Sunday, February 28, 2010

Teknik Professor Klon ditiru Yahudi

Filem Cicak-Man arahan KRU Production mungkin menceritakan sesuatu kisah.Ini kerana Professor Klon ( Aznil Hj Nawawi ) telah mencipta satu penyakit dan telah membuat ubat kepada penyakit tersebut.

Golongan-golongan bijak pandai konspirasi Yahudi mungkin telah mendapat ilham dari filem Cicak-Man untuk memperolehi wang lebih supaya dan menampung keperluan pada masa akan datang jika tercetusnya perang.

Krisis ekonomi dunia berlaku apabila syarikat-syarikat gergasi di Wall Street telah menarik balik dana-dana yang diperuntukkan untuk syarikat-syarikat seperti Lehman Brother.Oleh kerana itu, ia menyebabkan ekonomi di seluruh dunia telah menjadi gawat.

Ini menyebabkan kerajaan Amerika telah membelanjakan 700 billion dolar Amerika atau lebih kurang Rm 2.5 trillion ( 25,000,000,000 ) untuk menyelamatkan syarikat ini.Malangnya, tidak ada apa-apa yang dapat dilakukan kerajaan mereka.

Lihat pula syarikat automotif kenderaan bernama Toyota, mereka telah menarik balik sebanyak 4.2 juta buah kenderaan yang akan dikeluarkan mereka.Dengan alasan bahawa brek kereta tidak berfungsi dengan baik.

Sementara Honda juga tidak terkecuali untuk mengumpulkan dana dengan menarik beribu-ribu unit kereta Honda City kerana ada sistem yang akan membahayakan pengguna jika dimasuki air.

Malas aku nak cerita tentang ekonomi ini sebab aku pun bukanlah pakar sangat tentang ekonomi ini.Apa yang aku telah tulis diatas adalah penarikan kereta ini bermaksud wang juga akan dikurangkanlah.

Sebenarnya ada lagi satu teknik para orang-orang Yahudi ini untuk memperoleh untung lebih dengan membuat satu penyakit yang dipanggil Selesema Babi atau dalam nama saintifiknya H1N1.

Selepas mereka menyebarkan penyakit ini kepada khalayak umum, jadi ia telah menjadi wabak yang susah untuk dikawal.Dalam masa yang sama, tiada lagi ubat yang boleh menyembuhkan penyakit ini.

Dengan kebijaksanaan mereka, mereka telah mencipta vaksin yang boleh merawat penyakit Selesema Babi ini.Jadi seluruh kerajaan di dunia akan membeli vaksin ini untuk menyelamatkan rakyatnya yang berada dalam kesakitan.

Sehingga 9 Disember tahun lalu, sebanyak 1438880 ( satu juta empat ratus tiga puluh lapan ribu lapan ratus lapan puluh ) kes telah dicatatkan dan 14337 disahkan meninggal dunia angkara penyakit ini.

Bayangkan jika satu vaksin yang disuntik kepada mangsa bernilai Rm 10 .Ini menunjukkan bahawa pencipta vaksin ini akan mendapat untung sebanyak Rm 14 juta.Ia angka yang kecil tetapi harga sebenar vaksin ini dikatakan lebih kurang $25 ( Rm85 ) .

Mahu tidak mahu kerajaan perlu membeli vaksin ini kerana tidak rakyat akan mati dan kerajaan akan dipersalahkan.Secara tak langsung mereka telah mendapat laba dengan konspirasi wabak ini.

Ia dibuktikan apabila...

Empat hari sebelum terjumpanya kes Selsema Babi di Mexico, Pengarah Makmal Univerisiti Rockefeller iaitu Dr.Ralph Steinman telah diberi Anugerah Perubatan Albine. Anugerah tersebut diberi beserta saguhati USD500,000.

Steimen terpilih kerana sumbangannya dalam penerokaan dendretic cells malah seorang yang pakar dalam penyelidikan imunilogi dan Fisiologi Selular.

Imunilogi adalah penyelidikan khusus dalam imunisasi (pencegahan penyakit) dalam bidang bio-perubatan. Kemungkinan Steimen dan rakan-rakannya akan diberi tanggungjawab palsu untuk menangani gejala swine flu.

Doktor Steinmen ini juga bukan sahaja bertugas di Universiti Rockefeller malahan beliau adalah Ketua Pengarah Institut Trudeau.Institut ini diberi tanggungjawab oleh kerajaan Amerika untuk membuat penyelidikan tentang vaksin bersama kementerian pertahanan mereka.

Mungkin ini membuktikan bahawa kerajaan US pun terlibat dalam konspirasi penyebaran wabak H1N1 ini untuk memberi keuntungan kepada golongan-golongan tertentu.

David Rockefeller juga adalah salah satu orang kuat Illuminati untuk menjayakan pelan New World Order.Fikir-fikirkanlah...

Saturday, February 27, 2010

Apa ada dengan Selat Melaka

Rasanya belum terlewat untuk mengucapkan selamat menyambut hari kebesaran Rasul kita dan selain itu akut telah mengupgradekan blog ini dengan membuka page baru.

Selat tersibuk di dunia dan salah satu selat terpenting bagi ekonomi perkapalan iaitu Selat Melaka.Mengapa selat Melaka ini terlalu penting bagi kapal hinggakan disebut sebagai selat tersibuk di dunia.

Baiklah, dari dulu hingga kini salah satu jalan untuk mengelilingi dunia ialah Selat Melaka kerana ia adalah jalan terdekat untuk terus menjalajah.Malah ia juga antara tempat paling penting di dunia pada bab perkapalan.

Sila Klik gambar untuk visual yang lebih jelas

Kebanyakkan pedagang-pedagang bermula di Amerika Utara ( North Amerika ) dan akan merentasi laut dan terus menuju ke Asia Timur.Oleh kerana itulah Selat Melaka menjadi salah satu yang terpenting di dunia.

Bukan sahaja di Amerika Utara malahan dari Amerika Selatan juga akan melalui sini.Negara-negara Afrika dan sesetengah negara Asia juga perlu sampai ke Asia Timur jika menggunakan kapal.



Ini adalah contoh laluan-laluan para pedagang untuk ke Korea Selatan dan Jepun ( tanda biru ).Mereka perlu melalui Selat Melaka untuk sampai ke negara-negara Asia Timur iaitu laluan yang bertanda merah.

Laluan bertanda kuning itu adalah dipanggil Selat Sunda berhampiran Jakarta.Ia adalah laluan alternatif bagi pedagang-pedagang untuk sampai ke Asia Timur tetapi Selat Melaka lebih menjadi favourite.

Manakala jika pedagang-pedagang tidak ingin untuk ke Asia Timur selalunya mereka akan terus ke Australia iaitu laluan bertanda hijau dan terus ke New Zealand.Mereka selalunya tidak akan melalui Selat Melaka.



Mengapa Selat Sunda tidak menjadi favourite kepada pedagang-pedagang untuk melaluinya.Ini kerana salah satu sebab adalah laluan ini sedikit jauh dari Selat Melaka.Ini menyebabkan pedagang malas untuk melalui Selat ini.

Selain itu, faktor laluan ini sempit juga salah satu penyebab utama mereka tidak mahu mengikuti laluan ini.Dan banyak juga pulau-pulau kecil berada sepanjang jalan ini menyebabkan perjalanan terganggu.

Angin juga penyumbang beberapa masalah bagi kapal untuk melalui laluan ini kerana ia lebih terbuka berbanding Selat Melaka yang lebih tertutup kerana dilindungi dari angin oleh tanah daratan Indonesia.


Visual diatas adalah visual Selat Melaka yang dilalui oleh pedagang-pedangan untuk membawa barangan-barangan besar ke negara-negara lain.Laluan Selat Melaka lebih luas berbanding Selat Sunda.

Selain itu, tiada masalah seperti pulau-pulau kecil terbentuk di sepanjang laluan Selat Melaka ini.Ini menyebabkan kapten kapal lebih senang mengemudi kapalnya untuk ke destinasi mereka.

Selat paling sibuk di dunia ini juga dilindungi dari angin-angin barat oleh kerana mempunyai Indonesia Barat menyebabkan angin laut tidak dapat sampai ke Selat Melaka oleh dilindungi tanah Indonesia.

Selain itu, para pedagang boleh berlabuh untuk minum petang di Pelabuhan Klang ( Port Klang ) dengan tenang berbanding mengikut Selat Sunda yang agak jauh sedikit untuk berlabuh.

Selat Melaka ini juga lebih selamat berbanding laluan-laluan dan tidak terdedah kepada lanun untuk menahan kapal kerana ia dilindungi oleh pihak berkuasa Indonesia dan juga Malaysia.



Daripada melalui Selat Sunda yang bertanda biru itu lebih afdal jika melalui Selat Melaka yang bertanda merah itu.Ini kerana jalannya dekat dan menjimat masa dari melalui Selat Sunda yang agak jauh.

Malaysia dan Indonesia juga mendapat untung dari para pedagang-pedagang kerana mereka menggunakan laluan ini untuk ke destinasi yang ingin dituju iaitu bertanda kuning itu.

Kerana selat ini jugalah negara jiran kita, Singapura yang tidak punyai apa-apa menjadi kaya raya kerana hampir kesemua pedagang-pedagang singgah di pelabuhan Tanjung Pagar,Pasir Panjang dan sebagainya.

Oleh kerana kedudukan strategik Singapura, ia menjadi tempat untuk para kapal meninggalkan kontena mereka di pelabuhan ini menyebabkan pelabuhan di Singapura ini adalah pelabuhan tersibuk di dunia.

Ini menjadi Pelabuhan Singapura menjadi tempat entreport kepada pedagang barat untuk memberikan kargo kepada kapal-kapal di Asia Timur mengambilnya dan menghantarnya ke destinasi mereka.

Pelabuhan Singapura juga adalah pelabuhan tercanggih di dunia ini kerana setiap kapal akan sampai purata setiap dua minit.Ini adalah faktor utama menggerakkan ekonomi Singapura dengan hanya membuka pelabuhan.

Dianggarkan bahawa kerajaan Singapura perlu mengelola lebih 17 juta unit kontena dalam satu-satu masa untuk memberikan perkhidmatan terbaik kepada ribuan kapal dari serata negara.

Usaha Thailand untuk membuat terusan di Selatan Thailand berdekatan dengan sempadan Malaysia mendapat tentangan hebat dari Singapura,Malaysia dan Indonesia kerana ia menjejaskan laluan kapal di Selat Melaka selain menjejaskan lebih separuh ekonomi Singapura.

Malaysia juga pernah ingin merobohkan tambak Johor dan menggantikan dengan jambatan bengkok boleh menyebabkan pelabuhan Singapura kosong ini kerana mereka semestinya akan melalui laluan diantara Singapura dan Malaysia.

Air,pasir dan ruang udara menjadi syarat untuk Malaysia membuat jambatan bengkok oleh kerana kedaulatan negara tidak ingin digadaikan, Malaysia membatalkan projek jambatan bengkok ini.

Jika dibuat jambatan bengkok, kapal-kapal akan melalui oleh kerana tiadanya tambak yang menyekat laluan kapal.Dan jika ini berlaku, ekonomi Singapura terjejas oleh kerana mereka hanya bergantung dengan pelabuhan saja.

Sunday, February 21, 2010

Rakaman Suspek Pembunuhan Pemimpin Hamas








Diatas ini adalah rakaman video yang dikutip oleh Jabatan Polis Dubai di Emiriah Arab Bersatu ( UAE ) tentang kes pembunuhan pemimpin Hamas, Al-Mabhouh yang ditemui mati di hotel tempat Mabhouh menginap.

Pada 19 Januari lalu, di bilik hotel Al-Bustan Rotana Hotel, Al-Mabhouh telah ditemui mati.Sementara hasil siasatan pula mendapati bahawa Komander berkenaan dikenakan renjatan elektrik pada beberapa anggota fizikalnya.

Menurut laporan yang dikeluarkan oleh polis Dubai, bilik penginapan Al-Mabhouh telah diceroboh oleh sekumpulan perisik yang juga agen Mossad.Selepas memecah masuk bilik komander Hamas tersebut, mereka menangkapnya.

Ketika berada dalam tahanan perisik terbabit, mereka menyuntik Mabhouh di tangannya dengan sejenis bahan kimia yang mampu membuatkan pemimpin Hamas ini diserang sakit jantung dan serangan kronik yang lain.

Polis Dubai dan juga pemimpin Hamas begitu yakin pembunuhan pemimpin mereka didalangi oleh Israel ini kerana Al-Mabhouh telah dibunuh selepas beberapa hari menteri Israel menghadiri seminar di Emiriah Arab Bersatu.

Mereka menyatakan bahawa agen-agen Mossad menyelinap masuk ke Emiriah Arab Bersatu bersama-sama rombongan menteri untuk menjayakan misi pembunuhan salah seorang pemimpin Hamas ini..

Al-Mabhouh menjadi sasaran Mossad oleh kerana mereka mendakwa Mabhouhlah yang bertanggungjawab membawa masuk senjata-senjata dari Iran ke Palestin.Tujuannya adalah untuk diberikan kepada ahli Hamas di Gaza.

Oleh kerana itu, Mossad mengatakan bahawa tujuan beliau ke Dubai itu adalah untuk berbincang tentang pembelian senjata api yang dibeli Hamas untuk dihantar terus ke Palestin.

Polis Dubai menolak dakwaan Mossad itu dan mengatakan bahawa tuduhan itu tidak berasas.Mereka percaya bahawa kedatangan Al-Mabhouh ke Dubai itu adalah kerana urusan perniagaan.

Sehingga kini, Leftenan Jeneral Dhahi Khalfan Tamim memberitahu kepada pemberita bahawa dalam sidang akhbarnya gambar suspek yang disyaki terlibat dalam konspirasi pembunuhan Al-Mabhouh ini.

Kesemua suspek yang disyaki terlibat dalam pembunuhan ini tidak menggunakan pasport Israel tetapi sebaliknya menggunakan pasport negara-negara Eropah yang lain dengan masuk ke Dubai sebagai pelancong.

Enam agen Mossad menggunakan pasport Britain manakala tiga lagi agen mereka menggunakan pasport Ireland.Agen yang lain menggunakan pasport Perancis dan Jerman untuk masuk ke Dubai.

Kerajaan Ireland dan juga British berang dengan penggunaan pasport mereka dan tiada sebarang nama suspek didaftarkan di atas nama mereka dan mengesahkan bahawa pasport yang digunapakai suspek adalah palsu.

Polis Dubai mendedahkan 11 orang agen Mossad yang dipercayai ada kaitan dengan pembunuhan komander Hamas itu iaitu ( Kesahihan nama tidak diketahui ) :

  • Gail Folliard
  • Evan Dennings
  • Stephan Daniel Hodes
  • Kevin Daveron
  • Paul John Keely
  • Michael Lawrence Barney
  • Michael Bodenheimer
  • Melvyn Adam Mildner
  • James Lonard Clarke
  • Jonathan Louis Graham
  • Peter Elvinger
Ketua Polis Dubai, Leftenan Jeneral Dhahi Khalfan Tamim menyatakan bahawa dua orang warga Palestin telah ditangkap atas tuduhan membantu agen-agen Mossad melakukan pembunuhan.

Pegawai kanan Hamas, yakin bahawa pembunuhan Mahmoud Al-Mabhouh didalangi oleh agen risikan Israel bernama Mossad.Ini kerana beberapa kali Mossad cuba membunuh Mabhouh sebelum ini namun tidak berjaya.

Beliau juga menyalahkan Mabhouh kerana melanggar protol keselamatan kerana membuat tempahan secara online dan menghubungi pihak hotel untuk menempah bilik dengan namanya sendiri.

Polis Dubai percaya dan meminta supaya kerajaan mengestradisi suspek-suspek terbabit untuk dibawa ke muka pengadilan atas pembunuhan komander Hamas ini.Sehingga kini, Ketua Agensi Mossad, Meir Degan tidak mengesahkan atau menafikan penglibatan Mossad terhadap pembunuhan ini.

Saturday, February 20, 2010

Mahathir agen Yahudi???

"Siapa sebenarnya lanun Yahudi berwajah Melayu" itulah tajuk artikel dari blog www.kumanddie.blogspot.com yang memaparkan bahawa bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir seorang agen Yahudi.

Sebelum itu, aku minta kepada semua pembaca supaya membaca artikel dari dari blog seorang pengkaji konspirasi itu.Yang menyatakan bahawa Mahathir seorang agen Yahudi di negara ini selain menuduh bahawa Mahathir ketua Freemason.

Moderator blog terbabit, telah memetik artikel dari dari www.diabuatdah.blogspot.com yang menyatakan bahawa ahli keluarga Tun M telah membuka akaun di Israel National Bank dan menyimpan wangnnya disitu.

Apa yang ditulisnya seperti ini ;

21. Name : Mr Mukhriz Bin Mahathir
Post : Son of Prime Minister
Passport No. : R 639296 (M)
Bank : Israeli National Bank
Type of Account : Fixed Deposit (Foreign Currency)2 years
Account No : M-2074-6219-332 (E)
Amount : USD 8,000,000.00
Date of opening account : 05/06/97
Date of Maturity : 05/06/99

Ini adalah salah satu tulisan yang diambil dari blog terbabit dan bagi aku ia satu penipuan ini kerana ia hanya tulisan tanpa bukti yang kukuh.Aku pun boleh buat dengan hanya tulisan tangan.

Seorang pembaca telah menyatakan bahawa nombor passport Dato'Mukhriz Mahathir yang juga ahli parlimen Jerlun, Kedah adalah tidak sama.Dan tulisan ini tidak boleh dipercayai sama sekali mungkin jika visual dari akaun pemilik lebih relevan.

Selain keluarga Tun Mahathir, menteri-menteri dibawah pentadbirannya dahulu juga menyatakan mempunyai akaun simpanan wang di Israel National Bank.Nasib baik anak saudara beliau, Ako Mustapha tak ada dalam tuduhan ini.

Sebenarnya, pendapat aku menyatakan bahawa bekas perdana menteri ini menyimpan wang di Israel National Bank adalah tidak relevan sama sekali.Beliau adalah perdana menteri dan jika beliau adalah 100 juta sekalipun, lebih logik jika dikatakan bahawa Tun menyimpan wangnya di Swiss Bank.

Ini kerana di Swiss Bank, segala privasi lebih selamat dan jumlah aset pun dijamin selamat.Orang kaya Itali ( Ketua Mafia ) pun menyimpan wang di sana dan maklumatnya selamat.

Orang-orang kaya dari serata negara pun membuka akaun di Swiss Bank untuk tujuan mengelak cukai pendatan dikenakan terhadap mereka.Aku tidak fikir perdana menteri sebodoh itu menyimpan wang di Israel National Bank.

Penulis blog juga menyatakan bahawa Tun Dr Mahathir seorang yang zalim.Dan menulis persamaan Mahathir dengan dengan Diktator Terzalim Dunia, Adolf Hitler.

Menuduh Musuh Politik Meliwat

Mahathir yang menuduh Sdr Anwar Ibrahim (DSAI) meliwat adalah diambil dari pengajaran yang dilakukan oleh HITLER terhadap Ketua Turus Angkatan Tenteranya . Hitler menuduh dan menfitnah Ketua Turus Angkatan Tenteranya meliwat setelah beliau menjadi cabaran terhadap kepopularan dan kemungkinan merampas kuasa dari beliau. Sebenarnya Ketua Turus Angkatan Tentera Hitler mengetahui segala kelemahan dan kegilaan cita-cita Hitler. Sebab itu Hitler terpaksa memecat beliau sebelum rakyat menyedari akan kegilaan Hitler. Ini sama seperti kelakuan Mahathir yang takut akan terbongkarnya segala keburukan dan penyalahgunaan kuasanya yang dilakukan beliau selama ini. Sebab itu Mahathir terpaksa memburukkan Anwar supaya rakyat tidak sedar akan segala kejelikan dan kezaliman yang dilakukan oleh Mahathir terhadap Negara ,Bangsa dan Agama selama ini!!!.

Telah terbukti bahawa DSAI telah meliwat dan DSAI telah dikenakan hukuman penjara.Ini bukan sekadar tuduhan tapi realiti, Tun M. menyatakan bahawa PM seterusnya mestilah bersih dari sebarang rekod jenayah.

Menuduh Musuh Politik Agen Kuasa Asing

a) Mao Tze Tung pernah menuduh Deng Xiaoping sebagai agen kuasa asing apabila Deng Xiaoping menjadi popular dan berfikiran terbuka terhadap pelaburan asing semasa beliau menjawat Menteri Kewangan Cina. Deng Xiaoping dipecat dan dituduh sebagai agen kuasa Barat dan pengkhianat Negara. Setelah Mao Tze Tung mati Deng Xiaoping dilantik semula sebagai Menteri Kewangan dan kemudiannya sebagai Perdana Menteri. Beliau merupakan orang yang paling disanjungi rakyat hingga hari ini dan digelar sebagai Bapa Kemodenan Cina. Nama Mao Tze Tung tenggelam dan dihina rakyat. Begitulah kedudukan Anwar yang pernah dianugerahkan sebagai Menteri Kewangan terbaik dunia oleh majalah ekonomi dan kewangan terkemuka Eropah. Sebab itu Mahathir takut Anwar akan menjadi lebih popular sekiranya Anwar menjadi Perdana Menteri!! Mahathir takut namanya akan tenggelam dan rakyat akan memuji Anwar. Sebelum ini berlaku Anwar diaibkan supaya rakyat melupai beliau dan hanya mengingati Mahathir sahaja. Tetapi apa yang berlaku sekarang lebih teruk. Mahathir dibenci, dihina, dikutuk oleh rakyat semasa beliau masih dalam jawatan dan Anwar menjadi lebih popular dan disanjungi rakyat semasa dalam penjara.!!!Kedua-dua nya masih hidup!!!

b) Slobodan Milosevic menuduh Perdana Menterinya yang dipilih rakyat sebagai agen kuasa asing setelah dunia memberi pengiktarafan kepada kepopularan beliau yang diterima rakyat terbanyak dan membelakangi Milosevic didalam arena politik dunia. Anwar mendapat pengiktarafan dan sanjungan dimana saja beliau pergi termasok Amerika Syarikat. Apatah lagi didunia Islam dan Asia. Ini menyakitkan hati Mahathir kerana beliau ingat hanya beliau sahaja yang patut disanjungi oleh dunia. Maka beleterlah Mahathir dipentas dunia untuk mencari populariti tetapi disebaliknya dikutuk oleh kawan dan lawan. Hanya akhbar Malaysia sahaja yang menyanjungi ucapan-ucapan Mahathir yang cuba mencari populariti dipentas dunia dan menuduh media asing cuba menjatuhkan imej Malaysia. Sebenarnya ucapan Mahathir tidak mempunyai isi tetapi hanya maki hamun terhadap Barat yang mendapat tepukan semasa beliau berucap sahaja. Selepas itu kawan dan lawan pun cabut lari dan blahh. Tinggalah Mahathir terkontang-kontang keseorangan berperasaan kununnya... beliau disanjungi dunia. Samalah seperti apa yang berlaku diperhimpunan Agong UMNO baru-baru ini. Kawan dan lawan meluat mendengar ucapan lucah beliau. Setakat tepuk tangan bolehlah... percaya tak tentu lagi...

Ya!! Memang Tun Mahathir menuduh DSAI agen kuasa asing dan jawapannya di artikel yang lepas [ klik sini ].

Menuduh Ulama Dan Agama Sebagai Penghalang Kemajuan

Kamal Attartuk yang mengkagumi kemajuan barat menuduh Ulama dan Agama Islam sebagai penghalang kepada kemajuan yang ingin dibinanya di Turki. Beliau yang dinasihati oleh musuh sebenar Islam menghakiskan segala pengaruh Ulama dan Ugama dalam kehidupan harian masyarakat. Akibatnya keagungan bangsa Turki hilang dan tidak diterima oleh dunia Barat maupun dunia Islam. Turki hari ini menjadi Pak Turut dan baruah Barat. Apa saja yang disuruh oleh Barat terpaksa diikutinya termasok membenarkan NATO menggunakan bumi Turki untuk mengebom dunia Islam dan membantu Israel membunuh umat Islam. Mahathir hari demi hari menunjukkan kebencian beliau kepada Ulama dan meminta ditafsirkan semula Al-Quran mengikut citarasanya. Pandangan ulama dianggap usang dan tidak mengikut peredaran zaman. Sekolah-sekolah ugama akan dikuasainya supaya penghayatan dan pengajian Islam sebenar tidak dapat diterapkan dalam pembinaan generasi Islam sebenarnya. Ulama-ulama dihina supaya tidak dihormati oleh masyarakat. Apabila masyarakat hilang hormatnya kepada ulama maka payahlah ajaran-ajaran Islam hendak diterapkan. Masjid dibina hanya sebagai monument-monument untuk dimegahkan dan bukan untuk penghayatan institusi masjid sebenarnya. Kamal Attartuk banyak dinasihati oleh penasihat-penasihat Yahudi musuh nombor satu Islam. Difahamkan Tun Daim Zainuddin mempunyai banyak penasihat Yahudi dan salah seorang daripadanya ialah seorang Yahudi kerakyatan German bernama..... (terpaksa dirahsiakan buat sementara waktu). Beliau ialah juga penasihat kepada Istana Presiden Israel hingga hari ini dan pernah menjadi salah seorang Ketua Batalion Angkatan Tentera Israel semasa Perang Arab-Israel 1967!!! Beliau selalu datang ke Malaysia dengan menggunakan passport German sebagai usahawan dan banyak menasihati Tun Daim Zainuddin dalam urusan negara!!! Selalu berjumpa Tun Daim diluar negara. (akan didedahkan sepenohnya apabila pilihanraya diisytiharkan). Perhubungan ini direstui sepenohnya oleh Mahathir!!! Walaubagaimanapun Anwar juga yang dituduh mendengar dan mengikuti nasihat IMF dan Bank Dunia!!!

Kamal Atarturk telah membuat beberapa larangan antaranya :

  • Ataturk melarang memakai jibab atau tudung kepada kaum wanita jika mahu memakai tudung kena memakai skirt.
  • Telah menghapuskan perayaan Islam seperti Aidilfitri dan Aidiladha dan melarang mengerjakan Ibadah haji
  • Ataturk juga pernah menutup beberapa buah masjid dan menukarnya kepada gereja
  • Sekolah-sekolah agama telah ditukar menjadi sekolah awam
  • Membatalkan cuti hari Jumaat dan menggantikannya hari Ahad
  • Melarang azan dalam bahasa Arab dan menukarkannya kepada bahasa Turki ( azan dalam bahasa Turki macam mana tuh ??? )
  • Menukar Al-Quran kepada bahasa Turki tetapi ulama' mempertikaikannya
  • Menukar Islam sebagai agama rasmi Turki
Jika Tun Mahathir menyatakan Islam penghalang kepada kemajuan negara mengapa Tun M tidak melakukan sebegini rupa.Sedangkan beliau adalah seorang Perdana Menteri dan berkuasa untuk membuat apa saja.Tidak layak melabelkan Tun M sama seperti Kamal Atarturk.Untuk artikel tentang Kamal Atarturk : [ klik sini ].

Membina Mahligai Dengan Segala Kelengkapan Bertahan Sekiranya Diserang Musuh

Caucescao President Romania membina mahligai dengan segala kelengkapan bertahan selama tak kurang dari enam bulan siap dengan terowong apabila beliau menginginkan berkuasa buat selama-lamanya. Isteri beliau merupakan penasihat kepada segala keputusan negara sama seperti Siti Hasmah kepada Mahathir! Difahamkan Mahligai Mahathir bukan sahaja mempunyai terowong ke KLIA tetapi juga ke pejabat melalui terowong yang dibina dibawah tasik!! Walaubagaimana pun rakyat Romania bangkit dan menuntut keADILan. Kesudahannya Caucescao serta isterinya dihukum oleh mahkamah rakyat dan ditembak oleh pasukan penembak penguatkuasa undang-undang. Hitler juga membina terowong dimahligainya yang bernama Bird's Nest. Banyak riwayat mengatakan bahawa beliau membunuh diri didalam terowong yang dibinanya. Kesudahan Mahathir macam mana????.... Bersedialah ..

Satu tindakan yang bagus dan membanggakan apabila Tun Mahathir melakukan terowong untuk menyelamatkan diri dari segala serangan.Maklumlah, Tun Mahathir seorang yang genius dan berfikir panjang apa yang ingin dilakukannya.

Tetapi sedarkah ayat yang pertama dalam petikan diatas itu, Presiden Caucesco ingin berkuasa selama-lamanya tetapi mengapakah Tun Dr Mahathir meletak jawatan jika ingin berkuasa untuk selama-lamanya.Baik beliau teruskan berkhidmat menjadi PM hingga akhir hayat.

Menyalahguna Kuasa Untuk Mengayakan Keluarga Dan Kroni

Suharto menggunakan segala kuasanya untuk mengayakan anak beranak dan sahabat handainya melalui pemberian konsesi dan melindungi perniagaan mereka melalui penguatkuasaan perlindungan oleh pihak berkuasa. Segala kontrak mesti melalui anak-anak atau kroni beliau. Apa kurangnya di Malaysia. Segala projek penswastaan yang dianugerahkan oleh Unit Perancang Ekonomi dibawah Pejabat Perdana Menteri mesti mempunyai kepentingan anak atau kroni Mahathir. Kalau tidak proposal akan di'hijack' dan diserahkan kepada keluarga dan kroni Mahathir.

Tidak salah untuk menggayakan keluarga dan sahabat-sahabat beliau, janji rakyat hidup dengan aman.Sapa-sapa di dunia pun akan mengutamakan keluarga.Apa jadi kepada rakyat, kalau tidak bagaimana Menara Berkembar Petronas boleh berdiri.Suharto seorang ditaktor???

Mengongkong Media Dan Minda Rakyat

Adalah diketahui umum bahawa media di negara ini adalah paling jelik dan jijik didunia. Bukan sahaja memberi berita kotor tetapi menjadi sumber fitnah dan membuka keaiban rakyat kepada dunia luar. Tahap memperbodohkan rakyat sudah melampaui batas ketamadunan bangsa sendiri. Berita sebenar diputarbelitkan dan fakta dihapuskan supaya rakyat sentiasa diperbodohkan. Media perdana hari ini akan tercatit dalam sejarah sebagai pengkhianat agama, bangsa, dan negara bersama-sama dengan kehakiman, pendakwaraya dan polis. Tanggapan rakyat bahawa berita-berita dari media perdana tidak boleh dipercayai dan dipakai tidaklah salah sama sekali kerana Mahahir Perdana Menteri Malaysia disenaraikan sebagai salah seorang musuh ketat media didunia oleh Committee to Protect Journalist. Didalam senarai ini termasoklah Slobodan Milosevic (pembunuh umat Islam di Bosnia dan Kosovo), Jiang Zamin (President Cina), Fidel Castro, Hosni Mubarrak dan lain-lain lagi. Jadi untuk mengatakan kezaliman Mahathir sama standard dengan Slobodan Milosevic tidak salah sama sekali. Dasar dan tabiat diktator zalim sama saja.

Tidak kusangka bahawa Hosni Mubarrak pun disenaraikan sebagai musuh ketat media sedangkan beliau seorang agen Yahudi yang benar-benar pengkhianat sebenar.Dan mengapa Tun M melakukan sebegini.

Baiklah, tahukah apa yang dilaporkan media antarabangsa apabila rakyat Sudan melakukan perarakan menyokong Presiden Sudan, Omar Al-Bashir, mereka menyatakan mereka melakukan rusuhan.

Mengapa rusuhan berlaku di Iran, ini kerana media-media antarabangsa memutar belitkan fakta,Oleh sebab itu, Media perlu ditapis dari segala tulisan yang berbentuk negatif dari sampai ke rakyat.

Jadi kongkongan terhadap media memang benar, tetapi tahukah anda bahawa media-media yang mengutuk kerajaan juga ada tetapi tidak dikongkong.Contohnya, Suara KeAdilan, Harakah,Fikrah dan sebagainya.

Tidak logik sekali menyatakan bahawa pembunuh umat Islam di Bosnia sama standart dengan Tun M ini kerana Tun M tidak membunuh orang.Mahathir dan Fidel Castro kedua-duanya tidak sependapat dengan Amerika.Dan tahukah anda bahawa pemilik-pemilik media barat kebanyakkan orang kaya Yahudi.

Ini saja setakat ini dan seterusnya aku tak berapa faham apa yang ingin disampaikan penulis jadi aku skip saja tulisan itu.Aku terus ke tulisan seterusnya, aku hanya komen apa yang aku boleh komen.

Dibawah ini ada berapa tuduhan yang boleh aku komen untuk membela Tun Dr Mahathir selaku idola aku ;

Pada tahun 1969 & 1971…. Mahathir@Mahafiraun secara rasmi dan sah membuat kenyataan di Filipina dan Britain bahawasanya Almarhum Tunku Abdul Rahman adalah Perdana Menteri Malaysia yang bodoh serta hanya mengikut telunjuk kaum CINA serta Malaysia adalah negara yang paling teruk serta paling tak guna begitu juga rakyatnya yang bodoh lagi dungu….???… Mahathir@Mahafiraun tidak pernah menafikan kenyataan ini dan beliau sendiri mengakuinya.

Apa yang dinyatakan Mahathir adalah kerana ketidakpuasan hati terhadap Tunku kerana menyingkirkan Singapura.Tahukah anda bahawa Tunku tidak pass exam ketika belajar di England.

Mahathir@Mahafiraun sendiri dengan rasmi mengatakan ( pada ucapan 31/8/2000 ) bahawa persatuan CINA ( SUQUI ) dan Al-Maunah adalah komunis.

Aku tidak meyakini tentang ucapan yang menyatakan SUQUI adalah persatuan Komunis tetapi Al-Maunah aku yakin kerana ia salah satu ajaran sesat dan membuat serangan dan rampasan di kem di Perak.

Selain itu, Al-Maunah disenaraikan sebagai salah satu ajaran sesat di Malaysia.Jadi tidak salah jika Tun Mahathir mengatakan Al-Maunah adalah komunis.

Mahathir@Mahathir sendiri meluluskan (sewaktu Malaysia menjadi ahli majlis keselamatan PBB ) serangan keatas orang Islam di IRAQ ketika perang Teluk.

Tahukah anda bahawa ketika berucap di OIC, Tun Mahathir mengecam tindakan Israel menyerang Gaza malahan kini Tun Mahathir berkempen di blognya dan mengutuk Israel hingga kini.

Malah beliau pernah mengatakan " Umat Islam kuat kerana berjumlah 1.3 bilion dan tidak mudah dimusnahkan.Sebaliknya Eropah lah yang membunuh 6 juta Yahudi semasa Holocaust dan kini bermati-matian mempertahankan Israel. Sebenarnya orang Eropah yang anti-Yahudi dan anti-Semitic. Yahudi yang berjumlah 12 juta telah memerintah dunia melalui proksi."

Mahathir@Mahafiraun sendiri mengakui mempunyai hubungan baik dan perniagaan dengan Presiden CUBA (negara komunis ) - Fidel Castro.

Tahukah bahawa Fidel Castro seorang yang tidak bersependapat dengan Amerika.Begitu juga dengan Hugo Chavez dan Ahmadinejad.Adakah salam mempunyai hubunga baik dengan mereka.

Mahathir@Mahafiraun sendiri mengatakan Nabi Muhammad s.a.w tidak bercukur janggut kerana waktu itu tak da pisau cukur.

Orang-orang politik ini mempunyai maksud yang lain yang orang biasa tidak fahami.Apa yang ingin dinyatakan oleh Tun adalah Nabi Muhammad menyimpan janggut mengapa? Itu saja..Tak tahulah ada maksud yang lain.

Mahathir@Mahafiraun sendiri mengatakan mana-mana negara yang mengamalkan sistem pemerintahan serta ekonomi Islam akan menjadi mundur serta dipinggirkan oleh masyarakat antarabangsa.

Lepas itu mengapa Tun Mahathir beria-ia sangat mempromosikan tentang wang dinar emas di blognya www.chedet.cc.

Mahathir@Mahafiraun sendiri mengatakan orang Melayu adalah orang mundur dan lemah serta tidak mampu untuk bersaing dengan mana-mana bangsapun dalam apa jua bidang di Malaysia ini, kerana orang Melayu sejak dari dahulu memang lemah dan bodoh.

Aku tak sangka yang Tun Mahathir bodoh cakap begitu, Mahathir mengaku dirinya seorang Melayu dan secara tak langsung beliau mengutuk dirinya sendiri.Kata-kata bagi aku adalah kata-kata semangat untuk orang Melayu.Dan yang aku tahu Tun cuma kata "Melayu mudah lupa"

Mahathir@Mahafiraun sendiri mengatakan Hukum Bunuh dalam Isu Murtad sebagai satu perbuatan zalim dan tidak adil.

Di negara ini jika murtad sekalipun tidak akan dihukum bunuh, buat apa Tun M nak kata sebegitu dan jika murtad 3 kali baru dihukum bunuh.( tak salah aku lah )

Ciri-ciri Pengkhinat

a) Akan menjadikan harta, kuasa, khazanah, rakyat, agama sebagai milik peribadinya serta Mutlak menjadi milik kroninya sehaja.

Apakah gunanya apa yang dilakukan selama ini, contohnya Jambatan Pulau Pinang yang digunakan untuk rakyat.Kalau asyik bagi dekat kroninya saja tak ada semua yang dilakukan selama ini.

b) Orang ini akan mengunakan apa jua cara untuk memastikan dirinya di tabalkan sabagai pejuang Negara, walaupun rakyat dan bangsa disembelih atau diperdodohkan.

Apa benda yang rakyat diperbodohkan, semua OK saja, aku tak tau la sebab aku hidup beberapa tahun belum Tun Mahathir letak jawatan.

c) Pengkhianat negara akan menyalurkan kekayaan dan kuasa negara kepada orang asing serta juak-juaknya sehaja.

Aku pun tak tau nak komen apa dekat sini?

d) Pengkhianat ini juga bersedia mengorbankan orang lain asal ia selamat dan bebas semahu-mahunya, dan ia akan sentiasa dibelakang benteng rakyat jika berlaku peperangan.

Ketika lewat 80-an, negara kita Malaysisa mengalami krisis dengan Singapura yang membawa Malaysia hampir berperang.Tetapi mengenangkan rakyat,Tun tidak mahu memulakan peperangan dengan Singapura

Sampai disini saja komen aku terhadap artikel di www.kumanddie.blogspot.com.Jika ada yang tidak berpuas hati sila komen.Tata!!!

F1 Tahun Ini Lebih Gempak

Jenson Button dari Britain yang mewakili pasukan bimbingan Ross Brawn, Brawn Mercedes telah menjuarai kejuaraan formula satu 2009 dengan memperolehi 95 mata.Dan Brawn Mercedes telah merangkul telah menjadi pengeluar yang mempunyai mata paling tinggi.

Pada musim 2010 ini, siapa pula pemandu formula satu ini bakal menjadi juara.Dan pengeluar kereta mana yang mendapat mata tertinggi pada musim 2010 yang bakal bermula beberapa minggu lagi.

Pada musim yang lepas, podium kebanyakkannya dimonopoli oleh pemandu muda dari Britain ini iaitu Jenson Button dan rakan sepasukannya, Rubens Barrichello juga hebat memandu atas nama pasukan Brawn Mercedes.

Ia memang sesuatu yang tidak dapat dijangkakan apabila Jenson Button berjaya muncul juara dan mengetepikan pemenang musim 2008 yang juga berasal dari Britain,Lewis Hamilton yang menjadi pemandu termuda memenangi Kejuaraan Formula Satu.

Tinggalkan cerita yang lepas dan kita buka cerita yang baru, seperti yang tertera dititle aku berpendapat bahawa pada tahun ini kejuaraan Formula Satu yang akan bermula tidak lama lagi lebih mencabar.

Salah satu faktor mengapa aku berkata begitu adalah kerana perpisahan diantara Mclaren dan Mercedes.Dahulunya selalu mereka mengatakan Mclaren Mercedes tetapi kini mereka telah berpisah dan membentuk pasukan sendiri.

Dua pemandu Britain iaitu Jenson Button dan juga Lewis Hamilton bakal memandu jentera MP4- 25 dari Mclaren.Prinsipal bagi pasukamn Mercedes ini tetap sama iaitu Martin Whirtmash.

Satu gandingan yang mantap diantara Jenson Button dan pemandu Rookie ini kerana kedua-dua mereka telah pernah memenangi kejuaraan.Prestasi Hamilton telah merudum akhir-akhir ini menyebabkan Mclaren-Mercedes hanya di tempat ke-3.

Manakala Jenson Button pada aksi musim yang lepas memang mempamerkan pemanduan yang membanggakan apabila berjaya mencatatkan 6 kemenangan.Sekali mencatatkan di tempat kedua dan dua kali di tempat ketiga.

Komen terhadap juara dunia termuda ini pula prestasi agak teruk dari musim yang terdahulu kerana Hamilton memenangi 2 perlumbaan dari 17 perlumbaan.Dan menduduki tempat kedua sebanyak sekali dan di tempat ketiga sebanyak 2 kali.

Bayaran lesen super bagi Lewis Hamilton yang mewakili Mclaren-Mercedes pada tahun lalu sebanyak Rm 1.3 juta dan Jenson Button yang memandu jentera Brawn Mercedes hanya sebanyak Rm 90,000.

Beralih ke Mercedes GP pula, kemasukkan semula lagenda Formula Satu iaitu Michael Schumacher ke arena sukan permotoran selepas bersara dari bidang itu beberapa tahun lalu.Pada kali ini, beliau bakal bergandingan dengan Nico Rosberg yang berhijrah dari pasukan William.

Michael Schumacher dari Jerman pernah menjuarai 7 kali kejuaraan dan mengutip sebanyak 1369 mata ketika belum bersara.Beliau juga pernah menaiki podium sebanyak 159 kali dan Michael Schumacher adalah pemandu yang dijangka menggegarkan litar pada musim ini.

Pemandu senegara dengan rakan sepasukan Schumi, Nico Rosberg telah mempunyai pengalaman 75 kali berlumba dan mata sepanjang kariernya sebanyak 75.5 mata.Pada musim yang lepas, Rosberg tidak sekalipun berjaya naik ke podium menerusi pasukan William.

Bekas pemandu William ini pada tahun yang lalu telah membayar lebih kurang Rm 230,000 untuk mendapatkan lesen super supaya boleh terus beraksi dalam sukan permotoran ini.Dan prinsipal pada pasukan ini ialah Ross Brawn.

Steffano Domenicalli yang menjadi prinsipal bagi pasukan Ferrari kini mempunyai dua pemandu yang boleh dikategorikan sebagai pemandu cemerlang iaitu pemandu tetapnya iaitu Felipe Massa berteman bersama Fernando Alonso.

Rm 665, 018 telah dibayar oleh Fernando Alonso kepada Federation International Automobile ( FIA ) untuk mendapatkan lesen super.Massa pula membayar Rm 1 juta untuk lesen super miliknya.

Pemandu Brazil, Felipe Massa merupakan seorang pemandu yang mempunyai komitmen yang tinggi.Pernah berlumba sebanyak 116 perlumbaan dan 320 mata.Memenangi 28 perlumbaan sepanjang kariernya.

Massa berkesempatan menaiki satu podium saja dalam 10 perlumbaan.Baki perlumbaan dihabiskan berehat di rumah kerana kecederaan ketika memandu pada ujian kelayakan.Beliau berjaya mengutip 22 mata musim lalu.

Pemandu kelahiran Sepanyol, Fernando Alonso pada tahun lalu telah mengumpul 26 mata.Dengan sekali berada di tempat ketiga.Sepanjang kariernya,beliau berjaya mengutip 577 mata dan menjadi juara kejuaraan Formula Satu sebanyak dua kali.

Pasukan kebangaan negara kita, Malaysia iaitu Lotus F1 team, pada kali ini memilih Jarno Trulli dan Heikki Kovolainen sebagai pemandu untuk membawa jentera T127 yang dibina di Norfolk, England.

Pelumba negara yang pernah mewakili negara dalam perlumbaan A1 iaitu Fairuz Fauzy ditempatkan sebagai pemandu simpanan.Ketua Teknikal pasukan ini ialah Mike Gascoyne manakala pemilik Air Asia, Datuk Seri Tony Fernandes sebagai prinsipal pasukan ini buat sementara waktu.

Jarno Trulli adalah bekas pemandu bagi pasukan Toyota tetapi pada tahun ini beliau berhijrah ke Lotus.Trulli memperolehi kedudukan yang ke-8 dengan 32.5 mata.Telah memperoleh 246.5 mata sepanjang kerjayanya dan dan pernah berlumba sebanyak 219 perlumbaan.

Pemandu kelahiran Finland, Heikki Kovalainen yang menduduki tempat ke-12 pada musim lalu mengutip 22 mata.105 mata sepanjang karier dan dan mempunyai pengalaman berlumba sebanyak 52 kali.

Bayaran yang dikenakan terhadap pemandu Itali iaitu Trulli adalah sebanyak 78,000 euro atau lebih kurang Rm368,000.Untuk Kovalainen pula, Rm 585,000 dikenakan untuk terus bersaing dalam sukan permotoran ini.

Itu saja, pasukan-pasukan yang bagi aku pasukan pilihan yang bakal menjuarai perlumbaan pada musim kali ini.Pada tahun ini, sebanyak 12 pasukan bertanding iaitu ;

1. Mclaren
2. Mercedes GP
3. Redbull
4. Ferrari
5. Williams
6. Renault
7. Force India
8. Toro Rosso
9. Lotus Racing
10. Campos Meta
11. Virgin
12. US Racing

Walaubagaimapun, bagi aku Mclaren,Mercedes,Ferrari,Redbull adalah pasukan pilihan namun tidak patut diketepikan pasukan-pasukan yang lain kerana di dalam sukan ini berbagai situasi akan berlaku.

Harapan untuk pasukan milik negara, Lotus untuk memenangi kejuaraan adalah besar tetapi mereka memerlukan lebih masa kerana kereta yang dilancarkan masih belum sempurna dan perlu diperbaiki kelemahan.

BMW Sauber pada kali ini tidak akan beraksi ini menyebabkan penaja bagi BMW iaitu syarikat negara, Petroliam Nasional ( Petronas ) menaja pasukan Mercedes GP yang dipandu juara dunia 7 kali, Schumacher.

Selaku prinsipal bagi pasukan Lotus, Datuk Seri Tony Fernandes yang juga pemilik syarikat penerbangan tambang murah, Air Asia bakal menaja Lotus F1 Racing.

Mungkin pada kali ini Lotus mendapat kelebihan beraksi jika dikenakan tindakan, ini kerana presiden Federation Internationale de I'Automobile ( FIA ) pada kali ini adalah Datuk Jean Todt.

Buat pengetahuan anda, Datuk Jean Todt adalah bekas Eksekutif Direktor pasukan Ferrari dan juga pengganti Max Mosley.Jean Todt adalah tunang bagi pelakon antarabangsa negara, Dato'Michelle Yeoh yang pernah beraksi di dalam filem aksi, James Bond.

***Lesen Super bagi pemandu adalah berdasarkan pada tahun 2009, setiap satu mata yang didapati bernilai 2000 euro.Mata diambil pada tahun 2008 dan dibayar sebelum musim perlumbaan musim 2009 kepada FIA.

Sunday, February 14, 2010

Operasi Scorpene Terjejas

Sebagai peminat tentang ketenteraan setentunya aku mengambil tahu tentang perkembangan Angkatan Tentera Malaysia.Jadi aku terbaca pada akhbar tentang kapal selam pertama negara iaitu Kapal Diraja ( KD ) Tunku Abdul Rahman jenis Scorpene.

Petikan akhbar Kosmo yang bertajuk ''Operasi Scorpene tidak terjejas" ;

  • Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, siasatan yang dijalankan mendapati kerosakan kecil itu hanya melibatkan bahagian yang menyalurkan air keluar masuk bagi membolehkan kapal menyelam.

  • Kerosakan itu disahkan oleh Panglima Tentera Laut, Tan Sri Abdul Aziz Jaafar uyang mengatakan kerosakan mekanikal itu dikesan pada 7 Januari lalu ketika kerja-kerja penyelenggaraan dilakukan di Pangkalan Kapal Selamm Teluk Sepanggar, Kota Kinabalu, Sabah.

  • Abdul Aziz berkata, kerosakan itu melibatkan bahagian menyalurkan tekanan air keluar dan masuk ke dalam kapal selam berkenaan menyebabkan kapal itu gagal untuk dilancarkan di bawah permukaan air.

  • Kapal selam Scorpene buatan Perancis dengan kerjasama Sepanyol itu merupakan kapal selam tempur paling canggih bagi negara ini.

Perkara yang membuatkan aku sedih apabila Kementerian Pertahanan mengumumkan secara terbuka bahawa KD Tunku Abdul Rahman terdapat kerosakan mekanikal di sebelah luarnya.

Mengapa aku tidak berapa senang dengan kenyataan yang dilaporkan oleh Kementerian Pertahanan adalah kerana ia melibatkan ketenteraan.Tentang bab ketenteraan ini boleh dikategorkan sebagai rahsia negara yang tidak perlu diumumkan.

Kerana seperti yang anda tahu, jiran kita ini boleh dikatakan musuh ketat kita kerana isu-isu seperti isu air,tanah,ruang udara dan sebagainya.Jadi ini boleh dikatakan sebagai kelebihan bagi mereka kerana mendapati kapal selam kita tidak boleh digunakan.

Umum mengetahui, kehebatan jiran kita ini yang juga pembeli kelapan kelengkapan senyata terbesar di dunia ini memang tidak dapat dinafikan.Dengan jetnya,helikoternya,kereta kebalnya,kapalnya,kapal selamnya dan teknologinya memang harapan agak tipis.

Walaubagaimanapun, kelemahan negara tidak patut dinyatakan kerana ia rahsiabesar negara.Walaupun aku sudah tahu 2 bulan dahulu ketika melawat "Langkawi International Marine and Aerospace''.

Dan artikel yang aku ingin nyatakan paling bodoh tetapi lucu adalah apabila mereka menyatakan kapal selam milik negara tidak terjejas walaupun berlaku kerosakan mekanikal.Ini kerana disitu dikatakan juga bahawa kapal selam itu tidak boleh menyelam

Kapal selam tidak boleh menyelam...Tak ke bodoh fakta yang ingin disembunyikan oleh pihak media.Jika kapal selam tidak boleh menyelam memang kapal selam ini kira tidak boleh digunakan langsunglah.

Ini bermaksud kapal selam tidak boleh digunakan dan boleh dikira rosaklah.Kerana operasinya di dasar laut.Ini bagaikan kapal yang diletakkan di daratanlah.Tidak boleh buat apa-apa dengan kapal itu.

Maksudnya ialah kerajaan ingin menyembunyikan kelemahan ini tetapi dalam masa yang sama ingin menyatakan bahawa mereka jujur dalam sebarang kerja.Disitu ia memberi kelebihan kepada negara jiran.

Sekalipun perisik negara jiran telah mengetahui tentangnya tetapi mereka tidak boleh mengesahkannya kerana ia mungkin satu jerat tetapi jika kerajaan sendiri membuat kenyataan di media ia seperti membuka pekung di dada.

Lihat petikan yang terakhir aku ambil dari akhbar itu.Ia menyatakan bahawa kapal selam Scorpene itu adalah yang paling canggih bagi negara kita sedangkan kita hanya punyai satu kapal selam saja.

Jika kapal selam itu 100 tahun dahulu sekalipun, ia tetap kapal selam tercanggih bagi negara kita.Itu satu kenyataan bodoh akhbar itu.Jangan ulangi kenyataan sebegini rupa kerana ia satu kenyataan yang memalukan.

Aku harap kesemua pilot-pilot sudah berada disisi kokpit supaya berhati-hati terhadap apa-apa serangan tentera luar.Apa yang aku baca, jika ada apa-apa isu hangat berlaku diantara negara jiran kesemua pilot-pilot sudah berada di sisi jet.

Harap segala kerosakan yang berlaku cepat dibaiki dan diminta lainkali supaya perkara-perkara seperti ini diletakkan dibawah Official Secret Act atau Akta Rahsia Rasmi ( OSA ).Ia patut dirahsiakan daripada diketahui umum.

Dibawah ini, aku selitkan sedikit dialog diantara mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohammad dengan tiga panglima perang Malaysia iaitu Darat,Laut,Udara pada tahun 198_.

Tun M : Apa pandangan ampa kalau kita nak kena bertempur?

Jeneral Darat : ( batuk ) rasanya peluang nak menang tipis, paling lama kita boleh bertahan pun sehari.

Tun M : Ermm... Jeneral ... apa pendapat pula kalau kita berdepan situasi macam ini ?

Jeneral Laut : Saya pun sependapat dengan Jeneral ... Kekuatan kita tidak setanding dengan ketenteraan laut mereka.Kita pasti habis!

Tun M : Jeneral pula ?

Jeneral Udara : Ermm...Mana nak tau menang ka kalah ka.Lawan dulu baru tau.

Itu adalah boleh dikatakan quotes dari Jeneral Udara yang juga rakan ayah aku pada tahun 198_ ketika Malaysia menghadapi krisis air dengan Singapura.Apa yangn dinyatakan adalah keyakinan seseorang.

Untuk mengelakkan Jeneral dikenal pasti aku tidak meletakkan tahun kerana pembaca boleh mencari Jeneral yang berkhidmat pada tahun tersebut.

Monday, February 8, 2010

Mari jadi Symbologist

Seperti yang selalu aku katakan, Yahudi bangsa terbijak di dunia dan tidak boleh dinafikan lagi.Dengan kebijaksanaannya, mereka telah mengawal dunia melalui pemimpin-pemimpin sesebuah negara.

Lihat saja Amerika, mereka telah membuat Amerika terhutang budi terhadap Amerika hinggakan mereka mereka menjadi rakan rapat.Pemimpin Amerika terdahulu pun berkata ''We stand with Israel'' tidak boleh dinafikan lagi keakraban diantara kedua-dua negara.

Bila mereka telah menjadi kawan rapat Israel, Amerika ini telah mempunyai pengaruh yang besar di dalam sesebuah negara lain tidak kira negara Islam atau apa sekalipun.Mereka telah memegang ekonomi sesebuah negara sekaligus mereka telah mengawal negara tersebut.

Demi wang dan kuasa, seseorang pemimpin seperti pemimpin Mesir iaitu Hosni Mubarrak menjadi tali barut Israel kerana Mesir memberi sebanyak 30 billion dolar Amerika.Ini menunjukkan yang mereka ini gila kuasa.

Tetapi pada kali ini aku bukan ingin membincangkan tentang penguasaan mereka tetapi ingin jelaskan di dalam artikel ini tentang simbol-simbol Illuminati atau Yahudi dan aku mengambil beberapa hari untuk mengkaji.

Mula-mula kita lihat terhadap simbol Yahudi ataupun lebih senang dipanggil "Star of David".Kalau anda handal sila lukis "Star of David" ini.Cuba sahaja lukiskan simbol ini, jika berjaya baguslah tetapi kalau tak berjaya tidak mengapa.

Ingat pula simbol dua simbol Illuminati dalam artikel yang lepas, kalau tidak ingat sila rujuk kembali pada artikel "Mereka Kuasai dunia".Dua gambar teratas itu adalah gambar Illuminati dibawah itu Elemen-elemen Illuminati iaitu tanah,air,angin,api dan satu lagi elemen tidak diketahui atau misteri.

Baiklah, masih ramai yang malas nak lukis simbol "Star of David" ini tidak mengapalah ( sedih ).Sebenarnya ia gabungan dari dua segitiga.Satu segitiga keatas dan satu lagi segitiga menghadap ke bawah.

Mengikut apa yang Dan Brown nyatakan, ia gabungan dari simbol lelaki iaitu seperti meletakkan kedua-dua jari hantu mengena satu sama lain membuat V terbalik.Dan simbol perempuan ialah letakkan hujung telapak kedua-dua tangan anda saling bertindih.Ia akan membentuk seperti mangkuk.

Nyatanya lagi dari bukunya iaitu The Da Vinci Code, Ia hasil gabungan Nabi Isa atau dalam Bahasa Inggeris Jesus Christ dan Mary Magdalene atau Mariam.Tetapi satu pembohongan kerana katanya lagi yang Jesus Christ adalah suami kepada Mary Magdalene.

Lupakan kisah Nabi Isa sebentar, aku ingin meneruskan penulisan aku tentang simbol-simbol ini.Mari kita lihat pula logo Freemason.Dan bandingkan dengan "Star of David".Sebenarnya ini mengapa aku minta kalian lukiskan simbol "Star of David".

Ini memastikan bahawa elemen-elemen Yahudi berada di simbol Freemason yang dianggotai orang-orang berpengaruh di dunia seperti George Washington dan pemimpin-pemimpin dunia yang lain.

Jika dilihat dengan teliti ia mempunyai "V'' terbalik di sebelah atas dan "V" di sebelah bawah.Jika ditambah satu garisan dibawah "V" sebelah atas ia akan membentuk tiga segi dan jika "V" dibawah di tambah garisannya diatas ia akan membentuk lambang "Star of David".

Itu salah satu elemen-elemen yang diterapkan di dalam logo Freemason ini.Tetapi bukan itu saja di dalam Illuminati itu pun mereka tidak lupa masukkan elemen-elemen dari lambang kebanggaan mereka itu.

Jika diterbalikkan 180 darjah lambang Illuminati ia tetap akan membentuk perkataan yang sama begitu juga dengan gambar yang tertera elemen-elemen mereka.Logo "Star of David" jika diterbalikkan pun tidak ada perubahan.

Apa yang ingin dimaksudkan di dalam simbol-simbol Illuminati ini adalah apa jua yang kita lakukan atau dimana jua kita berada mereka ada.Atau lebih senang mereka telah menguasai dunia.

OK...Kini beralih tumpuan pula ke dalam sebuah lagi logo iaitu logo Volkswagen.Logo ini juga mengandungi sedikit elemen dari "Star of David".Ia mempunyai "V" diatas dan "W" yang membawa maksud Volks Wagen.

Sekiranya anda perasan, disebelah atas itu mempunyai lambang segitiga yang menghadap ke sebelah bawah.Manakala disebelah bawah iaitu ditengah-tengah huruf "W" itu anda akan lihat sebuah lagi segitiga tetapi kali ini ia menghadap keatas.

Jika digabungkan kedua-duanya ia akan membentuk lambang "Star of David" yang digunakan sebagai lambang rasmi bangsa Yahudi.Sebenarnya bukan itu sahaja, ada lagi benda-benda yang disembunyikan di dalam logo yang dapat aku kaji.

Aku pernah melihat sesuatu yang aku tak tahu hingga aku lakukan kajian aku.Dan aku lihat ini di laman web video terkenal iaitu Youtube.Apabila melihat gambar Volkswagen yang jika diputar laju-laju akan membentuk Swastika atau lebih dikenali dengan logo Nazi.[ klik sini ]

Bila disebut bab Nazi ini kita tidak akan lupa dan sinonim juga manusia yang terkenal dengan sebarang fakta kejam iaitu rakan baik Benito Mussolini, Adolf Hitler yang boleh dikatakan seorang yang anti-Yahudi.

Mengikut apa yang aku baca, ada yang menyatakan bahawa pemimpin kuku besi Jerman ini seorang berbangsa Yahudi.Mereka menyatakan bahawa bapa beliau yang sebenarnya adalah seorang Yahudi.
Ia disokong dengan nama yang diletakkan di dalam partinya iaitu NAZI yang diambil daripada sebuah kaum dari bangsa Yahudi iaitu Ashkenazi.Lambang Nazi pula jika diterbalikkan pun tidak akan berubah seperti "Star of David" dan ambigram Illuminati.

Mengikut sejarah, pemerintah kuku besi atau diktator Jerman yang bernama Adolf Hitler ini memilih lambang Swastika atas beberapa sebab.Salah satunya ialah lambang ini hasil gabungan huruf "Z" dan jika dipusing 90 darjah ia akan membentuk N.Cukuplah N.A.Z.I.

Apa yang aku baca lagi, sebenarnya Diktator ini ditugaskan untuk menghalau para Yahudi untuk keluar dari Jerman.Pendapat sesetengah orang menyatakan bahawa peristiwa Holocaust tidak wujud.

Tetapi ada juga berpendapat bahawa Holocaust sebenarnya wujud tetapi jumlah yang dibunuh adalah sikit.Ia bertujuan untuk menghalau Yahudi Jerman supaya berhijrah ke Israel dan sekaligus membentuk negara Israel.

Mengikut apa yang aku kaji lagi, tidak salah aku selepas tahun 1946 iaitu tahun yang menyaksikan bendera Israel berkibar, tiada lagi Holocaust dilakukan oleh Adolf Hitler di Jerman.

Nampaknya tajuk asal aku lari tetapi tidak mengapa, aku akan meneruskan tulisan di tentang simbol-simbol lagi.Baiklah, pada kali ini ia lebih terbuka sedikit iaitu Yahudi punya lambang kebangaan mereka iaitu Segitiga.

Lihat saja gambar diatas ini, gambar dari saluran kartun terkenal iaitu Nickelodeon yang berimej segitiga dan ditengahnya mempunyai seakan-akan mata satu atau kepada pelajar yang beragama Islam tahu sebagai Dajjal.

Bukan setakat Nickelodeon saja, malahan saluran kartun Disney Channel pun dikuasai oleh Yahudi kerana ia dipelopori oleh seorang manusia bernama Walt Disney selaku pengasas Disney dan beliau adalah seorang Yahudi.
Bukan itu saja punyai simbol-simbol mereka, jika disemak filem pujaan ramai termasuk aku hingga membeli Monopoli berdasarkan Star Wars juga mempunyai lambang tiga segi seperti watak Darth Vader di mulutnya.

Kawan sekelas aku pada tahun lalu juga ada menyatakan sesuatu iaitu di sebuah drama di siaran Astro Ceria iaitu "Hikayat Putera Shazlan".Mula-mula aku tidak yakin tetapi apabila adik aku melihatnya dan aku juga perasan punyai poster bermata satu atau dimaksudkannya Dajjal.

Maklumlah, Dajjal itu kan berbangsa Yahudi berdasarkan riwayat Ahmad dan Muslim dari Anas iaitu "Dajjal akan diikuti 70,000 orang Yahudi Isfahan yang memakai toga".

Beralih pula ke sebuah pertandingan hiburan yang baru-baru ini dilangsungkan iaitu Anugerah Juara Lagu yang ke-24 ( AJL-24 ) yang perlu dengan simbol-simbol Freemason.Seperti yang anda tahu ahli berpengaruh Freemason kebanyakkannya Yahudi.Aku malas nak letak gambar disini jadi rujuk di internet.

Kita lihat secara lebih umum tentang segitiga.Segitiga ini berada di mana-mana saja tetapi pada hebat di Piramid Agung Giza yang berada di Mesir.Bukan itu saja malah di Malaysia juga ada iaitu di Sunway.

Piramid ini berada di merata tempat seperti di Mexico iaitu di Piramid Itza.Malah kini lebih banyak piramid-piramid dibina di merata-rata di negara-negara barat.Sila rujuk sendiri di internet.

Lupakan tentang Piramid, sekarang kita beralih ke Obelisk atau ciri-ciri fizikalnya yang mempunyai menara yang tinggi dan di puncaknya mempunyai bentuk segitiga.Ia berada di merata tempat di seluruh pelusuk dunia.

Obelisk ini kebanyakkannya berada di negara-negara teluk atau lebih senang dipanggil negara Arab.Di Mesir sahaja sebanyak 9 buah Obelisk ditemukan dan di Turki pula mempunyai satu Obelisk.

Ia berada di merata tempat tidak kurang juga di Vatican City, Rom tempat pentadbiran bagi agama Kristian Katolik juga mempunyai Obelisk.Bukan itu saja, sebanyak 11 buah Obelisk berada di Itali termasuk di Vatican City.

Dan kini, hampir sebanyak 80 buah Obelisk dibina di seluruh dunia.Antaranya di New York,Massachusetts,Texas,Auckland serta di negara jiran terdekat kita iaitu Singapura juga mempunyai Obelisk yang dipanggil Dalhousie Obelisk.

Terlalu banyak Obelisk berada di seluruh dunia, segitiga juga berada dalam pembinaan-pembinaan yang dibina di seluruh dunia seperti yang aku nyatakan di atas sebentar tadi.

Jika anda rajin bolehlah cari berapa banyak Obelisk di seluruh dunia dan apa itu Obelisk.Obelisk sebenarnya mempunyai maksud-maksud tersembunyi tetapi tidak susah untuk mengetahui maksudnya jika rajin membaca.

Begitu banyak objek-objek yang mengadungi elemen Yahudi Zionis.Kesemua diatas ini cuma 1 per 10 dari keseluruhan objek yang boleh dikatakan mempunyai kaitan dengan bangsa Yahudi.Jika anda benar-benar berminat mungkin berbagai benda lagi anda boleh lihat tentang konspirasi licik Zionis ini.

Banyak lagi benda yang anda akan dapat baca dan objek beserta simbol-simbol mereka ini.Malahan kod-kod yang misteri juga seperti nombor 666 atau dikatakan nombor syaitan dipecahkan.

Cara-cara mereka mengawal dunia melalui pimpinan proksi.Banyak pengetahuan yang anda akan perolehi jika banyak membaca tentang Illuminati.Banyak hiburan-hiburan yang disertakan dengan simbol dari artis-artis Hollywood.

Baiklah, sudah sampai penghujung artikel dan aku ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pembaca yang sudi pembaca.Aku harap tiada pembaca yang hanya lihat gambar sahaja.

Kerana semua tulisan ini tidak diambil dari mana-mana sumber dan aku tulis sendiri.Tempat paling menyusahkan yang aku terpaksa mengambil masa berhari-hari adalah pada awal artikel kerana memerlukan penelitian.

Hanya berdasarkan pengetahuan-pengetahuan yang aku baca saja dapat membantu aku menyiapkan artikel ini.Jadi jangan ingat aku hanya "Copy and Paste" saja semua tulisan dalam blog ini.

Akhir kata, harap artikel aku pada kali ini dapat membantu menambah pengetahuan tentang benda-benda di sekeliling kita.Artikel-artikel yang aku golongkan di dalam label "Anti-Israel/Amerika" juga dapat membantu untuk artikel-artikel yang akan datang.

Saturday, February 6, 2010

Hukuman Gantung Patut Dikenakan pada Penagih Dadah ( 2 )

"Hukuman Gantung Patut Dikenakan pada Penagih Dadah ( 1 )" perlu dilihat kepada sesiapa yang ingin terus membaca artikel ini kerana ia adalah pendahuluan penting.Tanpa artikel terbabit anda tidak digalakkan meneruskan artikel ini.

Pada post yang lepas aku menerangkan tentang dadah secara lebih terperinci dan menyatakan tempat memproses dan tanda-tanda penagihan dadah.Pada kali ini aku ingin menyatakan apa yang aku tulis pada tajuk.

Jika dilihat pada statistik pada tahun 2005, seramai 32,808 penagih ditangkap mengikut kajian Agensi Anti Dadah Kebangsaan ( AADK ).Seramai 17,419 penagih yang ditangkap adalah penagih berulang dan selebihnya penagih baru.

Pulau Pinang mencatatkan negeri paling ramai penagih ditangkap sebanyak 6403 manakala Wilayah Persekutuan Labuan mencatatkan bilangan yang paling kecil iaitu sebanyak 17 orang.Ini kerana Labuan sebuah kawasan yang kecil.

Pada setiap bulan, purata penangkapan adalah sebanyak 2735 dan penagih berulang adalah sebanyak 53.09 % bersamaan 1452 dan selebihnya iaitu 1283 penagih selebihnya ialah penagih baru.

Statistik penagih mengikut jantina seperti kebiasaannya, kaum lelaki mendominasi dengan 32141 dan selebihnya adalah kaum wanita.Tetapi mengikut kajian yang dilakukan lagi kaum wanita yang ditangkap pada tahun mendatang semakin bertambah.

Bangsa Melayu menjadi bangsa paling ramai penagih iaitu sebanyak 22344 manakala Cina mempunyai seramai 5131 penagih dan 3228 penagih berbangsa India.Dan lebih 2000 orang dikategorikan sebagai lain-lain bangsa.

Antara alasan-alasan yang diberikan penagih ialah kerana pengaruh dari rakan.Dan perasaan ingin tahu juga antara sebab mereka menagih dadah di samping untuk keseronokan juga diberi alasan oleh para penagih.Ada juga yang tidak mempunyai tujuan mengambil dadah.

Itu sebenarnya statistik biasa saja dan dibawah ini apa yang aku ingin tekankan supaya penagih dadah ini dikenakan hukuman mati mandatori kerana beberapa faktor.

Seperti yang anda tahu, manusia-manusia dibawah umur 18 tahun adalah pemimpin masa hadapan dan mereka ini akan membentuk Malaysia dan membangunkan Malaysia.Jadi mereka yang akan membangunkan Malaysia ini perlulah manusia yang bijaksana.

Dan mengapa mereka dikenakan hukuman gantung sampai mati ialah kerana kebanyakkan penagih ini adalah dari golongan tidak pandai.Sekaligus mereka ini tidak akan mempunyai pekerjaan atau dipanggil penggangur.

Kebanyakkan penggangur ini tidak mempunyai pendapatan jadi mereka sudah ketagih dengan dadah jadi ia membuatkan mereka harus mencari wang untuk mendapatkan bekalan dadah.Masalahnya mereka tidak bekerja.

Jadi jalan yang paling pintas untuk mendapatkan wang adalah dengan cara merompak atau meragut.Ini adalah masalah yang ditimbulkan para penagih ini.Jika mereka mempunyai pendapatan sendiri tiada masalah dan masalahnya kerana mereka ini menggangu orang lain.

Sebanyak 2451 penggangur ditahan pada tahun 2005 dan data ini menunjukkan sebanyak lebih 1000 yang ditangkap adalah penagih berulang.Ini menunjukkan penagih-penagih yang ditangkap ini masih terus mengambil dadah walaupun dimasukkan ke pusat pemulihan.

Ia disokong lagi apabila statistik kelulusan para penagih majoritinya ialah hanya mempunyai kelulusan PMR sahaja.Ini menunjukkan penagih sudah tidak dapat membantu memulihkan ketagihannya sendiri kerana fikiran yang sempit.

Sebenarnya saranan aku bukanlah ingin terus mengenakan hukuman gantung kepada semua penagih yang ditangkap tetapi seperti yang anda tahu, undang-undang menyatakan penagih akan dihantar ke pusat serenti dan dibebaskan selepas beberapa tahun.

Ini bermaksud jika anda ditangkap banyak kali pun anda akan keluar balik dan boleh mengambil dadah seperti biasa.Jadi apa yang aku ingin minta kerajaan lakukan adalah dengan memberi hukuman mati kepada penagih yang sudah lebih tiga kali ditangkap.

Manusia bukan kejam, kita perlu memberi mereka peluang untuk mengubah kehidupan tetapi jika sehingga tiga kali diberi peluang tetapi tidak dapat berubah cara penyelesaian terbaik adalah dengan membawa mereka ke tali gantung.

Sekaligus ia dapat mengurangkan kes-kes jenayah yang berlaku di negara kita ini kerana ketagihan dadah.Dan tindakan ini sudah dilakukan oleh beberapa negara serantau dengan terus memberi hukuman mati kepada penagih dadah.

Tetapi harus diberi peluang terakhir iaitu membenarkan penagih membuat rayuan ( bukan mandatori ) supaya peluang terakhir digunakan.Tetapi jika ditangkap sekali lagi oleh pihak berkuasa ini bermaksud ajal sudah sampai.


Dibawah akta dadah berbahaya 1952 seksyen 52B seseorang yang mempunyai 15 gm atau lebih Heroin atau Morfin atau 1000 gm candu atau lebih mentah atau 40 mg Kokain atau lebih atau 200 mg ganja atau lebih atau 50 mg dadah Amphetamine Type Stimulans ( ATS ) akan dikenakan hukuman gantung sampai mati mandatori.

Ini bermaksud pengedar dadah lebih berat tindakan diambil daripada diambil tindakan terhadap penagih dadah.Ini adalah salah satu tindakan yang aku rasa perlu dipinda kerana mereka berpendapat bahawa jikalau tiada pengedar dadah tiadalah penagih dadah.

Fikiran sebegitu rupa adalah salah kerana jika tiada penagih dadah tiadalah pengedar dadah.Jadi bagi aku kedua-dua perlu dikenakan tindakan hukuman gantung sampai mati.

Penagih dadah pun akan berasa serba salah jika ingin meneruskan aktiviti menghisap dadah dan tidak berpendapat jikalau ditahan pihak berkuasa nanti akan keluar juga.Kaedah ini dapat menukar pendapat mereka kerana jika ditahan, tali gantung bakal menimpa.

Tetapi selepas beberapa kali ditangkap oleh pihak berkuasa.Kerana kita haruslah memberi peluang tetapi jika kali ketiga ditangkap, seperti dinyatakan penagih boleh meminta rayuan dari mahkamah.

Mereka ini jika dibenarkan hidup bebas sekalipun dadah akan berada di sisi mereka dan paling menakutkan apabila mereka susah untuk diambil bekerja menyebabkan mereka mencari wang dengan cara membuat jenayah.

Tetapi harus diingatkan, bahawa sesetengah daripada mereka masih boleh dibawa ke pangkal jalan.Paling yang ditekankan untuk diberikan rayuan adalah dengan taraf pendidikan mereka ini.

Jika mereka mempunyai pendidikan yang tinggi, maka rayuan boleh diberikan ataupun kepada mereka yang mempunyai wang yang cukup atau bekerja tanpa melakukan jenayah ini boleh diberikan peluang terakhir untuk meneruskan hidup mereka.

Ini kerana mereka yang mempunyai pendidikan yang tinggi mempunyai peluang yang banyak untuk berubah ini.Kajian juga kadang-kadang menunjukkan bahawa mereka ini mempunyai akal fikiran yang boleh merubah tabiat mereka ini.

Seperti Presiden kulit hitam pertama Amerika Syarikat iaitu Barack Obama, mengikut apa yang aku baca, pada usia muda beliau telah mengambil dadah marijuana tetapi ia masih boleh dibetulkan.Dan mereka ini kadang-kadang masih berguna kerana berjaya menjadi manusia paling berkuasa di dunia ( Orang paling berkuasa di dunia pun ambil dadah ).

Akhir kata, kepada kerajaan supaya meminda undang-undang kini dan mengambil tindakan terhadap penagih dadah dan jangan hanya menghantar mereka ini ke pusat pemulihan sahaja kerana hampir 50 % penangkapan kebanyakkannya adalah penagih berulang.

*** Janganlah mengambil najis dadah ini kerana ia amat sukar diberhentikan.Ia disokong apabia dua penyanyi veteran telah menyatakan rasa sukar mereka untuk meninggalkan terus dadah ini.

Friday, February 5, 2010

Hukuman Gantung Patut Dikenakan pada Penagih Dadah ( 1 )

Dadah!!! Apa yang boleh dikatakan dengan dadah ialah kejijikan dadah ini memang tidak dapat diterima.Tidak kira apa-apa dadah dan termasuk kepada penghidu-penghidu gam seMalaysia yang satu angkatan dengan penagih dadah.

Dadah sebenarnya dibawa masuk untuk tujuan perubatan tetapi ada segelintir manusia yang menyalahgunakan penggunaan dadah ini.Seperti Morfin, anda perlukan ia jika kaki anda ataupun badan anda tercedera ( luka ) dan boleh letakkan sedikit Morfin ke tempat yang mengalami luka.

Air daun ketum juga di Malaysia dikategorikan sebagai bahan larangan yang dianggap dadah tetapi apabila aku bertanyakan ibu saudaraku, ia menjelaskan bahawa air daun ketum ( ADK ) boleh menguatkan badan.Selain itu, orang-orang zaman dahulu yang bekerja di tengah laut selalunya mengambil kerana bekerja lebih masa.

Tetapi sekarang, di kampung aku ada orang-orang tidak bertanggungjawab menjual ADK dengan merendamnya dan memasukkan segala barang seperti ubat gegat ( menghalau lipas ) dan barang-barang lain.

Berbagai cara mereka ingin mendapatkan kenikmatan dadah terbabit seperti dihidu,disuntik,dihisap ataupun dimakan dan ia boleh mengubah bentuk fizikal mental seseorang yang mengambil dadah.

Jenis-jenis dadah pun banyak di dunia ini dan paling top di pasaran Malaysia mengikut kajian aku Syabu dan Estacy.Diantara dadah-dadah lain ialah Heroin,Kokain,Marijuana,Morfin,Ganja dan berbagai-bagai lagi.

Sebenarnya ia membawa kesan-kesan yang lain seperti dadah Eramin 5 ia digunakan untuk menenangkan fikiran sistem seseorang dan menukar sistem saraf pusat.Ia diimport daripada negara serantau seperti Myanmar.

Antara dadah-dadah Psikotrapik ialah dadah terkenal seperti Syabu atau Metaphatamine.Kesannya dapat merangsang fizikal kita supaya lebih bertenaga dan banyak diambil kelab-kelab hiburan.Ia juga diproses di negara-negara serantau.

Di rantau Asia ini sesetengah negara diisytiharkan sebagai tempat memproses dadah.Seperti kadang-kadang anda terlihat di akhbar, penduduk-penduduk Arab yang berada di Afghanistan atau Pakistan bergantung kepada pengeluaran dadah mereka sahaja.

Paling menakutkan sekali, negara Malaysia tergolong di dalam negara yang dipanggil "Golden Triangle" ataupun Segitiga Emas kerana rantau Asia Tenggara ini terkenal dengan tempat mentransitkan dadah.

Seperti yang aku tulis di atas, pil Eramin 5 diproses di Myanmar sementara dadah Syabu atau Metaphatamine diproses di Laos.Morfin diproses di Thailand manakala sesetengah dadah lain juga berasal dari negara jiran seperti Indonesia.

Selebihnya dadah kebanyakkan berada di Amerika Selatan.Negara-negara seperti Mexico yang seringkali dilaporkan tentang pihak polis ingin menumpaskan para pengedar dadah disana.Tetapi negara serantau seperti Cuba dan Venezuela tidak terlepas dari disenaraikan sebagai negara pengeluar dadah.

Inhalant juga tidak terlepas walaupun ia bukan dikategorikan sebagai dadah tetapi kesannya sama seperti dadah.Ia seperti gam,ubat nyamuk,thinner,minyak petrol,cat air,spray rambut dan barang-barang yang sewaktu dengannya.

Ia membuatkan pengambil berhalusinasi dan khayal.Gam juga lebih teruk dari dadah biasa apabila ia membolehkan sistem sel otak pengambil lumpuh sekaligus boleh membawa maut.Walaubagaimanapun mereka ini sukar ditahan kerana peruntukan undang-undang.
Cara pengambilannya kebanyakkannya secara menghidu.

Tanda-tanda penagihan ialah

  • Adanya perubahan/merosot kehadiran atau mutu prestasi kerja
  • Marah - Marah atau meradang tidak tentu sebab
  • Turun berat badan, selalu menguap dan tidak bermaya
  • Hilang selera makan atau selera bertambah
  • Diri tidak menjadi tidak terurus seperti malas mandi atau gosok gigi
  • Suka memencilkan diri dan selalu berada di tempat yang sunyi
  • Menjadi rajin, agresif, tersengih-sengih tidak tentu pasal
  • Suka menipu, berbohong dan berpura-pura baik
  • Meminta wang berlebihan dari ibu bapa
  • Hilang minat terhadap sukan,muzik dan sebagainya