Saturday, February 20, 2010

F1 Tahun Ini Lebih Gempak

Jenson Button dari Britain yang mewakili pasukan bimbingan Ross Brawn, Brawn Mercedes telah menjuarai kejuaraan formula satu 2009 dengan memperolehi 95 mata.Dan Brawn Mercedes telah merangkul telah menjadi pengeluar yang mempunyai mata paling tinggi.

Pada musim 2010 ini, siapa pula pemandu formula satu ini bakal menjadi juara.Dan pengeluar kereta mana yang mendapat mata tertinggi pada musim 2010 yang bakal bermula beberapa minggu lagi.

Pada musim yang lepas, podium kebanyakkannya dimonopoli oleh pemandu muda dari Britain ini iaitu Jenson Button dan rakan sepasukannya, Rubens Barrichello juga hebat memandu atas nama pasukan Brawn Mercedes.

Ia memang sesuatu yang tidak dapat dijangkakan apabila Jenson Button berjaya muncul juara dan mengetepikan pemenang musim 2008 yang juga berasal dari Britain,Lewis Hamilton yang menjadi pemandu termuda memenangi Kejuaraan Formula Satu.

Tinggalkan cerita yang lepas dan kita buka cerita yang baru, seperti yang tertera dititle aku berpendapat bahawa pada tahun ini kejuaraan Formula Satu yang akan bermula tidak lama lagi lebih mencabar.

Salah satu faktor mengapa aku berkata begitu adalah kerana perpisahan diantara Mclaren dan Mercedes.Dahulunya selalu mereka mengatakan Mclaren Mercedes tetapi kini mereka telah berpisah dan membentuk pasukan sendiri.

Dua pemandu Britain iaitu Jenson Button dan juga Lewis Hamilton bakal memandu jentera MP4- 25 dari Mclaren.Prinsipal bagi pasukamn Mercedes ini tetap sama iaitu Martin Whirtmash.

Satu gandingan yang mantap diantara Jenson Button dan pemandu Rookie ini kerana kedua-dua mereka telah pernah memenangi kejuaraan.Prestasi Hamilton telah merudum akhir-akhir ini menyebabkan Mclaren-Mercedes hanya di tempat ke-3.

Manakala Jenson Button pada aksi musim yang lepas memang mempamerkan pemanduan yang membanggakan apabila berjaya mencatatkan 6 kemenangan.Sekali mencatatkan di tempat kedua dan dua kali di tempat ketiga.

Komen terhadap juara dunia termuda ini pula prestasi agak teruk dari musim yang terdahulu kerana Hamilton memenangi 2 perlumbaan dari 17 perlumbaan.Dan menduduki tempat kedua sebanyak sekali dan di tempat ketiga sebanyak 2 kali.

Bayaran lesen super bagi Lewis Hamilton yang mewakili Mclaren-Mercedes pada tahun lalu sebanyak Rm 1.3 juta dan Jenson Button yang memandu jentera Brawn Mercedes hanya sebanyak Rm 90,000.

Beralih ke Mercedes GP pula, kemasukkan semula lagenda Formula Satu iaitu Michael Schumacher ke arena sukan permotoran selepas bersara dari bidang itu beberapa tahun lalu.Pada kali ini, beliau bakal bergandingan dengan Nico Rosberg yang berhijrah dari pasukan William.

Michael Schumacher dari Jerman pernah menjuarai 7 kali kejuaraan dan mengutip sebanyak 1369 mata ketika belum bersara.Beliau juga pernah menaiki podium sebanyak 159 kali dan Michael Schumacher adalah pemandu yang dijangka menggegarkan litar pada musim ini.

Pemandu senegara dengan rakan sepasukan Schumi, Nico Rosberg telah mempunyai pengalaman 75 kali berlumba dan mata sepanjang kariernya sebanyak 75.5 mata.Pada musim yang lepas, Rosberg tidak sekalipun berjaya naik ke podium menerusi pasukan William.

Bekas pemandu William ini pada tahun yang lalu telah membayar lebih kurang Rm 230,000 untuk mendapatkan lesen super supaya boleh terus beraksi dalam sukan permotoran ini.Dan prinsipal pada pasukan ini ialah Ross Brawn.

Steffano Domenicalli yang menjadi prinsipal bagi pasukan Ferrari kini mempunyai dua pemandu yang boleh dikategorikan sebagai pemandu cemerlang iaitu pemandu tetapnya iaitu Felipe Massa berteman bersama Fernando Alonso.

Rm 665, 018 telah dibayar oleh Fernando Alonso kepada Federation International Automobile ( FIA ) untuk mendapatkan lesen super.Massa pula membayar Rm 1 juta untuk lesen super miliknya.

Pemandu Brazil, Felipe Massa merupakan seorang pemandu yang mempunyai komitmen yang tinggi.Pernah berlumba sebanyak 116 perlumbaan dan 320 mata.Memenangi 28 perlumbaan sepanjang kariernya.

Massa berkesempatan menaiki satu podium saja dalam 10 perlumbaan.Baki perlumbaan dihabiskan berehat di rumah kerana kecederaan ketika memandu pada ujian kelayakan.Beliau berjaya mengutip 22 mata musim lalu.

Pemandu kelahiran Sepanyol, Fernando Alonso pada tahun lalu telah mengumpul 26 mata.Dengan sekali berada di tempat ketiga.Sepanjang kariernya,beliau berjaya mengutip 577 mata dan menjadi juara kejuaraan Formula Satu sebanyak dua kali.

Pasukan kebangaan negara kita, Malaysia iaitu Lotus F1 team, pada kali ini memilih Jarno Trulli dan Heikki Kovolainen sebagai pemandu untuk membawa jentera T127 yang dibina di Norfolk, England.

Pelumba negara yang pernah mewakili negara dalam perlumbaan A1 iaitu Fairuz Fauzy ditempatkan sebagai pemandu simpanan.Ketua Teknikal pasukan ini ialah Mike Gascoyne manakala pemilik Air Asia, Datuk Seri Tony Fernandes sebagai prinsipal pasukan ini buat sementara waktu.

Jarno Trulli adalah bekas pemandu bagi pasukan Toyota tetapi pada tahun ini beliau berhijrah ke Lotus.Trulli memperolehi kedudukan yang ke-8 dengan 32.5 mata.Telah memperoleh 246.5 mata sepanjang kerjayanya dan dan pernah berlumba sebanyak 219 perlumbaan.

Pemandu kelahiran Finland, Heikki Kovalainen yang menduduki tempat ke-12 pada musim lalu mengutip 22 mata.105 mata sepanjang karier dan dan mempunyai pengalaman berlumba sebanyak 52 kali.

Bayaran yang dikenakan terhadap pemandu Itali iaitu Trulli adalah sebanyak 78,000 euro atau lebih kurang Rm368,000.Untuk Kovalainen pula, Rm 585,000 dikenakan untuk terus bersaing dalam sukan permotoran ini.

Itu saja, pasukan-pasukan yang bagi aku pasukan pilihan yang bakal menjuarai perlumbaan pada musim kali ini.Pada tahun ini, sebanyak 12 pasukan bertanding iaitu ;

1. Mclaren
2. Mercedes GP
3. Redbull
4. Ferrari
5. Williams
6. Renault
7. Force India
8. Toro Rosso
9. Lotus Racing
10. Campos Meta
11. Virgin
12. US Racing

Walaubagaimapun, bagi aku Mclaren,Mercedes,Ferrari,Redbull adalah pasukan pilihan namun tidak patut diketepikan pasukan-pasukan yang lain kerana di dalam sukan ini berbagai situasi akan berlaku.

Harapan untuk pasukan milik negara, Lotus untuk memenangi kejuaraan adalah besar tetapi mereka memerlukan lebih masa kerana kereta yang dilancarkan masih belum sempurna dan perlu diperbaiki kelemahan.

BMW Sauber pada kali ini tidak akan beraksi ini menyebabkan penaja bagi BMW iaitu syarikat negara, Petroliam Nasional ( Petronas ) menaja pasukan Mercedes GP yang dipandu juara dunia 7 kali, Schumacher.

Selaku prinsipal bagi pasukan Lotus, Datuk Seri Tony Fernandes yang juga pemilik syarikat penerbangan tambang murah, Air Asia bakal menaja Lotus F1 Racing.

Mungkin pada kali ini Lotus mendapat kelebihan beraksi jika dikenakan tindakan, ini kerana presiden Federation Internationale de I'Automobile ( FIA ) pada kali ini adalah Datuk Jean Todt.

Buat pengetahuan anda, Datuk Jean Todt adalah bekas Eksekutif Direktor pasukan Ferrari dan juga pengganti Max Mosley.Jean Todt adalah tunang bagi pelakon antarabangsa negara, Dato'Michelle Yeoh yang pernah beraksi di dalam filem aksi, James Bond.

***Lesen Super bagi pemandu adalah berdasarkan pada tahun 2009, setiap satu mata yang didapati bernilai 2000 euro.Mata diambil pada tahun 2008 dan dibayar sebelum musim perlumbaan musim 2009 kepada FIA.

No comments:

Post a Comment

Dipersilakan Komen