Friday, April 30, 2010

Roadtax Rolls Royce

Ketika turun ke bawah sebentar tadi aku terlihat sebuah sampul surat di meja rumah aku.Aku pun apalagi bukalah envelope tu.Ketika buka aku lihat ada 2 pucuk surat di dalam envelope terbabit dan aku terus melihat isi kandungannya.

Ada geran sebuah kereta dan juga sebuah motosikal Honda, ketika membaca kandungan terbabit aku terlihat sesuatu benda yang menarik perhatian aku, ianya di ruang cukai jalan dimana cukai jalan terbabit terlalu mahal.

Berapa harga kereta terbabit, nanti aku ceritakan tetapi aku nak bagi tahu bahawa berapa harga asal sesebuah kereta import yang dijual di Malaysia???

Kereta buatan Malaysia selalunya cukai kereta hanya 45 % sahaja.Namun kereta yang diimport ke Malaysia di bawah 1800 cc lebih kurang 80 % harga jualan.Contoh aku bagi adalah Honda City yang harganya Rm 85,000. Jika tiada cukai di Malaysia harganya lebih kurang Rm 50,000 sahaja.

Dan jika kereta 1800 cc hingga 1999 cc pula, cukai kereta terbabit adalah sebanyak 140 %.Ini bermaksud kerajaan mendapat percuma sebuah kereta setiap pembelian kenderaan yang ccnya tinggi.

Contohnya kereta Corolla Altis yang harganya Rm 120,000 selepas cukai, jika tiada cukai sehingga 140 % harganya amat murah sahaja.Memang kerajaan kapak kaw punya kat kereta ni.

Manakala kereta yang mempunyai enjin berkapasiti 2000 cc hingga 2499 cc akan membayar cukai kepada kastam sebanyak 200 %.Ini pula membawa maksud bahawa setiap pembelian kereta kerajaan akan dapat dua biji.

Seperti kereta Volvo C 70 yang enjin 2400 cc sahaja.Harganya lebih kurang Rm 1o0,000 sahaja namun disebabkan cukai kereta sehingga 200 % ini menyebabkan kereta Volvo C 70 mencecah Rm 350,000.

Begitu juga kereta-kereta Mercedes Benz yang harganya Rm 250,000.Harga sebarnya murah yang amat namun kerana cukai yang dikenakan kerajaan telah membuatkan harga kereta ini mahal.

Sebanyak 250 % dikenakan terhadap kereta yang ccnya 2500 cc hingga 2999 cc.Aku malas nak cakap anda pun tahu kalau kereta-kereta sebegini dikenakan cukai yang terlalu tinggi.

Contohnya BMW 525i yang harganya Rm 450,000.Cukainya sahaja sudah 250 %, jika dikira harga asalnya Rm 150,000 sahaja.Kira ramai orang boleh belilah namun angkara cukainya yang tinggi ia menjadi mahal.

Kereta Jaguar,Audi,Rolls Royce,Bentley,Daimler,Maserati ataupun nama-nama jarang yang didengar dimana enjinnya melebihi 3000 cc mereka perlu membayar cukai kereta itu sebanyak 300 %.Namun aku tak berapa kisah sebab kebanyakkan kereta-kereta yang enjinnya lebihh 3000 cc kebanyakkan kereta mewah.

Sebab itu kereta ini kebanyakkan nilainya mencecah jutaan ringgit, Ini kerana cukai yang dikenakan terlalu tinggi.Aku malas nak tulis contoh-contoh sebab aku bukan pandai Math pun...

Tapi itu semua untuk kereta bukan 4x4 ataupun kereta-kereta yang tinggi.

Kesemua kereta-kereta mewah seperti Ferrari,Lambor,Porsch,Mclaren,Pagani dan lain-lain menggunakan enjin 3000 cc keatas dikenakan 300 % cukai.

Tapi Roadtax pun lain pula, ada kereta meletakkan enjin bercc kecil tinggi seperti Mazda yang meletakkan enjin berkuasa tinggi.Ini membuatkan tax sesebuah kereta itu lain pula.Kalau nak check roadtax boleh klik [ sini ].

Aku nak tunjukkan sebuah kereta Rolls Royce III Cloud yang dibina pada tahun 1964.Harganya aku tak berapa tahu namun enjinnya 6000 cc dan harga roadtaxnya Rm 16,000 setahun.Gila kentang, kalau aku ada baik beli kereta benda yang lebih berfaedah.

Kira kereta lebih 40 tahun lalu roadtaxnya sama dengar Lamborghini yang baru keluar beberapa tahun.

*** Aku tengah menganalisis tentang isu budak kena tembak dengan polis itu.Nanti dah siap kaji inshaalah aku akan terbitkan artikel...Pasti PDRM kena hentam nanti....

Saturday, April 24, 2010

Bahaya Fluorida Di Dalam Ubat Gigi

Klik gambar untuk visual yang lebih besar

Monday, April 19, 2010

Lotus F1 Gagal...Mana Silapnya?

Tindakan Petroliam Nasional ( Petronas ) tidak menaja Lotus F1 Racing amat bertepatan dengan prestasi buruk pasukan yang dipandu oleh pemandu dari Finland, Heikki Kovalainen dan Jarno Trulli dari Itali.

Hari Ahad yang lepas, aku baru saja lepas menonton perlumbaan Formula 1 di GP Shanghai, China dan persaingan amat sengit oleh kerana faktor cuaca yang tidak menentu membuatkan pemenang pada perlawanan tersebut tidak dapat dijangka.

Bagaimanapun, pasukan yang dibiayai oleh kerajaan Malaysia masih dibelenggu masalah.Masalah yang dapat dilihat dari jentera Lotus ialah masalah mekanikal enjin dan sebagainya.

Jadi disini apa yang aku ingin salahkan tentang kenderaan Lotus ini adalah enjinnya yang dibuat dari Cosworth dari England.Ini kerana pemandu Lotus yang tidak menamatkan perlawanan kebanyakkan berpunca dari masalah enjin.

Kebanyakkan enjin buatan Mercedes,Renault,Ferrari adalah jauh lebih baik jika dibandingkan dengan enjin buatan Cosworth.Lihat saja jentera-jentera yang dibuat oleh Merc,Renault dan Ferrari selalunya menamatkan perlawanan.

Aku tidak ingin menyalahkan seratus peratus kepada Cosworth ini kerana badan kepada jentera Formula 1 Lotus juga mempunyai pengaruh tentang prestasi perlawanan.Jika kesemuanya dibuat dengan betul, jentera Lotus pasti akan menamatkan saingan di tempat yang baik.

Sebelum itu, aku ingin bandingkan jentera Formula 1 yang enjinnya dibekalkan oleh Cosworth pada 4 perlumbaan yang telah berlangsung baru-baru ini.
GP Bahrain

10. Rubens Barrichello - William-Cosworth
14. Nico Hulkenberg - William-Cosworth
15. Heikki Kovalainen - Lotus Cosworth
17. Jarno Trulli - Lotus Cosworth

Bruno Senna dan pemandu India, Karun Chandok dari pasukan HRT-Cosworth tidak berjaya menamat perlumbaan.Manakala dua pemandu Virgin-Cosworth iaitu Timo Glock dan Lucas di Grassi juga gagal menamatkan perlumbaan.

Ini pula aku ingin gabungan 10 pelumba yang berjaya menamatkan perlumbaan di GP Bahrain dari jentera yang enjinnya dibuat dari Ferrari,Mercedes dan juga Renault ;

GP Bahrain

1. Fernando Alonso - Ferrari
2. Felipe Massa - Ferrari
3. Lewis Hamilton - Mclaren-Mercedes
4. Sebastian Vettel - RBR-Renault
5. Nico Rosberg - Mercedes GP
6. Michael Schumacher - Mercedes GP
7. Jenson Button - Mclaren-Mercedes
8. Mark Webber - RBR-Renault
9.Viantonio Liuzzi - Force India-Mercedes
11. Robert Kubica - Renault

Kedudukan GP Bahrain selepas tamat perlumbaan kebanyakkan pelumba yang berjaya mendapatkan kedudukan terbaik adalah dari kalangan pelumba Ferrari,Mercedes dan juga Renault.

Sementara pemandu-pemandu pasukan seperti William-Cosworth,Lotus-Cosworth,Virgin-Cosworth,HRT-Cosworth menamatkan perlumbaan di kedudukan terbelakang sekali.Walaubagaimanapun, mereka mengklasifikasikan pasukan Lotus adalah pendatang terbaik musim ini.

Tetapi tidak mengapa, aku ingin menunjukkan keputusan perlumbaan F1 di GP Shanghai, China pula.Sebenarnya aku ingin menyenaraikan kesemua keputusan perlumbaan pada musim ini namun masa tidak mencukupi.

Jadi dibawah ini, aku ingin mempamerkan kedudukan perlumbaan oleh pelumba-pelumba yang menggunakan enjin Ferrari,Renault dan Mercedes di Shanghai 18 April yang lalu ;

1. Jenson Button - Mclaren-Mercedes
2. Lewis Hamilton - Mclaren-Mercedes
3. Nico Rosberg - Mercedes GP
4. Fernando Alonso - Ferrari
5. Robert Kubica - Renault
6. Sebastian Vettel - RBR-Renault
7. Vitali Petrov - Renault
8. Mark Webber - RBR-Renault
9. Felipe Massa - Ferrari
10. Michael Schumacher - Mercedes GP

Diatas ini adalah keputusan perlumbaan F1 GP Shanghai, di sebelah bawah ini pula aku sertakan keputusan pelumba yang menggunakan enjin Cosworth ;

12. Rubens Barrichello - William-Cosworth
14. Heikki Kovalainen - Lotus-Cosworth
15. Nico Hulkenberg - William-Cosworth
16. Bruno Senna - HRT-Cosworth
17. Karun Chandok - HRT-Cosworth

Timo Glock dan Lucas di Grassi dari pasukan Virgin-Cosworth gagal menamatkan perlawanan ekoran masalah teknikal.Manakala pelumba Lotus-Cosworth, Jarno Trulli gagal menamatkan perlawanan atas sebab masalah hidraulik.

Apa yang aku ingin simpulkan disini adalah enjin adalah salah satu komponen paling penting sesebuah jentera.Ini kerana kelajuan sesebuah jentera banyak bergantung kepada enjin keretanya.

Kedudukan pelumba-pelumba dari pasukan seperti Mercedes,Mclaren,Ferrari,Renault dan pasukan yang menggunakan enjin pasukan diatas hampir kesemuanya menamatkan saingan.

Malahan, perlumbaan di Bahrain,Australia,Malaysia dan China kesemuanya dimenangi oleh pasukan yang menggunakan enjin Ferrari,Renault dan Mercedes.Ini menunjukkan prestasi pelumba yang terbaik menggunakan enjin di atas.

Ada juga orang yang menyalahkan Lotus oleh kerana salah mengambil pemandu untuk pasukan Lotus.Aku tidak menggangap ia kesilapan bagi Lotus F1 mengambil Trulli dan Kovalainen untuk memandu jentera mereka.

Ini kerana Trulli sebelum ini mempunyai prestasi yang baik sebelum menyertai Lotus F1.Malah pengalamannya juga tak dapat dinafikan apabila pernah berlumba 223 perlumbaan dan mata sepanjang karier Trulli adalah 246.5 mata.

Heikki Kovalainen pula pernah memandu jentera Renault bersama Fernando Alonso.Mclaren Mercedes juga mengambil Kovalainen sebagai gandingan kepada Lewis Hamilton namun mata keseluruhan musim 2009 keseluruhan tidak memberangsangkan.

Pemandu pasukan Red Bull, Sebastian Vettel yang baru bergiat dalam bidang F1 ini mempunyai prestasi terbaik bersama pasukannya di mana berjaya memperoleh tempat ke-2 musim lalu dengan 84 mata.

Ini menunjukkan pemandu adalah bukan masalah utama kepada pasukan dan pemandu lama juga boleh meneruskan karier mereka tanpa sebarang masalah.Apa yang menjadi masalah utama ialah tentang prestasi sesebuah jentera.

Seperti yang aku katakan, enjin adalah pemacu utama kepada sesebuah kenderaan.Jadi tindakan yang paling tepat untuk memberikan persembahan terbaik jentera di litar adalah dengan mengambil pereka enjin samaada Ferrari,Mercedes mahupun Renault.

Faktor strategi sesebuah pasukan bagi aku tiada masalah, ini kerana ketua pasukan yang juga pengatur strategi, Mike Gascoyne mempunyai pengalaman yang luas di dalam litar.Walaubagaimanpun, jangan dipandang rendah tentang kepentingan strategi.Ini kerana strategi juga penting bagi mengatur setiap langkah untuk terus berada dihadapan.

Antara sebab-sebab mengapa Jenson Button memenangi perlumbaan F1 di GP Shanghai adalah kerana pertukaran tayar basah.

Keberanian seseorang pemandu juga adalah penting untuk memintas pelumba yang lain.Ini kerana mereka perlu berani menanggung risiko jika tindakan mereka tidak menjadi.Contohnya hendak memotong, tetapi dihadapan ada selekoh, takut akan brek tak sempat jadi pelumba tidak akan memintas.

Kesimpulannya disini adalah kerajaan perlu memperuntukkan wang lebih untuk menukar enjin jenteranya di samping mencari setiap kelemahan pada badan jentera Formula 1 itu.Jangan hanya ada lambang "1Malaysia" tetapi dipandang rendah lebih 1 billion penonton.

Friday, April 16, 2010

Israel Punya Nuklear

BAITULMAQDIS 14 April - Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama dalam sidang nuklear minggu ini tidak memberi tekanan kepada Israel supaya meminda dasar kesamaran berhubung program nuklear rejim Zionis itu.

"Dasar yang samar adalah asas keselamatan Israel, ia sentiasa akan dan terus kekal seperti itu. Obama tidak meminta mengubahnya buat ini," kata Timbalan Menteri Luar, Danny Ayalon.

Beliau berkata demikian selepas sidang nuklear antarabangsa di Washington yang bermula Isnin lalu dan berakhir semalam, yang dilihat Ayalon 'tiada perubahan dasar ke atas Israel dan tiada tuntutan daripada Israel'.

Ditanya tentang kenyataan Obama bahawa Israel perlu menandatangani Perjanjian Pengawalan Nuklear (NPT), Ayalon berkata, permintaan itu bukanlah satu desakan.

"Apabila semua ancaman, dari dekat atau jauh terhadap Israel sudah tiada, barulah kita boleh menimbangkan persoalan itu secara positif," katanya.

Perdana Menteri Benjamin Netanyahu telah mengumumkan pada saat-saat akhir bahawa beliau tidak akan mengambil bahagian dalam persidangan itu dan menghantar seorang timbalan menggantikannya.

"Israel bukan menjadi tumpuan acara itu," kata Timbalan Perdana Menteri, Dan Meridor yang mengetuai delegasi Israel.

"Kami tidak disebut oleh mana-mana penceramah, malah daripada pihak yang dibimbangi akan menyebut mengenai kami," katanya.

Pakar tentera luar percaya Israel memiliki beratus-ratus senjata nuklear, tetapi tidak pernah mengakuinya sejak memulakan reaktor nuklear Dimona pada 1965. - AFP *utusan*

Itulah dasar presiden Amerika Syarikat!!! Presiden Amerika Syarikat bukannya Barack Obama.Apa yang aku ingin sampaikan adalah kesemua presiden Amerika Syarikat tidak menukar polisi negara mereka.

Mereka mungkin takut akan Israel kerana pengaruh Israel terhadap kepimpinan Amerika Syarikat terlalu kuat.Contohnya Al-Gore ataupun manusia yang dikatakan menyelamatkan ekonomi US, Ben Bernanke adalah Yahudi.

Dan ramai lagi pemimpin Yahudi mengawal dunia yang sudah bersara namun masih berpengaruh antaranya Paul Wolfowitz,Henry Kissinger,John Deutch ( CIA ) dan ramai lagi yang sudah bersara termasuk Al-Gore.

Apa jadi jika mereka tukar polisi Amerika ke arah kebaikan? Mungkin Obama akan menjadi presiden Amerika yang ke-5 mati dibunuh.Dan mungkin kerana ingin mengangkat kebenaran 33 orang Pope mati dibunuh.

Sebenarnya pemimpin-pemimpin dunia sudah lama bersuara namun secara senyap tentang program nuklear Israel ini yang tidak mematerai perjanjian dengan AIEA.Namun tidak ada tindakan dibuat.

Kini pemimpin dunia berang kerana Iran telah dikenakan pelbagai tindakan kerana program nuklearnya namun Israel masih terlepas.Jadi untuk mengadili Iran, mereka juga perlu memaksa Israel mematerai perjanjian.

Jika paksaan tidak membawa sebarang makna, mungkin dengan tindakan membuat sekatan ekonomi boleh dijalankan.Namun kerana Yahudi telah mengawal dunia jadi ia tidak akan berjalan.

US dan Israel mempunyai kuasa nuklear namun mereka tidak membenarkan penggunaan kuasa nuklear terhadap negara-negara terutamanya negara Arab.Kedegilan mereka ini mungkin akan menyebabkan peperangan.

Contohnya di Iraq, Antara sebab-sebab US menyerang Iraq oleh kerana mereka menuduh Iraq mempunyai kuasa nuklear.Ini menyebabkan Israel tidak senang duduk dan menggunakan pengaruhnya di US untuk menyerang Iraq.

Pemimpin-pemimpin dunia pula hanya boleh menyuarakan pendapat mereka terhadap Israel yang mempunyai nuklear yang boleh membuat beribu-ribu kepala peledak pada roket mereka.

Sidang Keselamatan Nuklear ( Nuclear Security Summit ) di Washington DC yang telah memanggil 47 wakil negara telah berlangsung baru-baru ini.Malaysia yang diwakili Y.A.B Dato'Seri Najib Tun Razak menyatakan pendiriannya menyokong tindakan Iran membina reaktor nuklear atas nama pembangunan negara mereka.

Sidang ini sebenarnya tidak membawa sebarang makna untuk memujuk Israel mematerai perjanjian dengan IAEA namun sidang ini digunakan untuk memaksa Iran menghentikan program nuklearnya.

Namun selepas kenyataan Y.A.B Perdana Menteri, keluar pula isu yang menyatakan bahawa Petronas menghentikan penjualan minyak kepada Iran.Jika dilihat secara rambang mungkin boleh dikatakan biasa.

Tetapi jika diteliti dan membaca maksud yang tersurat sebenarnya ingin mengatakan bahawa Y.A.B Perdana Menteri telah diarahkan oleh US supaya memberhentikan penjualan minyak kepada Iran.

"Tak betul, ia bukan keputusan Petronas sendiri. Ia melibatkan satu jualan lani dan tidak ada lagi keperluan selepas itu, jadi mereka dah tak buat (lagi)" itulah kata-kata penafian oleh Dato'Seri Najib Tun Razak.

Jadi kesimpulannya, Sidang Keselamatan Nuklear tidak membawa sebarang makna kepada mana-mana negara.Tiada usaha untuk memaksa Israel menandatangani perjanjian seperti sekatan terhadap Iran.

Sunday, April 11, 2010

Negeri Sembilan Menang,Kedah Kecundang

Ketika aku menonton televisyen di rumah aku, aku bertanyakan kepada ayah aku tentang tiket Final Piala FA yang menyaksikan pasukan negeri kelahiranku, Kedah menentang Negeri Sembilan di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Nasibku baik kerana ayah aku mendapat tiket percuma dari kawannya jadi terus bersiap untuk ke stadium Bukit Jalil.Masuk sahaja di perkarangan stadium suasana begitu meriah dengan sorakan kedua-dua penyokong.

Peniaga-peniaga disitu mengambil kesempatan berniaga kerana jumlah penyokong kedua-dua pasukan lebih kurang 70,000.Walaupun tidak jauh, namun penyokong Negeri Sembilan kecil berbanding penyokong Kedah yang datang lebih 400 km.
Ketika hendak masuk ke dalam stadium tiba di tempat pemeriksaan, pihak FAM telah membuat sesuatu tindakan iaitu memberikan UV scanner kepada penjaga tiket.Jadi tindakan ini boleh mengurangkan tiket palsu.

Masuk sahaja di dalam stadium skuad Kenari dan Rusa sudah memenuhi tempat duduk stadium.Kesemua tempat duduk penuh dengan penyokong kedua-dua pasukan.Kelihatan para penyokong Negeri Sembilan mengibarkan bendera.

Selepas menyanyikan lagu "Negaraku", kesemua 11 pemain dari Negeri Sembilan dan Kedah sudah bersiap sedia di padang menunggu tiupan wisel dari pengadil sahaja.

Tiupan wisel dari pengadil dimulai oleh pemain Negeri Sembilan dan perlawan bermula dengan rancak dengan keriuhan penyokong kedua-dua pasukan.

Namun pada minit ke 27, penyokong Kedah menjerit kegembiraan apabila pemain pasukan mereka telah menjaringkan gol.Aksi Kedah tidak konsisten selepas jaringan gol tersebut yang menunjukkan Negeri Sembilan banyak melakukan serangan.

Penyokong skuad Rusa pula meraikan gol jaringan Shaffik Rahman yang meletakkan Negeri Sembilan terikat dengan Kedah 1-1 sehingga tamat separuh masa yang pertama.

Pada separuh masa kedua, kedua-dua pasukan melakukan serangan dan permainan pasukan yang berentap dilihat konsisten.Walaubagaimanapun dilihat pengadil seakan-akan berat sebelah terhadap Kedah ( walaupun pergi menyokong Kedah ).Keputusan 1-1 tamat hingga 90 minit permainan.

Ini memaksa pasukan Negeri Sembilan dan Kedah meneruskan perlawanan di masa tambahan 30 minit namun keputusan tidak memihak kepada sesiapa.Penyokong Hoben Jang Hoben serta Hijau Kuning ternanti-nanti sepakan penentuan penalti.
Sesuatu yang menggembirakan apabila sepakan dibuat di gawang gol sebelah aku jadi ini menyebabkan aku senang untuk melihat sekaligus aku merakam hampir kesemua sepakan penalti diambil kedua-dua pasukan sambil berharap Kedah membawa pulang piala tersebut.

Lihatlah video dibawah, dimana sepakan penalti oleh pemain Negeri Sembilan hanya singgah ke tangan penjaga gol Kedah.Namun salah seorang pemain Kedah membuat kesilapan.Selepas itu tiba giliran pemain Negeri Sembilan yang melakukan kesilapan.Kedah berada di puncak namun tindakan memberi penjaga gol, Helmi Eliza Elias mengundang padah apabila tendangannya tersasar membuatkan penyokong Kedah tergamam seketika.Sepakan penalti dari pemain Kedah dapat ditepis oleh penjaga gol Negeri Sembilan sekaligus menakhiri episod yang menyaksikan Negeri Sembilan menang 5-4 hasil penentuan penalti.



Tuesday, April 6, 2010

Cari nahas...Rafiqin Darwisy

Nampaknya hari ini ketika melayari internet sesuatu artikel telah menarik perhatian aku tentang budak bernama Rafiqin Darwisy yang telah menghina Allahyarham Din Beramboi dengan tulisan "Al-fuck untuk Din Beramboi".

Sebelum teruskan tulisan aku ini, aku ingin berkongsi maklumat tentang Din Beramboi atau nama sebenarnya Mior Ahmad Fuad tentang mana datangnya panggilan Din Beramboi itu.

Sebenarnya Allahyarham Din Beramboi ini askar tapi bersara awal untuk terlibat dalam bidang hiburan tanah air.Semasa berada dalam Angkatan Tentera Malaysia, adalah orang buat-buat nama.

Jadi geng-geng askar yang lain gelarkan Din Beramboi ini "Din Rambo".Malangnya ada orang mana pun tak tahu panggil dia "Beramboi".Jadi melekatlah nama "Din Beramboi" hingga saat pemergian beliau.

Sekadar berkongsi pengetahuan, aku mungkin menjadi orang terakhir mengetahui tentang penghinaan kepada Din Beramboi oleh budak yang umurnya tua setahun daripada aku ini kerana Rafiqin Darwisy ini telah delete akaunnya.

Walaubagaimanapun, maklumat yang aku dapat menunjukkan yang budak ini telah mempertahankan kata-katanya di Facebook miliknya yang mempersendakan kematian Din Beramboi.

Oleh sebab itu, dalam tempoh 48 jam sebuah group di Facebook bertajuk "Kami Benci Rafiqin Darwisy mengutuk kematian Din Beramboi !!'' telah mencecah keahlian lebih 30,000 orang.Ini menunjukkan satu lagi hit terbanyak di Facebook oleh kerana budak ini.

Aku tengok cara tulisannya, aku tahu bahawa manusia bernama Rafiqin Darwisy ini begitu takut akan tindakannya yang telah mengecohkan seluruh Malaysia yang telah menjadi anti-Rafiqin Darwisy ini.

Hinaan, cacian dan kutukan dilemparkan terhadap seorang manusia oleh kerana tulisan tidak bertamadunnya.Ini menyebabkan budak ini mendelete akaunnya dan membuka akaun baru.Namun bagi aku itu tidak berguna lagi.

Sebenarnya budak ini diambang bahaya dek kerana komen itu.Berfikir bahawa dengan mendelete akaunnya, orang-orang yang bengang dengan dia tidak dapat mengenal pasti identiti budak ini.

Tak perlu polis, member aku Fahim Azzam pun boleh check siapa budak ini, tinggal dimana, sekolah apa semua hanya di hujung jari untuk mengetahui latar belakang budak ini.Malah jika ada yang tak puas hati mungkin boleh baling telur dekat budak ini selepas balik sekolah di Sekolah Indera Mahkota.

Alasan Rafiqin Darwisy yang mengatakan Din Beramboi suka mengutuk orang di dalam lawak bodohnya tidak boleh diterima sama sekali berbanding 4 perkataan yang ditulisnya di lama Facebooknya.

Budak 14 tahun ini cara aku lihat masih belum sempurna akal lagi, dan aku rasa baru nak "up" guna internet.Selepas itu macam-macam alasan ditulis untuk menutup malu terhadap tindakannya.

Paling lawak tindakannya yang mengatakan bahawa budak Sabah dan beragama "Khadazan".Nampak sangat budak ini tak tahu apa-apa, Kadazan bangsa bukan agama ini menunjukkan dia ini terlalu terdesak.

Selain itu, komen yang mengatakan bahawa dia malaikat yang diupah oleh tuhan tidak masuk akal sama sekali.Secara amnya boleh nampak bahawa budak ini boleh dikategorikan manusia ajaran sesat atau otaknya tidak betul atau dalam bahasa kasarnya gila.

Aku tak mahu hendak tulis banyak-banyak tentang ketidakpandaian budak ini.Aku lihat setiap apa yang dia tulis itu sebenarnya membawa banyak makna bahawa budak ini terlalu takut akan ugutan banyak pihak.

Akhir kata, aku ingin nasihatkan kepada semua supaya jangan jadi terkenal kerana benda bodoh yang memakan diri anda.Setiap huruf yang anda tulis diperhatikan oleh mata-mata.

Friday, April 2, 2010

Tips Pecah Rumah

PECAH RUMAH

Pihak polis ingin mengingatkan orang ramai supaya lebih berhati-hati semasa meninggalkan rumah pada masa yang agak panjang, kerana balik kampung atau menziarahi anak saudara. Sila rujuk panduan am pencegahan pecah rumah ini; maklumkan alamt rumah, alamat kampung dan nombor telefon yang boleh dihubungi sepanjang perayaan kepada jiran dan balai polis terdekat. Nombor telefon ibu pejabat polis daerah dan balai polis serta bilik gerakan yang beroperasi 24 jam boleh diperolehi di sini.

BAGAIMANA BOLEH BERLAKU
  • Dengan pemutar skru atau objek-objek tajam, mengumpil pintu atau tingkap
  • Menggunakan 'jack' untuk membuka jerjak besi tingkap
  • Memotong mangga (ibu kunci) dengan gergaji besi.
  • Memasuki melalui bumbung rumah/siling yang terbuka.
  • Tingkap yang tidak berkunci/terbuka
  • Menggunakan kunci pendua

SEBAB-SEBAB BERLAKU PECAH RUMAH

  • Tidak memberitahu jiran dan polis apabila meninggalkan rumah kosong
  • Tiada muafakat sesama jiran untuk mengawasi kediaman masing-masing
  • Meletakkan barang yang bernilai di sekitar atau dalam rumah yang dapat dilihat dari luar
  • Menunjukkan tanda rumah tidak dihuni seperti langganan akhbar dan roti yang tidak dihentikan.
  • Kedudukan rumah yang terpencil serta struktur rumah yang memudahkan penjenayah memasukinya.
  • Membiarkan pintu atau tingkap terbuka, terdedah tanpa pengawasan atau ditutup tanpa berkunci.
  • Menggunakan kunci, mangga atau rantai yang mudah diumpil, dipotong atau dibuka dengan kunci tiruan.
  • Keadaan rumah seperti bumbung, tingkap, dinding dan sebagainya yang memudahkan penjenayah memasukinya.

CARA PENCEGAHAN

  • Memaklumkan balai polis terdekat tentang alamat rumah, tarikh dan masa anda tidak berada di rumah. Tinggalkan maklumat secukupnya bagi memudahkan pihak jiran atau polis memaklumkan sebarang kejadian kepada anda.
  • Memasang alat-alat keselamatan tambahan pada pintu utama seperti lubang pandangan,mangga dan selak keselamatan.
  • Sentiasa pasangkan lampu bila keluar rumah.
  • Jangan tinggalkan sebarang nota yang boleh membantu pemecah rumah bertindak.
  • Hubungan yang baik dengan jiran dapat membantu keselamatan rumah bila kita tiada.
  • Pastikan pintu, tingkap dan pintu pagar berkunci sebelum meninggalkan rumah atau tidur.

  • Memelihara anjing boleh membantu mengawal rumah.
  • Pasangkan sistem penggera keselamatan yang baik unutk rumah/bangunan.
  • Kawasan rumah hendaklah sentiasa bersih dan lapang. Semak-samun, rumpun pokok dan belukar boleh menjadi tempat persembunyian pemecah rumah/penjenayah.
  • Sekiranya bercadang untuk bercuti lama, hentikan langganan akhbar atau roti supaya tidak meninggalkan tanda rumah tiada berpenghuni.

NASIHAT APABILA BERLAKU PECAH RUMAH

  • Segera buat laporan di Balai Polis berhampiran.
  • Jangan menyentuh atau mengubah apa-apa jua barang yang didapati berselerak selepas dimasuki pencuri. Ini bertujuan untuk melindungi bukti di tempat kejadian seperti kesan cap jari atau alat-alat yang ditinggalkan penjenayah.

*** Sebenarnya aku tulis ini sebagai panduan kepada kalian semua.Sebab aku tahu kalian ini malas untuk ke laman web PDRM untuk tujuan mendapatkan panduan.Jadi aku luangkan sedikit masa tips dari Bukit Aman...