Thursday, March 4, 2010

Semua Orang Patut Dapat 'A' untuk PSV

Aku sebenarnya yakin bahawa semua pelajar-pelajar yang membuat ujian Seni pada hari yang lalu akan mendapat 'A'.Sebenarnya artikel ini bertujuan untuk memujuk guru-guru yang menanda kertas Seni supaya bagi A.

Ini kerana aku ingin cakap bahawa sesebuah lukisan itu adalah seni seseorang dah mana-mana manusia tidak boleh mengadili kesenian seseorang itu.Ini kerana setiap manusia memperolehi kretiviti yang lain.

Kalau cikgu tak bagi 'A' kita boleh mempertikaikan keputusan cikgu itu ini kerana setiap manusia mempunyai idea pendapat masing-masing dan kita boleh meminta guru supaya memberi kita 'A' untuk ujian.

Lihat gambar disebelah kiri ini, gambar ini dilukis oleh manusia yang bernama Rembrandt Harmenszoon dari Belanda.Apakah yang bermain di fikiran anda apabila melihat gambar ini?

Lengan bajunya tidak ke bawah tetapi lurus.Dengan matanya seperti seperti orang lidi saja.Seluar besar tapi kaki kecil.Rambut ibarat sehelai saja.

Warna biru di belakang itu seperti orang lepaskan geram.Warna kuning di sebelah kiri itu mungkin melambangkan cahaya matahari.Istana yang hanya boleh dilihat dari depan.Dan berbagai-bagai benda lagi boleh dikomen.

Mungkin anda ingin menyatakan bahawa lukisan seperti ini adik anda yang sedang bertadika pun boleh buat.Dan aku rasa lukisan ini aku pernah lakukan masa umur 5 tahun.Tapi tahukah anda berapa harga lukisan ini?

Lukisan yang dilukis oleh Rembrandt ini beharga US$ 32.4 juta atau jika diconvertkan ke wang ringgit bermakna lukisan ini berharga Rm 110 juta.Rm 110 juta mungkin anda kata tidak percaya tetapi itu realiti. ( Kalau macam ni aku pon nk jdi pelukis )

Sebenarnya ini bukanlah lukisan yang termahal di dunia, lukisan termahal di dunia berjudul No. 5, 1948 yang dilukis oleh Jackson Pollock dari US pada tahun 1948 oleh beliau sendiri.

Jangan tanya aku kenapa nama lukisan ini sedemikian rupa, tetapi nilai kesenian lukisan ini.Aku tengok tak ada apa-apa pun yang hebat tetapi lukisan ini bagi orang lain adalah lukisan yang mempunyai nilai seni yang tinggi.

Tidak apa-apa cuma hanya lukisan abstrak yang aku pernah buat ketika aku berada di sekolah rendah.Mungkin aku boleh menjadi kaya raya jika aku jual lukisan aku ini kepada orang yang berminat.

Ini kerana lukisan No. 5, 1948 ini beharga US$ 150 juta.Jika diturkan kepada matawang negara kita ia bersamaan dengan Rm 506 juta sekaligus mencatatkan sebagai lukisan paling mahal di dunia.

Jadi jika di sekolah nanti anda mendapat B,C,D,E atau F sila kemuka bantahan anda terhadap guru mata pelajaran yang berkenaan."Ini dipanggil seni" itulah ucapan yang boleh diucapkan kepada guru terbabit.

No comments:

Post a Comment

Dipersilakan Komen