Friday, February 5, 2010

Hukuman Gantung Patut Dikenakan pada Penagih Dadah ( 1 )

Dadah!!! Apa yang boleh dikatakan dengan dadah ialah kejijikan dadah ini memang tidak dapat diterima.Tidak kira apa-apa dadah dan termasuk kepada penghidu-penghidu gam seMalaysia yang satu angkatan dengan penagih dadah.

Dadah sebenarnya dibawa masuk untuk tujuan perubatan tetapi ada segelintir manusia yang menyalahgunakan penggunaan dadah ini.Seperti Morfin, anda perlukan ia jika kaki anda ataupun badan anda tercedera ( luka ) dan boleh letakkan sedikit Morfin ke tempat yang mengalami luka.

Air daun ketum juga di Malaysia dikategorikan sebagai bahan larangan yang dianggap dadah tetapi apabila aku bertanyakan ibu saudaraku, ia menjelaskan bahawa air daun ketum ( ADK ) boleh menguatkan badan.Selain itu, orang-orang zaman dahulu yang bekerja di tengah laut selalunya mengambil kerana bekerja lebih masa.

Tetapi sekarang, di kampung aku ada orang-orang tidak bertanggungjawab menjual ADK dengan merendamnya dan memasukkan segala barang seperti ubat gegat ( menghalau lipas ) dan barang-barang lain.

Berbagai cara mereka ingin mendapatkan kenikmatan dadah terbabit seperti dihidu,disuntik,dihisap ataupun dimakan dan ia boleh mengubah bentuk fizikal mental seseorang yang mengambil dadah.

Jenis-jenis dadah pun banyak di dunia ini dan paling top di pasaran Malaysia mengikut kajian aku Syabu dan Estacy.Diantara dadah-dadah lain ialah Heroin,Kokain,Marijuana,Morfin,Ganja dan berbagai-bagai lagi.

Sebenarnya ia membawa kesan-kesan yang lain seperti dadah Eramin 5 ia digunakan untuk menenangkan fikiran sistem seseorang dan menukar sistem saraf pusat.Ia diimport daripada negara serantau seperti Myanmar.

Antara dadah-dadah Psikotrapik ialah dadah terkenal seperti Syabu atau Metaphatamine.Kesannya dapat merangsang fizikal kita supaya lebih bertenaga dan banyak diambil kelab-kelab hiburan.Ia juga diproses di negara-negara serantau.

Di rantau Asia ini sesetengah negara diisytiharkan sebagai tempat memproses dadah.Seperti kadang-kadang anda terlihat di akhbar, penduduk-penduduk Arab yang berada di Afghanistan atau Pakistan bergantung kepada pengeluaran dadah mereka sahaja.

Paling menakutkan sekali, negara Malaysia tergolong di dalam negara yang dipanggil "Golden Triangle" ataupun Segitiga Emas kerana rantau Asia Tenggara ini terkenal dengan tempat mentransitkan dadah.

Seperti yang aku tulis di atas, pil Eramin 5 diproses di Myanmar sementara dadah Syabu atau Metaphatamine diproses di Laos.Morfin diproses di Thailand manakala sesetengah dadah lain juga berasal dari negara jiran seperti Indonesia.

Selebihnya dadah kebanyakkan berada di Amerika Selatan.Negara-negara seperti Mexico yang seringkali dilaporkan tentang pihak polis ingin menumpaskan para pengedar dadah disana.Tetapi negara serantau seperti Cuba dan Venezuela tidak terlepas dari disenaraikan sebagai negara pengeluar dadah.

Inhalant juga tidak terlepas walaupun ia bukan dikategorikan sebagai dadah tetapi kesannya sama seperti dadah.Ia seperti gam,ubat nyamuk,thinner,minyak petrol,cat air,spray rambut dan barang-barang yang sewaktu dengannya.

Ia membuatkan pengambil berhalusinasi dan khayal.Gam juga lebih teruk dari dadah biasa apabila ia membolehkan sistem sel otak pengambil lumpuh sekaligus boleh membawa maut.Walaubagaimanapun mereka ini sukar ditahan kerana peruntukan undang-undang.
Cara pengambilannya kebanyakkannya secara menghidu.

Tanda-tanda penagihan ialah

  • Adanya perubahan/merosot kehadiran atau mutu prestasi kerja
  • Marah - Marah atau meradang tidak tentu sebab
  • Turun berat badan, selalu menguap dan tidak bermaya
  • Hilang selera makan atau selera bertambah
  • Diri tidak menjadi tidak terurus seperti malas mandi atau gosok gigi
  • Suka memencilkan diri dan selalu berada di tempat yang sunyi
  • Menjadi rajin, agresif, tersengih-sengih tidak tentu pasal
  • Suka menipu, berbohong dan berpura-pura baik
  • Meminta wang berlebihan dari ibu bapa
  • Hilang minat terhadap sukan,muzik dan sebagainya

No comments:

Post a Comment

Dipersilakan Komen