Tuesday, March 16, 2010

Osama Bin Laden agen Amerika

Teori pengasas dan pemimpin Al-Qaeda, Osama bin Laden seorang agen Central Intelligence Agency ( CIA ) tidak boleh diketepikan.Mungkin ia benar atau ia hanya satu teori yang tidak berasas.

Baiklah dibawah ini aku ingin sampaikan sedikit bukti-bukti yang mungkin merungkai teori yang menyatakan Osama seorang penipu dan terlibat dalam konspirasi CIA menghancurkan umat Islam.

Osama atau nama sebenarnya Usamah bin Muhammad bin Awad bin Laden ini adalah kepada seorang bapa yang kaya raya di Arab Saudi ini.Malah, keluarga Osama juga rapat dengan keluarga diraja Saudi

Osama bin Laden meneruskan pengajiannya di Universiti Raja Abdulaziz di Jeddah, Arab Saudi dalam jurusan Ekonomi dan pengurusan kewangan.Beliau mempunyai semangat yang tinggi dan seorang speaker yang baik.

Orang paling dikehendaki polis Amerika ini mempunyai pengaruh yang tinggi ketika beliau menuntut ilmu di Universiti Raja Abdulaziz.Dan salah seorang orang kuatnya yang memberi sokongan kepadanya adalah professornya sendiri.
Sheikh Abdullah Azzam telah memainkan peranan terhadap Osama untuk mengerakkan perjuangan untuk kaum Mujahidin.Dianggarkan aset Osama lebih kurang Rm 1.2 billion dan dana ini dibuatkan untuk meneruskan propagandanya.

Setelah mengenggam segulung ijazah pada tahun dari Universiti Raja Abdulaziz pada tahun 1981, 7 tahun kemudian dengan sokongan-sokongan professornya beliau telah menubuhkan sebuah gerakan Al-Qaeda

Kumpulan Al-Qaeda ini telah diketuai oleh beliau sendiri dan dibantu Ayman Al-Zawahiri telah mengatakan gerakan ini adalah jihad mereka terhadap tindakan barat terhadap Arab yang ditindas.

Gerakan Al-Qaeda ini tidak mendapat sambutan namun mempunyai ahli lebih 1000 orang di seluruh dunia terutamanya di Arab.Kebanyakkan ahli ini akan ke Afghanistan untuk menjalani latihan ketenteraan.

Taliban yang dahulunya diketuai Baitullah Mehsud membina hubungan baik dengan Al-Qaeda dan mempunyai tujuan yang sama.Selain itu, Jemaah Islamiah dari Asia Tenggara juga mempunyai hubungan juga dengan Al-Qaeda.

Ini dibuktikan kerana kebanyakkan anggota Jemaah Islamiah telah mengakui bahawa mereka telah dihantar ke Afghanistan dan ramai lagi pejuang-pejuang ke sana untuk menjalani latihan dan kebanyakkannya dari Al-Qaeda.

Al-Qaeda juga dikatakan mempunyai kerjasama dengan kumpulan Abu Sayyaf dari Filipina dan banyak dana dari Al-Qaeda disalurkan ke seluruh dunia membuatkan kumpulan Al-Qaeda berkembang ke Yemen,Pakistan,Afghanistan dan banyak negara serantau.
Antara serangan-serangan yang ditaja oleh Al-Qaeda adalah serangan pada 26 Februari 1993 di World Trade Centre.Serangan bom yang telah diletakkan di dalam kereta ini telah membuat 6 orang awam terbunuh.
Manusia yang bertanggungjawab terhadap serangan ini, Ramzi Yousef telah menggangarkan 1500 orang akan terbunuh namun hanya 6 yang terbunuh manakala 1000 yang lain cedera.Serangan ini telah menyebabkan kerajaan US telah membelanjakan sejumlah US$ 300 juta untuk memperbaikinya.

Selepas itu, Ramzi Yousef merancang untuk membunuh presiden Amerika ketika itu, Bill Clinton dan juga ketua kepada Kristian Roman Katolik, Pope John Paul II namun tiada apa-apa yang terjadi.

Ogos 7, 1998 di Nairobi, Kenya, Al-Qaeda bertanggungjawab terhadap serangan bom terhadap kedutaan US di sana.212 orang telah mati akibat serangan itu dan 4000 yang lain cedera.Namun hanya 12 rakyat US mati disana dan yang lain kebanyakkan warga Kenya.

Oktober 12, 2000 di teluk Aden, Yemen sebuah kapal pemusnah US iaitu USS Cole bombing telah diletupkan menyebabkan 19 mati termasuk pengebom terbabit.39 anak kapal yang lain cedera dan kerajaan US memperuntukkan berpuluh juta untuk memperbaiki kapal terbabit.

September 11, 2001 di kota New York, US, menara berkembat World Trade Center dan Pentagon telah dirempuh oleh dua kapal terbang yang menyebabkan 3000 orang terbunuh dan 6000 cedera.Al-Qaeda menjadi dalang kepada serangan ini.

November 15, 2003 di Istanbul, Turki 2 sinagog ( tempat sembahyang orang Yahudi ), sebuah bank dan konsulat Britain menjadi sasaran Al-Qaeda yang menyebabkan 57 orang mati dan 4 pengebom berani mati terbabit mati.Lebih 700 orang cedera.

Oktober 12, 2002 di Bali, Indonesia, Jemaah Islamiah telah meletupkan dua kelab malam dan Konsulat US menyebabkan 209 orang cedera dan 202 terbunuh dalam serangan pada lewat malam itu.
Ogos 5, 2003 di Jakarta, Indonesia hotel J.W Marriot telah digegarkan dengan letupan dari sebuah kenderaan.Serangan yang didalangi Jemaah Islamiah ini menyebabkan 12 mati dan 150 cedera

September 9, 2004 di Jakarta, Indonesia kedutaan Australia telah diletupkan juga dengan kenderaan menyebabkan 9 terbunuh dan lebih 150 orang cedera.Jemaah Islamiah bertanggungjawab terhadap serangan ini.

Disember 27, 2007 di Rawalpindi, Pakistan Perdana Menteri Pakistan, Benazir Bhutto telah terbunuh oleh kerana tembakan rambang dan letupan yang mengorbankan 24 orang.450 yang mengiringi Benazir Bhutto cedera.Taliban bertanggungjawab terhadap serangan ini.
Banyak lagi serangan-serangan ke tempat awam oleh pengganas ini.Terutamanya di Pakistan,Afghanistan dan Iraq.Hampir setiap minggu ada saja berita tentang serangan bom berani mati ini.

Jika hendak ditulis panjanglah artikel ini dan anda pula tercari-cari mana bukti itu.Jadi dibawah ini aku ingin tulis mengapa apa tulis yang atas ini.Kepada yang tak baca di atas ini maka tak fahamlah perkara-perkara di bawah.

Osama bin Laden seorang yang kaya raya dan berpendidikan, jadi dengan kekayaan dan kepandaian beliau mungkin dipilih menjadi pemimpin pertubuhan pengganas ini.Dan professornya juga membantu jadi disini boleh dikatakan mereka ini mungkin golongan bijak pandai seperti Dr Ahsraf Marwan yang menjadi tali barut Israel.

Kekayaanya mungkin salah satu sebab mengapa Osama dipilih menjadi pemimpin pengganas untuk menjadi jawaban bagi persoalan di manakah Osama mendapat dana untuk membiayai segala urusan dalam Al-Qaeda.

Walaubagaimanapun kekayaannya dirampas dan ini adalah satu pertanyaan bagaimana mereka boleh meneruskan kegiatan membeli senjata apa dan merekrut orang hingga mempunyai rangkaian ke Asia.

Latihan ketenteraan yang diberikan terhadap setiap ahli juga memerlukan wang.Membeli esnjata api juga memerlukan wang malahan untuk membuat bahan letupan juga mereka memerlukan wang.

Jika mereka memilih orang yang tidak berpengetahuan dan tidak pandai bercakap bagaimana mereka boleh jadi berpengaruh dan mempunyai pengikut yang kuat.Jadi Osama mungkin salah seorang dari orang yang mempunyai ciri yang dicari.

Sementara itu, media massa yang dimonopoli Yahudi turut memainkan peranan membantu menjayakan misi ini dengan mempopularkan Osama.Jadi bagi sesetengah orang mengatakan bahawa Osama hero dan orang barat menuduh Islam sebagai agama yang menutut keganasan.

Untuk memperkenalkan lagi Osama ke mata dunia, Osama mungkin merancang membuat serangan seperti yang tertera di atas.Jadi semakin buruklah nama Islam di dunia manakala sesetengah umat Islam menggangap Osama sebagai pejuang.

Serangan demi serangan telah dilakukan dan pada 11 September 2001 di New York, serangan terhebat mereka yang menyebabkan dua bangunan runtuh akibat rempuhan pesawat dan Osama sendiri mengakui penglibatan mereka dalam serangan itu.

Manakala pertubuhan yang ingin menjayakan misi bersama Osama, Jemaah Islamiah memainkan peranan di Indonesia yang mengorbankan nyawa selain menjejaskan nama sesebuah negara dan agama.

Jadi dengan nama War on Terrorism US telah berjaya untuk menjajah negara orang seperti di Afghanistan.Namun mereka tidak mahu berperang bersendirian dan mengajak Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara ( NATO ) untuk serta dalam War on Terrorism.

Cara mereka hendak mendarat di Iraq juga adalah dengan menggunakan nama memerangi keganasan namun salah satu agenda utama di Iraq adalah mereka ingin menggulingkan Saddam Hussein.

Baru-baru ini di Yemen, US juga ingin serta bersama kerajaan US untuk memerangi Al-Qaeda di Yemen namun kerajaan Yemen tidak membenarkannya.Mungkin US akan mengambil kesempatan terhadap Yemen dengan adanya tentera mereka disana.

Kesimpulannya disini mungkin Osama bekerja bersama US dan US pula dengan alasan mencari Osama bin Laden ini menjajah negeri orang.Di sana mereka mengambil kesempatan begitu juga dengan Taliban.

Selain itu, warga barat di seluruh dunia akan memandang Islam sebagai agama yang mengamalkan keganasan dan menyebabkan mereka ini takut akan Islam atau dalam nama saintifiknya dipanggil Islamophobia.

Islam tidak mengalakkan keganasan berlaku tetapi Al-Qaeda menggunakan nama Islam untuk mengerakkannya.Adakah anda menyokong serangan di tempat awam yang mengorbankan manusia yang tidak tahu apa-apa.

Namun jika serangan berlaku seperti peristiwa September Eleven anda tidak menganggap ia satu keganasan.Malah ada yang terus menyokong tindakan Al-Qaeda itu.Itu adalah fakta yang tidak boleh direka.

Apa yang perlu dikatakan oleh semua warga Islam adalah tidak menyokong gerakan pengganas Al-Qaeda, Jemaah Islamiah dan sekutu mereka yang melakukan serangan di tempat awam yang menyebabkan orang tidak berdosa terbunuh.

Anda perlu membezakan diantara gerakan pengganas atau kumpulan yang benar-benar memperjuangkan agama seperti pergerakan Hamas di Palestin dan Hizbullah di Lebanon walaupun dilabelkan pertubuhan pengganas.Mereka ini tidak membuat serangan ke tempat awam tetapi melancarkan serangan ke pihak musuh.

Jangan bandingkan diantara tentera Yahudi yang membunuh orang awam di Gaza sama dengan Al-Qaeda membunuh orang di seluruh dunia.Jika benar mereka memperjuangkan agama mereka tidak seharusnya membuat serangan di tempat terbuka.

Walaubagaimanapun, aku tidak berapa menyokong tindakan Osama bin Laden membuat serangan sebegini dan aku tak bermaksud untuk menyokong Israel membunuh orang awam di Gaza.

Akhir kata, aku ini cuma menggunakan akal fikiran untuk menulis artikel ini dan ini hanya teori yang tidak konkrit.Jadi jangan hanya percaya sebuah pihak saja dan segala keputusan anda yang lakukan untuk mempercayai atau tidak.

No comments:

Post a Comment

Dipersilakan Komen