Saturday, January 2, 2010

Alangkah baiknya kalau dapat kembali pada zaman Silam

Ermm...Mesti anak gembira jika dapat kembali ke zaman silam.Jadi mungkinkah kita boleh kembali kerana US ketika ini sedang mencipta mesin merentas masa yang dikatakan di bangunkan di Area 51 di Nevada.

Sebenarnya banyak drama dari barat yang selalu mengisahkan tentang mesin merentas masa.Salah satunya ialah Seven Days di AXN dan aku tengok drama itu pada darjah 1.Kisahnya US menghantar seorang agen untuk memperbetulkan kejadian buruk yang berlaku 7 hari yang lalu.Pelakon wanitanya lahir di Malaysia.

Kerajaan US kini bertungkus lumus menyiapkan mesin merentas masa.Kerajaan US melakukan penyelidikan dan menghabiskan berbillion dolar untuk menyiapkan mesin ini untuk kegunaan mereka tetapi masuh belum siap.

Projek membangunkan mesin merentas masa dikatakan dipelopori oleh manusia abad ini iaitu Albert Einstein.Menurut kajian beliau, masa boleh direntas jika dapat menjumpai ruang masa tersebut.

Pakar fizik dan astronomi, John Wheeler menyataka Warmhole adalah sejenis ruang perjalanan pintas ke arah tempat jauh dan masa.Melalui Warmhole manusia dapat pergi generasi ke generasi dalam masa yang singkat.

Malahan dikatakan juga jika mesin merentas masa dibina kita dapat memilih tarikh dan waktu dan destinasi yang dikehedaki dengan bebas dan tanpa sebarang ganguan dan sekatan.

Malangnya sehingga kini masih belum siap mesin merentas masa yang dibangunkan oleh saintis-saintis US.Jika boleh mungkin kita boleh melancong dengan mesin itu walaupun harganya beratus juta untuk satu perjalanan.

Mesin merentas masa tidak akan tercipta walau 100 ribu tahun lagi walaupun disokong oleh manusia abad ini.Malah Psikik terkenal bernama Dorothy Allison mengatakan tiada manusia boleh merentas masa.

Hanya satu perkara yang para saintis boleh mengusahakannya iaitu mempercepatkan pergerakan.Contohnya kita boleh sampai ke London dalam masa 15 minit.Waktunya tetap sama tetapi pergerakan yang amat laju.

Jadi jelas menyatakan yang mesin merentas masa tidak akan wujud sampai bila-bila dan di dalam Al-Quran juga jelas menyatakan tentang mesin merentas masa di dalam Surah Al-Asr :

"Demi masa, sesungguhnya manusia itu dalam kerugian.Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka berpesan-pesan dengan kebenaran serta pula berpesan-pesan dengan kesabaran."

Malah Rasulullah juga ada mengatakan tentang teori tentang mesin merentas masa tidak akan terbina iaitu dengan sabdanya :

"Rebutlah peluang lima sebelum lima ; masa muda sebelum tiba masa tua.Masa sihat sebelum tiba masa sakit.Masa lapang sebelum tiba masa sibuk.Masa kaya sebelum tiba masa miskin.Masa hidup sebelum tiba masa mati."

Jadi itulah adalah antara ayat yang membuktikan dengan tiadanya manusia ke zaman silam.Ayat yang pertama iaitu Rebutlah peluang lima sebelum lima itu menjelaskan kita perlu menggunakan masa kita sebaik-baiknya kerana kita tidak boleh kembali.

Jadi disini pokoknya konsep untuk kembali ke masa lampau adalah negatif.Jadi lupakanlah saja tentang pembangunan mesin merentas masa kerana ia takkan wujud walaupun para saintisnya dari Harvard ataupun Princeton.Lupakanlah saja tentang kita yang hendak balik ke zaman silam.

Maaf semalam tak tulis blog sebab tengah buat artikel ini dan aku dapat ilham nak tulis artikel ini dari kawan aku yang tulis statusnya di YM.Kan aku ada kata some great idea come from everywhere dan akhir kata Selamat kembali ke sekolah.

No comments:

Post a Comment

Dipersilakan Komen