Thursday, January 21, 2010

Lagi, Penyokong Kelantan Hooligan

Artikel ini bukan untuk menghina rakyat-rakyat Kelantan tetapi untuk menyatakan bahawa segelintir penyokong Kelantan yang tidak punyai mentaliti dan boleh dikatakan penyokong radikal telah membusukkan nama baik Kelantan.

Walaupun tidak mendapat perhatian pihak media, namun media massa tetap melaporkan insiden membaling mercun ke dalam padang ketika menentang Kedah pada Selasa yang lepas.Ketika paramedik mengusung seorang pemain Kedah yang tercedera, seorang penyokong Kelantan membaling mercun ke tengah padang.

Tindakan penyokong Kelantan membaling mercun ke dalam padang menyebabkan para paramedik meninggalkan pengusung dan seorang pemain Kedah dan mereka menjauhkan diri dari mercun terbabit.Namun pemain Kedah sempat merangkak untuk mengelakkan kecederaan.

Dari dulu hingga kini segelintir penyokong fanatik Kelantan masih tidak berubah walaupun berbagai tindakan yang dibuat oleh FAM dilakukan terhadap KAFA.Paling mendapat sambutan tentang hooligan ialah ketika perlawanan akhir yang menyaksikan Kelantan menentang Negeri Sembilan.

Aku pernah ceritakan tentang penyokong Kelantan yang membuat kacau ketika mereka menentang negeri Indera Kayangan, Perlis.Disana mereka telah membuat kacau malangnya penyokong Perlis yang dipersalahkan oleh pihak media.

Kejadiannya begini, seorang sepupu aku telah pergi ke Stadium Utama, Kangar untuk menyaksikan perlawanan diantara Kelantan dan Perlis.Ketika itu, ramai juga penyokong Kelantan hadir pada malam itu.

Ketika perlawanan sedang berlangsung, sepupu aku ini sedang merakam video di padang dan tiba-tiba tumpuan beralih di sebelah kiri beliau.Beliau menghalakan video beliau ke sebelah kiri dan mereka terlihat mercun telah dibaling oleh penyokong Kelantan.

Ia terjadi apabila kedua-dua penyokong saling baling-membaling botol dan straw dan sebagainya di sempadan.Ia adalah situasi biasa bila berada di sempadan kerana orang ramai jadi makin ramai makin hangatlah suasana.

Tiba-tiba mereka main tipu dan membaling mercun ke arah penyokong Perlis.Ini menyebabkan mereka lari lintang pukang untuk mengelakkan diri dari terkena mercun terbabit.Ia mencetuskan suasana huru-hara seketika hinggakan mata-mata masuk mengawal keadaan.

Paling membengangi oleh para penyokong Perlis yang berada di situ adalah apabila mercun terbabit bukannya mercun tetapi bunga api yang seperti kita lihat pada malam tahun baru itu.Peluang untuk mendapat kecederaan lagi tinggi dan bunga api terbabit jatuh melintang jadi ia menghala ke arah penonton bukan ke udara.

Ia menyebabkan para penyokong bengang dan ketika perlawanan berbaki 5 minit lagi kebanyakkan penyokong Perlis meninggalkan stadium kerana keputusan pada malam itu menunjukkan mereka ketinggalan 1-0.

Namun di sebalik keghairahan para penyokong Kelantan yang ingin menyaksikan kemenangan mereka penyokong Perlis sedang mengatur langkah untuk membuat kecoh terhadap penonton Kelantan yang buat kecoh di atas sana.

Ketika tamat perlawanan, penyokong Perlis sedang tunggu di pintu utama beramai-ramai dan ini menyebabkan penyokong Kelantan tidak dapat keluar dan sangkut di dalam.Jika mereka keluar juga kemungkinan dilempar air dan perkara-perkara sewaktu dengannya.

Manakala mereka terpaksa menunggu hingga polis datang dan anggota Unit Simpanan Persekutuan atau Federal Reserve Unit ( FRU ) datang untuk meleraikan himpunan penyokong Perlis yang menyebabkan mereka tidak dapat keluar stadium.

Sementara ada pula orang yang tidak berpuas hati memecahkan cermin kereta ketika tumpuan tertumpu di pintu utama stadium.Termasuk sepupu aku ini turut memecahkan cermin kereta yang berplat "D" hingga menyebabkan 13 kereta pecah.

Tidak kira anda orang Kelantan ataupun orang Perlis tetapi pakai kereta bernombor pendaftaran "D" seuanya dipecahkan cerminnya.Tayar kereta pun apa kurangnya dipancitkan oleh penyokong Perlis yang tidak bermoral ini.

Ketika 30 minit selepas itu penyokong Kelantan sedih apabila cermin kereta pecah ada pula masalah yang timbul di jalan masuk oleh pemain untuk ke dalam Stadiu Utama Kangar ini.

Ini apabila bas yang dinaiki pemain Kelantan ini ditahan oleh penyokong Perlis.Ini menyebabkan mereka berada di dalam kesesakan begitu lama hinggakan polis terpaksa escort mereka ke jalan utama.

Sebelum menamatkan artikel ini, kepada orang-orang yang membuat kacau ini supaya fikir dengan pepatah Melayu ini "Kerana Nila Setitik,Rosa susu sebelanga".

SAY NO TO HOOLIGAN

No comments:

Post a Comment

Dipersilakan Komen