Monday, January 25, 2010

AdukaTaruna saja cari bala

AdukaTaruna seorang blogger yang menghina raja kita iaitu Almarhum Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail yang mangkat pada hari Jumaat lalu.Ia disahkan oleh Menteri Besar Johor iaitu Datuk Ghani Osman pada jam 11.20 malam Jumaat yang lepas.

Ia satu yang menyedihkan buat rakyat Johor kerana kehilangan seorang sultan berjiwa rakyat yang memerintah selama 29 tahun dan mangkat pada umur beliau 77 tahun di Hospital Pakar Puteri.

Tetapi pada hari ini, aku bukan ingin menceritakan tentang kemangkatan Almarhum Sultan Iskandar tetapi ingin berbicara tentang seorang blogger AdukaTaruna di blognya www.adukataruna.blogspot.com yang menghina Almarhum.

Walaupun beliau telah meminta maaf kepada seluruh warga Malaysia terhadap keterlanjuran beliau yang menulis artikel yang agak kesat kepada seorang raja kita.Dan beliau telah membuang artikel itu walaubagaimanapun ia bukan satu tindakan yang boleh menyelamatkannya.

Aku tidak tahu apa agenda beliau untuk menulis artikel bertajuk "Dah mampus buat cara dah mampus" yang ditujukan kepada Almarhum.Mungkinkah untuk mencari publisiti untuk menaikkan nama blognya sekali gus dapat wang kerana hit.

Ia bukan satu cara yang betul untuk mencari hit kerana menghina seorang pemimpin dengan sengaja atau memfitnah boleh dikenakan tindakan seperti yang berlaku kepada beberapa orang yang ditangkap kerana menghina Sultan Perak.

Ia adalah salah satu kesalahan yang amat berat kerana menghina seorang pemimpin seperti Sultan Johor dengan tulisan-tulisan yang kesat seperti itu.Tambah-tambah ia melibatkan raja dan ia amat membakar sentimen orang melayu.

Lelaki bernama Raja Petra Kamaruddin lari ke Eropah kerana menfitnah first lady ataupun isteri kepada Perdana Menteri kita dan menyebabkan beliau disumbat ke dalam Akta Keselamatan dalam Negeri ataupun Internal Security Act ( ISA ).

Walaubagaimanapun selepas keluar beliau sekali lagi membuat perkara berulang dan melarikan diri ke England dan menginap di sana.Ia adalah salah satu tindakan tidak bertanggungjawab blogger itu dan tuduhan tanpa bukti amat berbahaya.

Dan jika dilihat kepada seorang penuntut Akedemi Seni Budaya dan Warisan, beliau dibicarakan di mahkamah kerana " ke nak aku baling bom petrol di sana plak?...Harga boleh runding" ayat inilah beliau dihadapkan ke Mahkamah Seksyen.

Beliau dibicarakan kerana kesalahan berbentuk ancaman dengan niat untuk menggangu orang lain dan didakwa dibawah akta Komunikasi dan Multimedia Malaysia dan boleh dikenakan denda maksimum Rm50,000 atau penjara maksimun setahun atau kedua-duanya sekali.

Apa yang aku baca di komen saudara Adukataruna memang hampir kesemua menhentam penulis blog terbabit kerana kenyataan yang agak kasar terhadap Almarhum Sultan Iskandar yang baru mangkat.

Jika dilihat kepada blog saudara Adukataruna, nyata sekali beliau adalah seorang anti-kerajaan dan menyokong parti berhaluan kiri.Dan saya yakin, dalam masa 2-3 hari ini Adukataruna bakal ditahan oleh penguatkuasa.

Jadi larilah secepat mungkin semampu kerana jika tidak anda akan dikenakan tindakan di mahkamah ataupun jika hendak cara paling senang ialah menyumbatkan lelaki ini ke dalam Akta Keselamtan Dalam Negeri.

Aku yakin yang saudara AdukaTaruna ini tidak tidur lena dan sedang berkemas beg pakaiannya untuk melarikan diri dari ditahan dan jika beliau bernasib baik jika mempunyai pasport yang sah sebelum Imigresen mengenal pasti identiti beliau.

Dan seperti aku nyatakan di dalam artikel aku yang bertajuk "Macam mana nak bagi blog anda terkenal?" yang menyatakan bagaimana mereka mengesan kedudukan anda dan ingatlah, Bahawa disebabkan anda seorang, mungkin dunia bakal celaru.

No comments:

Post a Comment

Dipersilakan Komen