Saturday, January 9, 2010

Isu "Allah" dan Bakar Gereja

Pada suatu malam yang gelap gelita, aku dan ayah aku bertolak ke Port Dickson dengan harapan dapat mencerap meteor dan ketika itu masih pada bulan disember.Dalam perjalanan itu aku sempat bertanya kepada ayah aku suatu perkara ;

Soalannya bagaimana hendak menghuru harakan negara Malaysia ini.

Sebelum itu maaf kalau ada perkataan yang agak kurang ajar dalam petikan di bawah ini.Ceritanya berbentuk begini

Watak-watak

  • Ron Gawwren
  • Bangsa C
  • Bangsa M
  • Kerajaan
Cara nak buat negara kucar kacir sebenarnya senang saja.Mula-mula bawa dalam poket lebih kurang Rm50000 dan panggil beberapa orang samseng Uptown.Panggil dia pergi lepak dekat kedai mamak.

Si Ron di pun panggil samseng ini dan Ron Gawwren bisik dekat samseng ini " Wehh...Aku bagi ampa sorang 5 ribu ampa tolong aku buat satu kerja ".Samseng ini menjawab "tak ada masalah janji duit sampai".

Si samseng ini pun pergilah belilah kayu besbol dan barang-barang sewaktu dengannya.Dan pada suatu hari si samseng pergi berjumpa si Ron Gawwren ini dan Ron ni kata sesuatu kepada samseng itu.

Si samseng pun ikutlah apa kata Ron Gawwren, duit punya pasal tak apalah.Mereka ada lebih kurang 10 orang dan pergi ke jalan sekitar Kuala Lumpur.Sampai dekat jalan itu mereka pun lakukan kerja yang disuruh Ron Gawwren.

Mereka mula-mula pecahkan pintu untuk masuk ke dalam premis dan rosakkan barang-barang di dalammnya.Selepas itu samseng ini bakar setiap kedai Bangsa C di jalan sekitar Kuala Lumpur.

Selepas mereka hendak balik tidur bersama isteri mereka, mereka tinggalkan satu poster yang tulis C Babi,C celaka,C haram dan perkataan yang sama kurang ajar dengannya.Mereka tinggalkan ia di depan kedai yang mereka bakar tersebut.

Esok ketika pemilik datang melihat premis kedainya beliau terkaku apabila melihat kedai mereka dibakar orang tertentu.Dan ketika meninjau kawasan-kawasan tersebut mereka terlihat poster yang menunjukkan mereka dihina oleh Bangsa M.

C pun melentinglah dengan tindak-tanduk para M jadi mereka pun bawaklah kuncu-kuncu Uncle Wong ke kedai Pak Aji di yang jaraknya selang beberapa kedai.Mereka katok ( pukul ) habis orang yang tengah makan dalam itu yang tak tahu apa-apa.

Satu lorong dengan mereka yang peniaganya M semuannya pecah cawan,pinggan,pintu,meja dan bermacam-macam lagi diserang oleh C.Si M pun benganglah dengan para C dengan tindakan melulu mereka.

M pun pergi panggil pula geng kampung pisang belakang rumah beliau dan berkata "Bawa pisau sekali,senang sikit nak kupas limau" apa lagi mat rempit yang tak kenal pun datang join juga dengan pakai seluar pendek rambut Mahawk pegang helmet nak pukul C.

Satu Malaysia dan kecoh dengan tindak tanduk si C ngan si M nih.Jadi kerajaan pun ambil tindakan dengan menenangkan kedua-dua belah pihak.Walaubagaimanapun keadaan masih tidak tenang kerana ketidakpuasan hati para M ini.

Malam itu geng M pun turun pekan cari mangsalah.Nampak orang C tengah beli nasi lemak mereka terajang masuk longkang.Nampak kereta yang ada tulisan lain sikit mereka pecahkan cermin tingkap kereta tersebut.

Jadi secara tak langsung keadaan sudah kelam-kabut.Dengan media cetak dan media massa tulis laporan.Ada pula seorang manusia tulis SMS yang menghasut supaya ramai-ramai kita pergi ganyang si C.

Rakyat semakin panik, duduk bawah katil pun dah tak selamat memandangkan dan member mereka pun sikit jadi mereka semakin takut.SMS sudah sampai ke utara,pantai timur malah Singapura pun sudah panik.

Ada pula seorang nak tunjuk hero ajak semua rakyat Terengganu pergi pekan dan buat himpunan besar-besaran.Seperti yang anda tahu jika manusia terlalu ramai jadi mereka ini pun tunjuk berani buat kecoh.FRU pun tak cukup nak tampung bilangan mereka ini yang berpuluh ribu ini.

Di Kelantan,Johor,Pahang,Perlis,Kedah,Penang,Perak,KL,Melaka semua suruh buat himpunan besar-besaran supaya nak balun si C ini.Anda pun sudah maklum, teramat sikit si C dan M terlalu ramai.Semua milik si C habis dihancurkan.

Di dalam suasana panik ini timbul pula seorang lelaki berbaju biru muda dan kata yang dia boleh satukan si C dan si M.Si M dan si C pun tersenyum lebar manakala kerajaan yang sedia ada sudah kerugian berbillion-billion ringgit.

Lelaki ini pun punyai sokongan dari kedua-dua kaum terbabit dan selepas itu mereka bersetuju jika lelaki berbaju biru ini jadi pemimpin mereka akan berbaik-baik.Secara tak langsung sebuah kerajaan sudah tumbang dengan rusuhan kaum.Anda fikirlah siapa si baju biru ini?

Kesimpulannya disini adalah ada si Celaka Jahanam yang ingin merosakkan ketenteraman yang kita bina selama 50 tahun ini.Situasi begini sebenarnnya sudah berlaku pada sekarang.Lihat apa yang berlaku pada hari ini?

Isu kalimah "Allah" telah digunakan oleh orang bukan Islam di dalam akhbar Herald Catholic manakala ada si samseng ini pergi membuat kacau di tiga buah gereja di sekitar Lembah Klang.Mereka tidak perlukan poster untuk diletakkan kerana anda sebuah sudah sedia maklum bahawa siapa pelakunya.

Sebelum itu ada juga isu yang ingin mereka kacau bilaukan negara ini.Masih ingat lagi tentang isu "Kepala Lembu".Kekurang ajaran lelaki memijak kepada lembu memang patut dihukum gantung terbalik sampai mati.Selepas itu ada pula sebuah masjid dibaling kepala babi.

Ingat lagi??? Tetapi isu itu tidak ke mana dan senyap sepi begitu saja bermaksud tiada respon dari mana-mana pihak.Mereka lakukan sekali lagi dengan isu "Allah" pula dan membakar gereja yang digunakan penganut Kristian.

Jadi anda semua sudah tahu siapakah dalangnya? Mestilah orang yang sama dan aku tidak terkejut jika masjid pula dibakar.Kerana dalam cerita diatas itu aku sudah ceritakan kesialan manusia ini.

Manusia yang membuat provokasi ini adalah manusia paling tidak layak hidup kerana menganggu orang lain.Dan kita lihat pula siapa yang bakal menjadi hero dalam pertelingkahan ini.

No comments:

Post a Comment

Dipersilakan Komen