Sunday, January 17, 2010

Bahayanya Panadol

Artikel di bawah ini aku petik dari blog wingzero-pirateking.blogspot.com.Ini menceritakan tentang bahayanya panadol.Harap dapat baca apa petikan di bawah ini.


Jangan ambil Panadol Actifast dan Soluble tambah-tambah yang punyai gastrik.

Untuk pengetahuan anda, ikuti sebuah kenyataan dari seorang yang mengalaminya...

Suami saya bekerja sebagai jurutera IT di sebuah hospital, dimana pihak hospital sedang menyiapkan pengkalan data untuk pesakitnya.Dia mengenali rapat doktor tersebut.

Doktor tersebut memberitahu suami saya, apabila mengalami sakit kepala, mereka sendiri tidak sanggup untuk mengambil panadol mahupun paracetamol.Sebaliknya, mereka akan alternatif lain kerana panadol bertoksik kepada tubuh.Ia merosakkan organ hati.Menurut doktor tersebut, panadol akan tinggal di dalam tubuh kita selama 5 tahun.

Menurutnya lagi, pernah seorang pramugari menelan terlalu banyak panadol semasa kedatangan haid kerana tugasnya perlu berdiri sepanjang penerbangan.

Dia kini baru 30-an tetapi sudah perlu menjalani rawatan buah pinggang ( dialisis ) setiap bulan.Seperti kata doktor tersebut, sakit kepala disebabkan ketidakseimbangan elektron-ion di dalam sel otak.

Sebagai rawatan alternatif, doktor terbabit mencadangkan supaya membeli sebotol atau dua botol minuman isotonik, campurkan dengan air minuman pada kadar 1:1 atau 1:2.Mudahnya secawan isotonik dengan dengan dua cawan air minuman.

Saya dan suami pernah mencuba kaedah ini dan mendapati kaedah ini berkesan.Kaedah lain adalah dengan merendam kaki ke dalam basin yang mengandungi air suam dan ia akan menyebabkan tekanan darah turun.

Panadol adalah sejenis "painkiller", semakin banyak anda mengambilnya semakin lama, semakin kurang kurang kesannya kepada anda.Bereerti anda perlukan dos yang lebih lagi apabila ia kurang berkesan.

Jika anda terlalu banyak mengambil panadol dan paracetamol sepanjang hidup anda, seperti mereka yang ada migrain, ia akan memberi kesan sifar terhadap kesakitan yang anda alami dan anda memerlukan ubat yang lebih kuat lagi untuk mengurangkan kesakitan.

Adakah anda sanggup mengambil dadah kuat seperti Morfin? Hargailah kehidupan anda...Fikir sebelum mudah memasukkan ubat biasa ini kedalam tubuh badan anda.

Sumber : Google

No comments:

Post a Comment

Dipersilakan Komen