Saturday, February 20, 2010

Mahathir agen Yahudi???

"Siapa sebenarnya lanun Yahudi berwajah Melayu" itulah tajuk artikel dari blog www.kumanddie.blogspot.com yang memaparkan bahawa bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir seorang agen Yahudi.

Sebelum itu, aku minta kepada semua pembaca supaya membaca artikel dari dari blog seorang pengkaji konspirasi itu.Yang menyatakan bahawa Mahathir seorang agen Yahudi di negara ini selain menuduh bahawa Mahathir ketua Freemason.

Moderator blog terbabit, telah memetik artikel dari dari www.diabuatdah.blogspot.com yang menyatakan bahawa ahli keluarga Tun M telah membuka akaun di Israel National Bank dan menyimpan wangnnya disitu.

Apa yang ditulisnya seperti ini ;

21. Name : Mr Mukhriz Bin Mahathir
Post : Son of Prime Minister
Passport No. : R 639296 (M)
Bank : Israeli National Bank
Type of Account : Fixed Deposit (Foreign Currency)2 years
Account No : M-2074-6219-332 (E)
Amount : USD 8,000,000.00
Date of opening account : 05/06/97
Date of Maturity : 05/06/99

Ini adalah salah satu tulisan yang diambil dari blog terbabit dan bagi aku ia satu penipuan ini kerana ia hanya tulisan tanpa bukti yang kukuh.Aku pun boleh buat dengan hanya tulisan tangan.

Seorang pembaca telah menyatakan bahawa nombor passport Dato'Mukhriz Mahathir yang juga ahli parlimen Jerlun, Kedah adalah tidak sama.Dan tulisan ini tidak boleh dipercayai sama sekali mungkin jika visual dari akaun pemilik lebih relevan.

Selain keluarga Tun Mahathir, menteri-menteri dibawah pentadbirannya dahulu juga menyatakan mempunyai akaun simpanan wang di Israel National Bank.Nasib baik anak saudara beliau, Ako Mustapha tak ada dalam tuduhan ini.

Sebenarnya, pendapat aku menyatakan bahawa bekas perdana menteri ini menyimpan wang di Israel National Bank adalah tidak relevan sama sekali.Beliau adalah perdana menteri dan jika beliau adalah 100 juta sekalipun, lebih logik jika dikatakan bahawa Tun menyimpan wangnya di Swiss Bank.

Ini kerana di Swiss Bank, segala privasi lebih selamat dan jumlah aset pun dijamin selamat.Orang kaya Itali ( Ketua Mafia ) pun menyimpan wang di sana dan maklumatnya selamat.

Orang-orang kaya dari serata negara pun membuka akaun di Swiss Bank untuk tujuan mengelak cukai pendatan dikenakan terhadap mereka.Aku tidak fikir perdana menteri sebodoh itu menyimpan wang di Israel National Bank.

Penulis blog juga menyatakan bahawa Tun Dr Mahathir seorang yang zalim.Dan menulis persamaan Mahathir dengan dengan Diktator Terzalim Dunia, Adolf Hitler.

Menuduh Musuh Politik Meliwat

Mahathir yang menuduh Sdr Anwar Ibrahim (DSAI) meliwat adalah diambil dari pengajaran yang dilakukan oleh HITLER terhadap Ketua Turus Angkatan Tenteranya . Hitler menuduh dan menfitnah Ketua Turus Angkatan Tenteranya meliwat setelah beliau menjadi cabaran terhadap kepopularan dan kemungkinan merampas kuasa dari beliau. Sebenarnya Ketua Turus Angkatan Tentera Hitler mengetahui segala kelemahan dan kegilaan cita-cita Hitler. Sebab itu Hitler terpaksa memecat beliau sebelum rakyat menyedari akan kegilaan Hitler. Ini sama seperti kelakuan Mahathir yang takut akan terbongkarnya segala keburukan dan penyalahgunaan kuasanya yang dilakukan beliau selama ini. Sebab itu Mahathir terpaksa memburukkan Anwar supaya rakyat tidak sedar akan segala kejelikan dan kezaliman yang dilakukan oleh Mahathir terhadap Negara ,Bangsa dan Agama selama ini!!!.

Telah terbukti bahawa DSAI telah meliwat dan DSAI telah dikenakan hukuman penjara.Ini bukan sekadar tuduhan tapi realiti, Tun M. menyatakan bahawa PM seterusnya mestilah bersih dari sebarang rekod jenayah.

Menuduh Musuh Politik Agen Kuasa Asing

a) Mao Tze Tung pernah menuduh Deng Xiaoping sebagai agen kuasa asing apabila Deng Xiaoping menjadi popular dan berfikiran terbuka terhadap pelaburan asing semasa beliau menjawat Menteri Kewangan Cina. Deng Xiaoping dipecat dan dituduh sebagai agen kuasa Barat dan pengkhianat Negara. Setelah Mao Tze Tung mati Deng Xiaoping dilantik semula sebagai Menteri Kewangan dan kemudiannya sebagai Perdana Menteri. Beliau merupakan orang yang paling disanjungi rakyat hingga hari ini dan digelar sebagai Bapa Kemodenan Cina. Nama Mao Tze Tung tenggelam dan dihina rakyat. Begitulah kedudukan Anwar yang pernah dianugerahkan sebagai Menteri Kewangan terbaik dunia oleh majalah ekonomi dan kewangan terkemuka Eropah. Sebab itu Mahathir takut Anwar akan menjadi lebih popular sekiranya Anwar menjadi Perdana Menteri!! Mahathir takut namanya akan tenggelam dan rakyat akan memuji Anwar. Sebelum ini berlaku Anwar diaibkan supaya rakyat melupai beliau dan hanya mengingati Mahathir sahaja. Tetapi apa yang berlaku sekarang lebih teruk. Mahathir dibenci, dihina, dikutuk oleh rakyat semasa beliau masih dalam jawatan dan Anwar menjadi lebih popular dan disanjungi rakyat semasa dalam penjara.!!!Kedua-dua nya masih hidup!!!

b) Slobodan Milosevic menuduh Perdana Menterinya yang dipilih rakyat sebagai agen kuasa asing setelah dunia memberi pengiktarafan kepada kepopularan beliau yang diterima rakyat terbanyak dan membelakangi Milosevic didalam arena politik dunia. Anwar mendapat pengiktarafan dan sanjungan dimana saja beliau pergi termasok Amerika Syarikat. Apatah lagi didunia Islam dan Asia. Ini menyakitkan hati Mahathir kerana beliau ingat hanya beliau sahaja yang patut disanjungi oleh dunia. Maka beleterlah Mahathir dipentas dunia untuk mencari populariti tetapi disebaliknya dikutuk oleh kawan dan lawan. Hanya akhbar Malaysia sahaja yang menyanjungi ucapan-ucapan Mahathir yang cuba mencari populariti dipentas dunia dan menuduh media asing cuba menjatuhkan imej Malaysia. Sebenarnya ucapan Mahathir tidak mempunyai isi tetapi hanya maki hamun terhadap Barat yang mendapat tepukan semasa beliau berucap sahaja. Selepas itu kawan dan lawan pun cabut lari dan blahh. Tinggalah Mahathir terkontang-kontang keseorangan berperasaan kununnya... beliau disanjungi dunia. Samalah seperti apa yang berlaku diperhimpunan Agong UMNO baru-baru ini. Kawan dan lawan meluat mendengar ucapan lucah beliau. Setakat tepuk tangan bolehlah... percaya tak tentu lagi...

Ya!! Memang Tun Mahathir menuduh DSAI agen kuasa asing dan jawapannya di artikel yang lepas [ klik sini ].

Menuduh Ulama Dan Agama Sebagai Penghalang Kemajuan

Kamal Attartuk yang mengkagumi kemajuan barat menuduh Ulama dan Agama Islam sebagai penghalang kepada kemajuan yang ingin dibinanya di Turki. Beliau yang dinasihati oleh musuh sebenar Islam menghakiskan segala pengaruh Ulama dan Ugama dalam kehidupan harian masyarakat. Akibatnya keagungan bangsa Turki hilang dan tidak diterima oleh dunia Barat maupun dunia Islam. Turki hari ini menjadi Pak Turut dan baruah Barat. Apa saja yang disuruh oleh Barat terpaksa diikutinya termasok membenarkan NATO menggunakan bumi Turki untuk mengebom dunia Islam dan membantu Israel membunuh umat Islam. Mahathir hari demi hari menunjukkan kebencian beliau kepada Ulama dan meminta ditafsirkan semula Al-Quran mengikut citarasanya. Pandangan ulama dianggap usang dan tidak mengikut peredaran zaman. Sekolah-sekolah ugama akan dikuasainya supaya penghayatan dan pengajian Islam sebenar tidak dapat diterapkan dalam pembinaan generasi Islam sebenarnya. Ulama-ulama dihina supaya tidak dihormati oleh masyarakat. Apabila masyarakat hilang hormatnya kepada ulama maka payahlah ajaran-ajaran Islam hendak diterapkan. Masjid dibina hanya sebagai monument-monument untuk dimegahkan dan bukan untuk penghayatan institusi masjid sebenarnya. Kamal Attartuk banyak dinasihati oleh penasihat-penasihat Yahudi musuh nombor satu Islam. Difahamkan Tun Daim Zainuddin mempunyai banyak penasihat Yahudi dan salah seorang daripadanya ialah seorang Yahudi kerakyatan German bernama..... (terpaksa dirahsiakan buat sementara waktu). Beliau ialah juga penasihat kepada Istana Presiden Israel hingga hari ini dan pernah menjadi salah seorang Ketua Batalion Angkatan Tentera Israel semasa Perang Arab-Israel 1967!!! Beliau selalu datang ke Malaysia dengan menggunakan passport German sebagai usahawan dan banyak menasihati Tun Daim Zainuddin dalam urusan negara!!! Selalu berjumpa Tun Daim diluar negara. (akan didedahkan sepenohnya apabila pilihanraya diisytiharkan). Perhubungan ini direstui sepenohnya oleh Mahathir!!! Walaubagaimanapun Anwar juga yang dituduh mendengar dan mengikuti nasihat IMF dan Bank Dunia!!!

Kamal Atarturk telah membuat beberapa larangan antaranya :

  • Ataturk melarang memakai jibab atau tudung kepada kaum wanita jika mahu memakai tudung kena memakai skirt.
  • Telah menghapuskan perayaan Islam seperti Aidilfitri dan Aidiladha dan melarang mengerjakan Ibadah haji
  • Ataturk juga pernah menutup beberapa buah masjid dan menukarnya kepada gereja
  • Sekolah-sekolah agama telah ditukar menjadi sekolah awam
  • Membatalkan cuti hari Jumaat dan menggantikannya hari Ahad
  • Melarang azan dalam bahasa Arab dan menukarkannya kepada bahasa Turki ( azan dalam bahasa Turki macam mana tuh ??? )
  • Menukar Al-Quran kepada bahasa Turki tetapi ulama' mempertikaikannya
  • Menukar Islam sebagai agama rasmi Turki
Jika Tun Mahathir menyatakan Islam penghalang kepada kemajuan negara mengapa Tun M tidak melakukan sebegini rupa.Sedangkan beliau adalah seorang Perdana Menteri dan berkuasa untuk membuat apa saja.Tidak layak melabelkan Tun M sama seperti Kamal Atarturk.Untuk artikel tentang Kamal Atarturk : [ klik sini ].

Membina Mahligai Dengan Segala Kelengkapan Bertahan Sekiranya Diserang Musuh

Caucescao President Romania membina mahligai dengan segala kelengkapan bertahan selama tak kurang dari enam bulan siap dengan terowong apabila beliau menginginkan berkuasa buat selama-lamanya. Isteri beliau merupakan penasihat kepada segala keputusan negara sama seperti Siti Hasmah kepada Mahathir! Difahamkan Mahligai Mahathir bukan sahaja mempunyai terowong ke KLIA tetapi juga ke pejabat melalui terowong yang dibina dibawah tasik!! Walaubagaimana pun rakyat Romania bangkit dan menuntut keADILan. Kesudahannya Caucescao serta isterinya dihukum oleh mahkamah rakyat dan ditembak oleh pasukan penembak penguatkuasa undang-undang. Hitler juga membina terowong dimahligainya yang bernama Bird's Nest. Banyak riwayat mengatakan bahawa beliau membunuh diri didalam terowong yang dibinanya. Kesudahan Mahathir macam mana????.... Bersedialah ..

Satu tindakan yang bagus dan membanggakan apabila Tun Mahathir melakukan terowong untuk menyelamatkan diri dari segala serangan.Maklumlah, Tun Mahathir seorang yang genius dan berfikir panjang apa yang ingin dilakukannya.

Tetapi sedarkah ayat yang pertama dalam petikan diatas itu, Presiden Caucesco ingin berkuasa selama-lamanya tetapi mengapakah Tun Dr Mahathir meletak jawatan jika ingin berkuasa untuk selama-lamanya.Baik beliau teruskan berkhidmat menjadi PM hingga akhir hayat.

Menyalahguna Kuasa Untuk Mengayakan Keluarga Dan Kroni

Suharto menggunakan segala kuasanya untuk mengayakan anak beranak dan sahabat handainya melalui pemberian konsesi dan melindungi perniagaan mereka melalui penguatkuasaan perlindungan oleh pihak berkuasa. Segala kontrak mesti melalui anak-anak atau kroni beliau. Apa kurangnya di Malaysia. Segala projek penswastaan yang dianugerahkan oleh Unit Perancang Ekonomi dibawah Pejabat Perdana Menteri mesti mempunyai kepentingan anak atau kroni Mahathir. Kalau tidak proposal akan di'hijack' dan diserahkan kepada keluarga dan kroni Mahathir.

Tidak salah untuk menggayakan keluarga dan sahabat-sahabat beliau, janji rakyat hidup dengan aman.Sapa-sapa di dunia pun akan mengutamakan keluarga.Apa jadi kepada rakyat, kalau tidak bagaimana Menara Berkembar Petronas boleh berdiri.Suharto seorang ditaktor???

Mengongkong Media Dan Minda Rakyat

Adalah diketahui umum bahawa media di negara ini adalah paling jelik dan jijik didunia. Bukan sahaja memberi berita kotor tetapi menjadi sumber fitnah dan membuka keaiban rakyat kepada dunia luar. Tahap memperbodohkan rakyat sudah melampaui batas ketamadunan bangsa sendiri. Berita sebenar diputarbelitkan dan fakta dihapuskan supaya rakyat sentiasa diperbodohkan. Media perdana hari ini akan tercatit dalam sejarah sebagai pengkhianat agama, bangsa, dan negara bersama-sama dengan kehakiman, pendakwaraya dan polis. Tanggapan rakyat bahawa berita-berita dari media perdana tidak boleh dipercayai dan dipakai tidaklah salah sama sekali kerana Mahahir Perdana Menteri Malaysia disenaraikan sebagai salah seorang musuh ketat media didunia oleh Committee to Protect Journalist. Didalam senarai ini termasoklah Slobodan Milosevic (pembunuh umat Islam di Bosnia dan Kosovo), Jiang Zamin (President Cina), Fidel Castro, Hosni Mubarrak dan lain-lain lagi. Jadi untuk mengatakan kezaliman Mahathir sama standard dengan Slobodan Milosevic tidak salah sama sekali. Dasar dan tabiat diktator zalim sama saja.

Tidak kusangka bahawa Hosni Mubarrak pun disenaraikan sebagai musuh ketat media sedangkan beliau seorang agen Yahudi yang benar-benar pengkhianat sebenar.Dan mengapa Tun M melakukan sebegini.

Baiklah, tahukah apa yang dilaporkan media antarabangsa apabila rakyat Sudan melakukan perarakan menyokong Presiden Sudan, Omar Al-Bashir, mereka menyatakan mereka melakukan rusuhan.

Mengapa rusuhan berlaku di Iran, ini kerana media-media antarabangsa memutar belitkan fakta,Oleh sebab itu, Media perlu ditapis dari segala tulisan yang berbentuk negatif dari sampai ke rakyat.

Jadi kongkongan terhadap media memang benar, tetapi tahukah anda bahawa media-media yang mengutuk kerajaan juga ada tetapi tidak dikongkong.Contohnya, Suara KeAdilan, Harakah,Fikrah dan sebagainya.

Tidak logik sekali menyatakan bahawa pembunuh umat Islam di Bosnia sama standart dengan Tun M ini kerana Tun M tidak membunuh orang.Mahathir dan Fidel Castro kedua-duanya tidak sependapat dengan Amerika.Dan tahukah anda bahawa pemilik-pemilik media barat kebanyakkan orang kaya Yahudi.

Ini saja setakat ini dan seterusnya aku tak berapa faham apa yang ingin disampaikan penulis jadi aku skip saja tulisan itu.Aku terus ke tulisan seterusnya, aku hanya komen apa yang aku boleh komen.

Dibawah ini ada berapa tuduhan yang boleh aku komen untuk membela Tun Dr Mahathir selaku idola aku ;

Pada tahun 1969 & 1971…. Mahathir@Mahafiraun secara rasmi dan sah membuat kenyataan di Filipina dan Britain bahawasanya Almarhum Tunku Abdul Rahman adalah Perdana Menteri Malaysia yang bodoh serta hanya mengikut telunjuk kaum CINA serta Malaysia adalah negara yang paling teruk serta paling tak guna begitu juga rakyatnya yang bodoh lagi dungu….???… Mahathir@Mahafiraun tidak pernah menafikan kenyataan ini dan beliau sendiri mengakuinya.

Apa yang dinyatakan Mahathir adalah kerana ketidakpuasan hati terhadap Tunku kerana menyingkirkan Singapura.Tahukah anda bahawa Tunku tidak pass exam ketika belajar di England.

Mahathir@Mahafiraun sendiri dengan rasmi mengatakan ( pada ucapan 31/8/2000 ) bahawa persatuan CINA ( SUQUI ) dan Al-Maunah adalah komunis.

Aku tidak meyakini tentang ucapan yang menyatakan SUQUI adalah persatuan Komunis tetapi Al-Maunah aku yakin kerana ia salah satu ajaran sesat dan membuat serangan dan rampasan di kem di Perak.

Selain itu, Al-Maunah disenaraikan sebagai salah satu ajaran sesat di Malaysia.Jadi tidak salah jika Tun Mahathir mengatakan Al-Maunah adalah komunis.

Mahathir@Mahathir sendiri meluluskan (sewaktu Malaysia menjadi ahli majlis keselamatan PBB ) serangan keatas orang Islam di IRAQ ketika perang Teluk.

Tahukah anda bahawa ketika berucap di OIC, Tun Mahathir mengecam tindakan Israel menyerang Gaza malahan kini Tun Mahathir berkempen di blognya dan mengutuk Israel hingga kini.

Malah beliau pernah mengatakan " Umat Islam kuat kerana berjumlah 1.3 bilion dan tidak mudah dimusnahkan.Sebaliknya Eropah lah yang membunuh 6 juta Yahudi semasa Holocaust dan kini bermati-matian mempertahankan Israel. Sebenarnya orang Eropah yang anti-Yahudi dan anti-Semitic. Yahudi yang berjumlah 12 juta telah memerintah dunia melalui proksi."

Mahathir@Mahafiraun sendiri mengakui mempunyai hubungan baik dan perniagaan dengan Presiden CUBA (negara komunis ) - Fidel Castro.

Tahukah bahawa Fidel Castro seorang yang tidak bersependapat dengan Amerika.Begitu juga dengan Hugo Chavez dan Ahmadinejad.Adakah salam mempunyai hubunga baik dengan mereka.

Mahathir@Mahafiraun sendiri mengatakan Nabi Muhammad s.a.w tidak bercukur janggut kerana waktu itu tak da pisau cukur.

Orang-orang politik ini mempunyai maksud yang lain yang orang biasa tidak fahami.Apa yang ingin dinyatakan oleh Tun adalah Nabi Muhammad menyimpan janggut mengapa? Itu saja..Tak tahulah ada maksud yang lain.

Mahathir@Mahafiraun sendiri mengatakan mana-mana negara yang mengamalkan sistem pemerintahan serta ekonomi Islam akan menjadi mundur serta dipinggirkan oleh masyarakat antarabangsa.

Lepas itu mengapa Tun Mahathir beria-ia sangat mempromosikan tentang wang dinar emas di blognya www.chedet.cc.

Mahathir@Mahafiraun sendiri mengatakan orang Melayu adalah orang mundur dan lemah serta tidak mampu untuk bersaing dengan mana-mana bangsapun dalam apa jua bidang di Malaysia ini, kerana orang Melayu sejak dari dahulu memang lemah dan bodoh.

Aku tak sangka yang Tun Mahathir bodoh cakap begitu, Mahathir mengaku dirinya seorang Melayu dan secara tak langsung beliau mengutuk dirinya sendiri.Kata-kata bagi aku adalah kata-kata semangat untuk orang Melayu.Dan yang aku tahu Tun cuma kata "Melayu mudah lupa"

Mahathir@Mahafiraun sendiri mengatakan Hukum Bunuh dalam Isu Murtad sebagai satu perbuatan zalim dan tidak adil.

Di negara ini jika murtad sekalipun tidak akan dihukum bunuh, buat apa Tun M nak kata sebegitu dan jika murtad 3 kali baru dihukum bunuh.( tak salah aku lah )

Ciri-ciri Pengkhinat

a) Akan menjadikan harta, kuasa, khazanah, rakyat, agama sebagai milik peribadinya serta Mutlak menjadi milik kroninya sehaja.

Apakah gunanya apa yang dilakukan selama ini, contohnya Jambatan Pulau Pinang yang digunakan untuk rakyat.Kalau asyik bagi dekat kroninya saja tak ada semua yang dilakukan selama ini.

b) Orang ini akan mengunakan apa jua cara untuk memastikan dirinya di tabalkan sabagai pejuang Negara, walaupun rakyat dan bangsa disembelih atau diperdodohkan.

Apa benda yang rakyat diperbodohkan, semua OK saja, aku tak tau la sebab aku hidup beberapa tahun belum Tun Mahathir letak jawatan.

c) Pengkhianat negara akan menyalurkan kekayaan dan kuasa negara kepada orang asing serta juak-juaknya sehaja.

Aku pun tak tau nak komen apa dekat sini?

d) Pengkhianat ini juga bersedia mengorbankan orang lain asal ia selamat dan bebas semahu-mahunya, dan ia akan sentiasa dibelakang benteng rakyat jika berlaku peperangan.

Ketika lewat 80-an, negara kita Malaysisa mengalami krisis dengan Singapura yang membawa Malaysia hampir berperang.Tetapi mengenangkan rakyat,Tun tidak mahu memulakan peperangan dengan Singapura

Sampai disini saja komen aku terhadap artikel di www.kumanddie.blogspot.com.Jika ada yang tidak berpuas hati sila komen.Tata!!!

No comments:

Post a Comment

Dipersilakan Komen