Saturday, January 30, 2010

Selamat tinggal Trofi Piala Dunia...

Pada 27 Januari lalu, selepas singgah di Vietnam, Thailand dan jiran kita Indonesia trofi piala dunia singgah di Malaysia untuk beberapa hari dan pada hari ini trofi terbabit akan meneruskan perjalanan untuk ke negara-negara lain.

Abang aku sempat menatap trofi piala dunia selepas rakannya mendapat tiket untuk melihat trofi keagungan bola sepak itu selepas hajat untuk mendapat Nokia X6 yang berharga Rm66 baru dilancarkan di Malaysia itu tidak kesampaian.

Ketika berada disana terlihat ribuan orang berkumpul untuk menyaksikan trofi piala dunia yang bergerak dari Zurich, Switzerland dan membuat siri jelajah bergerak dari 21 September tahun lalu.Abang aku sempat bergambar bersama trofi piala dunia tersebut.

Malangnya, beliau agak hampa apabila tidak dibenarkan menyentuh trofi terbabit kalau tidak mungkin boleh bau haruman Maradona,Pele ataupun Fabio Cannavaro dan mungkin gi sembur air liurnya.

Walaubagaimanapun, aku pernah bergambar dengan trofi piala dunia di suatu tempat yang anda tidak akan percaya ia berada.Ia berada di sempadan Malaysia-Thailand iaitu di Padang Besar,Perlis.

Ketika itu, aku bersama saudara aku sedang mencari-cari baju Liverpool dan masuklah aku ke sebuah kedai baju yang hanya menjual baju Liverpool saja.Dan diatas rak aku terlihat sebuah piala berwana keemasan dan tidak lain tidak bukan ia adalah trofi piala dunia.

Selepas itu, saudara aku ini minta bergambar kerana sudah membeli baju dari kedai terbabit dan ia membenarkan aku dan saudara aku bergambar dengan trofi terbabit.Aku lihat tiada cacat cela trofi terbabit dan bersinar seperti aku lihat di televisyen.

Kalau pergi Perlis aku pasti mereka akan singgah di Padang Besar atau dalam bahasa Inggerisnya dipanggil "Big Field" dan disana tidak salah aku ada tingkat atas sekali dalam komplek terbabit yang ruang dalamnya bewarna merah saja.

Namun disini aku ingin menyatakan yang trofi terbabit juga replika dan bukannya yang asli.Walaubagaimanapun aku percaya ia memang sempurna seperti yang diukir Silvio Gazzaniga.

Mengikut apa yang aku fikir, mereka tidak akan mempamerkan trofi piala dunia yang tulen kerana ia ditakuti dirompak ataupun dicederakan trofi terbabit kerana sebelum ini ia singgah di Indonesia yang terkenal dengan pengganas yang hebat.

Kalau terjatuh atau apa-apa terjadi mungkin mereka terpaksa membuat baru trofi yang seberat 6.175 kg yang disaluti emas 18 karat.Dan ia amat memalukan jika ia hilang begitu saja tetapi mungkin mereka boleh menutupinya dengan mengatakan ia adalah replika dan yang sebenar masih selamat.

Pernah lihat sebuah filem arah Kabir Bhatia berjudul Setem.Apa yang ingin disampaikan ialah tidak mungkin sebuah setem beharga jutaan ringgit dan lebih 1 kurun lamanya dipamerkan begitu saja.

Walaupun abang aku menyatakan ia adalah tulen kerana jika dilihat disekelilingnya penuh dengan pengawal-pengawal yang mengawasi trofi dan trofi itu diletakkan di dalam sebuah bekas aku masih menggangap ia satu helah.

Seperti yang anda tahu, jika kita tidak letakkan pengawal disekeliling dan benarkan peminat memegangnya ini menujukkan FIFA mengambil risiko untuk memberi peluang orang ramai merosakkannya dan apa yang mereka lakukan ialah membuat trofi ini nampak esklusif.

Kesimpulannya disini sebenarnya itu hanya kata-kata aku yang anda jangan percayai 100 peratus kerana ia teori aku sendiri.Aku tidak tahu jika ia benar atau tipu hanya orang-orang yang membawa itu saja yang tahu dan aku yakin jika ia palsu pengawal itu pun tidak tahu.

Pada tahun ini, Kejohanan terulung di dunia iaitu FIFA World Cup akan beraksi di Afrika Selatan dan aku mengharap pasukan yang aku sokong Itali akan memenangi Piala Dunia buat dua kali berturut-turut.

Setiap orang yang ingin membeli tiket hanya dibenarkan membeli tujuh tiket saja dan perlu disertakan dengan nama penonton yang ingin menonton sekali untuk mengelakkan berlakunya penjualan tiket di pasaran gelap.

Dan tiket untuk awam untuk piala dunia sudah habis dijual dan hanya tiket beberapa ribu tiket hanya tinggal dengan perlu membuat bidaan dengan harga permulaan sebanyak Rm 34,000 ataupun 10 ribu dolar Amerika.

No comments:

Post a Comment

Dipersilakan Komen