Thursday, January 14, 2010

Jangan percaya...

Kadang-kadang ada kawan-kawan aku mesej aku dan menceritakan pengalaman atau apa-apa jua benda yang ingin diceritakan dan akhir sekali akan tulis "Sila sebarkan SMS ini jika tidak ......"

Ini antara mesej-mesej yang aku paling aku meluat bila tengok depan skrin handset aku yang tak berapa canggih tuh.Pernah juga dapat mesej itu banyak-banyak kali dari kawan yang berbeza memang aku agak simpati dengan mereka.

Bukan setakat di dalam handphone sahaja, malah dalam laman web sosial, Myspace pun ada orang hantar juga.Tambah-tambah yang cerita benda-benda mengarut dan ayat terakhir sekali akan tulis "Sila sebarkan kepada ... dalam masa ... jika tidak malam ini ia akan muncul dalam mimpi anda".

Dari dulu hingga sekarang aku memang tak percaya benda mengarut ini.Tapi kesian ada juga yang manusia yang dalam pembelajaran pandai tapi kadang-kadang buat benda bodoh macam itu.

Ada juga yang kata dia itu nak minta kita tolong,minta sedikit wang dan lain-lain seperti yang pernah ditulis oleh saudaraku Fahim Azzam di dalam blognya Just Fahim yang menyatakan tentang seorang lelaki yang mengaku dirinya keluarga diraja Ghana [ sini ] dan satu lagi artikel di blognya [ sini ].

Aku sama sekali tak percaya dengan perkara-perkara mengarut seperti itu.Memang bodoh kalau seseorang itu percaya perkara-perkara seperti itu.Fahim pun beri nasihat supaya tidak ambil peduli dengan tulisan sedimikian.

Mengapa aku tak percaya...
  1. Antara sebabnya ia adalah satu pembohongan yang ketara bagi seorang yang mempunyai akal fikiran dan sesuatu yang tidak masuk akal.
  2. Mana mungkin nasibnya bergantung kepada mesej yang dihantar kepadanya.Jika tidak sudah lama aku mimpi mengarut seperti itu.
  3. Ada satu ayat yang menarik untuk dikongsi.Berbunyi begini "Jika anda tidak menyebarkan ia sebuah wang syiling lama akan berada di katil anda pada malam ini".Sesuatu yang bodoh bagaimana wang syiling itu boleh ada di atas katil jika bukan orang yang lakukannya.
Dan satu lagi perkara menarik untuk dikongsi dari seorang saudara aku yang mendapat mesej seperti itu.Ia agak kelakar dan boleh dijadikan sebagai teladan.

Suatu hari beliau menerima mesej, dan di akhir tulisan beliau menyeru supaya menyebarkannya dan jangan delete.Beliaupun sebarkanlah kepada 15 kawan beliau menurut apa yang berada di dalam kandungan mesej dan tidak memadamkan mesej tersebut.

Di situ mesej itu berkata jika anda menghantar kepada rakan-rakan anda anda akan mendapat kebaikan selama 3 tahun 3 bulan 3 hari.Dan ketika itu ibu beliau meminta supaya membelikan mee di warung berdekatan rumah beliau.

Jadi beliaupun berjalanlah kaki ke warung memandangkan jarak diantara rumahnya dan warung berdekatan saja.Ketika hendak pergi ada pula kereta bawa laju dan dan terkena beliau air kebetulan waktu itu baru saja lepas hujan.

Dengan tabah dan cekal menghadapi dugaan, beliau meneruskan perjalanan dan ketika sampai di warung beliau memesan 3 mee.Selepas siap pesanan beliau, beliaupun ingin membayarlah malangnya wang yang diberi ibunya hilang jadi terpaksalah beliau kembali ke rumahnya untuk mengambil wang dan mendapat ayat power dari ibunya.

Kembali ke warung terbabit beliaupun bayar sambil diberi senyuman sinis dari tauke kedai terbabit.Ketika hendak pulang beliau terhantuk pula di tiang yang berada di warung terbabit menyebabkan dahinya merah.

Dan tanpa berputus asa, beliau teruskan perjalanan pulang untuk membawa apa yang ibunya mahu.Namun ditengah perjalanan beg plastiknya pula bocor menyebabkan mee terbabit terjatuh ke tanah lalu pecah.

Dengan perasaan hampa beliau hanya meredhakan apa yang ditakdirkan terhadap dirinya pada hari itu.Setelah sampai ke destinasi, beliau pun menceritakan kisah pahitnya kepada ibunya dan pada suatu ketika, ibunya bertanyakan sesuatu...

"Mana balance duit tadi yang mak bagi?" Beliau pun ingin memberi namun tiada di dalam poketnya dan beliau teringat bahawa beliau terlupa mengambil balance Rm 1.40 di atas meja yang terletak di atas meja kaunter.

Kena air,duit hilang,terlanggar tiang,plastik bocor,wang baki tertinggal dan dapat makian dari ibunya adalah satu kebaikan bagi beliau setelah menghabiskan wangnya terhadap mesej terbabit.Hingga kini beliau tidak percaya lagi akan tentang mesej seperti terbabit.

Ada juga kata tentang jihad SMS yang mereka ingin lakukan.Tetapi cara sebegitu langsung tidak membawa kesan bagi aku.Ada juga yang membawa kesan dan itulah akibatnya mempercayai perkara karut seperti itu.Selain anda terpaksa topup duit phone anda jika yang prepaid.

Jadi aku harap kepada kawan-kawan aku yang baik ini supaya tidak terpedaya dengan benda yang karut seperti ini.Dan aku tak mahu lagi tengok di profile Myspace ada tulisan seperti itu dan tiada SMS yang dihantar kepada aku seperti itu.

Bila aku dapat mesej sebegitu rupa aku hanya senyum saja sambil hati aku berbicara "Bodohnya budak ini" dan satu lagi pesanan untuk pembaca sekalian, artikel ini tidak ditujukan kepada sesiapa.

No comments:

Post a Comment

Dipersilakan Komen