Sunday, February 14, 2010

Operasi Scorpene Terjejas

Sebagai peminat tentang ketenteraan setentunya aku mengambil tahu tentang perkembangan Angkatan Tentera Malaysia.Jadi aku terbaca pada akhbar tentang kapal selam pertama negara iaitu Kapal Diraja ( KD ) Tunku Abdul Rahman jenis Scorpene.

Petikan akhbar Kosmo yang bertajuk ''Operasi Scorpene tidak terjejas" ;

  • Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, siasatan yang dijalankan mendapati kerosakan kecil itu hanya melibatkan bahagian yang menyalurkan air keluar masuk bagi membolehkan kapal menyelam.

  • Kerosakan itu disahkan oleh Panglima Tentera Laut, Tan Sri Abdul Aziz Jaafar uyang mengatakan kerosakan mekanikal itu dikesan pada 7 Januari lalu ketika kerja-kerja penyelenggaraan dilakukan di Pangkalan Kapal Selamm Teluk Sepanggar, Kota Kinabalu, Sabah.

  • Abdul Aziz berkata, kerosakan itu melibatkan bahagian menyalurkan tekanan air keluar dan masuk ke dalam kapal selam berkenaan menyebabkan kapal itu gagal untuk dilancarkan di bawah permukaan air.

  • Kapal selam Scorpene buatan Perancis dengan kerjasama Sepanyol itu merupakan kapal selam tempur paling canggih bagi negara ini.

Perkara yang membuatkan aku sedih apabila Kementerian Pertahanan mengumumkan secara terbuka bahawa KD Tunku Abdul Rahman terdapat kerosakan mekanikal di sebelah luarnya.

Mengapa aku tidak berapa senang dengan kenyataan yang dilaporkan oleh Kementerian Pertahanan adalah kerana ia melibatkan ketenteraan.Tentang bab ketenteraan ini boleh dikategorkan sebagai rahsia negara yang tidak perlu diumumkan.

Kerana seperti yang anda tahu, jiran kita ini boleh dikatakan musuh ketat kita kerana isu-isu seperti isu air,tanah,ruang udara dan sebagainya.Jadi ini boleh dikatakan sebagai kelebihan bagi mereka kerana mendapati kapal selam kita tidak boleh digunakan.

Umum mengetahui, kehebatan jiran kita ini yang juga pembeli kelapan kelengkapan senyata terbesar di dunia ini memang tidak dapat dinafikan.Dengan jetnya,helikoternya,kereta kebalnya,kapalnya,kapal selamnya dan teknologinya memang harapan agak tipis.

Walaubagaimanapun, kelemahan negara tidak patut dinyatakan kerana ia rahsiabesar negara.Walaupun aku sudah tahu 2 bulan dahulu ketika melawat "Langkawi International Marine and Aerospace''.

Dan artikel yang aku ingin nyatakan paling bodoh tetapi lucu adalah apabila mereka menyatakan kapal selam milik negara tidak terjejas walaupun berlaku kerosakan mekanikal.Ini kerana disitu dikatakan juga bahawa kapal selam itu tidak boleh menyelam

Kapal selam tidak boleh menyelam...Tak ke bodoh fakta yang ingin disembunyikan oleh pihak media.Jika kapal selam tidak boleh menyelam memang kapal selam ini kira tidak boleh digunakan langsunglah.

Ini bermaksud kapal selam tidak boleh digunakan dan boleh dikira rosaklah.Kerana operasinya di dasar laut.Ini bagaikan kapal yang diletakkan di daratanlah.Tidak boleh buat apa-apa dengan kapal itu.

Maksudnya ialah kerajaan ingin menyembunyikan kelemahan ini tetapi dalam masa yang sama ingin menyatakan bahawa mereka jujur dalam sebarang kerja.Disitu ia memberi kelebihan kepada negara jiran.

Sekalipun perisik negara jiran telah mengetahui tentangnya tetapi mereka tidak boleh mengesahkannya kerana ia mungkin satu jerat tetapi jika kerajaan sendiri membuat kenyataan di media ia seperti membuka pekung di dada.

Lihat petikan yang terakhir aku ambil dari akhbar itu.Ia menyatakan bahawa kapal selam Scorpene itu adalah yang paling canggih bagi negara kita sedangkan kita hanya punyai satu kapal selam saja.

Jika kapal selam itu 100 tahun dahulu sekalipun, ia tetap kapal selam tercanggih bagi negara kita.Itu satu kenyataan bodoh akhbar itu.Jangan ulangi kenyataan sebegini rupa kerana ia satu kenyataan yang memalukan.

Aku harap kesemua pilot-pilot sudah berada disisi kokpit supaya berhati-hati terhadap apa-apa serangan tentera luar.Apa yang aku baca, jika ada apa-apa isu hangat berlaku diantara negara jiran kesemua pilot-pilot sudah berada di sisi jet.

Harap segala kerosakan yang berlaku cepat dibaiki dan diminta lainkali supaya perkara-perkara seperti ini diletakkan dibawah Official Secret Act atau Akta Rahsia Rasmi ( OSA ).Ia patut dirahsiakan daripada diketahui umum.

Dibawah ini, aku selitkan sedikit dialog diantara mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohammad dengan tiga panglima perang Malaysia iaitu Darat,Laut,Udara pada tahun 198_.

Tun M : Apa pandangan ampa kalau kita nak kena bertempur?

Jeneral Darat : ( batuk ) rasanya peluang nak menang tipis, paling lama kita boleh bertahan pun sehari.

Tun M : Ermm... Jeneral ... apa pendapat pula kalau kita berdepan situasi macam ini ?

Jeneral Laut : Saya pun sependapat dengan Jeneral ... Kekuatan kita tidak setanding dengan ketenteraan laut mereka.Kita pasti habis!

Tun M : Jeneral pula ?

Jeneral Udara : Ermm...Mana nak tau menang ka kalah ka.Lawan dulu baru tau.

Itu adalah boleh dikatakan quotes dari Jeneral Udara yang juga rakan ayah aku pada tahun 198_ ketika Malaysia menghadapi krisis air dengan Singapura.Apa yangn dinyatakan adalah keyakinan seseorang.

Untuk mengelakkan Jeneral dikenal pasti aku tidak meletakkan tahun kerana pembaca boleh mencari Jeneral yang berkhidmat pada tahun tersebut.

No comments:

Post a Comment

Dipersilakan Komen