Tuesday, January 26, 2010

Aduka Taruna ditahan Polis...

Mungkin saudara AdukaTaruna ini terbaca artikel aku masa haritu dan mengambil ilhamnya dari situ.Tapi dia terlupa tentang perenggan terakhir yang menyatakan bahawa Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia boleh kesan tempat mengupdate blog beliau.

Ketika baru balik dari Kokurikulum, aku mengambil surat khabar di meja rumah aku dan ketika membelek-belek aku ternampak artikel bertajuk "Sembunyi tidak lama" susulan penulis blog hina Sultan.

Katanya, lelaki berusia 28 tahun ini telah ditangkap di sekitar Kota Bharu, Kelantan sekitar jam 4 petang semalam kerana tindakan menghina dan mencerca Almarhum Sultan Iskandar yang mangkat baru-baru ini.

Difahamkan penulis blog ini beralamat di Seremban dan terpaksa menyembunyikan diri apabila menerima beberapa ugutan bunuh dari beberapa pihak yang tidak berpuas hati dengan artikelnya di www.adukataruna.blogspot.com.

Datuk Mohammad Mohktar Shariff mengesahkan penahanan dan lelaki itu akan dibawa ke IPD Muar untuk siasatan mengikut Seksyen 233 (3) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 selepas 31 orang membuat laporan polis terhadap lelaki terbabit.

Bagaimana polis mengetahui kedudukan saudara Adukataruna ini?

Mengikut apa yang pihak polis nyatakan, penulis blog terbabit menjual novel dan beberapa T-shirt dan mempamerkan nombor akaun banknya di blognya menyebabkan polis lebih senang mengesan nama serta alamat berdasarkan alamat akaun terbabit.

Tips aku beri kepada saudara Adukataruna menjadi apabila sehingga jam 10 malam kelmarin, www.adukataruna.blogspot.com telah mencatatkan hit sebanyak 100,000 dalam tempoh tidak sampai sehari.

Malah bukan itu saja, komen di blognya juga begitu banyak melebihi 1000 komen dari orang ramai yang melayari blognya dan chatbox yang diletakkan di blognya juga terpaksa diberhentikan kerana tidak dapat menampung bilangan yang terlalu ramai.

Penulis blog yang beralamatkan di Seremban ini, menulis "Dah mampos buat cara mampos la.Boleh pulak simpan mayat nak tunggu Datuk Bendahara balik shopping.Boleh meeting isytihar sedang terlentang.Padahal dah mampos pagi tadi.Pergi mampus sama lu.Bodoh punya kerajaan spesis stupid " menyebabkan rakyat Johor marah.

Dan ayat terakhir beliau yang menulis " Bodoh punya kerajaan spesis stupid " menunjukkan beliau seorang anti-kerajaan dan di blognya banyak menyenaraikan blog Pakatan Rakyat.Tetapi apa kena-mengena dengan raja dan baguslah sempat ditangkap AdukaTaruna yang terpaksa melarikan diri.

No comments:

Post a Comment

Dipersilakan Komen