Sunday, February 21, 2010

Rakaman Suspek Pembunuhan Pemimpin Hamas








Diatas ini adalah rakaman video yang dikutip oleh Jabatan Polis Dubai di Emiriah Arab Bersatu ( UAE ) tentang kes pembunuhan pemimpin Hamas, Al-Mabhouh yang ditemui mati di hotel tempat Mabhouh menginap.

Pada 19 Januari lalu, di bilik hotel Al-Bustan Rotana Hotel, Al-Mabhouh telah ditemui mati.Sementara hasil siasatan pula mendapati bahawa Komander berkenaan dikenakan renjatan elektrik pada beberapa anggota fizikalnya.

Menurut laporan yang dikeluarkan oleh polis Dubai, bilik penginapan Al-Mabhouh telah diceroboh oleh sekumpulan perisik yang juga agen Mossad.Selepas memecah masuk bilik komander Hamas tersebut, mereka menangkapnya.

Ketika berada dalam tahanan perisik terbabit, mereka menyuntik Mabhouh di tangannya dengan sejenis bahan kimia yang mampu membuatkan pemimpin Hamas ini diserang sakit jantung dan serangan kronik yang lain.

Polis Dubai dan juga pemimpin Hamas begitu yakin pembunuhan pemimpin mereka didalangi oleh Israel ini kerana Al-Mabhouh telah dibunuh selepas beberapa hari menteri Israel menghadiri seminar di Emiriah Arab Bersatu.

Mereka menyatakan bahawa agen-agen Mossad menyelinap masuk ke Emiriah Arab Bersatu bersama-sama rombongan menteri untuk menjayakan misi pembunuhan salah seorang pemimpin Hamas ini..

Al-Mabhouh menjadi sasaran Mossad oleh kerana mereka mendakwa Mabhouhlah yang bertanggungjawab membawa masuk senjata-senjata dari Iran ke Palestin.Tujuannya adalah untuk diberikan kepada ahli Hamas di Gaza.

Oleh kerana itu, Mossad mengatakan bahawa tujuan beliau ke Dubai itu adalah untuk berbincang tentang pembelian senjata api yang dibeli Hamas untuk dihantar terus ke Palestin.

Polis Dubai menolak dakwaan Mossad itu dan mengatakan bahawa tuduhan itu tidak berasas.Mereka percaya bahawa kedatangan Al-Mabhouh ke Dubai itu adalah kerana urusan perniagaan.

Sehingga kini, Leftenan Jeneral Dhahi Khalfan Tamim memberitahu kepada pemberita bahawa dalam sidang akhbarnya gambar suspek yang disyaki terlibat dalam konspirasi pembunuhan Al-Mabhouh ini.

Kesemua suspek yang disyaki terlibat dalam pembunuhan ini tidak menggunakan pasport Israel tetapi sebaliknya menggunakan pasport negara-negara Eropah yang lain dengan masuk ke Dubai sebagai pelancong.

Enam agen Mossad menggunakan pasport Britain manakala tiga lagi agen mereka menggunakan pasport Ireland.Agen yang lain menggunakan pasport Perancis dan Jerman untuk masuk ke Dubai.

Kerajaan Ireland dan juga British berang dengan penggunaan pasport mereka dan tiada sebarang nama suspek didaftarkan di atas nama mereka dan mengesahkan bahawa pasport yang digunapakai suspek adalah palsu.

Polis Dubai mendedahkan 11 orang agen Mossad yang dipercayai ada kaitan dengan pembunuhan komander Hamas itu iaitu ( Kesahihan nama tidak diketahui ) :

  • Gail Folliard
  • Evan Dennings
  • Stephan Daniel Hodes
  • Kevin Daveron
  • Paul John Keely
  • Michael Lawrence Barney
  • Michael Bodenheimer
  • Melvyn Adam Mildner
  • James Lonard Clarke
  • Jonathan Louis Graham
  • Peter Elvinger
Ketua Polis Dubai, Leftenan Jeneral Dhahi Khalfan Tamim menyatakan bahawa dua orang warga Palestin telah ditangkap atas tuduhan membantu agen-agen Mossad melakukan pembunuhan.

Pegawai kanan Hamas, yakin bahawa pembunuhan Mahmoud Al-Mabhouh didalangi oleh agen risikan Israel bernama Mossad.Ini kerana beberapa kali Mossad cuba membunuh Mabhouh sebelum ini namun tidak berjaya.

Beliau juga menyalahkan Mabhouh kerana melanggar protol keselamatan kerana membuat tempahan secara online dan menghubungi pihak hotel untuk menempah bilik dengan namanya sendiri.

Polis Dubai percaya dan meminta supaya kerajaan mengestradisi suspek-suspek terbabit untuk dibawa ke muka pengadilan atas pembunuhan komander Hamas ini.Sehingga kini, Ketua Agensi Mossad, Meir Degan tidak mengesahkan atau menafikan penglibatan Mossad terhadap pembunuhan ini.

No comments:

Post a Comment

Dipersilakan Komen