Thursday, January 7, 2010

Israel mula rapuh

Nampaknya pada hari ini jika dilihat di kaca televisyen menyiarkan yang Mesir telah membebaskan seorang pelajar Malaysia yang menyertai konvoi Viva Palestina yang turut disertai dari aktivis-aktivis dari serata pelusuk dunia yang dikepalai oleh George Galloway yang juga ahli parlimen Britain.

Ia bermula apabila George Galloway telah memperoleh 1 juta pound atau Rm5.5 juta pada 14 Februari 2009.Beratus sukarelawan dan sebanyak 110 kenderaan menyertai konvoi terbabit.

Dikatakan mereka akan menyumbang pelbagai barangan keperluan rakyat Palestin seperti ubat,makanan,baju,selimut dan sedikit permainan untuk kanak-kanak di Palestin sementara disertai lebih 10 ambulan.

Konvoi ini merentasi lebih 8000 km untuk sampai ke Gaza dengan merentasi beberapa sempadan negara Belgium,Perancis,Sepanyol,Maghribi,Algeria,Tunisia,Libya dan akhir sekali di Mesir.

Ketika konvoi sudah sampai di Rafah, Mesir mereka telah mencapai ratusan kenderaan termasuk 180 trak yang penuh berisi ubat-ubatan yang didermakan oleh pemimpin Libya iaitu Muammar Gadaffi.

Konflik berlaku apabila trak-trak yang membawa ubatan yang didermakan melalui Gadaffi Foundation tidak boleh menyeberangi sempadan untuk ke Gaza bersama konvoi dari Britain itu tetapi diminta untuk menyeberangi melalui pintu sempadan Israel.

Para pegawai di sempadan itu mula menggeledah kenderaan kerana mereka menggangap ia bukan ubatan tetapi kenderaan lain berjaya tetapi dua buah kenderaan yang membawa fire engine dan bot telah ditahan oleh pegawai sempada tersebut.

Dan mungkin ketika itu berlakunya rusuhan kerana tidak berpuas hati terhadap kerajaan Mesir yang menahan kenderaan terbabit dari terus menyeberangi sempadan terbabit.Rusuhan itu telah memaksa kerajaan Mesir mengerah 2000 polis anti-rusuhan bermaksud ia bukan sekadar demonstrasi tetapi rusuhan.

Tentang seorang pelajar Malaysia yang kena tahan itu pun disebabkan beliau pun buat kecoh juga ketika berlaku di sana kerana mengikut kajian aku polis tidak akan menahan orang tanpa salah dan jika sekadar nak ambil gambar memang polis itu tidak berani melakukan apa-apa.

Di dalam hal ini tidak kira agama mereka akan berjuang untuk mempertahankan sesuatu perkara yang benar dan mereka ini punyai alasan tersendiri untuk membantu rakyat Gaza kerana mereka adalah aktivis.

Warna kulit juga tidak kira seperti yang dilakukan oleh seluruh aktivis yang disertai dari pelusuk dunia.Segala bantuan yang disalurkan kepada warga Palestin yang dengan simpati kerana mereka juga manusia.

Aku teringat satu perkara ketika melayari blog bekas Perdana Menteri Malaysia iaitu Tun Dr.Mahathir Mohammad yang meminta warga Malaysia supaya menderma sedikit wang kepada Kuala Lumpur Foundation to Criminalise War ( KLFCW ).

Di dalam artikelnya, beliau menyatakan bahawa beliau ke Cyprus untuk berjumpa rakan seperjuangan Free Gaza Movement ini dan terkejut apabila melihat sebuah bot kecil nelayan masih mempunyai masa depan untuk ke Gaza.

Ujarnya lagi di dalam blognya yang menyatakan Amerika memberi bantuan kewangan beratus-ratus juta dolar tetapi apa yang menyedihkannya barang keperluan tidak dapat dibawa masuk kerana sekatan oleh rejim Zionis.

Jadi beliau meminta kita memberi sedikit wang untuk membeli sebuah kapal besar dan di dalamnya diletakkan makanan,ubatan,selimut,pakaian dan barang binaan seperti batu bata.Mereka akan meletakkan kapal terbabit dengan nama bantuan dibawah United Nation atau Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu.

Seperti yang anda tahu, Mesir boleh dikatakan negara yang paling rapat dengan Israel dan Amerika.Boleh dikatakan mereka ini sebagai tali barut Israel kerana menyekat barangan keperluan untuk masuk ke Gaza.

Mengikut apa yang aku baca, kerajaan Israel telah merasuah $30 billion bersamaan dengan Rm 102 billion kepada Mesir dan sebab itulah Perdana Menteri Hosni Mubarak selalunya akan berat ke Israel.

Sekali sekala aku lihat agak terharu kerana ada juga pemimpin dari Malaysia yang punyai rasa simpati terhadap rakyat Palestin.Banyak tindakan yang dilakukan oleh beliau untuk menceritakan keganasan rejim Zionis terhadap penduduk Gaza.Salah satunya adalah Criminalise War yang sempat aku lihat di Putra World Trade Centre.

Tidak kira warna kulit mahupun agama, sebagai manusia seperti George Galloway ini memang patut beliau melakukan konvoi Viva Palestina tersebut.Inilah manusia yang akan disanjung oleh rakyat Palestin yang mendapat bantuan ini.

Mereka mempunyai maruah diri dan tidak terikat dengan mana-mana pihak.Hidup mesti diteruskan dan usaha untuk membawa Israel ke muka pengadilan di The Hague perlu dibicarakan secepat mungkin.

Rejim Zionis juga pada hari ini telah kehilangan sokongan dari penduduk dunia dan mereka kini mula sedar terhadap tindakan Israel kepada rakyat Gaza.Mereka kini sudah mula goyah dengan kekuatan ketenteraan Iran sambil dikelilingi negara-negara arab lain.

Akhir kata, jutaan terima kasih penduduk dunia ucapkan kepada Viva Palestina kerana menghantar cuma tiada masa untuk pergi membantu jika tidak bantuan kepada Gaza.Kita mungkin kita akan pergi bersama mereka memberi sokongan.
sumber : Wikipedia






Terima Kasih
by : Wan

No comments:

Post a Comment

Dipersilakan Komen