Friday, January 1, 2010

Harap tak ada yang kena tangkap...

Aku harap sekejap lagi aku baca berita tiada artis tanah air yang ditangkap kerana tidak mahu buang air pada malam tahun baru ini."Kurangkan Kontroversi,Tingkatkan Prestasi".

Aku menyambut baik artikel yang ditulis oleh Fahim di blognya yang bertajuk Ini Tak Betul... yang mengutuk satu group di Facebook itu.Aku dengar nama group pun aku tahu group ni ajaran sesat dan orang yang buat ini pun bengap juga.Nama group memang group tak ada kelaslah.

Lepas itu si pengkomen ini pun satu masalah juga dengan kebodohan mereka.Kalau tulis mencarut-mencarut apa effect dekat kaum Yahudi.Tulis la pendapat dan info-info tentang apa Yahudi kalau setakat tulis macam itu dapat dosa ja.

Sebelum menyambut tahun baru ketika berehat di ruang tamu sambil menonton berita di televisyen aku terlihat satu sedutan tentang kes Herald Catholic menggunakan perkataan Allah di dalam akhbar mereka.

Awal-awal lagi mengikut apa yang ayah aku cakap yang dia kata Herald akan menang kes perbicaraan ini yang menggunakan perkataan Allah.

Disini ada sedikit hujah-hujah tentang kenapa perkataan Allah boleh digunakan oleh akhbar Herald :

Mengikut apa yang dikatakannya adalah kerana perkataan Allah itu bermaksud tuhan di dalam bahasa arab dan bukan perkataan dari Al-Quran.

Para pengkaji yang berlainan agama juga mengkaji kitab ini jadi tiada masalah mereka menggunakan perkataan Allah.

Jika dilihat dari kalimah syahadah kita dapati mereka Tiada tuhan selain Allah,Nabi Muhammad pesuruh Allah tapi kalau dibaca betul sebenarnya maksudnya Tiada Allah selain Allah.Kalau tak percaya baca sendiri jadi maksud Allah di dalam Arab bermaksud tuhan.

Hehehe...Jangan kata aku pengkhianat pulak yer...

No comments:

Post a Comment

Dipersilakan Komen