Saturday, January 16, 2010

Kenapa Selalu Datang Lewat ke Sekolah

Kepada sesiapa yang sama kelas dengan aku rasanya kesemua tahu tentang kehadiran aku yang selalunya lewat dari orang lain.Orang takkan terkejut jika aku datang lewat tidak kira kelas tambahan ataupun lain-lain.

Sejak darjah 1 aku masuk ke sekolah ini, aku memang selalu datang lewat dan ketika aku darjah 1 aku ada seorang abang aku yang juga sekolah di Seafield.Tiap-tiap hari kemestian bagi aku dan abang aku untuk hadir lewat.

Jika kini setiap hari Isnin saja yang pengawas bertugas di pagar sekolah tetapi dahulu tak salah saya tiap-tiap hari pengawas berada di tepi pondok dengan buku nota di tangan untuk mencatat nama pelajar yang hadir lewat.

Kadang-kadang, abang aku suka lari dan aku seorang saja kena tahan tapi dengan nama abang aku sekali dia tulis.Tapi dia tanyalah abang aku datang ke tak.Bila orang tahan abang aku relax saja lalu tepi pondok pengawal dan balik ke kelas.

Hampir setiap harilah kena tulis dan cikgu pun aku rasa banyak kali kena tunggu di tapak perhimpunan selepas perhimpunan tamat.Tapi hobi datang lewat tidak pernah berubah dari dulu hingga kini.

Ketika darjah 2 hingga 4 jarang sedikit datang lewat ke sekolah sebab sesi persekolahan pada waktu itu petang jadi aku boleh bangun lewat sikit dan tiada masalah ke sekolah.Tapi banyak kali juga datang lewat dalam sebulan itu mesti ada dua-tiga kali.

Darjah 5 pula pagi jadi ia satu masalah bagi aku.Namun ketidakadaan abang aku membuatkan aku ini datang awal sikit sebab tak payah tunggu beliau jadi... Namun kelewatan tetap ada dalam seminggu mesti ada punya datang lewat.

Tapi seronoknya dah jarang kena tahan dengan pengawas yang bertugas.Kalau tak datang lewat pun mestilah aku berada di belakang dalam barisan kelas aku.Tapi ada juga 3-4 kali aku dapat duduk depan sekali dalam darjah lima.

Kokurikulum pun aku datang lewat tidak kira apa aktiviti.Aku tetap hadir dengan lewat tapi tak perlu risau dengan pengawas.Cuma cikgu selalu tegur aku bila sampai lewat tambah-tambah ada persatuan yang aku ada tempat.

Tahun terakhir aku di SKSeafield pula memang lewat sebab adik aku darjah lima pun sekali jadi kena tunggu dia bersiap sama.Tapi disebabkan ada kelas yang tak berapa menyegarkan minda aku boleh datang awal tapi tak awallah sangat.

Selalunya lampu dah buka dan cikgu sudah berada di kelas baru aku dapat masuk ke dalam kelas.Tapi aku bukanlah orang terakhir di kelas itu selalunya tapi kalau dalam sekolah itu member aku, Syahmi adalah satu sel dengan akulah.

Tidak kira subjek apa aku selalunya datang lewat dan ketua kelas pun dah tahu aku datang lewat jadi dia ticklah kehadiran aku.Orang-orang di kelas aku jarang terkejut kalau aku lewat masuk kelas.

Hari-hari yang menyeramkan bagi murid kelas aku adalah hari Rabu sebab guru kelas agak menyeramkan seperti mana yang tertulis di status Facebooknya.Sebenarnya tak lah garang mana tapi agak menyeramkan ( Wakakaka ).

Pernah sekali Fahim Azzam cabar aku datang lewat ke sekolah pada hari Rabu.Jadi aku datanglah sekali pukul 8 pagi tapi disebabkan mood cikgu baik aku dibenarkan duduk di meja aku di belakang itu.

Paling lewat aku datang ke sekolah tak salah aku 8.30lah masa itu ada pemilihan pengawas dan calonnya adalah Hadi Helmi dan beliau minta aku tulis sesuatu jadi aku tulislah tapi keesokkan pagi ada benda tak kena.

Ayah aku gerak awal pagi tapi aku tak bangkit jadi ayah aku biarkanlah tapi tiba-tiba aku dengar bunyi mesej jadi aku terjaga tapi masih blurlah masa itu.Cuma pesanan ringkas dari Maxis jadi aku nak sambung tidur balik.

Tapi aku terlihat jam di decoder astro kebetulan pada hari itu aku tidur di ruang tamu jadi aku kelam kabutlah aku.Dah la barang orang jadi aku pun terjaga dan lihat ayah aku pakai stokin nak pergi kerja tapi aku suruh tunggu jadi dia tunggulah.

Dan sampai disana pukul lebih kurang 8.30 dan aku sempat memberikan apa yang Hadi nak kepada dia dan dengan muka selambarnya aku masuk kelas.Itulah hari paling lewat ke sekolah dan boleh dikira syajarattunlah bagi aku.

Tapi keseronokan bila darjah 6 ini sebab bila datang lewat pun pengawas hanya senyum dan melambai tangan saja.Aku kena duduk tepi pun sebab cikgu disitu ada berdiri jika tidak aku berbaris terus ke barisan aku.

Sebenarnya aku bukan bangkit lewat tapi kadang-kadang aku suka melengahkan masa.Aku relax bakar roti minum Nescafe sambil tengok Malaysia Hari Ini di ruang tamu.Tapi aku pakai baju 5 minit belum 7.40 jadi memang lambatlah.

Aku bangun pukul 6 sekalipun aku akan sampai lewat sebab awal-awal itu aku lepak tengok TV dengar lagu ataupun tengok kartun seronok di Disney Channel mahupun Cartoon Network.Itulah jawapan aku dan hingga sekarang aku selalunya lewat ke sekolah.

Seperti 2 hari lepas pada hari Khamis, ketika latihan rumah sukan mula pada jam 8.00 pagi tapi aku jalan kaki ke sekolah dari pukul 8.00 sampai 8.30.Jadi aku punya latihan pun singkatlah.Member aku kena lari 5 round aku 2 saja.( tak lari pun )

No comments:

Post a Comment

Dipersilakan Komen