Sunday, March 28, 2010

Kisah Panggung Wayang

Tulisan kali ini aku ingin berkongsi dengan anda semua tentang panggung wayang.Tapi tak panjang tapi ada benda yang aku nak sampaikan dalam artikel kali ini berkaitan panggung wayang.

Ini kisah ayah aku 3o ++ yang ketika itu berusia sebaya dengan aku, satu hari member ayah aku ajak pergi tengok wayang di Alor Star, Kedah.Harga tiket ketika itu lebih kurang Rm 0.65 ataupun 65 sen.

Di tepi pawagam itu ayah aku sedang mengira wang kerana ketika itu duit beliau hanya Rm 1. Mungkin tak cukup untuk balik semula ke rumahnya dan terpaksa pow member-member dia untuk naik bas.

Ketika berfikir di tepi panggung wayang itu, tiba-tiba tukang menjaga tiket dengan sepantas mungkin menyuruh masuk ke dalam pawagam dan menyuruh supaya berdiri di sebalik dinding itu.

Dia pelik mengapa pekerja suruh menunggu disitu.Selang beberapa minit kemudian tukang jaga tiket itu masuk kedalam pawagam dan bertemu dengan ayah aku.Disitu berlaku beberapa dialog.

Tukang Jaga Tiket ( TJT ) : Wehh...Mana dia?
Ayah aku : Mana dia apa dia?
TJT : Duit laa...
Ayah aku : duit apa?
TJT : Isyh...Cepat laa!
Ayah aku : ( sambil mengeluarkan wang ) nahh...ambekk duit..
TJT : Laa!!! 2 kupang jaa...Pi duk sana ...

Jadi ayah aku duduklah tempat duduk paling atas sekali oleh arahan.Faham apa ceritanya...Atau masih tak tau apa mesej yang ingin disampaikan...Macam ini lahh...

Pekerja itu sebenarnya ingat ayah aku nak rasuah dia masuk dalam.Sebab itu dia suruh masuk dalam cepat-cepat tak mahu bagi boss nampak.Di dalam dia minta duit tapi terkeluar 20 sen jadi bagi saja la.

Sebenarnya selalu orang bagi 35 sen untuk merasuah tukang jaga tiket itu.Malangnya dah bagi 20 sen takkan TJT nak halau kot.Itu pasal dia bengang bagi 20 sen ja.Dan duduk atas itu satu keuntungan kerana selalunya tiket diatas berharga Rm 2 sementara jika beli tiket dengan harga 65 sen itu dibawah jadi terpaksalah tengok atas.

Yang dibawah ini aku bagi tips sikit dekat panggung wayang untuk mendapatkan perkhidmatan terbaikkk...Tips ini kena akan menjimatkan wang anda di pawagam tapi make sure movie ini bertanda "U".

Ketika hendak membeli tiket, pergi seorang sahaja jadi disini perancangan mungkin berjalan lancar.( Pelan hanya berjalan jika anda bersama rakan anda lebih dari seorang ).Pastikan bahawa duit sudah dikutip dari semua member-member anda.

Ketika di kaunter, jika anda seramai tiga orang pastikan seorang saja pergi.Dan beli satu tiket dewasa dan dua lagi kanak-kanak.Jadi ini adalah satu taktik simple yang digunakan untuk menjimatkan duit.

Kalau lebih dari 4 orang kalau mereka tanya cakap bawa adik-adik atau apa-apa alasan yang munasabah.Jadi anda akan mengalami keuntungan dengan membeli tiket sebegitu rupa.Semasa hendak masuk ke dalam pawagam pastikan lipatkannya dan letakkan tiket dewasa diatas.

Tapi selalunya TJT tak tengok pun dekat tiket itu.Jadi pergi masuk buat muka tak tau saja.Teknik ini sudah dibuat kajian dan keputusannya berjaya kerana dapat masuk dengan harga murah.

Ada lagi teknik biadap dan tanpa mengeluarkan sebarang wang pun.Tapi ini ada risikonya jika tempat duduk penuh.Caranya ialah masuk beramai-ramai dengan orang yang ingin masuk.Rasanya orang itu takkan menahan anda kerana ingatkan ada orang lain pegang tiket anda.

Jadi setakat ini sajalah tips yang ingin aku bagi kepada kalian semua tentang cara-cara menjimatkan wang.Kalau dulu boleh rasuah tapi kini mungkin tiada lagi rasuah.Anda boleh guna teknik ini.

No comments:

Post a Comment

Dipersilakan Komen