Sunday, March 14, 2010

Antara pandai & bodoh

Nampaknya dah lama aku tidak mengupdate blog aku ini, hari ini aku ingin meluahkan pendapat tentang dua orang penghibur di Malaysia.

Bukan untuk mengutuk sesiapa tetapi hanya ingin berkongsi pendapat tentang jejaka yang bernama Ahmad Nabil yang telah memenangi Raja lawak.

Baiklah, baru-baru ini filem Nabil yang menggunakan trade marknya "Lu pikirlah sendiri de movie" telah ditayangkan baru-baru ini hasil arahan pengarah baru, Aminah Raphor.

Filem ini dilakonkan oleh Nabil sendiri selain juara AF 5, Mila juga serta menunjukkan bakat, artis yang terkenal dengan kontroversi kekasihnya, Puteri Sarah Liyana dan ramai lagi pelakon-pelakon yang menjayakan filem ini.

Walaubagaimanapun, Orang nombor satu filem ini, Ahmad Nabil Ahmad telah sendiri mengkritik filem lakonannya sendiri.Nabil mengatakan bahawa beliau sendiri tidak mengetahui jalan ceritanya dan wataknya bukan dirinya sebenarnya.

Kritiknya lagi,“Terus terang, saya kecewa dengan filem ini. Apa yang saya harapkan tidak kesampaian. Malah, ketika sesi pratonton baru-baru ini, saya tidak faham jalan ceritanya."

Justeru itu, pengarah filem terbabit telah menfailkan saman terhadapnya atas sebab memalit imej buruk terhadap produksi selain menjejaskan reputasi pengarah dan tidak mempromosikan filem sendiri seperti di dalam kontrak.

Walaubagaimanapun, pada minggu pertama dikatakan bahawa kutipan tiket filem Lu pikirlah sendiri de movie tidak memuaskan seperti yang dijangka oleh mereka.Apa yang aku nak katakan aku tidak pernah melihat pelakon utama mengutuk filem sendiri.

Seperti ingin menjual kereta tetapi mengatakan bahawa keretanya buruk dan tak tahu tentang keadaan kereta terbabit.Ini menyebabkan orang pun tak nak beli kereta terbabit dan pemilik akan rugi.

Mungkin itu cara orang baru dalam hiburan tanah air kita ini mempromosikan filem sendiri.Macam manapun "Lu pikirlah sendiri".

Lihat pula mamat yang tengah berpacaran dengan Lisa Surihani, Farid Kamil yang baru-baru ini telah menayangkan filem terbarunya, Remp-it V3 yang telah menemui penonton beberapa hari lepas.

Apa cara Farid Kamil mempromosikan filemnya ke mata penonton?

Beliau telah mengatakan bahawa filem Adnan Sempit yang ditayangkan awal sebulan dari filemnya telah menciplak ideanya.Beliau mengatakan bahawa filem Remp-it V3 telah membuat pengambaran lebih awal dari filem Adnan Sempit.

Malangya, oleh kerana filemnya telah menghadapi masalah dengan Filem Nasional ( FINAS ) membuatkan ia lambat ditayang.Mengapa beliau membuat kenyataan sebegini sebelum filemnya, Remp-it ditayangkan.

Filem Adnan Sempit telah mencapai kutipan yang agak tinggi bagi Metrowealth iaitu mencecah Rm7 juta.Jadi, filem Adnan Sempit ini telah ditonton oleh ramai orang dan dengan kenyataan itu orang akan tertanya-tanya apa persamaanya.

Dari ratusan ribu orang yang menonoton filem ini semestinya lebih separuh penonton akan menonton filem ini untuk mencari persamaan diantara Remp-it V3 dan Adnan Sempit yang tajuknya seakan-akan sama.

Jadi separuh penonton filem ini pasti pergi ke pawagam untuk melihat persamaan, sementara mat-mat rempit yang mencecah ribuan orang akan ke pawagam untuk melihat sendiri kisah mereka.Ini mungkin cara untuk mempromosikan filem.

Anda boleh mencari perbezaan diantara Ahmad Nabil dengan Farid Kamil.Cara mereka mempromosikan filem sendiri.Aku bukan ingin mengutuk sesiapa tetapi aku bercakap tentang hiburan tanah air.

** Aku baru balik dari Pavillion dan kebetulan ada pameran "Nature & Architecture, A perspective by Norwegian Architect".Inshaallah sebentar lagi aku membuka satu page yang memuatkan gambar di sana... ( Klik Gambar )

No comments:

Post a Comment

Dipersilakan Komen