Monday, April 19, 2010

Lotus F1 Gagal...Mana Silapnya?

Tindakan Petroliam Nasional ( Petronas ) tidak menaja Lotus F1 Racing amat bertepatan dengan prestasi buruk pasukan yang dipandu oleh pemandu dari Finland, Heikki Kovalainen dan Jarno Trulli dari Itali.

Hari Ahad yang lepas, aku baru saja lepas menonton perlumbaan Formula 1 di GP Shanghai, China dan persaingan amat sengit oleh kerana faktor cuaca yang tidak menentu membuatkan pemenang pada perlawanan tersebut tidak dapat dijangka.

Bagaimanapun, pasukan yang dibiayai oleh kerajaan Malaysia masih dibelenggu masalah.Masalah yang dapat dilihat dari jentera Lotus ialah masalah mekanikal enjin dan sebagainya.

Jadi disini apa yang aku ingin salahkan tentang kenderaan Lotus ini adalah enjinnya yang dibuat dari Cosworth dari England.Ini kerana pemandu Lotus yang tidak menamatkan perlawanan kebanyakkan berpunca dari masalah enjin.

Kebanyakkan enjin buatan Mercedes,Renault,Ferrari adalah jauh lebih baik jika dibandingkan dengan enjin buatan Cosworth.Lihat saja jentera-jentera yang dibuat oleh Merc,Renault dan Ferrari selalunya menamatkan perlawanan.

Aku tidak ingin menyalahkan seratus peratus kepada Cosworth ini kerana badan kepada jentera Formula 1 Lotus juga mempunyai pengaruh tentang prestasi perlawanan.Jika kesemuanya dibuat dengan betul, jentera Lotus pasti akan menamatkan saingan di tempat yang baik.

Sebelum itu, aku ingin bandingkan jentera Formula 1 yang enjinnya dibekalkan oleh Cosworth pada 4 perlumbaan yang telah berlangsung baru-baru ini.
GP Bahrain

10. Rubens Barrichello - William-Cosworth
14. Nico Hulkenberg - William-Cosworth
15. Heikki Kovalainen - Lotus Cosworth
17. Jarno Trulli - Lotus Cosworth

Bruno Senna dan pemandu India, Karun Chandok dari pasukan HRT-Cosworth tidak berjaya menamat perlumbaan.Manakala dua pemandu Virgin-Cosworth iaitu Timo Glock dan Lucas di Grassi juga gagal menamatkan perlumbaan.

Ini pula aku ingin gabungan 10 pelumba yang berjaya menamatkan perlumbaan di GP Bahrain dari jentera yang enjinnya dibuat dari Ferrari,Mercedes dan juga Renault ;

GP Bahrain

1. Fernando Alonso - Ferrari
2. Felipe Massa - Ferrari
3. Lewis Hamilton - Mclaren-Mercedes
4. Sebastian Vettel - RBR-Renault
5. Nico Rosberg - Mercedes GP
6. Michael Schumacher - Mercedes GP
7. Jenson Button - Mclaren-Mercedes
8. Mark Webber - RBR-Renault
9.Viantonio Liuzzi - Force India-Mercedes
11. Robert Kubica - Renault

Kedudukan GP Bahrain selepas tamat perlumbaan kebanyakkan pelumba yang berjaya mendapatkan kedudukan terbaik adalah dari kalangan pelumba Ferrari,Mercedes dan juga Renault.

Sementara pemandu-pemandu pasukan seperti William-Cosworth,Lotus-Cosworth,Virgin-Cosworth,HRT-Cosworth menamatkan perlumbaan di kedudukan terbelakang sekali.Walaubagaimanapun, mereka mengklasifikasikan pasukan Lotus adalah pendatang terbaik musim ini.

Tetapi tidak mengapa, aku ingin menunjukkan keputusan perlumbaan F1 di GP Shanghai, China pula.Sebenarnya aku ingin menyenaraikan kesemua keputusan perlumbaan pada musim ini namun masa tidak mencukupi.

Jadi dibawah ini, aku ingin mempamerkan kedudukan perlumbaan oleh pelumba-pelumba yang menggunakan enjin Ferrari,Renault dan Mercedes di Shanghai 18 April yang lalu ;

1. Jenson Button - Mclaren-Mercedes
2. Lewis Hamilton - Mclaren-Mercedes
3. Nico Rosberg - Mercedes GP
4. Fernando Alonso - Ferrari
5. Robert Kubica - Renault
6. Sebastian Vettel - RBR-Renault
7. Vitali Petrov - Renault
8. Mark Webber - RBR-Renault
9. Felipe Massa - Ferrari
10. Michael Schumacher - Mercedes GP

Diatas ini adalah keputusan perlumbaan F1 GP Shanghai, di sebelah bawah ini pula aku sertakan keputusan pelumba yang menggunakan enjin Cosworth ;

12. Rubens Barrichello - William-Cosworth
14. Heikki Kovalainen - Lotus-Cosworth
15. Nico Hulkenberg - William-Cosworth
16. Bruno Senna - HRT-Cosworth
17. Karun Chandok - HRT-Cosworth

Timo Glock dan Lucas di Grassi dari pasukan Virgin-Cosworth gagal menamatkan perlawanan ekoran masalah teknikal.Manakala pelumba Lotus-Cosworth, Jarno Trulli gagal menamatkan perlawanan atas sebab masalah hidraulik.

Apa yang aku ingin simpulkan disini adalah enjin adalah salah satu komponen paling penting sesebuah jentera.Ini kerana kelajuan sesebuah jentera banyak bergantung kepada enjin keretanya.

Kedudukan pelumba-pelumba dari pasukan seperti Mercedes,Mclaren,Ferrari,Renault dan pasukan yang menggunakan enjin pasukan diatas hampir kesemuanya menamatkan saingan.

Malahan, perlumbaan di Bahrain,Australia,Malaysia dan China kesemuanya dimenangi oleh pasukan yang menggunakan enjin Ferrari,Renault dan Mercedes.Ini menunjukkan prestasi pelumba yang terbaik menggunakan enjin di atas.

Ada juga orang yang menyalahkan Lotus oleh kerana salah mengambil pemandu untuk pasukan Lotus.Aku tidak menggangap ia kesilapan bagi Lotus F1 mengambil Trulli dan Kovalainen untuk memandu jentera mereka.

Ini kerana Trulli sebelum ini mempunyai prestasi yang baik sebelum menyertai Lotus F1.Malah pengalamannya juga tak dapat dinafikan apabila pernah berlumba 223 perlumbaan dan mata sepanjang karier Trulli adalah 246.5 mata.

Heikki Kovalainen pula pernah memandu jentera Renault bersama Fernando Alonso.Mclaren Mercedes juga mengambil Kovalainen sebagai gandingan kepada Lewis Hamilton namun mata keseluruhan musim 2009 keseluruhan tidak memberangsangkan.

Pemandu pasukan Red Bull, Sebastian Vettel yang baru bergiat dalam bidang F1 ini mempunyai prestasi terbaik bersama pasukannya di mana berjaya memperoleh tempat ke-2 musim lalu dengan 84 mata.

Ini menunjukkan pemandu adalah bukan masalah utama kepada pasukan dan pemandu lama juga boleh meneruskan karier mereka tanpa sebarang masalah.Apa yang menjadi masalah utama ialah tentang prestasi sesebuah jentera.

Seperti yang aku katakan, enjin adalah pemacu utama kepada sesebuah kenderaan.Jadi tindakan yang paling tepat untuk memberikan persembahan terbaik jentera di litar adalah dengan mengambil pereka enjin samaada Ferrari,Mercedes mahupun Renault.

Faktor strategi sesebuah pasukan bagi aku tiada masalah, ini kerana ketua pasukan yang juga pengatur strategi, Mike Gascoyne mempunyai pengalaman yang luas di dalam litar.Walaubagaimanpun, jangan dipandang rendah tentang kepentingan strategi.Ini kerana strategi juga penting bagi mengatur setiap langkah untuk terus berada dihadapan.

Antara sebab-sebab mengapa Jenson Button memenangi perlumbaan F1 di GP Shanghai adalah kerana pertukaran tayar basah.

Keberanian seseorang pemandu juga adalah penting untuk memintas pelumba yang lain.Ini kerana mereka perlu berani menanggung risiko jika tindakan mereka tidak menjadi.Contohnya hendak memotong, tetapi dihadapan ada selekoh, takut akan brek tak sempat jadi pelumba tidak akan memintas.

Kesimpulannya disini adalah kerajaan perlu memperuntukkan wang lebih untuk menukar enjin jenteranya di samping mencari setiap kelemahan pada badan jentera Formula 1 itu.Jangan hanya ada lambang "1Malaysia" tetapi dipandang rendah lebih 1 billion penonton.

No comments:

Post a Comment

Dipersilakan Komen