas itu, Tuanku pun pusing tengok kereta-kereta yang menarik perhatian Tuanku.Agak lama juga tuanku melihat kereta-kereta yang dibawa dari Kuala Lumpur kebanyakkannya.Ada lebih kurang 3 biji kereta yang join dari Ipoh.

Aku pun apa lagi dah nampak Tuanku tengah happy, aku terus mengambil kesempatan terbabit dengan tuanku disitu untuk bergambar.Dengan perkataan relax yang tuanku keluarkan dapat dilihat kegembiraan tuanku.

Kami pun dapat makan setelah Tuanku Raja Jaafar selesai melihat kereta-kereta yang dipamerkan di istananya.Jam 2.00 petang baru kami dapat makan tengah hari kami.Memang balun habis makan disana.Masakan simple tapi sedaplah.

Habis makan nasi di sana ketika jarum jam menunjukkan jam 2.40 tiba-tiba hujan turun.Aku agak bengang kerana tak dapat pusing-pusing istana.Manalah tahu nampak Quattroporte ka...Phantom ka...Boleh ajak tuanku pusing-pusing...Hehehe...

Tepat jam 3.20 pengumuman dibuat supaya pada jam 3.30 kesemua empunya-empunya kereta supaya balik ke kereta untuk meneruskan perjalanan walaupun hujan begitu lebat pada ketika itu.

Perjalanan seterusnya juga diiringi polis untuk bersiar-siar bersama Tuanku ke Lumut,Perak dengan menaiki kereta mini tuanku yang aku lupa nak ambil gambar.Tapi ada juga gambar Tuanku punya kereta aku dapat tangkap.

Hampir 3 daerah kami jajahi sehingga tiga unit polis tukar terpaksa ditukar mengiringi kami ke Lumut,Perak.Aku agak pelik apabila jalan yang kami lalui itu kereta sikit-sikit.Ada motosikal sikit dibahu jalan.

Tapi paling pelik masa ke Lumut ada jalan yang tak ada apa-apa.Kereta tak ada, motosikal tak ada malahan signboard pun tak ada.Bagai jalan itu aku yang punya.

Dari Ipoh hingga ke Lumut mengambil masa lebih kurang 1 jam.Setelah 1 jam berlalu, akhirnya sampai juga ke destinasi yang ingin aku tuju iaitu sebuah hotel di Lumut dimana aku lupa nama hotelnya.

Sampai sana lebih kurang jam 4.30 petang jadi terus beramai-ramai bersama Tuanku Jaafar minum petang ( gambar ) di hotel terbabit.Ada juga yang terus ambil beg dan terus masuk bilik dan tidur kerana kepenatan.

Salah seorang manusia yang tidur adalah aku kerana penat.Maklumlah tidur lewat hingga jam 3.30 pagi bangun awal pagi untuk berhimpun beramai-ramai di Sunway.Memang mengantuk yang amatlah.

Aku tidur dalam bilik hotel sorang-sorang sampai jam 6.00 petang dimana ayah aku ketuk bilik hotel supaya buka pintu dimana ketika itu aku sedang nyenyak tidur.Oleh kerana aku terjaga dari tidur, aku terus tukar pakaian dan turun ke bawah.

Namun niat aku untuk bersiar-siar di tepi pantai yang indah tidak dapat dilakukan akibat hujan yang amat lebat.Jadi aku pun minum petang sekali lagi.Malangnya teh yang aku minum tak ada gula akibat gula yang disediakan dihurungi oleh semut.( betul ka perkataan aku guna ni ).

Selepas Maghrib, ada pula makan malam di rumah OBJ Manjung ( Orang Besar Jajahan ) yang aku tak tahu namanya namun setelah diselidik namanya adalah Toh Muda Orang Kaya-Kaya Laksamana Raja Mahkota Mohd Khairi Bin Ahmad Tazali ( gambar yg memakai baju belang ) dimana tempat kami menginap dan kediaman rasminya jauhnya lebih kurang 200 meter.

Makan malam tersebut juga Tuanku Raja Dihilir hadir untuk makan malam bersama-sama tetamu tuanku.Acara makan malam bermula pada jam 8.15 malam dimana Tuanku Jaafar merasmikannya.

Setelah selesai makan-makan di rumah OBJ Manjung terbabit.Aku tidak berganjak dari kerusi aku walaupun semua sudah selesai makan.Manakala Tuanku Jaafar bersembang dengan tetamu-tetamunya.

Ada liveband pada masa tersebut jadi lebih meriahlah makan malam terbabit.Aku pun dengarlah walaupun hampir kesemua lagu yang didendangkan lagu 50-an dimana aku tak pernah dengar langsung.

Ramai juga tetamu-tetamu kehormat berkaraoke mengeluarkan suara mereka untuk dipersembahkan kepada Tuanku Raja Jaafar.Malahan OBJ Manjung juga sempat berkaraoke dua lagu.

Paling menggemparkanlah apabila Tuanku Raja Jaafar berdiri keluar dari meja makan untuk berkaraoke.Aku tak jangka yang Tuanku menyanyikan lagu kerana ingatkan Tuanku nak ucapkan sesuatu.

Tetapi paling aku terkejut adalah apabila Tuanku Raja Jaafar yang berusia 69 tahun ini menyanyikan lagu Indonesia iaitu lagu Cari Jodoh dari kumpulan Wali.Aku terpegun apabila Tuanku dapat menyanyikan keseluruhan lagu terbabit dengan betul dan dichorusnya Tuanku nyanyi dengan betul dengan irama yang sama.

Aku mula-mula nak gelak tapi disebabkan ramai orang aku hanya tersenyum bagai orang gila.Takkan aku nak gelak depan Tuanku nanti murka mampus aku.Kena buang negeri jawabnya.

Selepas itu, Tuanku menyanyi lagi sebuah lagu Inggeris yang aku tak tahu tajuknya.Aku ada nawaitu nak nyanyi tapi takut nanti aku dah tak boleh sekolah dengan Seafield lagi...Takut kena pindah Ipoh pula...Hehehe...

Aku mempunyai niat ingin membeli gula-gula namun disebabkan Tuanku buat persembahan aku tak mahu keluar lagi la.Aku pun tunggu dan ketika aku keluar ke Seven Eleven terbabit aku terlihat disebuah kedai makan Itali ada 2-3 orang yang sama-sama mengikuti konvoi lepak disana tengok Premier League...

Dah sampai pukul 10.30 pun Tuanku Raja Jaafar tak balik lagi aku pun terus cabut la.Malas nak tunggu lama-lama buang masa saja.Jadi aku pun kembali ke hotel dan terus pack barang dan meneruskan perjalanan aku ke ......