Tuesday, March 23, 2010

10 Tempat yang anda mungkin kehilangan dompet oleh penyeluk saku

10 ) Hanoi, Vietnam

Bagi kebanyakan orang, mereka mengenali Vietnam oleh kerana mereka telah berperang dengan Amerika yang berlanjutan sehingga 40 tahun namun Amerika tidak menang walaupun dikatakan mempunyai ketenteraan terkuat.

Teknik : Salah satu cara mereka untuk mencuri barang orang adalah dengan menunggang motosikal dan meragut beg tangan seseorang.Ada juga yang memandu kereta sementara rakannya disebelah lagi meragut.





9 )Athens, Greece

Athens adalah ibu negara Greece dan salah satu tempat tarikan pelancong luar.Negara yang mempunyai lebih kurang 11 juta penduduk ini adalah salah satu tempat yang agak berbahaya untuk pelancong.

Teknik : Ramai kanak-kanak Gypsy berkeliaran disekitar anda sambil ada beberapa orang mencuri barang anda.Dan mereka ini memberikan barang yang dicuri kepada rakan mereka dengan pantas.Dan apabila anda sedar, anda akan terperanjat dan jika hendak dikejar, mereka berlari ke arah berlainan menyebabkan anda susah untuk mengejar.

8 ) Amsterdam, Belanda

Belanda atau dalam bahasa Inggerisnya dipanggil Netherland ataupun boleh juga dipanggil Holland ini adalah sebuah negara yang aman dan mempuyai lebih kurang 16 juta penduduk.

Teknik : Seseorang menolak anda dari belakang membuatkan anda beralih ke belakang melihat anda di tempat yang sesak.Seorang lagi berada di belakang anda dan menyeluk dompet anda.

7 ) Buones Aires, Argentina

Ibu negara Argentina ini adalah salah satu tempat kesukaan bagi penyeluk saku.Kebanyakkan mangsa penyeluk saku di negara Amerika Latin ini adalah pelancong yang lalu lalang.

Teknik : Sekumpulan kanak-kanak memberikan anda sekeping kertas, dan ketika anda khusyuk membaca kertas itu seseorang dari belakang anda mengambil barangan beharga anda.





6 ) Florence, Itali

Itali yang banyak meninggalkan warisan kepada dunia adalah salah satu tarikan pelancong ke Itali.Disini juga tempat sesetengah manusia mengambil kesempatan terhadap anda.

Teknik : Ketika anda bersiar-siar di tepi jalan dan fokus kepada sesuatu tempat, penyeluk saku ini dengan senyap membuka beg anda untuk mengambil barangan anda tanpa disedari.

5 ) Paris, Perancis

Perancis adalah salah satu tempat kegemaran bagi pelancong yang ingin membeli beg tangan seperti LV.Namun disana penyeluk saku berleluasa menyebabkan mereka berada di tempat ke-5 di dunia.

Teknik : Seorang lelaki kacak ke seorang wanita dan memberi sekuntum ros.Ini menyebabkan anda wanita itu gembira manakala seorang lelaki lain di belakang mengambil dompet wanita terbabit tanpa disedari.

"If we give the nut, we got the monkey"

4 ) Madrid, Sepanyol

Ditempat ke-4 diduki oleh negara Sepanyol atau lebih senang dipanggil Spain.Madrid ini adalah salah satu tarikan pelancong Eropah tetapi dibanjiri oleh penyeluk saku di sekitarnya.

Teknik : Seseorang ingin mengambil gambar dengan anda dan ini menyebabkan anda meninggalkan sebentar beg anda.Pada masa yang sama seorang lagi mengambil barangan didalam beg anda.

Seperti dalam filem Setem

3 ) Prague, Republik Czech

Republik Czech ini adalah tempat bergembira orang disana.Ini kerana kebanyakkan orang membuat parti disana menyebabkan orang mabuk.Disana mereka mungkin mengambil kesempatan terhadap anda.

Teknik : Seorang perempuan muda memandang anda ini membuatkan anda memberi perhatian terhadap perempuan muda yang cantik itu.Sementara tanpa disedari seorang lagi perempuan cantik mengambil dompet anda.

2 ) Rome, Itali

Tempat di Itali menguasai dua kedudukan di tempat yang boleh dikatakan syurga penyeluk saku ini.Rome ini menjadi tarikan pelanoong kerana Colleseum dan juga menara condong itu.

Teknik : Seorang gadis mendekati mangsa sambil memegang bayi.Ketika itu, gadis itu dengan tidak sengaja cuba untuk menjatuhkan bayi itu.Ketika mangsa hendak menyelamatkan bayi itu, ketika itulah mereka mengambil kesempatan terhadap mangsa.





1 ) Barcelona, Sepanyol

Nampaknya Barcelona menjadi syurga kepada penyeluk saku seluruh dunia.Ini kerana Barcelona adalah salah satu tempat utama pelancong ke Sepanyol dan dengan itu, lebih banyak kerja boleh dibuat.

Teknik : Seorang lelaki mengotorkan baju anda dan selepas itu memberi tahu anda bahawa baju anda kotor.Dan lelaki budiman terbabit memberikan kain untuk dilap di baju anda.Ketika anda lap baju anda itulah masa mereka mengambil barangan anda dari poket ataupun beg.

No comments:

Post a Comment

Dipersilakan Komen