Thursday, January 14, 2010

angka 13 : Tuah atau Sial

Aku rasa memang betullah angka 13 adalah angka yang tak berapa baik mengikut kepercayaan orang-orang Cina.1+3=4 membawa maksud mati bagi orang cina tapi nasib baik aku tak mati lagi.

Semalam, Birthday aku antara yang paling malang sekali seperti yang aku cakap semalam apabila jatuh ketika hendak pergi ke sekolah.Lidah berdarah manakala tangan luka sikit dan lutut seperti biasalah.

Apabila balik dari sekolah tengok berita di Haiti kena gempa bumi pula.Kesian penduduk Haiti kena gempa bumi terkuat sejak 2 kurun yang lalu.Bangunan disana banyak runtuh termasuklah Istana Presiden dan juga pejabat UN.

Kembali balik online YM,FB dan sebagainya.Tepat jam 12 malam mak aku panggil aku turun harap dapatlah hadiah yang best tapi dapat kek saja.Masa itu aku tengah makan KFC ( pukul 12 malam makan KFC ) jadi kek yang itu mak aku letak dekat dapur.

Masa nak pergi makan kek pula tiba-tiba...DAMN!!! Kek yang aku nak makan itu jatuh ke lantai atas sebab adik aku.Namun aku hanya senyum walaupun tak dapat makan kek dan hanya dapat tiup lilin saja.

Memang sial la 13 Januari ini semua jatuh.Aku jatuh,bangunan jatuh,kek jatuh dan mungkin sebab itu kontraktor di USJ2 ini tak lakukan rumah bernombor 13 kerana kalau tidak mungkin jatuh.

Tapi keadaan berubah ketika aku hadir ke sekolah sebab dapat layanan istimewa dari member-member aku terutamanya RuCD,Kak Lin,Pu3 Portluck dan seorang kawannya yang aku lupa namanya.

Terima Kasih kepada kawan-kawan aku yang lain yang ingat hari lahir aku sebab sebelum ini aku tak pernah dapat wish sebanyak itu.Kali ini pula ramai dan member-member aku yang tidak dapat mengucapkan selamat tarikh lahir dan hanya menyampaikan menerusi FB pun aku ucap terima kasih.

Masa nak balik pula CD belanja aku ais krim dan yang paling menggembirakan aku Elena bagi aku kek coklat.Jadi dapatlah aku makannya bila aku lapar dan berhenti sebelum kenyang.Aku cukup suka kek coklat dan dapatlah cover kek aku yang jatuh itu.Terima Kasih Elena.

Dan selepas balik rumah aku online FB dan pada ketika itulah waktu paling busy dalam sejarah buka internet.Kena layan lebih 10 orang member dalam satu masa dan ketika itu juga ada discusses kat 1Malaysia.

Perkara paling menyedihkan adalah tentang dua kawan yang rapat dengan aku akan berpindah ke asrama.Pertama Adani member aku dari sekolah Usj2 dan Aisya akan ke Terengganu masuk MRSM.Harap seronok disana.

Akhir kata, sebenarnya jarang aku cerita tentang diri sendiri dekat blog.Hari ini kali kedua aku tulis diri sendiri bagi tahun 2010.Aku nak ucapkan terima kasih kepada member aku dan orang pertama wish aku adalah Arifah Husna. TANG Q

No comments:

Post a Comment

Dipersilakan Komen