Monday, January 11, 2010

UFO bukan makhluk asing

Pada 16 Disember lalu, aku ada post artikel bertajuk UFO dan Makhluk Asing dan sekarang aku telah tulis sedikit artikel tentang Unknown Flying Object atau UFO.Dalam kali ini aku akan menegaskan bahawa UFO bukanlah seperti yang kita fikir.

Dalam tulisan aku yang lepas aku menyatakan bahawa US sedang melakukan ujikaji terhadap objek terbang yang dikenali sebagai UFO.Dalam artikel ini ingin menunjukkan lagi bukti bahawa piring terbang adalah buatan manusia.

Sebenarnya, US sendiri sengaja mengembar-gemburkan tentang kewujudan makhluk asing walaupun sebenarnya ia tidak wujud.Ini kerana mereka akan lakukan sesuatu yang kita tidak ketahui seperti pengintipan di setiap inci bumi.

Seorang lelaki Bulgaria bernama Vladmir Terziki yang juga seorang ahli fizik dan jurutera Aeronotik menyatakan dalam kajiannya pihak Nazi telah menyimpan senjata sulit berbentuk cakera.Cakera terbang ini juga adalah cakera anti-graviti dan mampu mencecah 2500 batu sejam.

Vladmir Terziki juga mendedahkan prototaip anti-graviti ini juga diilhamkan pada 1939 dan pada tahun 1941 ia dihentikan kerana dunia berada di ambang peperangan dan kerajaan yang dipimpin oleh Adolf Hitler perlu menggunakan wang lebih membeli kelengkapan lain.

Selepas itu, teknologi membangunkan piring terbang anti-graviti telah diserahkan kepada US untuk meneruskan membangunkan teknologi prototaip ini.Sedikit sebanyak Nazi telah membantu US membangunkan piring terbang.

Para UFOlogist telah menyatakan bahawa piring terbang yang dilihat oleh masyarakat dunia ialah ciptaan Nazi dan US.Jika dikaji, UFO kerap dilihat di ruang angkasa US ini kerana ia dibangunkan di US dan ujikajinya juga di US.

Jika dilihat gambar diatas ini, Ia ada menunjukkan sebuah piring terbang dan di belakangnya mempunyai tulisan berbentuk 02.Tidakkah anda tahu makhluk asing pun menggunakan bahasa Bumi.

Jika dikaji lagi, pada masa kini US mempunyai banyak ancaman ketenteraan dari pihak luar.Manakala Israel juga mempunyai berbagai ancaman dari negara-negara serantau mereka dan UFO boleh berfungsi sebagai intipan.

Dunia telah membuktikan kecanggihan teknologi dengan berbagai-bagai benda baru dibina untuk kesenangan mereka.Pentagon setiap berhati-hati dengan ancaman luar seperti baru-baru ini cubaan letupkan pesawat dari lelaki Nigeria.

Fakta telah menyatakan bahawa negara paling berbahaya di dunia dari ancaman bukanlah negara-negara bergolak seperti Sudan,Iraq ataupun Palestin tetapi Amerika Syarikat disenaraikan sebagai negara paling berbahaya dan terdedah dengan pelbagai ancaman.

Ancaman Iran terhadap Israel juga adalah satu masalah bagi US kerana sekutu rapat mereka bagai orang paling penting buat Amerika."We stand with Israel" adalah antara ucapan yang menggambarkan keakraban US dan Israel.

Ini aku ingin menunjukkan sebuah gambar yang tidak diketahui kesasihannya dengan kaitan UFO US ataupun ia hanya kebetulan.Gambar ini menunjukkan bahawa Iran melakukan ujian peluru berpandu Shahab III.

Ancaman mereka juga mungkin selepas ini tertumpu kepada negara-negara yang mempunyai kuasa ketenteraan yang kuat seperti Korea Utara yang mempunyai kuasa nuklear dan peluru berpandu hebat serta pertahanan perairan yang canggih.

No comments:

Post a Comment

Dipersilakan Komen