Saturday, February 6, 2010

Hukuman Gantung Patut Dikenakan pada Penagih Dadah ( 2 )

"Hukuman Gantung Patut Dikenakan pada Penagih Dadah ( 1 )" perlu dilihat kepada sesiapa yang ingin terus membaca artikel ini kerana ia adalah pendahuluan penting.Tanpa artikel terbabit anda tidak digalakkan meneruskan artikel ini.

Pada post yang lepas aku menerangkan tentang dadah secara lebih terperinci dan menyatakan tempat memproses dan tanda-tanda penagihan dadah.Pada kali ini aku ingin menyatakan apa yang aku tulis pada tajuk.

Jika dilihat pada statistik pada tahun 2005, seramai 32,808 penagih ditangkap mengikut kajian Agensi Anti Dadah Kebangsaan ( AADK ).Seramai 17,419 penagih yang ditangkap adalah penagih berulang dan selebihnya penagih baru.

Pulau Pinang mencatatkan negeri paling ramai penagih ditangkap sebanyak 6403 manakala Wilayah Persekutuan Labuan mencatatkan bilangan yang paling kecil iaitu sebanyak 17 orang.Ini kerana Labuan sebuah kawasan yang kecil.

Pada setiap bulan, purata penangkapan adalah sebanyak 2735 dan penagih berulang adalah sebanyak 53.09 % bersamaan 1452 dan selebihnya iaitu 1283 penagih selebihnya ialah penagih baru.

Statistik penagih mengikut jantina seperti kebiasaannya, kaum lelaki mendominasi dengan 32141 dan selebihnya adalah kaum wanita.Tetapi mengikut kajian yang dilakukan lagi kaum wanita yang ditangkap pada tahun mendatang semakin bertambah.

Bangsa Melayu menjadi bangsa paling ramai penagih iaitu sebanyak 22344 manakala Cina mempunyai seramai 5131 penagih dan 3228 penagih berbangsa India.Dan lebih 2000 orang dikategorikan sebagai lain-lain bangsa.

Antara alasan-alasan yang diberikan penagih ialah kerana pengaruh dari rakan.Dan perasaan ingin tahu juga antara sebab mereka menagih dadah di samping untuk keseronokan juga diberi alasan oleh para penagih.Ada juga yang tidak mempunyai tujuan mengambil dadah.

Itu sebenarnya statistik biasa saja dan dibawah ini apa yang aku ingin tekankan supaya penagih dadah ini dikenakan hukuman mati mandatori kerana beberapa faktor.

Seperti yang anda tahu, manusia-manusia dibawah umur 18 tahun adalah pemimpin masa hadapan dan mereka ini akan membentuk Malaysia dan membangunkan Malaysia.Jadi mereka yang akan membangunkan Malaysia ini perlulah manusia yang bijaksana.

Dan mengapa mereka dikenakan hukuman gantung sampai mati ialah kerana kebanyakkan penagih ini adalah dari golongan tidak pandai.Sekaligus mereka ini tidak akan mempunyai pekerjaan atau dipanggil penggangur.

Kebanyakkan penggangur ini tidak mempunyai pendapatan jadi mereka sudah ketagih dengan dadah jadi ia membuatkan mereka harus mencari wang untuk mendapatkan bekalan dadah.Masalahnya mereka tidak bekerja.

Jadi jalan yang paling pintas untuk mendapatkan wang adalah dengan cara merompak atau meragut.Ini adalah masalah yang ditimbulkan para penagih ini.Jika mereka mempunyai pendapatan sendiri tiada masalah dan masalahnya kerana mereka ini menggangu orang lain.

Sebanyak 2451 penggangur ditahan pada tahun 2005 dan data ini menunjukkan sebanyak lebih 1000 yang ditangkap adalah penagih berulang.Ini menunjukkan penagih-penagih yang ditangkap ini masih terus mengambil dadah walaupun dimasukkan ke pusat pemulihan.

Ia disokong lagi apabila statistik kelulusan para penagih majoritinya ialah hanya mempunyai kelulusan PMR sahaja.Ini menunjukkan penagih sudah tidak dapat membantu memulihkan ketagihannya sendiri kerana fikiran yang sempit.

Sebenarnya saranan aku bukanlah ingin terus mengenakan hukuman gantung kepada semua penagih yang ditangkap tetapi seperti yang anda tahu, undang-undang menyatakan penagih akan dihantar ke pusat serenti dan dibebaskan selepas beberapa tahun.

Ini bermaksud jika anda ditangkap banyak kali pun anda akan keluar balik dan boleh mengambil dadah seperti biasa.Jadi apa yang aku ingin minta kerajaan lakukan adalah dengan memberi hukuman mati kepada penagih yang sudah lebih tiga kali ditangkap.

Manusia bukan kejam, kita perlu memberi mereka peluang untuk mengubah kehidupan tetapi jika sehingga tiga kali diberi peluang tetapi tidak dapat berubah cara penyelesaian terbaik adalah dengan membawa mereka ke tali gantung.

Sekaligus ia dapat mengurangkan kes-kes jenayah yang berlaku di negara kita ini kerana ketagihan dadah.Dan tindakan ini sudah dilakukan oleh beberapa negara serantau dengan terus memberi hukuman mati kepada penagih dadah.

Tetapi harus diberi peluang terakhir iaitu membenarkan penagih membuat rayuan ( bukan mandatori ) supaya peluang terakhir digunakan.Tetapi jika ditangkap sekali lagi oleh pihak berkuasa ini bermaksud ajal sudah sampai.


Dibawah akta dadah berbahaya 1952 seksyen 52B seseorang yang mempunyai 15 gm atau lebih Heroin atau Morfin atau 1000 gm candu atau lebih mentah atau 40 mg Kokain atau lebih atau 200 mg ganja atau lebih atau 50 mg dadah Amphetamine Type Stimulans ( ATS ) akan dikenakan hukuman gantung sampai mati mandatori.

Ini bermaksud pengedar dadah lebih berat tindakan diambil daripada diambil tindakan terhadap penagih dadah.Ini adalah salah satu tindakan yang aku rasa perlu dipinda kerana mereka berpendapat bahawa jikalau tiada pengedar dadah tiadalah penagih dadah.

Fikiran sebegitu rupa adalah salah kerana jika tiada penagih dadah tiadalah pengedar dadah.Jadi bagi aku kedua-dua perlu dikenakan tindakan hukuman gantung sampai mati.

Penagih dadah pun akan berasa serba salah jika ingin meneruskan aktiviti menghisap dadah dan tidak berpendapat jikalau ditahan pihak berkuasa nanti akan keluar juga.Kaedah ini dapat menukar pendapat mereka kerana jika ditahan, tali gantung bakal menimpa.

Tetapi selepas beberapa kali ditangkap oleh pihak berkuasa.Kerana kita haruslah memberi peluang tetapi jika kali ketiga ditangkap, seperti dinyatakan penagih boleh meminta rayuan dari mahkamah.

Mereka ini jika dibenarkan hidup bebas sekalipun dadah akan berada di sisi mereka dan paling menakutkan apabila mereka susah untuk diambil bekerja menyebabkan mereka mencari wang dengan cara membuat jenayah.

Tetapi harus diingatkan, bahawa sesetengah daripada mereka masih boleh dibawa ke pangkal jalan.Paling yang ditekankan untuk diberikan rayuan adalah dengan taraf pendidikan mereka ini.

Jika mereka mempunyai pendidikan yang tinggi, maka rayuan boleh diberikan ataupun kepada mereka yang mempunyai wang yang cukup atau bekerja tanpa melakukan jenayah ini boleh diberikan peluang terakhir untuk meneruskan hidup mereka.

Ini kerana mereka yang mempunyai pendidikan yang tinggi mempunyai peluang yang banyak untuk berubah ini.Kajian juga kadang-kadang menunjukkan bahawa mereka ini mempunyai akal fikiran yang boleh merubah tabiat mereka ini.

Seperti Presiden kulit hitam pertama Amerika Syarikat iaitu Barack Obama, mengikut apa yang aku baca, pada usia muda beliau telah mengambil dadah marijuana tetapi ia masih boleh dibetulkan.Dan mereka ini kadang-kadang masih berguna kerana berjaya menjadi manusia paling berkuasa di dunia ( Orang paling berkuasa di dunia pun ambil dadah ).

Akhir kata, kepada kerajaan supaya meminda undang-undang kini dan mengambil tindakan terhadap penagih dadah dan jangan hanya menghantar mereka ini ke pusat pemulihan sahaja kerana hampir 50 % penangkapan kebanyakkannya adalah penagih berulang.

*** Janganlah mengambil najis dadah ini kerana ia amat sukar diberhentikan.Ia disokong apabia dua penyanyi veteran telah menyatakan rasa sukar mereka untuk meninggalkan terus dadah ini.

No comments:

Post a Comment

Dipersilakan Komen