Sunday, April 11, 2010

Negeri Sembilan Menang,Kedah Kecundang

Ketika aku menonton televisyen di rumah aku, aku bertanyakan kepada ayah aku tentang tiket Final Piala FA yang menyaksikan pasukan negeri kelahiranku, Kedah menentang Negeri Sembilan di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Nasibku baik kerana ayah aku mendapat tiket percuma dari kawannya jadi terus bersiap untuk ke stadium Bukit Jalil.Masuk sahaja di perkarangan stadium suasana begitu meriah dengan sorakan kedua-dua penyokong.

Peniaga-peniaga disitu mengambil kesempatan berniaga kerana jumlah penyokong kedua-dua pasukan lebih kurang 70,000.Walaupun tidak jauh, namun penyokong Negeri Sembilan kecil berbanding penyokong Kedah yang datang lebih 400 km.
Ketika hendak masuk ke dalam stadium tiba di tempat pemeriksaan, pihak FAM telah membuat sesuatu tindakan iaitu memberikan UV scanner kepada penjaga tiket.Jadi tindakan ini boleh mengurangkan tiket palsu.

Masuk sahaja di dalam stadium skuad Kenari dan Rusa sudah memenuhi tempat duduk stadium.Kesemua tempat duduk penuh dengan penyokong kedua-dua pasukan.Kelihatan para penyokong Negeri Sembilan mengibarkan bendera.

Selepas menyanyikan lagu "Negaraku", kesemua 11 pemain dari Negeri Sembilan dan Kedah sudah bersiap sedia di padang menunggu tiupan wisel dari pengadil sahaja.

Tiupan wisel dari pengadil dimulai oleh pemain Negeri Sembilan dan perlawan bermula dengan rancak dengan keriuhan penyokong kedua-dua pasukan.

Namun pada minit ke 27, penyokong Kedah menjerit kegembiraan apabila pemain pasukan mereka telah menjaringkan gol.Aksi Kedah tidak konsisten selepas jaringan gol tersebut yang menunjukkan Negeri Sembilan banyak melakukan serangan.

Penyokong skuad Rusa pula meraikan gol jaringan Shaffik Rahman yang meletakkan Negeri Sembilan terikat dengan Kedah 1-1 sehingga tamat separuh masa yang pertama.

Pada separuh masa kedua, kedua-dua pasukan melakukan serangan dan permainan pasukan yang berentap dilihat konsisten.Walaubagaimanapun dilihat pengadil seakan-akan berat sebelah terhadap Kedah ( walaupun pergi menyokong Kedah ).Keputusan 1-1 tamat hingga 90 minit permainan.

Ini memaksa pasukan Negeri Sembilan dan Kedah meneruskan perlawanan di masa tambahan 30 minit namun keputusan tidak memihak kepada sesiapa.Penyokong Hoben Jang Hoben serta Hijau Kuning ternanti-nanti sepakan penentuan penalti.
Sesuatu yang menggembirakan apabila sepakan dibuat di gawang gol sebelah aku jadi ini menyebabkan aku senang untuk melihat sekaligus aku merakam hampir kesemua sepakan penalti diambil kedua-dua pasukan sambil berharap Kedah membawa pulang piala tersebut.

Lihatlah video dibawah, dimana sepakan penalti oleh pemain Negeri Sembilan hanya singgah ke tangan penjaga gol Kedah.Namun salah seorang pemain Kedah membuat kesilapan.Selepas itu tiba giliran pemain Negeri Sembilan yang melakukan kesilapan.Kedah berada di puncak namun tindakan memberi penjaga gol, Helmi Eliza Elias mengundang padah apabila tendangannya tersasar membuatkan penyokong Kedah tergamam seketika.Sepakan penalti dari pemain Kedah dapat ditepis oleh penjaga gol Negeri Sembilan sekaligus menakhiri episod yang menyaksikan Negeri Sembilan menang 5-4 hasil penentuan penalti.



No comments:

Post a Comment

Dipersilakan Komen